KUALA LUMPUR, 5 Mac — Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man tidak pernah membeli tanah milik seorang peneroka Felda sebagaimana didakwa Menteri Besar Pahang, sebaliknya hanya membantu urusan berkenaan, kata pemilik semasa tanah itu hari ini.
Hari ini Utusan Malaysia memetik Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhaya PAS Pahang membeli tanah berkenaan walaupun beliau sebenarnya tidak layak untuk berbuat demikian.
"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Dia juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.
"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri dia sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu," kata pemilik tanah berkenaan Ibrahim Osman dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Ibrahim (gambar) menambah, apabila mempunyai duit secukupnya telah mengambil alih tanah itu dan mencagarkan di Mara atas nama syarikatnya.
"Oleh itu, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.
"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau," katanya lagi.
Ibrahim menambah, hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan enam hektar (15 ekar) ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi daif sebagaimana didakwa.
Laporan hari ini memetik Adnan berkata, beliau ada mendengar mengenai pembelian itu namun belum menerima dokumentasi mengenai urusan jual beli tanah tersebut.
"Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka saya akan mengetahui mengenainya," katanya.
Tuan Ibrahim juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau bagi PAS.
Pengundian akan berlangsung esok.
Pembelian itu dikatakan dilakukan atas nama isterinya itu dan didakwa menyebabkan tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.
Adnan menambah, pemindahan milik tanah peneroka tidak dibenarkan kepada orang asing melainkan ahli keluarga sahaja itu pun dengan sebab-sebab tertentu.

No comments:
Post a Comment