Terkejut besar ana pagi ni apabila terpandang satu tajuk dari blog Bagan Utama yang jelas bagi ana di telah melakukan fitnah yang besar terhadap Tuan Guru Hj Hadi. Antara lain tulisanya menyatakan bahawa TGHH telah menyalahgunakan duit kutipan sumbangan derma jemaah. Selanjutnya baca disini . Ana sendiri tidak sanggup untuk menyalin semula cebisan-cebisan dari artikel blog tersebut.
Soalnya benarkah segala tuduhan yang dibuat terhadap TGHH itu? Bernafsu sangatkah TGHH terhadap wang ringgit sehingga dia boleh dituduh sedemikian rupa? Salahkah TGHH memiliki sebuah kenderaan yang selesa untuk kegunaan harianya sendiri? Tidakah TGHH itu seorang Ahli Parlimen dan seorang ADUN yang mempunyai pendapatan yang telah ditentukan dan mungkinkah TGHH tidak mampu untuk memilikinya sehingga terpaksa menyalahgunakan wang kutipan derma?
( apa yang peliknya jika Presiden pakai kereta ni, ana pun pakai jenis yang sama )
Paling berat tuduhan terhadap TGHH ialah menyalahgunakan wang kutipan derma atau sumbangan jemaah terhadap maintenance kehidupanya dan benarkah TGHH mempunyai istana hinggap di KL dan kenapa blog tersebut tidak mengemukakan bukti bergambar terhadap tuduhan tersebut.
Soal cara agihan duit sumbangan derma yang dibangkitkan dan blog tersebut cuba mereka-reka cara agihanya adalah satu perkara yang karut.
Bagi kami blog ini juga merupakan sebahagian BLOG CELAKA yang disebutkan oleh Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini. Mari kita listkan blog tersebut sebagai BLOG CELAKA........
ini lah masalahnya. Asal duduk dalam parti Islam jer tak boleh dilihat senang sket. Mesti ada yg tak kena. Masalahnya ialah ustaz-ystaz kita kita mengajar suruh hidup sedrhana tetapi tak dihuraikan dengan jelas maksud sederhana tu. Akibatnya ni lah. Npk lebih sket mula tibul memacm fitnah seolah-olah penganut islam tak boleh hidup senang. Asal islam kalau leh suruh dok merempat. Pada ana cara penyampaian ustaz kita ni perlu diubah pendekatannya.
ReplyDelete