KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS dikusutkan lagi ekoran tindakan Zulkifli Noordin daripada PKR membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada PAS.
Zulkifli yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru berkata, laporan polis itu dibuat berhubung kenyatan Khalid yang menyebut enakmen larang kalimah "Allah" ketinggalan zaman."
Saya dah buat kenyataan dua hari lalu meminta supaya Khalid segera meminta maaf kepada Sultan Selangor dan umat Islam dan menarik balik kenyataan itu tetapi beliau tidak berbuat sedemikian malahan tidak menunjukkan sebarang penyesalan setelah dipanggil menghadap Sultan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Masjid India di sini hari Sabtu. Selanjutnya disini
Kita tidak tahu apa yang tersurat dan tersirat kepada kedua-dua tokoh ini namun sebenarnya mereka ini matang dan bijak dalam tindakan sendiri.
Cuma yang pasti apapun kenyataan dari Khalid Samad itu adalah merupakan kenyataan peribadi dan tiada kena mengena dengan PAS Selangor.
Khalid Samad kena bertanggungjawab atas apa jua kenyataanya tentang isu ini dan Zulkefli Nordin juga bertanggungjawab untuk menjelaskan perincian dari isu ini.
Wajar atau tidak tindakan Zulkefli Nordin ini harus kita pertimbangkan seadil-adilnya dan sekiranya segala telahan dan komen beliau terhadap Khalid Samad itu berasas, juga kita kena menilainya dengan adil dan saksama.
Diharapkan kepada kedua-dua tokoh ini tidak melibatkan parti masing-masing kerana kedua-duanya bertindak atas peribadi dan kehendak sendiri.
Antara PAS dan PKR serta DAP tidak wajar dikaitkan dalam kemelut dan isu yang mereka cipta ini namun sekiranya ada maka sesuatu perlu dilakukan oleh pimpinan tertinggi dalam menyelesaikan masalah ini kerana umum juga tahu track record mereka berdua sebelum ini.
No comments:
Post a Comment