Sunday, March 6, 2011

ISU BELI TANAH FELDA....DATO' TUAN SAMAN MEDIA BN

KUALA LUMPUR, 5 Mac — Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man tidak pernah membeli tanah milik seorang peneroka Felda sebagaimana didakwa Menteri Besar Pahang, sebaliknya hanya membantu urusan berkenaan, kata pemilik semasa tanah itu hari ini.

Hari ini Utusan Malaysia memetik Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhaya PAS Pahang membeli tanah berkenaan walaupun beliau sebenarnya tidak layak untuk berbuat demikian.

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Dia juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.


"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri dia sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu," kata pemilik tanah berkenaan Ibrahim Osman dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ibrahim (gambar) menambah, apabila mempunyai duit secukupnya telah mengambil alih tanah itu dan mencagarkan di Mara atas nama syarikatnya.

"Oleh itu, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.

"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau," katanya lagi.

Ibrahim menambah, hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan enam hektar (15 ekar) ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi daif sebagaimana didakwa.

Laporan hari ini memetik Adnan berkata, beliau ada mendengar mengenai pembelian itu namun belum menerima dokumentasi mengenai urusan jual beli tanah tersebut.

"Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka saya akan mengetahui mengenainya," katanya.

Tuan Ibrahim juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau bagi PAS.

Pengundian akan berlangsung esok.

Pembelian itu dikatakan dilakukan atas nama isterinya itu dan didakwa menyebabkan tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.

Adnan menambah, pemindahan milik tanah peneroka tidak dibenarkan kepada orang asing melainkan ahli keluarga sahaja itu pun dengan sebab-sebab tertentu.

isu pergaduhan di SMK Kerdau....SPR MENIPU RAKYAT...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan sikap penyokong parti politik yang mencetuskan provokasi hingga menyebabkan ketegangan di luar kawasan pusat mengundi.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan pengundi berasa takut untuk keluar mengundi apabila melihat ketegangan yang dicetuskan penyokong parti yang kebanyakannya adalah orang luar.

"Sudah menjadi perangai penyokong parti yang masih lagi degil dan tidak mahu mengikut arahan pihak SPR dan polis agar tidak berkumpul beramai-ramai di luar pusat mengundi.

"Tindakan provokasi dan perang mulut ini sebenarnya boleh menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Beliau mengulas mengenai insiden pergaduhan kecil diluar pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau yang berlaku kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.

Pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku akibat provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hanya dipisahkan dengan sebatang jalan.

Bagaimanapun insiden berkenaan berjaya dileraiakan oleh anggota keselamatan yang bertugas.


Sekeping gambar tak bisa berbohong. Lihat penyokong BN di seberang jalan. Manakala penyokong PAS berada di sebelah sini jalan. Siapakah penyokong yang menceroboh dan menyerang penyokong di sebelah sini jalan?? Penyokong PAS ker?? Macam kenal je baju dan topi yang dipakainya tu.. SPR tak nak komen ker??

penyokong umno naik gila di SMK Kerdau.....

Penyokong2 Umno/BN menari lambak di Merlimau

Unit Amal dibelasah oleh samseng2 BN semasa Ali Rostam melawat UPU Chin Chin sebentar tadi...

Inilah salah seorang samseng tahi minyak BN

Budak2 suruhan Umngok menunjukkan aksi yg memalukan di khalayak ramai...


Gambar Pergaduhan di SMK Kerdau..SPR kata penyokong
PAS yang menyerang...Tapi dalam gambar ni Penyokong
Umno "Gila Babi" yang tunjuk samseng...Hampehhh


Hancusss Umnooo...!!

Saturday, March 5, 2011

sekitar hari pengundian PRK n28 Kerdau

Skuap PAS Taman Equine yang diketuai oleh ketua cawanganya telah turun ke Kerdau untuk membantu gerak kerja terakhir sebelum hari pmbuangan undi.....
bersama petugas media dan jict PAS Pahang
ketibaan calon PAS di upu Kerdau
kemesraan yang ditunjukan oleh calon PAS...
kehangatan sokongan dari perayu undi PAS...
semangat yang ditunjukan amat menggerunkan penyokong dan perayu undi Banyak Najis....
penyokong pas berkumpul di kiri dan kanan jalan utama.....
perayu dan penyokong undi hanya berkumpul dalam 1 kumpulan kecil sahaja....kurang dari 200 sahaja
penyokong dan perayu undi PAS melebihi 700 orang
semangat makcik umno....
sape berani gempur dgn unit amal yang berbaju belang tu>.....sekali dia asak tumbang semua.....
perayu dan penyokong dari kaum cina juga gigih membantu PAS....
deretan kereta yang melintasi pusat pengundian...
dia bukan tidoq....tapi khusuk berselawat....
kem umno....

cerita banyak ak mau....tengok sendiri....
polis jenuh kawal keliaran budak2 umno ni....
bersama ahli dewan himpunan penyokong PAS....
songkok melayu umno terakhir......
ketibaan mat said mb terengganu disambut cemas oleh penyokongnya.....
gediknya sang putri umno.....
riang dan semangat.....
serius nampak?.....
penyokong cilik....
kesian kat pak polisi tu.....
kerja jahat SPR.....ade ke munasabah penyokong PAS disuruh berdiri dibelakang tali kuning tu.....tu kan longkang...goblok....tang kem umno depa bagi ruang yang luas....kat sini pun SPR tak mampu berlaku adil.....
kesian kat nisa' ni...nama dia dalam daftar penuh spr ade....tapi bila pegi daftar kat barung SPR ....nama dia takde.....
sahabat lama.....
posing sakan KC PTE ni...
kereta yang membawa YB BN si Shakar berlalu meninggalkan upu Kerdau sebab tak sanggup menanggung malu.....
sesi makan tengahari....kami pekena ikan baung RM 12 seketul x 4 dan 2 ketul ikan patin....




Thursday, March 3, 2011

Sambutan hangat kaum tionghua di pekan Kerdau

Pekan Kerdau 3 march 2011. by mrk albanjari

DAP telah menganjurkan majlis makan malam untuk memperkenalkan calon PAS yang diadakan di sebuah Tokong di Pekan Kerdau jam 8.00 malam tadi berlangsung dengan penuh jaya dan penuh gilang gemilang.

Terkejut dengan sambutan hangat dari penduduk cina di pekan terpencil ini, mereka datang beramai2 memenuhi ruang dataran Tokong tersebut untuk berkenalan dengan calon disamping bertemu muka dan mendengar kupasan isu semasa dari pimpinan tertinggi parti komponen PR.



Antara yang berucap awal sebentar tadi ialah Timbalan pengerusi DAP YB Dr Tan Seng Giaw, Calon PAS Hassanuddin Salim, Dato' Seri Nizar dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. sedang dalam perjalanan tadi ialah YAB Lim Guan Eng.

Jika melihatkan sambutan tadi hampir pasti semua undi cina yang berjumlah 400 orang itu adalah berpihak kepada PAS. Diharapkan juga agar sambutan yang hangat sebentar tadi diterjemahkan di atas kertas undi pada 6 Merch nanti.

Gambar berikut menceritak segalanya......


Calon PAS Hassanuddin Salim sedang menyampaikan ucapan


mengharapkan sokongan dan undi dari pengundi cina untuk melakukan perubahan ...



Jom Ubah !!!!!


Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ucapan....


aksi tersendiri Dato' Seri Nizar Jamaluddin dalam penyampaian pidatonya yang diselangi dengan ucapan dalam bahasa mandrin....siap menyampaikan sebuah lagu untuk tetamu yang hadir....


dataran Tokong Kerdau...


Pasangan glamor di Pahang sekarang ini....


Hassanuddin dan isteri menyantuni warga tetamu yang hadir



melangkah meninggalkan majlis dengan harapan dan semangat juang.....