Sunday, June 13, 2010

Ustaz Hasan Shukri Meninggal Dunia

Selayang, 14 Jun : AlFadhil Ustaz Hasan Shukri telah meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 1:30 hari ini akibat serangan jantung. Beliau telah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Selayang sebaik sahaja tiba daripada menghadiri muktamar PAS ke 56 di Kota Bharu.

Hasan adalah ahli PAS sejak belasan tahun dan jawatan tertinggi di dalam parti yang pernah beliau pegang adalah jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dan Timbalan Presiden PAS. Beliau juga pernah dilantik menjadi Senator oleh kerajaan Negeri Trengganu apabila PAS memerintah negeri tersebut. Dan baru-baru ini beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Selangor diatas jasa-jasa beliau kepadakerja-kerja dakwah dan amal Islami dinegeri Selangor.

Jenazah beliau dipercayai akan dikebumikan di kampung beliau pada petang ini. -ANN


www.ann.com.my

No comments:

Post a Comment