Sunday, June 13, 2010

Belasungkawa : Ust Hassan Shukeri Kembali Ke Rahmatullah

BARU sekejap tadi saya menerima perkhabaran dukacita yang amat sangat, Ustaz Hassan Shukeri telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 2:00 petang ini. Menurut anak sulung Subky Latiff, Dang Fatihah yang menghubungi saya sekejap tadi Hassan meninggal di Hospital Selayang. Jenazahnya masih berada di sana.

Hassan turut menghadiri muktamar Pas ke 56 di Kota Bharu tiga hari lalu. Beliau bersama Subky Latiff pulang malam tadi. Disebabkan kesesakan jalan raya mereka sampai di Kuala Lumpur sekitar jam 10:00 malam.

Pagi tadi Hassan mengadu sakit dada dan dimasukkan ke wad ICU di hospital Selayang.

Semasa di Putik - tempat berlangsungnya muktamar saya sempat bersalaman dan bertanya khabar mengenai dirinya. Potret yang tertera ini adalah potret beliau terakhir yang saya rakam dicelah-celah orang ramai. Menjadi amalan saya setiap kali muktamar saya akan merakam seberapa banyak wajah pemimpin Pas untuk kegunaan saya.

Hasaan merupakan satu-satu tokoh Pas sezaman dengan Datuk Asri Muda yang masih aktif dan terus memberi sumbangan idea dan fizikal kepada Pas. Disebabkan ketokohannya, namanya semacam senonim dengan Pas. Sepanjang hajatnya beliau memegang berbagai jawatan penting termasuk selaku Timbalan Presiden Pas adalah jawatan tertinggi. Buat masa ini beliau adalah ahli Majlis Syura Ulama.

Paling menyerlah dan boleh dianggap tugas dan pengorbanan besar beliau ialah semasa memegang jawatan Setiuasaha Agung. Beliau juga dikenali dengan pakar perlembagaan Pas. Manaka pujian untuk beliau ialah Allahyarham tetap dengan Pas walaupun rakan-rakan seangkatan dengannya banyak yang mengikuti jejaki Asri Muda meninggalkan Pas. Catatan mengenainya akan menyusul sedikit masa lagi. Al Fatihah.

catatan oleh MSO dari : http://msomelayu.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment