Setelah hampr 3 tahun baru dirasai kehilanganya oleh para pembesar dan sekelian hamba rakyatnya apabila pada saat itu mereka ingin bermusafir ke sebuah negeri bernama Altantuya Darul Letup.
Maka riuh rendahlah sekelian hamba rakyat tentang kehilangan enjin tersebut lalu sang penguasa pun mengarahkan Datuk Hukum untuk menyiasat akan kehilangan enjin tersebut.
Setelah bertungkus lumus menyiasat dari segala sumber bukti yang soheh lagi sangat dipercayai maka didapati rupa-rupanya sang pencuci lah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehilangan enjin jet tersebut.
Jueteru sekelian hamba rakyat ternganga-nganga kehairanan apabila mendapat perkhabaran itu lalu masing-masing menjege mata masing-masing kearah satu sama lain sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Hamba rakyat hairan kerana mana mungkin si tukang cuci mampu mencuri dan membawa lari enjin tersebut kerana ia tersimpan didalam sebuah gudang yang dikawal rapi, lagi pula dengan apa ia diangkut sampai ke perantauan lain ?
Oh!!! barangkali ia diangkut dengan Tikar Terbang Do Re Me dan dibantu oleh Jin Ahmad Albab untuk menghilangkan dari pandangan para pengawal gudang agaknya....
Maka ramai dari hamba rakyat dalam negeri tersebut mempercayai kata-kata dan alasan yang dibuat oleh datuk Hukum tersebut kerana mereka sememangnya adalah ahli persekutuan sang penguasa.
Berakhirlah sudah riwayat enjin jet yang mahal itu kerana kepandaian Datuk Hukum menjalankan siasatan namun masih lagi ada yang ragu mengenainya lalu adalah sekumpulan kecil terpaksa turun ke bumi iaitu ke Negeri China untuk mendapatkan bantuan dari Hakim Bao.
No comments:
Post a Comment