Insiden yang berlaku semalam adalah rentetan rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap kejadian membakar dan menceroboh beberapa buah Gereja sebelum ini.
Semalam kita diberitakan dua buah Masjid di Lembah Kelang telah dilontar kepala babi sebagai tanda penghinaan terhadap umat islam.
Penulis berpandangan bahawa insiden membaling atau meletakan kepala babi di Masjid dalah merupakan satu tindak balas setelah pihak polis seakan lesu dalam menjalankan siasatan terhadap orang yang bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat tersebut.
Soalnya apabila pihak polis merahsiakan identiti mereka yang dikatakan didakwa melakukan perbuatan khianat tersebut dan pertuduhan keatas mereka seakan kura-kura berjalan.
Mungkin atas kelembapan tersebut yang amat dinanti-nantikan oleh pelbagai pihak siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat tersebut maka ada pihak yang mengambil kesempatan lain untuk melakukan khianat pula terhadap Masjid dan Surau yang menjadi rumah ibadat umat islam.
Hari ini Azmin Ali pula mendedahkan sebahagian dari mereka yang ditangkap dan didakwa melakukan perbuatan khianat itu adalah orang-orang UMNO akan menjadikan satu lagi episod penting dalam konflik ini kerana dari awal Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Abu Bakar Zinin telah memaklumkan bahawa orang-orang yang ditangkap itu tiada kena mengena dengan mana-mana pertubuhan politik dan NGO.
Kenyatan angkuh pegawai polis berkenaanlah yang mencelarukan dan menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap siasatan polis terhadap pelaku khianat Gereja tersebut.
Hasilnya kita sudah kita lihat semalam maka polislah yang wajar dipertaggungjawabkan dalam isu ini.
Kita mencadangkan agar semua orang yang dituduh membakar gereja itu tampil memohon maaf secara terbuka agar mudah Dr Rais Yatim memaklumkan perkara yang sama terhadap permohonan maaf Aduka Taruna terhadap penghinaanya kepada Almarhum Sultan Johor maka selesailah segala masalah jenayah di negara kita dan semua pihak akan bertenang dan berpuas hati dan polis pun boleh berehat dan tertenang cukup bulan terima gaji sahaja.
Kita lihatlah siapa yang akan ditangkap kerana melemparkan kepala babi di Masjid semalam dan cepat-cepat suruh orang yang ditangkap itu mohon maaf terbuka kepada seluruh umat islam Malaysia.
No comments:
Post a Comment