Persatuan Padri-Padri Hindu Malaysia telah menghantar Penasihatnya Mr. Ramachandran Gurukkal ke Kerdau untuk memberikan sokongan kepada calon PAS di PRK N28 Kerdau.
Rombongan mereka disertai juga oleh seramai 12 orang para agamawan mereka dari Chennai India untuk "berdoa" atau "bermunajat" memohon kemenangan calon PAS.
Kadar kemiskinan yang berlaku terhadap kaum india perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan beliau melahirkan rasa kecewa kerana lebih 53 tahun nasib kaum india masih belum terbela dan masih banyak lagi kaum india yang buta huruf dan hidup dalam keadaan kemiskinan tegar. Jenayah yang berkaitan dengan kaum india ini sebahagian besarnya adalah berpunca dari sindrom buta huruf dari kalangan mereka atas faktor desakan hidup.
Justeru itu, PAS katanya adalah salah satu parti yang boleh dipercayai untu nterus mendokong keadilan terhadap semua kaum kerana Islam itu sendiri adalah terbina diatas rasa kasih sanyang dan kasihan belas.
Mereka juga mendoakan agar PAS memperolehi kemenangan dalam pilihanraya kecil ini dan dalam pilihanraya umum akan datang.
Sementara itu Pengarah JPRK N18 Kerdau , Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pula sangat teruja dengan perkembangan ini dan mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak terutamanya sokongan dari kaum India dan Cina.
Rombongan ini adalah atas inisiatif pengerusi DPHH Mr N. Balasubramaniam yang membawa rombongan mereka melawat dan membantu menggerakan jentera pilihanraya peringkat DPHH.
No comments:
Post a Comment