Wednesday, June 30, 2010

Kenapa rakyat perlu turun Kempen Tak Nak Judi pada 3 Julai nanti....


Setelah rakyat mendapat kejayaan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi sukan pada 25hb Jun 2010 maka rakyat perlu pergi ketahap kedua Kempen Tak Nak Judi yang akan dilancarkan pada 3hb Julai 2010 pukul 2 petang di Masjid Negara.

Nama Kempen Tak Nak Judi adalah dicadangkan sendiri oleh seorang yang berbangsa cina bernama Sdr. Ng Yap Hwa daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG).

Dato’ Dr. Toh Kin Woon Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Parti Gerakan sekarang ini menjadi Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) berpendapat judi bukanlah budaya masyarakat cina. Sdr Thiagarajah Sokalingam daripada Tamil Foundation juga berpendapat judi boleh meruntuhkan masyarakat dan negara.

Mr Tom Grey, Presiden Persekutuan Lesen Perjudian Kebangsaan, Amerika telah membuat kajian bahawa jika kerajaan mendapat $1.00 pendapatan daripada judi maka kerajaan kehilangan $1.9 kos pembayar cukai untuk mengatasi masalah yang berlaku kesan daripada judi seperti jenayah, bengkrap, ketagihan, keruntuhan rumah tangga dan lain-lain.

Antara kejayaan kempen pertama Gerakan Rakyat Membantah Judi(GMJ) selain daripada pemansuhan judi sukan adalah semua bangsa dalam negara ini boleh bersetuju bahawa judi adalah suatu nilai yang tidak baik dalam negara.

Dalam menuju sebuah negara yang maju, aman dan damai Malaysia perlu bebas untuk menolak nilai-nilai yang tidak baik seperti rasuah, salahgunakuasa, pembaziran, jenayah, perjudian dan lain-lain lagi.

Tahap kedua Kempen GMJ ini adalah untuk mendidik masyarakat membenci judi melalui Kempen Tak Nak Judi. Oleh kerana telah lebih 50 tahun negara ini menghalalkan judi maka pendekatan berhikmah diperlukan untuk memisahkan judi daripada kehidupan masyarakat yang tegar terhadapnya. GMJ memahami usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia perlu suatu keazaman yang tinggi daripada semua anggota masyarakat, NGOs, parti politik dan pihak kerajaan. Kita jangan pandang kebelakang lagi dalam mempastikan rakyat dan negara bebas daripada amalan berjudi.

Pemansuhan lesen judi sukan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri membuktikan adanya persaingan antara kuasa rakyat untuk menghindar diri daripada judi dengan syarikat judi yang mahu mempertahankan perniagaanya.

Kedua-dua pihak mendesak kerajaan menjayakan cita-cita masing-masing. Kerajaan Barisan Nasional(BN) dilihat berpihak kepada siapa yang lebih kuat . Ini bermakna jika rakyat lemah memperjuangkan pembebasan judi dalam negara maka kesempatan ini akan diambil oleh syarikat judi untuk mengembangkan sayap perniagaanya. Inilah realiti yang harus difahami oleh rakyat Malaysia.

Oleh itu rakyat Malaysia sudah tiada punya pilihan lagi kecuali bersungguh-sungguh menyelamatkan negara ini daripada aktiviti judi. Maka kehadiran rakyat Malaysia dalam Kempen Tak Nak Judi di Masjid Negara pada hari sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang adalah sangat penting bagi membuktikan keazaman kita semua.

Janganlah keazaman syarikat judi mempertahankan perniagaannya lebih kuat daripada keazaman rakyat membenci judi. Kalau kita tiada keazaman ini dikuatiri kita macam menyokong judi dalam negara.

Harakahdaily/-

Menteri Cap Ayam

Komandan Maktab Tentera Diraja(MTD) ditukarkan atas alasan mesti bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku di MTD baru-baru ini yang membabitkan kematian pelajar.Menteri Pertahanan Zahid Hamidi ketika memberi arahan menyatakan Komandan itu mesti bertanggungjawab dan patut menerima hukuman.

Kenyataan Zahid adalah suatu yang biasa dikeluarkan oleh mana-mana Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia apabila berlaku peristiwa yang tidak diingini. Yang mesti bertanggungjawab adalah "ikan-ikan bilis" sahaja. Sang Jerung pasti terlepas. Segala kejahatan, kelemahan dan kesalahan adalah tanggungjawab rakyat bawahan.

Sememangnya Menteri Kabinet Malaysia jenis "kebal" dari pendakwaan. Setiap kesalahan ditudingkan kepada rakyat marhein semata.Semuanya yang salah adalah rakyat. Yang buat jahat orang atasan tetapi yang kena golongan rakyat,golongan yang lemah dan tiada wang!

Lihat kes Altahtunya. Yang kena orang berpangkat rendah. Lihat kecurian enjin Jet. Yang jadi mangsa yang berpangkat rendah.Selamanya para Menteri dan atasan bebas dari pendakwaan. Mengapa ? Mereka ada kuasa. Mereka ada wang. Dan mereka tiada maruah!

Jenis spesis Menteri Kabinet Malaysia jika tinggal di Jepun bakal diketawakan oleh Doremon. Mungkin juga bakal diberi pedang Samurai oleh rakyat Jepun untuk mereka pakat "pancung" kepala sendiri! Malangnya Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam.

Harakahdaily/-

Pembunuhan beramai-ramai di batang Kali - perlukan pembelaan

Subky Latif


PROF. Datuk Hamdan Adnan telah membangkitkan satu tuntutan yang amat adil tentang penyembelihan beramai-ramai penduduk Batang Kali, Hulu Selangor oleh tentera British lebih 60 tahun lalu.

Tindakan ganas oleh tentera British itu adalah dalam rangka membasmikan gerakan bersenjata komunis dalam tahun 1948.

Penduduk yang dibunuh itu, 24 orang kesemua – dikatakan orang awam yang tidak bersenjata. Apakah mereka terlibat atau tidak dengan komunis, mereka adalah tidak bersenjata.

Britain pun tidak bertindak demikian kejam dalam menghadapi gejala komunis dalam negerinya. Dalam keadaan mereka tidak bersenjata dan tidak melawan apabila mereka diserbu, maka zalim bagi mana-mana pihak bertindak membunuh orang awam seperti itu.

Pembunuhan seperti itu perlu dikutuk. Kutukan itu bukan kerana tentera itu British atau ia tentera kerajaan yang berkuasa, tetapi pembunuhan sembarangan ke atas awam di mana-mana pun adalah dikutuk.

Samalah keadaannya dengan tindakan tentera Amerika dan bersekutu Nato di Iraq dan Afghanistan yang dikatakan dalam menentang keganasan Islam lalu membunuh orang awam di merata-rata tempat.

Peristiwa di Batang Kali itu tidak pernah mendapat pembelaan keadilan. Tuntutan masyarakat khususnya dari keluarga mangsa terus dibangkitkan tetapi tidak pernah dilayan dengan adil oleh kerajaan penjajah yang terus berada di Tanah Melayu hingga tahun 1957 apabila tanah jajahan itu merdeka.

Kerajaan merdeka mungkin lupa dan melupakan kecelakaan itu tetapi keluarga mangsa tidak pernah melupakannya dan mereka terus ingat dan menuntut keadilan.

Tuntutan itu bukan sekadar mahukan ganti rugi, tetapi mahukan satu pengajaran keadilan supaya kekejaman seperti itu tidak dilakukan di mana-mana dan oleh sesiapa jua. Jika keadilan itu telah diberikan dulu, maka tentulah tentera Amerika yang ke Iraq dan ke Afghanistan tidak mengulangi apa yang British buat di Batang Kali dulu.

British hingga ini telah berlepas tangan dan kedaulatan Malaysia pula tidak berbuat apa-apa bagi membela rakyatnya yang jadi mangsa kezaliman itu. Mungkin mereka komunis, tetapi mereka adalah orang awam yang tidak bersenjata ketika mereka dibunuh.

Dan jika pun mereka simpatisan komunis, maka layanannya bukan dengan membunuh mereka tanpa senjata dan tanpa diberi keadilan membela diri.

Kerajaan British mungkin tidak selesa jika ia dibangkitkan oleh kerajaan Malaysia, tetapi ia adalah tuntutan keadilan yang balasannya tidak akan luput selama ia tidak diselesaikan secara adil.

Britain mengahadapi lebih banyak tuntutan keadilan yang lebih besar dari pembunuhan 24 orang di Batang Kali itu. Maka tidak terlalu berat baginya untuk melayan tuntutan itu jika kementerian luar Malaysia membuka semula failnya.

Kerajaan baru Britian pimpinan David Camaron, seperti yang dibangkitkan oleh Prof. Datuk Hamdan, telah membuat tuntuan maaf terbuka kepada keluarga dan penduduk Ireland Utara yang dibunuh tentera British pada 30 Januari 1970.

Kerajaan baru itu tidak mahu dilihat menggelapkan segala dirasakan tidak adil dalam sejarah lalu, maka ia mengambil sikap terbuka dan tindakan sewajarnya bagi menjernihkan suasana dan yang terpenting ialah ia mahu melihat keadilan dapat dilakukan.

Tanpa mahu menyenggong British, maka kesilapan tenteranya semasa menjajah Tanah Melayu dulu, perlu disebutkan bahawa adanya tindakan kezaliman tenteranya yang terpaksa dibayar oleh kerajaan British.

Tuntutan paling adil tidaklah terus menghukum Britain tanpa adanya penyiasatan. Cadangan supaya kejadian itu disiasat adalah langkah yang terbaik. Tindakan yang diambil nanti tidaklah dilihat sebagai langkah mahu mendera dan memalukan Britain tetapi keadilan didahulukan sebelum penalti dikenakan.

Kalau rakyat yang dibunuh 24 orang itu dinafikan keadilan sebelum dibunuh, maka tidaklah dendam yang serupa dikenakan pula kepada kerajaan British sekarang. Adakan penyiasatan bersama Malaysia dan Britain dalam penyembelihan itu.

Kemudian Britain tidak terlalu berat membayar ganti darah kepada keluarga mangsa. Tidak semestinya mereka dikenakan membayar sekian ribu paun atas setiap jiwa yang dibunuh, tetapi dengan permintaan maaf yang terbuka atas kesalahan itu serta tawaran kemudahan belajar dan biasiswa kepada anak cucu cicit mangsa mengikut peruntukan yang selayaknya.

Ia sebenarnya bukan satu denda tetapi ia dilihat satu bayaran muhibbah tentang hubungan baik antara kedua bangsa. Dan ia juga satu pengajaran kepada mana-mana tentera asing yang datang ke sebuah wilayah yang bukan sebahagian dari kedaulatannya.

Yang dibangkitkan oleh Prof. Datuk Hamdan dan rakan-rakannya adalah dalam rangka menegakkan keadilan bahawa manusia itu adalah sama baik ia dari negeri kecil yang mundur mahukan negara kaya yang maju.

Tiada Tindakan Disiplin Terhadap Khalid Samad

SHAH ALAM – Pas tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung kenyataannya bahawa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkuasa di Selangor dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanyalah ‘jeneral’ beliau sahaja.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan Khalid adalah pandangan peribadi dan tidak menjejaskan mana-mana pihak termasuk hubungan Pas dengan parti komponen PR.

“Saya tidak fikir (kenyataan) itu ganggu hubungan PR, itu hanya pandangan peribadi sahaja, tiada masalah dalam kenyataan tersebut.

“Mungkin beliau anggap Anwar sebagai penasihat PKR, oleh yang demikian kenyataan seperti ini dikeluarkan dan ia tidak bermaksud untuk menyakiti sesiapa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau mengulas kenyataan Khalid di sebuah akhbar berhubung isu pelantikan Naib Presiden PKR Azmin Ali menggantikan Abdul Khalid sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor.

Sunday, June 20, 2010

Jemaah Islamaiah ( JI ) Najib kata ada....aku nak kata pulak....

BAGAN DATOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat meletakkan kepercayaan mereka kepada pihak berkuasa daripada terpengaruh dengan dakyah pembangkang berhubung isu militan Jemaah Islamiah (JI).

Beliau berkata perkara itu adalah sesuatu yang benar dan bukanlah perkara yang diada-adakan untuk mengalih perhatian rakyat seperti dakwaan sesetengah pihak.

"Isu itu (militan JI) merupakan soal keselamatan negara dan sememangnya kerajaan mengetahui mengenai adanya penglibatan daripada kalangan pensyarah kanan di universiti tempatan dalam kegiatan militan tersebut.

"Jadi sebab itulah kita mesti percaya dan yakin bahawa ini satu ancaman dan kita serah kepada pihak berkuasa sebab pihak berkuasa kita terutama sekali pihak polis dan anggota perisik memang mempunyai banyak pengalaman dalam menangani ancaman JI dan kumpulan militan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pembinaan Limbungan Kapal NGV Tech Sdn Bhd sempena lawatan kerja beliau ke kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini pada semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tahap keselamatan negara ekoran pendedahan mengenai ancaman JI. Lapor mStar Online.

Aku pulak kata.......

Kalau benarlah apa yang dikata nak tunggu apa lagi...tangkap je lah semua anggota JI tu dan dedahkanlah rangkaian mereka...gunakanlah ISA ( walaupun aku tak setuju tapi BN suka ) yang katanyanya boleh mengawal pengganas tu.

Ni tak...bercakap ke hulu ke hilir yang negara sedang diancam oleh aktiviti pengganas seperti JI. yang jelasnya negara sedang terancam dan diancam oleh kerenah korupsi pemimpin-pemimpin BN dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang korup.

PDRM-Musa Hassan kan orang hebat dalam penyiasatan...takan lah tak jumpa dan tak boleh kenal pasti lagi siapa kepala JI yang ada mengetuai organisasinya di Malaysia. Dalam kes Anwar Ibrahi mereka ni sangat hebat buat siasatan tetapi dalam isu keselamatan negara mereka boleh cakap kosong jer?

Kalau benar apa yang mereka kata dan dakwa itu benar dan JI itu memang wujud serta aktif...Musa Hassan buat apa? Eloklah dia letak jawatan sebab dia pun dah nak pencen buat kali kedua kalau tidak dalam masa seminggu ni mereka kena buktikan segala dakwaan mereka ni benar atau memang mereka ni cakap merapu untuk mengalih isu seperti yang Anwar sebutkan...... MRK albanjari

Isu Dr Asri Masuk UMNO.....Aku Nak Kata....

Terpulanglah kepada dia nak masuk parti mana, dia bukan tidak cerdik nak buat keputusan dan jangan dia nak perasan yang dia dah cukup bagus untuk kedua-dua parti.

Apa untungnya dia masuk UMNO dan apa ruginya PAS kalau dia masuk UMNO?

Oh ye..masuk UMNO tentu banyak untungnya sebab boleh dapat itu dan ini kerana itulah perjuangan umno kalau tidak masakan 6 ekor katak boleh melompat keluar parti dan menjadi bebas yang menyokong umno/BN walaupun mereka kata mereka tidak berpihak.

Pada saya eloklah Dr Asri jadi Ketua Umum BEBAS sebab dia tidak sering tidak konsisten dalam kenyataan yang meyentuh isu-isu politik. MRK albanjari

USTAZ FADZIL NOOR PENERUS PERJUANGAN DR BURHANUDDIN AL HELMI



Latar Belakang

Fadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah.

Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil.

Moyangnya Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalah seorang ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani.

Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga (1946-1949).

Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Maktab Mahmud Alor Setar (1949-1958) dan peringkat tinggi (1958-1962).

Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil Noor menjadi guru di Sekolah Menengah Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudian beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Pada tahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir. Pada tahun 1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.

Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar di Maktab Mahmud (1967-1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaran sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Penglibatan Awal

Bakat kepimpinan Ustaz Fadzil Noor terserlah bila beliau bergerak cergas dalam persatuan pelajar dan terkenal sebagai pemidato yang pintar dan dihormati di Maktab Mahmud.

Ketika di Mesir Ustaz Fadzil Noor memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai ketua penerangan, setiausaha dan akhirnya sebagai timbalan presiden.

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).

Ustaz Fadzil Noor juga pernah menjadi setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Kedah.

Semasa memimpin ABIM, Ustaz Fadzil Noor turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974.

Ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi Pemangku Presiden ABIM.
Penglibatan dalam PAS

Ustaz Fadzil Noor mula terlibat dengan PAS pada tahun 1959 ketika masih menuntut di Maktab Mahmud. Beliau membantu calon-calon PAS dalam pilihanraya tahun tersebut.

Ustaz Fadzil Noor juga dalam kempen tersebut sering mengikuti ceramah-ceramah Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad.

Ustaz Fadzil Noor seterusnya dilantik menjadi YDP PAS Kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan Negeri PAS Kedah.

Jawatan tertinggi yang disandang oleh Ustaz Fadzil Noor adalah:

· Naib Yang Dipertua (1979-1983)

· Timbalan Yang Dipertua (1983-1989)

· Presiden PAS (1989-2002)

Ustaz Fadzil Noor mula menjadi Yang Dipertua pada 31 Mac 1989. Nama jawatan Yang Dipertua PAS ditukar menjadi Presiden PAS pada masa beliau.

Ditahan Polis

Dalam perjuangan menegakkan kebenaran, Ustaz Fadzil Noor pernah ditahan dua kali oleh pihak polis.

Pada penghujung tahun 1970an, ketika sedang berucap dalam majlis ceramah di Kg Seberang Takir, Terengganu, tiba-tiba pihak polis mengumumkan bahawa ceramah tersebut adalah perhimpunan haram.

Turut hadir dalam ceramah itu adalah Ustaz Abdul Hadi Awang, Mustafa Ali dan Ustaz Fadhullah Shuaib.

Tanpa menghiraukan amaran tersebut, Ustaz Fadzil Noor meneruskan ceramahnya dengan memberi peringatan kepada pihak polis tentang sebuah hadith Nabi s.a.w.

Sepasukan polis terus menyerbu dan menahan Ustaz Fadzil Noor beserta para penceramah lain.

Mereka terus dibawa ke balai di bandar Kuala Terengganu malam itu juga. Bermalamlah Ustaz Fadzil Noor di lokap pada malam itu.

Lewat malam itu juga Pemuda PAS memobilisasi sokongan dan menjelang subuh kira-kira 15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah berkumpul di luar kawasan balai polis Kuala Terengganu.

Mereka mendesak pemimpin-pemimpin mereka dibebaskan segera.

Perundingan antara beberapa orang wakil PAS dengan pihak polis diadakan. Hasilnya, Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin-pemimpin yang ditahan dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang tindakan.

Sekali lagi Ustaz Fadzil Noor ditahan oleh pihak polis adalah dalam ceramah di Jerlun, Kedah. Peristiwa ini berlaku ketika kes Muassasah Darul Ulum menjadi isu panas di antara PAS dengan UMNO di Kedah.

Ustaz Fadzil Noor ditahan semasa berceramah. Beliau ditahan bersama Hj. Shaari, YDP PAS Kawasan Jerlun dan dikenakan ikat jamin. Kesnya terus dibawa ke mahkamah.

Walau bagaimanapun kes ini digugurkan berikutan kematian Hj. Shaari.

Orang Kanan Tuan Guru Yusof Rawa

Dalam perjuangan bersama-sama PAS, terutamanya sejak era peralihan kepimpinan, Ustaz Fadzil Noor sentiasa berseiringan jalan dengan Tuan Guru Yusof Rawa.

Selepas pilihanraya tahun 1978 lagi, ketika Tuan Guru Yusof Rawa menjadi Naib Yang Dipertua pertama, Ustaz Fadzil Noor menjadi Naib Yang Dipertua kedua.

Semasa Tuan Guru Yusof Rawa berjaya memenangi jawatan Timbalan yang Dipertua parti dalam tahun 1981, Ustaz Fadzil Noor pula menduduki jawatan Naib Yang Dipertua pertama.

Apabila Majlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan PAS, Ustaz Fadzil Noor bersama-sama Tuan Guru Yusof Rawa mewakili Jawatankuasa PAS Pusat untuk duduk dalam Majlis Syura Ulama’.

Ketika Tuan Guru Yusof Rawa dipilih menjadi Mursyidul Am yang pertama, bebanan tugas Yang Dipertua telah dilaksanakan sebahagiannya oleh Ustaz Fadzil Noor.

Demikian juga semasa Tuan Guru Yusof Rawa uzur menjelang saat-saat akhir beliau memegang jawatan Yang Dipertua, maka Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju utama parti.

Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang paling kehadapan membantu Tuan Guru Yusof Rawa semasa PAS berhadapan dengan krisis peralihan kepimpinan dan tragedi Memali.

Ustaz Fadzil Noor juga menjadi pembantu utama semasa Tuan Guru Yusof Rawa merintas konsep kepimpinan ulama’ dan mengukuhkan asas-asas harakah Islamiyyah dalam PAS.

Ustaz Fadzil Noor adalah orang kanan Tuan Guru Yusof Rawa sepanjang perjuangan mereka bersama-sama dalam PAS.

Menangani Fatwa Syuhada’ Memali

Semasa tercetusnya tragedi Memali, tugas menangani kes tersebut telah diserahkan oleh Tuan Guru Yusof Rawa kepada Ustaz Fadzil Noor. Beliau pada masa itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

Persoalan paling utama kepada Ustaz Fadzil Noor pada masa itu adalah bagaimana jenazah hendak diurus? Adakah mereka syuhada’?. Sekiranya mereka mati syahid, jenazah mereka tidak perlu dimandi, dikapan dan disolat-jenazahkan.

Ustaz Fadzil Noor terus menemui Tuan Guru Haji Omar, seorang alim yang sangat disegani di Baling. Menurut Tuan Guru Haji Omar, Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sah mati syahid.

Ustaz Fadzil Noor merujuk lagi kepada Tuan Guru Haji Yahya Joned, ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah dan menantunya Ustaz Azahari Abdul Razak, ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Kedua mereka adalah pimpinan ulama’ PAS Kedah.

Mereka berdua menyokong pendapat Tuan Guru Haji Omar.

Ustaz Fadzil Noor seterusnya cuba mendapatkan pengesahan daripada Majlis Fatwa Negeri Kedah tetapi dalam waktu yang suntuk Majlis Fatwa tidak dapat mengadakan mesyuarat.

Dengan itu jenazah Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang rakan-rakannya dikebumikan sebagai para syuhada’.

Dua minggu kemudian Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah mengatakan mereka tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah.

Seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan pula mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai bughah, atau penderhaka.

Ustaz Fadzil Noor mengatakan jika pihak kerajaan menganggap mereka tidak syahid, kerajaan mesti bertindak menggali kubur, memandi, mengkafan dan menyembahyang-jenazahkan mereka!

Untuk meredakan keadaan, Sultan Kedah telah perkenan menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya.

Berikutan itu Ustaz Fadzil Noor mengulas:

”Mana ada raja perkenan menziarah kubur orang derhaka? Macam Hang Jebat yang dianggap derhaka kepada Raja Melaka, tidak pernah ada raja-raja dari dulu hingga sekarang ziarah kubur Hang Jebat”

Tindakan terhadap Ibrahim Libya adalah untuk mengelakkan pengaruhnya dan pengaruh PAS berkembang agar UMNO tidak tergugat di Baling.

Tetapi tanpa Ibrahim Libya pun, akhirnya Baling jatuh ke tangan PAS pada pilihanraya 1999.

Dalam debat Parlimen, isu Memali dibangkitkan oleh UMNO. Pihak yang mengatakan Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya tidak syahid mencabar supaya Ustaz Fadzil Noor menggali pusara syuhada itu, sama ada hancur atau tidak jenazah mereka.

Ustaz Fadzil Noor lantas menjawab:

”Kami percaya mereka syahid, kami tidak perlu menggali kuburnya. Yang Berhormat yang tidak percayalah yang patut menggalinya untuk melihat badan mereka hancur atau masih segar”

Memantapkan Konsep Kepimpinan Ulama’

Kepimpinan Ulama’ diasaskan semasa kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa sebagai Yang Dipertua dengan Ustaz Fadzil Noor sebagai timbalannya.

Di bawah kepimpinannya, Ustaz Fadzil Noor menekankan agar golongan ulama’ hendaklah sentiasa berusaha untuk melayakkan diri menjadi pemimpin dan PAS memberikan perhatian supaya institusi ulama’ mesti disokong dan didaulatkan.

Ustaz Fadzil Noor berpandangan bahawa kepimpinan PAS akan lebih terbuka dan lebih banyak dipikul oleh golongan intelektual masa depan, namun konsep kepimpinan ulama’ akan terus menjadi teras.

Dengan itu Ustaz Fadzil Noor tetap menekankan perihal pentingnya penghayatan kepimpinan ulama’.

Sejak kepimpinan ulama’ diketengahkan, PAS berjaya menawan dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

Kedua-dua negeri ini telah memberikan penghormatan kepada ulama’ untuk menjadi Menteri Besar.

Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang ke Parlimen juga merupakan satu penampilan tokoh ulama’ yang berwibawa dan amat dikagumi.

Kempen Menambah 500,000 Ahli

Setelah menjadi Presiden, Ustaz Fadzil Noor menyedari bahawa walaupun setelah 40 tahun usia PAS, jumlah keahliannya baru mencecah 300,000 orang.

Pada tahun 1990, beliau melancarkan kempen menambahkan keahlian PAS kepada 500,000 orang dalam tempoh lima tahun.
Sasaran ini adalah sebelum pilihanraya tahun 1995.

Dalam satu Ucapan Dasarnya, Ustaz Fadzil Noor menyarankan supaya pemimpin-pemimpin di semua peringkat hendaklah memastikan agar ada cawangan PAS di setiap kampung, di setiap taman perumahan dan di setiap lorong.
Ustaz Fadzil Noor menegaskan hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang ahli PAS dalam setiap rumah.

Ustaz Fadzil Noor membuktikan arahannya itu dilaksanakan di kawasannya sendiri di DUN Bukit Raya. Di Bukit Raya, cawangan-cawangan PAS jauh melebihi cawangan-cawangan UMNO.

Pada Jun 1995, keanggotaan PAS telah mencecah 400,000.

Walaupun jumlah tersebut tidak memenuhi sasarannya, namun purata penambahan 2,000 orang ahli sebulan telah dapat dicapai.

Ledakan pertambahan ahli ini walau bagaimanapun berlaku setelah tercetusnya Reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim.

Purata penambahan ahli PAS untuk beberapa bulan berikutnya adalah antara 10,000 hingga 15,000 orang sebulan.

Pelaksanaan Hudud

Enakmen Syariah II Kelantan yang termasuk di dalamnya hukum hudud telah dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan semasa kepimpinan Ustaz Fadzil Noor.
Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS telah mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan syariat Islam termasuk hudud sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951.
Para pemimpin PAS sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-cita tersebut.
Hasrat ini telah disebut dalam ceramah dan manifesto-manifesto pilihanraya PAS.
Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS dalam melaksanakan syariat Islam tidak pernah bersikap terburu-buru.

Contohnya, kerajaan Kelantan telah mengambilkira pandangan awal Perdana Menteri yang pernah membuat kenyatan bahawa beliau bersedia memberi laluan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud.

Kerajaan Kelantan juga mengambil kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri yang menyebut kononnya UMNO tidak menentang hudud.

Pandangan parti-parti bukan Melayu juga diberi perhatian.

Ketua Dewan Ulama’ sebagai sifatnya Menteri Besar Kelantan telah membuka pintu pejabatnya untuk berdialog dengan ketua-ketua agama dan politik serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Ustaz Fadzil Noor menegaskan bahawa kerajaan Kelantan telah mencatat sejarah apabila rang enakmen itu dibenarkan untuk dibahas dalam seminar terbuka oleh pelbagai pihak sebelum dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Tetapi malangnya UMNO tidak kelihatan.

Ustaz Fadzil Noor telah membidas perbuatan mereka dengan mengatakan bahawa Barisan Nasional yang mendakwa sebagai juara demokrasi sebenarnya belum berani untuk menghadapi rakyat seperti yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

Ustaz Fadzil Noor turut menyelar tindakan UMNO menolak enakmen tersebut serta pakatan mereka untuk menggagalkan pelaksanaan syariat Islam di negeri Kelantan.

Tahaluf Siyasi dan Reformasi

Ustaz Fadzil Noor meneruskan tradisi perjuangan mengekalkan perpaduan demi menjaga kemaslahatan Islam dan negara yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin awal PAS.

Usaha Dr. Burhanuddin Helmy mewujudkan pakatan dengan lebih 80 buah parti dan pertubuhan Melayu bagi mewujudkan PUTERA atau Pusat Tenaga Rakyat adalah satu contoh yang gilang gemilang.

PUTERA dipengerusikan oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dengan Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebagai penggerak utama di belakangnya.
Melalui PUTERA, Dr. Burhanuddin Al-Helmy mewujudkan pula pakatan politik dengan Tan Cheng Lok yang menerajui AMCJA.

Kemuncak perjuangan PUTERA-AMCJA yang dipengerusikan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah hartal atau boleh dikatakan pada hari ini sebagai civil disobedience.
Hartal melibatkan 450,000 anggota dalam gabungan jaringan PUTERA-AMCJA.
Apabila pakatan PUTERA-AMCJA dilihat membahayakan penjajah British, maka undang-undang Darurat pun dikuatkuasakan.

Sepanjang tempoh Darurat, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah terhalang daripada menggerakkan sebarang pakatan politik.

Sebaliknya Tan Cheng Lok mula berjinak-jinak dengan UMNO dan akhirnya pakatannya dengan pemimpin-pemimpin UMNO membolehkan MCA ditubuhkan.

Pada tahun 1959, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan pakatan politik dengan pengasas UMNO sendiri iaitu Dato’ Onn Jaafar yang telah meninggalkan parti itu.
PAS telah memberi kerusi kepada Dato’ Onn untuk bertanding sebagai calon Parti Negara di Terengganu dan beliau menang.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan pakatan politik dengan bekas ahli-ahli UMNO dalam pilihanraya 1959, di antaranya dengan Khatijah Sidek.
Khatijah Sidek akhirnya menyertai PAS dan bertanding di atas tiket PAS dan memenangi kerusi Parlimen Dungun dalam pilihanraya tersebut.

Demikian juga dengan Prof Zulkifli Muhammad di mana beliau merupakan pemimpin PAS pertama yang mencadangkan agar PAS menerima kaum Cina dan orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu PAS.

Ketika menggerakkan pakatan CCC, Ustaz Fadzil Noor telah meminta pasukan penyelidikan PAS mengkaji semula pandangan atau mana-mana penulisan Prof Zulkifli Muhammad berkenaan isu penyertaan kaum bukan Islam dalam PAS.

Walaupun timbul beberapa krisis dalaman PAS dengan kemasukan PAS dalam kerajaan campuran dan Barisan Nasional pada zaman kepimpinan Dato’ Mohd Asri, Ustaz Fadzil Noor tetap berpendirian bahawa ianya adalah satu langkah bagi mewujudkan pakatan politik yang menjadi amalan politik PAS.

Berbekalkan tradisi tahaluf siyasi seperti inilah yang mendorong Ustaz Fadzil Noor mewujudkan pakatan dengan Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

Hasil daripada tahaluf siyasi ini, PAS berjaya memerintah Kelantan.
Demikian juga apabila berlakunya Reformasi berikutan pemecatan Anwar Ibrahim. Tradisi yang diwarisi daripada pemimpin-pemimpin terdahulu dan pengalamannya sendiri, menjadikan Ustaz Fadzil Noor mengorak langkah bagi mewujudkan tahaluf siayasi dengan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

Bermula dengan GERAK, seterusnya Ustaz Fadzil Noor merintis penubuhan Barisan Alternatif yang merupakan satu tahaluf siyasi ke arah pembentukan Malaysia Baru.
Langkah tersebut telah membawa hasil yang begitu besar kepada PAS dan perjuangan Islam pada pilihanraya 1999.

PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya mewujudkan kerajaan di Terengganu.
Pendekatan tahaluf siyasi yang diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor juga bersumber daripada warisan kepimpinan terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa.

Di bawah teraju kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah membuka ruang bagi pemimpin-pemimpin pelapis PAS untuk mewujudkan pakatan-pakatan politik yang boleh memenangkan dakwah dan politik Islam.

Kerjasama dan pakatan dengan pertubuhan dan aktivis kaum Cina hingga tertubuhnya CCC adalah satu dayacipta keterbukaan dan kesederhanaan kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa.
Ustaz Fadzil Noor juga sering mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa PAS adalah berakarumbi daripada perjuangan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol.

Tatkala menyebut Hizbul Muslimin, sekali gus Ustaz Fadzil Noor mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa tradisi kepimpinan ulama’ sebenarnya bersumber daripada perjuangan dan pengorbanan para ulama’ angkatan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Keberanian dan sikap terbuka Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dalam merintis pelbagai tahaluf siyasi seperti PEPERMAS, MATA, LEPIR dan seumpamanya menjadi iktibar bagi perjuangan PAS yang diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.

Jika ada kesinambungan dan kesepaduan di antara perjuangan yang dirintis oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Prof Zulkifli Muhammad dan Tuan Guru Yusof Rawa, maka Ustaz Fadzil Noor menterjemahkannya dalam realiti politik pada masanya.

Demikian juga, jika usaha Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya menggabungkan lebih 80 buah parti dan persatuan Melayu dalam PUTERA untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah, Ustaz Fadzil Noor pula telah berjaya mewujudkan gabungan lebih 80 buah parti politik dan NGO melalui GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang warisan penjajah, ISA!

Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, PAS terus bergerak menjadikan tahaluf siyasi sebagai satu amalan utama dalam pergerakan siyasahnya.

Menentang Kezaliman ISA

Kezaliman ISA adalah suatu yang tidak asing lagi bagi Ustaz Fadzil Noor.
Ini kerana semasa beliau menjadi Timbalan Presiden ABIM, beliau terpaksa memangku jawatan Presiden ABIM apabila Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA selama dua puluh bulan bermula dari tahun 1974.

Sekali lagi setelah Anwar Ibrahim ditahan dan dibelasah oleh Ketua Polis Negara pada malam 20 September 1998, keesokan harinya rakan lamanya itu diumumkan telah ditahan di bawah ISA.

Ustaz Fadzil Noor memahami benar bahawa ISA adalah senjata politik pemerintah.
ISA digunakan untuk melindungi kepentingan politik pemerintah. ISA juga digunakan untuk menutup jenayah pemerintah.

Meneruskan dasar PAS terhadap ISA daripada kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor terus melonjakkan PAS dalam sikap dan pendiriannya terhadap kezaliman ISA.

Ustaz Fadzil Noor mempengerusikan mesyuarat menentang ISA ekoran penahanan Anwar Ibrahim dan beberapa penyokongnya bermula dari 20 September 1998.
Mesyuarat itu diadakan di Markaz Tarbiah PAS, Taman Melewar dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada PAS, PRM, DAP dan NGO daripada PUM, ABIM, JIM, SUARAM dan lain-lain.
Mesyuarat yang diadakan pada 25 September itu memutuskan untuk mendesak kerajaan membebaskan segera semua tahanan ISA dan memansuhkan ISA.
Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK.

Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27 September 1998 di Markaz Tarbiah, Taman Melewar.

Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara hadir ke majlis pelancaran tersebut.

Dalam Ucapan Dasar di Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz Fadzil Noor menegaskan:

”Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu gerakan yang disebut Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK, cukup untuk membuktikan keupayaan kepimpinan PAS menerajui kebangkitan rakyat di negara ini”

Ustaz Fadzil Noor berulang kali menegaskan, sama ada dalam ceramah mahupun dalam perbahasan di Parlimen, bahawa ISA bersama-sama undang-undang zalim yang lain seperti OSA, Akta Polis dan Akta Cetak adalah undang-undang yang mencabul hak asasi rakyat di negara ini.

Perhimpunan 100,000 Rakyat

Perhimpunan 100,000 Rakyat yang diadakan pada 5 November 2000 adalah satu perhimpunan aman anjuran aktivis yang menyokong BA daripada parti- parti politik, NGO dan Reformasi.

PAS di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor telah memberi sokongan yang padu untuk menjayakan perhimpunan ini.

Ini berlaku apabila Ustaz Fadzil Noor membenarkan setiausaha politiknya, Dr. Mohd Hatta Ramli, untuk terlibat sebagai salah seorang ahli jawatankuasa penganjur.
Ustaz Fadzil Noor juga telah mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharuddin Md Isa untuk mengeluarkan surat kepada setiap PAS Negeri untuk mengerahkan ahli-ahli PAS turun untuk menjayakan perhimpunan aman tersebut.

Sokongan yang diberikan serta komitmen Ustaz Fadzil Noor sendiri untuk hadir ke perhimpunan tersebut telah menyebabkan pemimpin-pemimpin utama parti-parti politik bersetuju untuk turut serta.

Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti KeADILan Nasional, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP dan Dr. Syed Husin Ali, Presiden PRM turun bersama-sama rakyat menyertai perhimpunan aman tersebut.

Apabila laluan ke tempat perhimpunan disekat oleh polis, keempat-empat pemimpin utama parti-parti politik Barisan Alternatif itu turun daripada kenderaan masing-masing dan berjalan bersama-sama puluhan ribu rakyat di atas Lebuhraya KESAS.
Solidariti keempat-empat pemimpin BA berjalan di barisan hadapan perarakan itu, benar-benar menyuntik semangat kepada rakyat tentang betapa mantapnya gandingan dan kerjasama BA.

Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor dan para pemimpin BA menunjukkan contoh semangat yang kental apabila mereka berjalan sejauh hampir lima kilometer di atas Lebuhraya yang sudah tiada kenderaan boleh melaluinya lagi itu.
Apabila tiba di tempat yang sudah tidak boleh lagi dilalui kerana sekatan polis, semua para pemimpin diundang untuk membuat ucapan.

Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor berucap di atas tembok pemisah lebuhraya dengan dikelilingi oleh kira-kira 100,000 rakyat.

Dalam ucapanya yang penuh semangat itu, Ustaz Fadzil Noor menyeru agar semua rakyat bersatu untuk berjuang mengembalikan hak mereka yang sudah dicabul dan dirampas oleh Dr. Mahathir dan kerajaan UMNO-BN.

Apabila lebih seratus orang ditahan oleh polis kerana menyertai perhimpunan aman tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah mengarahkan Dr. Mohd Hatta Ramli untuk mengendalikan urusan ikat jamin dan pembebasan mereka daripada lokap.

Sokongan terhadap perhimpunan aman di Lebuhraya KESAS ini diteruskan oleh Ustaz Fadzil Noor dengan merintis penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

GMI ditubuhkan apabila pengerusi dan ahli-ahli serta penggerak utama Jawatankuasa Perhimpunan 100,000 Rakyat ditahan di bawah ISA pada 10 April 2001.

Demonstrasi aman seperti ini adalah suatu yang tidak asing bagi Ustaz Fadzil Noor. Ini kerana masa mudanya lagi, iaitu pada tahun 1974, beliau telah pun terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling.

Bahkan, pada akhir-akhir hayatnya pun beliau masih menggagahkan diri untuk hadir bersama rakyat dalam perhimpunan-perhimpunan aman.

Sebulan sebelum beliau meninggal dunia, Ustaz Fadzil Noor telah hadir dalam perhimpunan aman di depan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur membantah tindakan Amerika mahu menyerang Iraq.

Dalam perhimpunan aman tersebut, pihak polis FRU telah mengganas menyerang orang ramai dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan air berkimia.

Ustaz Fadzil Noor terkena gas pemedih mata dengan teruk sekali. Sejak itu kesihatannya sangat terganggu.

Menurut setiausaha politik dan doktor peribadinya, Dr. Mohd Hatta Ramli, sejak itu kesihatannya semakin merosot hinggalah beliau memerlukan pembedahan dan seterusnya menghembuskan nafas terakhir.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Pencapaian Sebagai Ahli Politik Islam dan Sumbangan kepada Gerakan Islam

Pembabitan awal Ustaz Fadzil Noor dalam politik pilihanraya bermula pada tahun 1978. Beliau bertanding dalam pilihanraya untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.

Pada tahun 1980, dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Raya, sekali lagi beliau menjadi calon PAS untuk merebut kerusi tersebut. Beliau gagal dalam kedua-dua percubaan ini.
Hanya dalam pilihanraya tahun 1982, Ustaz Fadzil Noor memenangi kerusi DUN Bukit Raya dan seterusnya mempertahankan kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut.

Pada pilihanraya tahun 1999, Ustaz Fadzil Noor menang kerusi Parlimen Pendang dan juga kerusi DUN Anak Bukit.

Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor PAS mengalami kejayaan paling besar sepanjang sejarah penglibatan dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya tahun 1999, PAS memenangi 27 kerusi Parlimen dan 98 kerusi DUN.
Dengan kedudukan tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau merupakan pemimpin kedua daripada PAS yang memegang peranan tersebut.

Sejak peranan ketua pembangkang diwujudkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada tahun 1972, Dato’ Mohd Asri adalah orang pertama daripada PAS yang menjadi Ketua Pembangkang.

Di peringkat politik dalam negeri, Ustaz Fadzil Noor telah berjaya mewujudkan beberapa pakatan politik atau tahaluf siyasi. Antaranya CCC, Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif.

Beliau juga telah berjaya mewujudkan pakatan politik yang bertujuan khusus menentang kezaliman ISA melalui penubuhan GERAK dan GMI, Gerakan Mansuhkan ISA.
Di peringkat serantau beliau memainkan peranan untuk mewujudkan permuafakatan di kalangan kumpulan-kumpulan Islam di Indonesia.

Selepas tercetusnya Reformasi Indonesia dan jatuhnya Presiden Suharto, maka telah muncal banyak parti-parti yang berteraskan Islam di Negara tersebut.
Ustaz Fadzil Noor mengambil inisiatif dan langkah diplomasi bertemu pemimpin parti-parti tersebut dan mengsyorkan agar mereka tidak membentuk terlalu banyak parti berteraskan Islam di sana.

Ustaz Fadzil Noor juga telah berjaya menempatkan PAS sebarisan dengan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di peringkat antarabangsa.
Ustaz Fadzil Noor menegaskan:

”PAS sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan umat, adalah satu daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia. Ia bersama-sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaati Islami di benua kecil India, Refah Party di Turki, FIS di Algeria, HAMAS di Palestin dan lain-lain harakah Islam di seluruh dunia, mendukung perjuangan Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak hidup Islam”

Di peringkat politik antarabangsa juga, Ustaz Fadzil Noor tegas dan lantang menentang kerakusan dan dasar-dasar kejam kuasa Amerika dan Barat.

Dalam isu Palestin, Israel, Chechnya, Afghanistan
dan Iraq, PAS di bawah teraju Ustaz Fadzil Noor mengambil pendirian yang cukup lantang dan jelas.

Tidak sedikit pemimpin dan ahli-ahli PAS semasa menyatakan pendirian dalam isu-isu antarabangsa melalui ceramah dan demonstrasi aman yang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

Pendiriannya yang jelas dan tegas terhadap isu-isu antarabangsa yang melibatkan umat Islam telah menyuntik semangat juang yang tinggi di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Dalam masa yang sama Ustaz Fadzil Noor juga amat teliti dengan isu-isu tempatan. Sebagai contoh, beliau amat cermat menangani isu hak istimewa orang Melayu di negara ini.

Mengambil hujah daripada tindakan Khalifah Umar bin Al-Khattab semasa pemerintahannya, Ustaz Fadzil Noor menegaskan terdapat hak istimewa seumpama ini demi menjaga kepentingan penduduk asal tempatan khususnya yang tidak berada.
Demikian juga ketika berlaku kes Mohamad Sabu menjelang pilihanraya 1995. Setelah mengadakan mesyuarat yang teliti, Ustaz Fadzil Noor mencadangkan satu tindakan disiplin diambil.

Mohamad Sabu diminta meletakkan jawatan daripada parti dan keputusan ini diterima baik oleh Mohamad Sabu.

Langkah ini dilakukan demi mengekalkan kewibawaan PAS dan mengelakkan tohmahan terhadapnya.

Selepas kes itu selesai dan mahkamah mendapati Mohamad Sabu tidak bersalah, maka ternyata langkah yang diambil oleh Ustaz Fadzil Noor telah menguntungkan PAS dan perjuangan Islam.

Ustaz Fadzil Noor juga meneruskan tradisi muslimat PAS diberikan amanah untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Penampilan muslimat dari pelbagai lapisan latar belakang dan kerjaya telah melonjakkan imej PAS sepanjang PAS diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.

Ustaz Fadzil Noor juga amat berjaya di bidang dakwah dan pendidikan. Selaku Pesuruhjaya PAS Kedah pada tahun 1985 beliau telah membeli sebuah estet kecil seluas 35 ekar untuk dijadikan sebuah institusi pengajian tinggi Islam.

Institusi ini dinamakan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah.

Pada masa yang sama Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena yang didirikan oleh Ustaz Fadzil Noor adalah setanding kehebatannya pada zaman kegemilangan Maahad Al-Ehya Al-Sharif yang diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Muassasah Darul Ulum menampilkan pelbagai kemelut pergeresan di antara PAS dengan UMNO, kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Kedah.

Beberapa orang pemimpin Pemuda PAS ditahan di bawah ISA dalam ketegangan isu Muassasah Darul Ulum. Bahkan, Ustaz Fadzil Noor sendiri ditahan polis ketika berceramah di Jerlun mengenai isu Muassasah.

Kembali ke Rahmatullah

Ustaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah pada pagi 23 Jun 2002 setelah dua minggu mengalami koma selepas pembedahan yang dijalaninya.

Dengan arahan kerajaan Pusat, jenazahnya diterbangkan dengan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia ke Kedah.

Jenazah dibawa ke Muassasah Darul Ulum, institusi ilmu yang diasas dan diperjuangkannya.

Pada hari beliau dikebumikan pada malam 23 Jun 2002, hampir setengah juta orang berkumpul di situ.

Dari Alor Setar hingga ke kawasan itu, hampir 30km orang ramai penuh sesak di sepanjang jalan menunggu jenazahnya lalu.
Malah pada ketika terakhir jenazah hendak dikebumikan, tiada lagi kenderaan dapat bergerak sepanjang hampir 10km menuju ke Muassasah Darul Ulum.

Tidak kurang 50,000 orang menunaikan solat jenazahnya pada malam itu. Ia dikira satu rekod terbesar dalam sejarah umat Islam.

Catatan dipetik dari http://wasiatpejuang.blogspot.com/

Saturday, June 19, 2010

MASJID-MASJID PERLU MEMBERI RUANG KEPADA KHUSRIN MENYAMPAIKAN KULIAH PENGAJIAN

Kita nak tengok juga macam mana orang-orang yang berautoriti dalam agama menyampaikan kuliah agama masing-masing kuhusunya pegawai-pegawai dan orang-orang besar JAIS dan MAIS seperti Datuk Khusrin dan Dato' Mohd Azib Pengerusi MAIS untuk memberikan kuliah pengajian dan janganlah asyik membebel tak tentu arah je...

Banyak lagi enekmen jenayah syariah selangor yang perlu dikuatkuasakan dan diberi perhatian serius dari bertegas dengan isu Tauliah berceramah ni....

Kalau boleh, lepas menyampaikan kuliah kita adakan sesi soal jawab dan terus sahaja beliau mengimamkan solat Isya' berjemaah.

Kemudian kedua-tua tokoh alamak ni dijadualkan pula untuk memberikan tazkirah jumaat seterusnya menyampaikan Khutbah Jumaat di masjid-masjid seluruh Selangor.


Di Selangor terdapat 300 lebih masjid dan elok benarlah jika nazir-nazir masjid menjadualkan Kuliah Maghrib atau Kuliah Subuh atau Kuliah Duha dan Khutbah Jumaat untuk Khusrin dan Dato' Azib. Apabila kedua2 mangkuk ni turun ke masjid dan surau seluruh selangor untuk mengajar ilmu-ilmu islam maka akan terkawallah apa yang mereka bimbangi itu.

Kita cadangkan agar Khusrin dan Dato' Azib mengajar kitab Feqh Daulah atau Feqh jenayah dan Tauhid dan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tentulah isu berpolitik di dalam masjid, mengajar ajaran sesat di dalam masjid dan macam-macam lagi perkara yang buruk yang tidak terkawal sekarang ini dapat dibendung dan dihapuskan terus. cuma yang mungkin tak boleh nak diberi pencerahan usus apabila keduanya berbicara tentang kesesatan dan fasiknya perjuangan UMNO kerana kedua-duanya itu adalah baka UMNO....

Berita yang berkaitan di bawah adalah dirujuk ....

Nazir Masjid Perlu Patuhi Arahan Tidak Jemput Penceramah Tak Bertauliah

SEPANG: Semua nazir masjid perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) agar tidak menjemput mana-mana penceramah tidak bertauliah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Mengulas lanjut, beliau berkata Nazir masjid juga perlu memastikan bahawa penceramah yang diundang itu tidak menyalahgunakan tauliah diberikan dengan menyampaikan isu tidak sepatutnya dibangkitkan di dalam masjid.

"Walaupun pelbagai arahan telah diberikan melalui notis-notis pemberitahuan yang dipaparkan di semua masjid dan surau, masih terdapat nazir dan ahli jawatankuasa masjid tidak mengendahkan arahan serta notis ini.

"Semua pihak seharusnya menghormati dan mematuhi arahan ini, dan tidak sepatutnya mempertikaikan pelaksanaan undang-undang itu termasuklah sesetengah wakil rakyat kerajaan negeri sendiri," katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Masjid Sungai Merab yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini hari ini.

Mohammed Khusrin berkata semua pihak perlu memberi kerjasama kepada usaha MAIS dan JAIS untuk menjadikan masjid di Selangor bebas daripada aktiviti ceramah yang boleh memecah-belahkan perpaduan umat Islam. - BERNAMA

Saran Wanita Sembahyang Jumaat Satu Lagi Pembaharuan Nik Aziz

TERIMA kasih kepada Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana melontarkan satu cadangan yang bernas agar wanita juga turut mendirikan solat Jumaat. Mungkin cadangan beliau ini sesuatu yang anih dan mengejutkan banyak pihak di negara ini.

Cadangan ini sekali lagi menggambarkan pemikiran Nik Aziz jauh ke depan meninggalkan para ulama lain termasuk juga para Mufti. Menghairankan kita kenapa para ulama termasuk Mufti tidak ternampak apa yang dilihat oleh Nik Aziz?

Kehadiran wanita pada hari Jumaat bukan sesuatu yang memelitkan dan ia menjadi kebiasaan di negera-negera Islam lain. Tetapi fenomena ini satu perkara yang asing di Malaysia sehingga mungkin ada beranggapan cadangan Nik Aziz itu kurafat seperti mana ketegasan Nik Aziz menggunakan masjid untuk berpolitik.

Mereka yang menolak masjid dijadikan medan politik sudah tentu akan menolak cadangan berkenaan. Mereka yang sempit pemikiran akan mengira masjid hanya untuk lelaki saja kerana mereka tidak pernah melihat masjid digunakan oleh wanita secara meluas.

Beliau membuat saranan itu semasa berucap menyerahkan dan menerima derma untuk tabung pembinaan kompleks Masjid Datuttarbiyah di Wakaf Zin Bachok.

Katanya dengan siapnya kompleks terletak atas tanah satu ekar bernilai RM2 juta itu nanti memberi ruang unutuk wanita sama-sama mendirikan solat Jumaat. Di mana ruang bawah boleh digunakan oleh wanita.

Mungkin ada sebahagian dari umat Islam sendiri sebelum ini terkeliru apakah wanita boleh atau tidak untuk mendirikan solat Jumaat. Apabila Nik Aziz membuat cadangan itu kekeliruan mengenai fungsi itu akan terjawab. Sudah tentu ada mereka yang selalu prejudis dengan fatwa atau pandangan luar biasa Nik Aziz mengenai sesuatu khasnya dalam aspek agama mula membelek buku telefon untuk bertanyakan ustaz, ulama dan Mufti mengenai saranan Nik Aziz itu.

Kepada saya saranan itu mengesahkan lagi betapa progresif dan dinamiknya pandangan Nik Aziz terhadap agama. Cadangan itu akan merombak faham kolot bahawa wanita itu tidak perlu di bawah ke tengah masjid. Inilah kehebatan beliau berani melakukan perubahan. Mudah-mudahan dengan bermulanya wanita ikut mendirikan solat di negara ini, wanita tidak lagi tertinggal untuk mendapat apa-apa pesanan, amanat dan wasiat yang disalurkan menerusi khutbah. Dengan itu juga masjid akan menjadi lebih makmur dan meriah lagi.

Golongan wanita termasuk pertubuhan wanita, NGO wanita dan sebagai seharusnya mengalu-alukan pandangan Nik Aziz dengan baik. Mereka perlu mengambil kesempatan untuk ikut sama memanfaatkan sepenuhnya masjid sebagai tempat berbincang hal-hal ilmu dan jangan lagi melihatkan masjid hanya sebagai tempat untuk mendirikan solat saja.

Bermula dengan kebebasan untuk sama-sama mendirikan solat Jumaat ini lah juga memberi peluang wanita terus memartabtkan kedudukan mereka di mata dunia.

Apakah selepas ini ada pendapat yang menyanggah pandangan Nik Aziz? Sama-sama kita tunggu. Saya rasakan pasti ada yang akan mempertikaikan cadangan itu. Sekali lagi terima kaish kepada Nik Aziz atas saranan berkenaan

Friday, June 18, 2010

Laporan kerusi selesa: Freedom House bidas Rais

Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat kurang senang dengan kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim bahawa senarai kebebasan media negara-negara yang dikumpulkannya itu hanyalah satu "laporan kerusi selesa".

NONEPengarah urusannya, Karin Karlekar meminta Rais untuk menjelaskan secara khusus berhubung perkara yang tidak disenangi atau yang tidak dipersetujui mengenai kajian berkenaan.

Karlekar menjelaskan bahawa persekitaran undang-undang Malaysia dilihat sebagai mengongkong media menurut kaca mata antarabangsa.

"Malaysia juga menghadkan keupayaan blogger dan media online daripada beroperasi,” katanya kepada Malaysiakini, malam semalam.

Beliau mengulas kenyataan Rais di parlimen semalam bahawa Malaysia yang menduduki tangga 141 senarai kebebasan media di dunia ini yang dilakukan oleh Freedom House sebagai “tidak tepat”.

azlanRais berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House.

Rais menafikan perkara berkenaan dan sebaliknya berkata kebebasan media di Malaysia semakin bercambah.

Katanya, kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa di Malaysia bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing dan piawaian yang digunakan tidak mengikut budaya rakyat negara ini.

Karlekar sebaliknya, menjelaskan bahawa metodologi atau kaedah yang dijalankan oleh Freedom House adalah berdasarkan piawaian yang diterima-pakai oleh negara-negara di seluruh dunia mengenai apa yang ditakrifkan sebagai kebebasan bersuara dan kebebasan media.

Katanya, piawaian itu dijamin oleh beberapa perjanjian antarabangsa yang Malaysia juga adalah antara negara yang memeterainya. http://www.malaysiakini.com/my/

Bekas timbalan menteri mahu Felda disiasat

Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong yang juga timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan salahurus dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Beliau yang hari ini menemani ahli parlimen Klang, Charles Santiago membuat laporan ke SPRM berhubung kemerosotan rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 billion pada 2004 kepada hanya RM1.35 billion pada tahun lalu.

Dalam aduann

ya, Santiago meminta SPRM menyiasat penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bahawa jumlah rizab tunai Felda susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Ahmad dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada 16 Jun berkata, walaupun jumlah rizab berkurangan, nilai aset yang dimiliki oleh Felda tetap meningkat.

Ahmad juga berkata, rizab tunai tersebut digunakan untuk program kebajikan peserta rancangan dan juga untuk membina ibu pejabat Felda yang baru.

Sementara itu, Tan yang pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri yang kementeriannya bertanggungjawab ke atas Felda berkata bangunan baru berkenaan bertaraf "lima bintang" dan terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura.

Felda, katanya telah membayar pendahuluan sebanyak RM230 juta kepada Naza TTDI, pemaju yang bertanggungjawab membina bangunan baru dengan kos RM662 juta.

Beliau juga mendedahkan bahawa wujudnya satu rancangan pada 2006 untuk menggantikan ibu pejabat Felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Rancangan itu akan hanya membabitkan kos pembinaan RM220 juta kerana tanah itu dimiliki Felda sendiri, kata Tan yang berkhidmat di kementerian tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004.

"Tender untuk meruntuhkan bagunan lama telahpun dibuka," katanya dalam ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan pejabat SPRM hari ini.

"Perdana Menteri (pada ketika itu) Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju untuk merasmikan majlis pecah tanah itu," katanya lagi.

Beliau seterusnya mempertikaikan apa perlunya bangunan baru itu dibina dengan kos RM662, sedangkan ia boleh dibina dengan satu pertiga daripada kos berkenaan.

PENGGANAS ; Kerajaan cuba alih tumpuan rakyat

5 Rejab 1431 H
Oleh: S Pathmawathy

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan hari ini kerana cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu nasional kepada kononnya kegiatan pengganas di negara ini pada tahap membimbangkan.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional dan Umno cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu seperti judi sukan, pembabitan Israel melalui firma antarabangsa Apco Worldwide dan pemberian tanah-tanah utama di Kuala Lumpur kepada sektor swasta.

"Tindakan pengganas tidak boleh dipertahankan dalam apa cara sekalipun tetapi mereka mesti matuhi undang-undang,” kata Anwar.

"Di mana bukti bahawa terdapat kegiatan pengganas? Jika ancaman sebegitu mengugatkan mengapa suspek berkenaan diekstradisi tanpa didakwa?” soalnya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini. Beliau mengulas perhatian serius yang diberikan kerajaan Malaysia kepada fenomena keganasan antarabangsa seperti serangan Israel keatas flotilla keamanan ke Gaza.

"Dalam beberapa minggu ini nampak peningkatan ada propaganda baru tentang ancaman terlampau, kemudian hendak tegakkan negara Islam. Saya tengok ini adalah satu percubaan Umno BN kerajaan untuk mengalih pandangan isu lesen judi, isu Apco dan penyerahan tanah-tanah aset terpenting negara seperti di Wilayah Persekutuan, Sungai Buloh, Sungai Besi, Tanah Keretapi, Sentul, Pudu dan juga diserahkan kepada syarikat swasta dalam masa singkat," katanya.

"Sebab itu kita hendak bagi tahu rakyat jangan terpedaya dengan cubaan Umno BN mengalih pandangan daripada isu besar dalam negara. Kemudian untuk menakutkan rakyat menimbulkan ketegangan baru. Ini peringatan kita supaya kerajaan kalau benar, mesti bentang perkara ini di parlimen, supaya kita dapat tengok buktinya kalau ada, dan kalau ada wajar disokong," katanya.

Malaysiakini/-

PAS Sedia Hadapi Pilihan Raya Umum - Tok Guru Nik Aziz


KOTA BAHARU: PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dari sekarang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Walaupun kuasa mengumumkan tarikh pilihan raya itu terletak di tangan Perdana Menteri untuk membuat suatu kejutan, Menteri Besar Kelantan itu berkata kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.

Bercakap kepada pemberita di Tumpat dua hari lepas, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Menteri Besar Kelantan berkata soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia.-BERNAMA

Golongan Lesbian dan Gay Tuntut Hak,Jangan Mengundang Bala Allah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan meneliti memorandum dihantar golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang mendakwa hak mereka dicabul selepas beberapa artikel membabitkan kegiatan mereka didedahkan media.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, memorandum mengenai diskriminasi golongan LGBT itu diserahkan kepada pihaknya, Khamis lalu. “Bagaimanapun, kami tidak dapat membuat keputusan segera kerana kajian teliti perlu dijalankan dan ia akan mengambil masa yang lama. “Ini kerana Suhakam menekankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, kepekaan moral dan budaya masyarakat juga harus dititik berat sebelum keputusan dibuat bagi menentukan hak golongan LGBT,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan mesyuarat pertama selepas dilantik di pejabatnya, di sini, semalam. Dalam majlis itu, beliau turut memperkenalkan tujuh pesuruhjaya baru untuk sesi 2010-2013 di pejabatnya, di sini, semalam. Beliau berkata, ia tidak bermakna Suhakam tidak mengambil perhatian dan tetap meneliti hal berkenaan. “Suhakam akan terus melindungi hak semua individu tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak,” katanya.

Sebelum ini, golongan LGBT tidak berpuas hati apabila pelbagai media banyak memaparkan mengenai golongan itu yang semakin berleluasa di beberapa tempat di negara ini.

Dalam memorandum itu, golongan berkenaan marah dengan penggunaan ayat seperti songsang, lucah dan jijik dalam artikel dikeluarkan media dan mendakwa melanggar hak mereka.

piewahid:
lepas ni bohsia, bohjan, dan anak2 derhaka pulak nak menuntut hak masing2 kut? atau akan ada pula yang akan menuntut hak bebas mencuri, menagih dadah dan buang ibu bapa? setakat saman mak ayah sebab nak kahwin dan minta hak keluar daripada islam tu dah kira biasa. marilah kembali kepada islam sepenuhnya dan sila2kan kongsi pendapat kengkawan…
-ijoks2009-
Inilah akibatnya apabila orang jahil di beri amanah,sedangkan kalau mereka ikut hukum tak perlu di teliti pun permintaan puak-puak gay dan lesbian laknatullah tu .sudah terang lagi bersuluh amalan mereka itu di laknat oleh Allah.Inilah akibat hasil dari kurangnya penekanan didikan agama oleh ibu bapa zaman sekarang yang lebih risaukan anak mereka tak lulus peperiksaan nanti nak kerja ape tapi mereka tak pernah bersungutpun jika anak mereka tak solat ,tak takut masuk neraka tapi takut tak dapat kerja.

Kerajaan juga turut sama membuka peluang yang seluas-luasnya kepada remaja sekarang dengan bentuk hiburan yang melampau yang tidak di kawal dengan kaedah Islamik.Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita utuk terus mengamalkan cara hidup Islam dalam masyarakat jahiliah moden sekarang dan semoga Allah tidak menimpakan bala kepada Malaysia di sebabkan kejahilan beberapa kerat rakyat dan pemimpin kita.

PAKEDA MENGGANAS DI MELAKA ?


Bukan ini untuk menceritakan berapa jumlah pingat yang dikutip oleh kontijen Melaka sebalik mahu mendedahkan sikap orang UMNO dan PEKIDA yang menjadikan peniaga sebagai tempat mereka memeras ugut dan dijadikan sebagai mangsa keganasan samseng mereka.

Hari ini saya dan pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat Melaka sempat meninjau dan bertemu dengan beberapa pemilik gerai yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap samseng-samseng UMNO yang meminta bayaran tapak sewa dengan kadar harga yang tinggi dan melampau.

Ada dikalangan peniaga wanita disepak terajang dan ditendang seperti aksi bola sepak. Mereka diperas ugut agar tidak melawan sebaliknya patuh dengan arahan yang diberikan oleh pengurusan. Tujuan utama pihak pengurusan berbuat demikian adalah untuk menutup mulut peniaga agar tidak bersuara mengenai kadar sewa tapak Stadium Hang Jebat.

Tapak Stadium Hang Jebat diuruskan oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur yang dikenali sebagai KL Downtown Night Market Sdn Bhd. Syarikat ini beroperasi di Ulu Klang, Ampang Selangor dan menjadi pengurusan sempena SUKMA ke-13 di Melaka.

Cuba lihat dalam surat yang dikeluarkan oleh syarikat milik KL Downtown ini. Surat tersebut merujuk mengenai tapak sewa di Stadium Hang Jebat dan ada terma-terma yang merujuk ke arah bersifat ugutan. Harga bagi setiap gerai adalah RM1000 hingga RM2800 sedangkan saiz khemah dan tapak adalah sama.

Pengurusan juga mengenakan kadar bayaran sewa harian mengikut kehendak mereka dan sehingga mencecah angka yang tinggi. Mereka mengenakan harga yang sesuka hati. Jika peniaga tidak dapat membayar sewa, mereka menyuruh peniaga meninggalkan tapak tersebut serta merta. Ada juga dikalangan peniaga dihalau dan diugut dengan pisau oleh samseng-samseng ini.

Samseng-samseng ini memperkenalkan diri mereka dari PEKIDA dan mereka akan menikam sesiapa sahaja yang cuba melawan. Pada masa yang sama pihak polis hanya jadi tunggul kayu sambil memerhatikan tindakan samseng ini. Mereka bukan melindungi peniaga sebaliknya melindungi samseng-samseng dan geng-geng PEKIDA.

Dikalangan peniaga ada yang membuat laporan polis tetapi pihak polis mengugut para peniaga agar tidak membuat rusuhan di balai sedangkan tindakan peniaga adalah untuk membuat laporan polis sebaliknya dituduh sebagai mengadakan rusuhan. Aggota polis tersebut menggugut peniaga jika tidak bersurai maka mereka akan memanggil FRU untuk meleraikan peniaga.

Begitu jahil dan kejamnya anggota polis sehinggakan tidak dapat membezakan peniaga dan samseng. Kejadian ini berlaku di sebuah balai polis di sekitar Tangga Batu. Polis bagaikan telah dirasuah oleh samseng kerana tidak bertindak ke atas samseng sebaliknya bertindak ke atas peniaga.

Seorang peniaga dari Utara menceritakan bagaimana dia tidak dapat tidur dengan nyeyak kerana bimbang barangan mereka akan dirosakkan oleh samseng-samseng UMNO dan PEKIDA ini. Pihak polis hanya berdiam seribu bahasa akan tidakan ganas samseng-samseng ini.

Ramai peniaga ditapak rasa tertipu dengan pihak pengurusan sama ada di Staium Hang Jebat dan MITC. Di MITC keadaan tapak peniagaan telah dikosongkan kerana para peniaga bimbang akan tindakan ganas dari samseng akan berulang dan mereka telah beredar pulang ke destinasi masing-masing kecuali di tapak Stadium Hang Jebat masih didiami oleh peniaga.

Rungutan daripada peniaga juga kedengaran ekoran jualan mereka merosot akibat tindakan zalim pihak pengurusan yang mengenakan kadar sewa yang tinggi dan tidak akan memulangkan deposit tapak sewa sekiranya penyewa tidak dapat berniaga sebaliknya memberi ugutan.

Beginikah sikap polis Melaka? Adakah berdiam diri melhat samseng-samseng bermaharajalela. Samseng-samseng ini dikatakan berasal dari Melaka dan Kuala Lumpur. Tujuan samseng ini datang ke Melaka adalah untuk menjadi "Geng Kongsi Gelap".

Ada peniaga dibelasah di dalam pejabat pengurusan sekiranya mereka membantah dengan kadar sewa. Ramai juga yang berdiam diri akan tindakan ganas samseng-samseng ini kerana bmbang akan diapa-apakan dengan senjata oleh samseng.

Pihak berkuasa harus menyiasat kes ini agar pegawai keselamatan lebih telus dalam menangani kes-kes jenayah yang terang-terang berlaku didepan mata mereka. Kalau kes yang mahu berdemonstrasi secara aman, polis bertindak ganas tetapi dengan samseng-samseng ditapak peniagaan macam hilang telur.

Ikuti kisah selanjutnya dalam post yang akan datang beserta dengan audio dari pihak peniaga dan juga surat sewa dari pihak pengurusan.

Sumber

Empayar Taib Mahmud Di Kanada?

5 Rejab 1431 H

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan anggota keluarganya didakwa memiliki hartanah bernilai lebih C$100 juta (RM320 juta) di Kanada, lapor sebuah laman anti-Taib - Sarawak Report.

Lamanweb itu mendakwa, ia termasuk kompleks mewah - Preston Square (kanan) dengan menara kaca kembar yang menyediakan ruang pejabat dan kompleks membeli-belah mewah di wilayah komersial bernilai tinggi di pusat bandar Ottawa.

Menurutnya, dengan menempatkan ruang pejabat syarikat multinasional seperti Xerox, Adobe dan Sun Life, projek tersebut menyediakan sumber kewangan tambahan daripada kutipan sewaan, kepada keluarga Taib.

Projek pembangunan utama tersebut, dakwanya, merupakan 'permata' kepada syarikat pemaju hartanah Sakto Development Corporation, yang dimiliki oleh keluarga Taib.

Sakto mempunyai senarai portfolio puluhan lagi bangunan pejabat dan kawasan perumahan mewah di Kanada.

Ditubuhkan pada awal tahun 1980-an oleh anak-anak Taib - Mahmud Bekir Taib, Jamilah Taib dan adiknya Onn Mahmud, perniagaan keluarga itu
dikendalikan oleh menantu Taib - Sean Murray - seorang rakyat Kanada yang berkahwin dengan Jamilah (kiri).

Murray dan Jamilah memiliki kediaman kedua termahal di Ottawa - bernilai RM28 juta - yang terletak di kawasan ekslusif Taman Rockcliffe di ibunegara Kanada (kanan).

Malaysiakini/-

Tuesday, June 15, 2010

PERJALANAN TERAKHIR SEORANG PEJUANG

Salam,
Ana sempat mengambil gambar beberapa pimpinan yang hadir menziarahi jenazah. Gambar wajah akhir Ustaz Hassan juga sempat dipotretkan -Ust. Omar.

















SUMBER DARI : http://muslimeen-united.blogspot.com

TANGISAN 2 TOK GURU MENGIRINGI PEMERGIAN ALLAHYARHAM UST HASSAN SHUKERI



Ni selepas solat jenazah... Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjalan seiring dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi... TGNA memang tak dapat nak tahan sebak, then TGHH cuba tenangkan TGNA...

Sebaik TGHH pegang bahu TGNA, airmata TGNA turun lagi, aku tengok TGHH pun tak dapat tahan sebak jugak... habisnya, 2-2 Tuan Guru kesayangan kita sama-sama menitiskan airmata...

Agaknya masing-masing terkenang jerit-perih sama-sama berjuang menegakkan agama suci Islam yang kita sayangi dengan Arwah sampai ke tahap yang kita ada sekarang...

Harap-harap, mereka-mereka yang cuba nak khianat perjuangan ni fikir balik pengorbanan orang-orang yang kita sayangi samada yang masih ada atau yang telah pergi mengadap Illahi...

Jangan sia-siakan perjuangan mereka-mereka ini selama ini... jangan khianat pada perjuangan, jangan khianat pada rakan-ralan seperjuangan...

Sabar itu sifat orang-orang yang beriman, tak hari ni, esok, tak esok lusa... masanya akan tiba untuk Islam tertegak di bumi Malaysia...

Jangan khianat, jangan khianat & jangan khianat...

topeng perak

Monday, June 14, 2010

Menziarahi Allahyarham Ust Hassan Shukeri Di Taman Melewar

Pada jam lebih kurang pukul 5 petang tadi saya dan Ketua Cawangan Sdr Khairi bertolak ke rumah Allahyarham Ustaz Hassan Shukeri walaupun berita pemergian Allahyarham telah saya ketahui seawal jam 2 petang tadi namun dek kerana beberapa perkara saya terpaksa turun sejurus menunaikan solat Asar. Ketika dalam perjalanan saya masih lagi dihubungi oleh teman-teman khusunya dari Sabak Bernam yang bertanyakan perihal jenazah hendak dikebumikan dimana namun saya jawab saya kini sedang dalam perjalanan ke rumah Allahyarham dan akan memberikan maklumat secepat mungkin. Kami tiba agak lewat kerana waktu itu adalah waktu puncak dan kami terkandas di jalan Tun Razak hampir 1 jam namun begitu Al-Hamdulillah sampai pada jam 6.55 petang dan terus masuk ke rumah Allahyarham.

( Wajah tenang seorang pejuang agama yang pergi bertemu dengan Al-Khaliq buat selama-lamanya - alfatihah )


Ketika kami sampai keadaan dirumah allahyarham agak lengang kerana waktu itu menjelang Maghrib dan kami dipersilakan masuk oleh anak Allahyarham. Di dalam rumah saya dapati Ust Nasir Yusof Tim YDP PAS Puchong, YB Shaari Sungib, Fauziah Salleh dan ramai lagi sedang membaca Yassin. Kami pun terus pergi menatap sekujur tubuh insan yang bernama Ust Hassan Shukeri sambil membaca doa.
Sdr Khairi sibuk menaip sms untuk memberitahu teman-teman " Solat jenazah untuk Allahyarham Ust Hassan Shukeri akan bermula jam 8.45 pagi Selasa 15 /06/10 yang akan diimamkan oleh Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Selasih 2"

Sdr Khairi berbincang sesuatu agaknya dengan YB Shaari Sungib
Ustaz bertemu sahabat lama Dr Hamzah YDP PAS Jerantut
Mantan Ahli Parlimen Jeli Mohd Apandi mengimamkan solat Maghrib.
Sejurus selesai solat Maghrib
YB Dr Yunus ADUN Sijangkang turut hadir memberikan penghormatan terakhir

Di bawah deretan khemah inilah esok Allahyarham akan disolatkan.....sesiapa yang berkesempatan dipersilakan hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada pemimpin yang kita kasihi ini.

Sebahagian dari kami yang membaca Yasin dan Tahlil sejurus selesai solat Maghrib di perkarangan rumah Allahyarham
YB Dato' Takiyuddin Hassan baru tiba dan beliau sempat menceritakan sesuatu yang paling berharga dalam hidupnya bersama Allahyarham. Dato' Takiyuddin menceritakan bagaimana sehari sebelum perasmian penuh Muktamar baru-baru ini ketika beliau sedang sibuk menyusun kerusi untuk Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan TG Hj Hadi serta Timbalan Presiden, beliau telah ditegur oleh Allahyarham Ust Hassan Shukeri apabila pada awalnya beliau menyusun kedudukan Presiden PAS bersebelahan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dan kedudukan Timb Presiden hanya bersebelahan dengan Lim Kit Siang namun kedudukan itu tidak sesuai pada pandangan Allahyarham kerana Ust Nasa sebagai Timb Presiden mesti duduk di sebelah Presiden kerana mudah bagai Presiden jika ingin bertanyakan sesuatu maka kedudukan itu diubah semula seperti yang diajarkan oleh Allahyarham dan seperti yang kita saksikan pada majlis perasmian tersebut. Itulah pengajaran terakhir yang saya dapat dari Allahyarham ujar Dato' Takiyuddin kepada kami.

Antara jemaah yang sempat menunaikan Solat isya dan solat hajat sebentar tadi. Malam ini akan diisi dengan bacaan al-Quran 30 juzu' siapa yang berkelapangan dipersilakan ambil bahagian....

Para tetamu yang bertali arus mengunjungi Allahyarham sejurus solat Isya' sebentar tadi

Ketua Cawangan PAS Tmn Equine sempat bergambar dengan Hj Muhammad Sabu


Sesuatu yang serius dibincangkan antara anak Allahyarham dengan Pak Subky Latif

Sebelum meningalkan Taman Melewar sebentar tadi saya sempat merakamkan keadaan pntu masuk utama ke rumah allahyarham ust Hassan Shukeri yang bersebelahan Markaz PAS Pusat ini. Keadaanya tenang dan menyambut kehadiran warga penyokong PAS untuk menziarahi Allahyarham buat kali terakhir. oleh MRK albanjari

Ustaz Hassan Syukri dalam kenangan


Pemergian Ustaz Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara. Berikut adalah tulisan yang pernah dibuat wartawan AZAMIN AMIN yang disiarkan oleh akhbar Siasah Oktober 2009.

Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun ‘bermandi darah’ di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei, dia sudah terpacul tegap menantikan kedatangan mereka. Ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya, dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkandia yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan ‘parang terbang dan selempang merah’ untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.

Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. malah ketika negara dilanda krisis, Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari. Sehari kadang-kadang sampai dua kali! Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti di bibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak ke mana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil ‘ustaz’ masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di markas PAS Taman melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi dalam dirinya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Agung PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja laut Kuala lumpur, begitu sinonim dengan Hassan Shukri.

Masakan tidak idea penubuhan markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal Rm20,000, beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina markas.

Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS, Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis, ustaz Hashim Jasin dan ustaz Nakhaei untuk mereka samasama membeli tanah dengan harga sekitar Rm26,000 bagi meluaskan kawasan markas sekitar tahun 1982. Selain menerima sumbangan wang, markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya.

Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.

Semenjak itu, markas PAS Taman melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.

Lebih menarik, ia menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KlIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.

Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di setiap pelosok negara. Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan “buku undang-undang PAS” yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.

Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

“Sebabnya ialah loteri kebajikan yang saya terima daripada guru saya dan saya bawa pulang ke rumah.

“Akhirnya saya dimarahi dan dihamun oleh ayah saya...disebabkan itu, saya mula berjinak-jinak dengan mengikuti aktiviti PAS di kampung dan mula menyertai secara aktif pada tahun 1951,” ujarnya penuh semangat.

Hassan yang memegang nombor keahlian PAS 12,016 itu kemudiannya diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum tahun 1969.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah usaha memujuk, mengugut, ancaman dan merasuah beliau untuk tidak bertanding, namun ditolak mentah-mentah Hassan dengan memberi kata dua yang cukup meninggalkan bekas kepada pencabar dan lawan politiknya. “Saya katakan kepada mereka, kalau nak masukkan guni, cubalah...!” katanya tegas laksana pahlawan yang bermaksud seolah-olah ‘jangan mencari pasal’ dengan beliau.

Beliau turut mengimbau kembali kejadian ceramahnya di Sabak Bernam didatangi oleh beberapa orang berketurunan Jawa Penegoro sambil menghayunkan senjata parang.

Kebetulan kawannya, Hassan Adli boleh berbahasa Jawa, maka orang-orang yang berparang itu akhirnya “ditumpaskan” hanya melalui kata-kata berbisa.

Hassan juga menceritakan bagaimana musuh politiknya berusaha menjatuhkan maruah dan nama baiknya dengan cuba memerangkap beliau dengan dua orang wanita yang tidak dikenali di Kampung Parit, Sabak Bernam. Dengan kecekapan perisik-perisik PAS, beliau dinasihatkan untuk tidak memberhentikan keretanya suatu malam apabila diminta oleh dua wanita terbabit.

“malam itu di tepi jalan berhutan, sudah siap kamera dan beberapa jurugambar mahu memerangkap jika saya memberhentikan kereta untuk ditumpangi oleh dua wanita itu,” katanya sambil menasihati bahawa insiden dan taktik musuh itu masih diguna pakai sehingga sekarang.

Oleh sebab itulah, setiap kali bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja laut, berdekatan lorong Haji Taib itu, Hassan tidak pernah menggunakan jalan belakang bangunan PAS itu, kerana bimbang ‘diperangkap’ oleh kamera-kamera musuh yang cuba mengaitkannya dengan penghuni atau pekerja seks lorong hitam itu.

“Saya selalu menasihati beberapa pimpinan PAS untuk berhati-hati berjalan di lorong belakang itu bagi mengelakkan fitnah dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya tersenyum.

Setelah tewas dalam pilihan raya itu, beliau kemudiannya menunaikan haji di makkah dan kisah perjalanannya menuju tanah suci itu, penuh liku-liku dan peristiwa indah yang tidak upaya diluahkan memandangkan masa yang terbatas. memadai katanya, perjalanan itu memakan masa 6 bulan 3 hari!

“Dari Pulau Pinang naik kapal laut. Sampai di madras, kami terus menggunakan jalan darat untuk ke makkah. “Dalam perjalanan ke sana, saya sempat menubuhkan Persatuan Melayu Iraq di Baghdad dan setelah menunaikan haji, saya mengahwini isteri tercinta dan dikurniakan 6 orang anak,” katanya bangga dengan pencapaian anak-anaknya itu, meskipun beliau bukanlah seorang yang berharta.

Semasa beliau penuh aktif dalam PAS, Hassan pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS di bawah tiga orang Presiden PAS iaitu Datuk Asri muda, ustaz Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadhil Noor. Beliau merakamkan semula detik-detik manis selama berada dalam perjuangan PAS ini sambil menceritakan beberapa kisah mencuit hati yang tidak dapat dilupakannnya.

Antaranya, beliau terpaksa mengendong atau mengangkut pembesar suara (speaker) sejauh empat batu menggunakan basikal, manakala ada perwakilan yang jatuh ke gaung dalam perjalanan ke muktamar PAS tapi tidak mengalami kecederaan.

“Saya pernah merasa pengalaman tidur di Balai Raya Datuk Keramat. Ahli-ahli di situ menyediakan segala kelengkapan seperti bantal, tilam dan selimut untuk para perwakilan dan ahli PAS yang menyertai muktamar ketika itu,” katanya lagi.

Pada sekitar tahun 50-an, muktamar pada ketika itu, nama awalnya lebih dikenali sebagai kongres dan ditukarkan supaya ia tidak menyamai dengan parti-parti lain pada masa itu.

Bezanya dahulu, apabila muktamar berlangsung, semua perwakilan dan ahli-ahli yang datang menumpang teduh di merata-rata sekitar madrasah, pondok-pondok agama, balai raya berhampiran dan juga rumah-rumah ahli yang secara sukarela menjadikan rumah mereka sebagai tempat tumpangan.

Beliau dalam masa sama menasihati supaya pemimpin dan ahli melahirkan semangat persatuan dan berpasukan di samping kerjasama yang mantapdan ada peningkatan dalam soal pemikiran dan kerja di semua peringkat.

“Apa jua kekuatan adalah kesatuan dan sahabat-sahabat (ahli-ahli PAS) kena tahu ‘style’. Kena faham cara orang kampung bekerja berbeza dan tidak sama dengan orang Shah Alam (bandar) bekerja. “Tulis khutbah pun kena beza. Takkan nak baca yang sama. Begitu juga pendekatan, ada yang berhemah, tegas dan adakalanya secara berseloroh,” katanya lagi.

Beliau menasihati pemimpin PAS atasan atau pertengahan, mesti mengetahui serba sedikit suasana dan keadaan masyarakat di malaysia dan menambah di Nusantara terdapat 6,832 suku seperti Jawa, mandeling, Banjar dan lain-lain yang berjaya disatukan melalui Islam.

“Jangan lupa turun padang dan dekati orang bawahan akar umbi ini. mereka ini kita sapa dan senyum cukup besar hati dah...” kata Hassan yang juga bekas Senator. Selain itu, Hassan sebagai orang lama dalam PAS menyarankan segala masalah atau perselisihan pendapat antara pimpinan-pimpinan PAS disuarakan melalui syura atau mesyuarat dan perbincangan agar ia tidak dipergunakan oleh musuh untuk melaga-lagakan antara satu sama lain.

“Dengan cara itu tidaklah keluar kenyatan yang bercanggah. Kenapa media memainkan isu tertentu, supaya orang Cina dan India berhenti menyokong PAS...itu saja. Jadi jangan biarkan kita terdedah dengan perkara macam itu,” katanya ketika diminta pandangan berhubung isu-isu
semasa.

“malah masuk PAS bukan kerana ikut orang, kalau ikut orang, sudah lama PAS ini terkubur. Sertai dan sokong PAS sebab hendakkan kepada Islam.

“Kita sudah lama tarbiyah ahli-ahli PAS bahawa jangan memuja pemimpin tetapi menjunjung perjuangan Islam,” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu yang turut merujuk beberapa kepimpinan yang keluar parti itu seperti Datuk Asri muda dan Haji Ahmad Fuad yang tidak sedikit pun menjejaskan PAS sehingga kini.

Kini Hassan masih menyumbang buah fikiran dan pandangannya kepada PAS sebagai Ahli majlis Syura. Beliau juga masih lagi menyampaikan kuliahnya di Sabak Bernam serta memenuhi pelbagai jemputan majlis-majlis agama dan ceramah.

Walaupun usia telah menjangkau 70-an, Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS. Wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu terasa begitu singkat, memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan penulis terpegun dan asyik dengan kisah lamanya.

“Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. “Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah,” katanya tersenyum semula.

Mengakhiri perbualan yang “berlangsung” di kediamannya sendiri Jumaat, 2 Oktober lalu, Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup.

“Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

“Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...,” katanya sambil mencebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan supaya parti
akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.Azamin Amin