Sunday, June 13, 2010

PR Bakal Tumbang Di Selangor?

Oleh : MRK Al-Banjari

Semasa sidang penggulungan muktamar petang tadi saya mendengar dengan teliti apa yang diutarakan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat YB Datuk Hj Abdul Halim Abd Rahman yang menyuarakan kebimbangan beliau ekoran kemerosotan 6 peratus undi Melayu dan 10 peratus undi India dalam pilihan raya kecil kawasan parlimen itu April lalu.

Kebimbangan beliau itu berasas dan tidak boleh dipandang sepi oleh pimpinan PAS dan PR Selangor dan mereka kena berbuat sesuatu. Walaupun ia hanya sekadar telahan namun telahan itu dibuat berdasarkan hasil dari postmortem yang dibuat oleh jawatankuasa itu.

Pas Selangor menerusi JPRK disetiap Kawasan dan UPU wajib turun padang untuk mendaftarkan pengundi baru yang cenderung menyokong PR dalam PRU 13 akan datang. Apa mekanisme yang hendak dibuat itu terpulang kepada kebijaksanaan ketua lajnah JPRK tersebut. Sekiranya dalam tempoh terdekat ini pendaftaran pengundi baru dapat dibuat dengan banyaknya Insyaallah kita akan mampu mempertahankan kemengangan dalam PRU 13 akan datang namun jika semua pihak memandang isu ini dengan sepi maka bersedialah kita untuk menjadi pembangkang semula.... kerana UMNO dan BN tidak duduk diam dan mereka sentiasa mengatur strategi untuk menawan kembali kerajaan Selangor dalam apa keadaan sekali pun....

Para pimpinan parti dan kerajaan mulai detik ini perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat atau lebih mesra rakyat untuk memenangi hati rakyat dan jangan jadikan sebarang alasan untuk tidak turun dalam setiap aturcara yang telah disediakan terutamanya apabila mereka telah berjanji untuk hadir.....

No comments:

Post a Comment