Saturday, January 30, 2010

Wanita ditembak polis tanpa sebab...?

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.disini untuk berita selanjutnya.

Wednesday, January 27, 2010

Khianat Rumah Ibadat. Kelemahan Siapa?

Insiden yang berlaku semalam adalah rentetan rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap kejadian membakar dan menceroboh beberapa buah Gereja sebelum ini.

Semalam kita diberitakan dua buah Masjid di Lembah Kelang telah dilontar kepala babi sebagai tanda penghinaan terhadap umat islam.

Penulis berpandangan bahawa insiden membaling atau meletakan kepala babi di Masjid dalah merupakan satu tindak balas setelah pihak polis seakan lesu dalam menjalankan siasatan terhadap orang yang bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat tersebut.

Soalnya apabila pihak polis merahsiakan identiti mereka yang dikatakan didakwa melakukan perbuatan khianat tersebut dan pertuduhan keatas mereka seakan kura-kura berjalan.

Mungkin atas kelembapan tersebut yang amat dinanti-nantikan oleh pelbagai pihak siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat tersebut maka ada pihak yang mengambil kesempatan lain untuk melakukan khianat pula terhadap Masjid dan Surau yang menjadi rumah ibadat umat islam.

Hari ini Azmin Ali pula mendedahkan sebahagian dari mereka yang ditangkap dan didakwa melakukan perbuatan khianat itu adalah orang-orang UMNO akan menjadikan satu lagi episod penting dalam konflik ini kerana dari awal Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Abu Bakar Zinin telah memaklumkan bahawa orang-orang yang ditangkap itu tiada kena mengena dengan mana-mana pertubuhan politik dan NGO.

Kenyatan angkuh pegawai polis berkenaanlah yang mencelarukan dan menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap siasatan polis terhadap pelaku khianat Gereja tersebut.

Hasilnya kita sudah kita lihat semalam maka polislah yang wajar dipertaggungjawabkan dalam isu ini.

Kita mencadangkan agar semua orang yang dituduh membakar gereja itu tampil memohon maaf secara terbuka agar mudah Dr Rais Yatim memaklumkan perkara yang sama terhadap permohonan maaf Aduka Taruna terhadap penghinaanya kepada Almarhum Sultan Johor maka selesailah segala masalah jenayah di negara kita dan semua pihak akan bertenang dan berpuas hati dan polis pun boleh berehat dan tertenang cukup bulan terima gaji sahaja.

Kita lihatlah siapa yang akan ditangkap kerana melemparkan kepala babi di Masjid semalam dan cepat-cepat suruh orang yang ditangkap itu mohon maaf terbuka kepada seluruh umat islam Malaysia.

Sunday, January 24, 2010

Zulkifli Noordin Buat Laporan Polis Terhadap Khalid Samad

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS dikusutkan lagi ekoran tindakan Zulkifli Noordin daripada PKR membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada PAS.

Zulkifli yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru berkata, laporan polis itu dibuat berhubung kenyatan Khalid yang menyebut enakmen larang kalimah "Allah" ketinggalan zaman."

Saya dah buat kenyataan dua hari lalu meminta supaya Khalid segera meminta maaf kepada Sultan Selangor dan umat Islam dan menarik balik kenyataan itu tetapi beliau tidak berbuat sedemikian malahan tidak menunjukkan sebarang penyesalan setelah dipanggil menghadap Sultan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Masjid India di sini hari Sabtu. Selanjutnya disini

Kita tidak tahu apa yang tersurat dan tersirat kepada kedua-dua tokoh ini namun sebenarnya mereka ini matang dan bijak dalam tindakan sendiri.

Cuma yang pasti apapun kenyataan dari Khalid Samad itu adalah merupakan kenyataan peribadi dan tiada kena mengena dengan PAS Selangor.

Khalid Samad kena bertanggungjawab atas apa jua kenyataanya tentang isu ini dan Zulkefli Nordin juga bertanggungjawab untuk menjelaskan perincian dari isu ini.

Wajar atau tidak tindakan Zulkefli Nordin ini harus kita pertimbangkan seadil-adilnya dan sekiranya segala telahan dan komen beliau terhadap Khalid Samad itu berasas, juga kita kena menilainya dengan adil dan saksama.

Diharapkan kepada kedua-dua tokoh ini tidak melibatkan parti masing-masing kerana kedua-duanya bertindak atas peribadi dan kehendak sendiri.

Antara PAS dan PKR serta DAP tidak wajar dikaitkan dalam kemelut dan isu yang mereka cipta ini namun sekiranya ada maka sesuatu perlu dilakukan oleh pimpinan tertinggi dalam menyelesaikan masalah ini kerana umum juga tahu track record mereka berdua sebelum ini.

Pasukan Khas Siasat Blog Hina Almarhum Sultan Iskandar

JOHOR BAHARU, 24 Jan (Bernama) -- Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu."

Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.-- BERNAMA link

Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh seseorang dalam sebarang perkara yang boleh mendatangkan kemarahan dan kebencian orang ramai.

Terbukti penulisan Aduka Teruna ini adalah satu tulisan yang sangat biadap dan kurang ajar dan pada kita ia adalah satu kifarrah terhadap tulisan-tulisan dia sebelum ini.

Beliau dengan bangganya telah melancarkan "Program Langgar Hadi" dan dengan sesedap rasa beliau menghentam dan menghina pimpinan PAS terutamanya kepada beberpa individu seperti Tim. Presiden dan sebagainya hatta kepada Presiden dan Mursyidul Am pun dibelasahnya sekali.

Atas dasar sebagai pemerhati bebas dia menulis semahunya dan menghina semahunya tetapi takut untuk memperlihatkan diri dan wajahnya kepada khalayak dan mungkin sedikit masa lagi kita akan melihat batu api ni di layar tv rumah kita dan di dada akhbar.

Saya ( penulis ) juga sangat ingin melihat wajah budak Seremban yang hebat ini. Kita lihat sahaja perkembanganya . Saya milihat terlalu banyak tulisan-tulisanya sebelum ini menjurus kepada kebencian semata-mata namun kini dia akan bertemu buku dengan ruasnya.

Renungan kepada semua; tidak kira siapa pun yang meninggal dunia kita tidak boleh menghina simati itu dan Nabi mengajar kita untuk menghormati simati dan mendoakan kebaikkan untuknya. Hari kematian kita juga kian hampir bertaqwalah kepada Allah dalam semua urusan.

Wednesday, January 20, 2010

SPRM cekap di Selangor tetapi lembab di pusat

Semalam di selangor SPRM bertindak menahan P.A kepada Yb Yaakob Sapari hanya kerana terdapat 3 aduan salah laku namun berlainan pula di Johor.

Di Johor SPRM hanya bertindak selepas lebih dari 410 aduan baru hari ini nak bertindak menahan 34 orang suspek. Berita lanjut disini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata tangkapan itu melibatkan 24 penjawat awam, lima orang awam, tiga pekerja swasta, seorang pegawai khas kepada ahli politik dan seorang setiausaha sulit kepada ahli politik.

"Sejak tahun lepas, SPRM menerima 410 maklumat berkaitan kes ini. Bertindak atas maklumat ini kita jalankan intipan, pemerhatian dan seterusnya siasatan dan hasilnya kita telah memulakan operasi minggu lepas," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Jika kita baca kenyataan diatas jelaslah sebenarnya SPRM ni bertindak mengikut telunjuk dan hanya terhadap kes-kes terpilih sahaja.

Kes penjualan atau penyeludupan pasir ini panas ababila Tun Mahathir berdehem dan merungut lalu bertindakalah segalah agensi-agensi yang berkenaan.

Persoalanya apakah pihak-pihak lain seperti Polis dan Imegiresen yang menjaga keselamatan di perbatasan negara tak nampak kegiatan itu berlaku?

Kita tak perlu nak bebahas panjang-panjang jelaslah dari dua isu ini memang SPRM ni tak ubah telah menganjingkan diri mereka terhadap UMNO/BN.

SPRM Selangor Cekap Menjalankan Tugas

Kini isu Selangor kembali hangat apabila P.A kepada sahabat saya YB Yaakob Sapari ditahan untuk disoal siasat oleh sepasukan pegawai SPRM petang tadi merupakan satu tindakan yang wajar jika ia benar-benar telus dan adil dalam penyiasatan terhadap aduan yang dikatakan telah menerima 3 laporan berasingan tentang pembabitan Sdr Hussin itu. Laporan penuh disini.

Isunya ialah mengapa hanya kini ketika Selangor ditadbir oleh komponen PR, SPRM tiba-tiba menjadi satu agensi yang cukup pantas bertindak dan mengapa sebelum ini mereka diam membantu apabila beratus laporan penyelewengan di buat terhadap kepimpinan Wak Tempe sebelum ini.

Sehingga kini kita masih blum lagi mendengar ada tangkapan atau siasatan atau waran tangkap dikeluarkan terhadap penjenayah-penjenayah rasuah yang talah dilaporkan kebejatan dan penyelewengan yang mereka lakukan.

Dari satu sudut yang lain kita melihat bahawa beginilah caranya SPRM ingin membantu kerajaan Selangor untuk terus mentadbir kerajaan dengan penuh berhemah agar tidak ada sampah-sampah yang membusuk dalam struktur tadbir urus kerajaan Selangor.

Natijahnya kita akan lihat bahawa Pakatan Rakyat sentiasa bersih dalam pentadbiranya kerana sampah-sampah yang tidak berguna telah dibersihkan terlebih dahulu.

Telahan itu dirujuk sekiranya benar-benar kes itu berlaku dan penyalahgunaan kuasa itu dibuktikan dan sekiranya ia hanya rekaan untuk memburukan imej kerajaan Selangor semata-mata mereka itu jelas bersifat seperti anjing kurap yang hina-dina.

Sunday, January 17, 2010

Lensa Aktiviti 2009











Kunjungan Timbalan Presiden PAS

Alhamdulillah pada 7 January 2010 lalu YB Ust Nasharuddin Mat Isa Timbalan Presiden PAS sudi memenuhi undangan PAS Taman Equine untuk mengadakan sesi taklimat dan program ramah mesra dengan ahli sejulepas beliau menyampaikan kuliah Maghribnya di Masjid Al-Muttaqin Taman Equine.
Ust Nasa sedang menyampaikan ucapan sambil diberi perhatian serius oleh Ust Reza dan Pak Yob Ketua Pemuda PAS Kawasan Puchong.
Sebahagian dari ahli yang hadir
Ketua PAS Cawangan Seri Indah Hj. Shamsuddin ( berbaju hijau ) turut hadir.
Sdr Khairy empat dari kanan tekun mendengar apa yang diperkatakan oleh Ust Nasa
Ust Abdullah Iraqi turut hadir
" perjuangan PAS bukan sahaja atas wadah politik berpilihanraya sahaja tetapi peranan PAS melebihi dari itu iaitu PAS adalah sebuah gerakan islam yang berperanan menyambung perjuangan Nabi SAW untuk terus berjuang menegakan Syariat Islam."

Sekitar Pertemuan Sulung Dengan YDP Kawasan Puchong

Ketua Cawangan : Sdr Mohd Khairy sedang berucap memulakan majlis.
Ust Mad Samhan Ketua Pemuda
Ust Sopian Ismail YDP Kawasan Puchong sedang memberikan ucapan.
Gandingan mantap YDP dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Puchong
Ust MRK albanjari tak lekang dengan laptop untuk update blog secara langsung
Saf pimpinan tekun mendengar persoalan yang dikemukan oleh ahli yang hadir.
YDP sedang menyampaikan Muqaddimah Usrah
Ketua Cawangan PAS Sri Indah Tuan Hj. Samsuddin ( berbaju merah ) juga turut hadir.
Sebahagian ahli yang hadir dalam pertemuan sulung dengan YDP Kawasan Puchong pada 17 Jan 2010 di rumah KC Taman Equine.









Saturday, January 16, 2010

Si Tukang Komen Yang Malang Si Pelaku Yang Girang

MOHAMAD Tasyrif ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA: Pelajar Akademi Seni Budaya, Warisan dan Kebangsaan (Aswara) yang memberi komen berhubung isu kalimah Allah dan cubaan membakar gereja di laman sosial Facebook didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan berniat untuk mengganggu dan mengancam orang lain. Sumber

Orang yang komen dah kena tangkap dan didakwa tetapi orang yang bertanggungjawab terhadap letupan dan merosakan rumah ibadat tu belum jumpa lagi.....hebat betul Polis 1Malaysia ni. Agaknya sampai bila pun tak jumpa sebab mereka guna ilmu ghaib kot? Wallahualam tak boleh komen lebih-lebih nanti kena macam mamat tu....

Kedai Mamak : Halal Diragui

PUTRAJAYA: Selain memaparkan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad s.a.w., segelintir pemilik restoran tidak halal di negara ini dikesan turut menggaji wanita bertudung sebagai pelayan atau pekerja bagi meyakinkan pelanggan Islam bahawa makanan di premis mereka halal. Sumber.

Ini adalah satu lagi kes penghinaan terhadap penggunaan Kalimah Allah oleh segelinti pemilik restoran mamak yang melata.

Di Equine Park sahaja terdapat dua buah kedai yang di ragui setatus agama pemiliknya antaranya ialah Restoran Azwath.

Dari pemerhatian penulis sebahagian besar pekerjanya juga adalah bukan Islam yang beragama Hindu dari India dan menurut beberpa orang teman menyatakan bahawa pemiliknya adalah bukan islam.

Kebenaranya mungkin berasas kerana pekerjanya sendiri terdiri dari orang bukan Islam namun restoran ini merupakan antara yang terlaris disini. Wallahualam penulis sendiri telah memboikot restoran ini sejak setahun lalu kerana bila mendapati pekerjanya yang menyediakan makanan dan minuman serta pelayan restoran tersebut adalah orang bukan islam.

Islam mengajar kita dalam hal ehwal pemakanan mesti ada Halalan Toyyiba. Sewajarnya kepada pihak berkuasa tempatan membuat pemeriksaan rapi terhadap pemilik sesebuah restoran mamak ini kerana jika kes sebegini berlaku ia juga akan turut menjejaskan restoran mamak muslim yang lain . Pihak Imegeresin juga sepatutnya memantau setatus perjalanan warga india yang bekerja di restoran-restoran ini.

Bagaimana pula bila didapati restoran ini benar-benar bukan milik mamak muslim tetapi mereka telah menggantungkan Kalimah Allah dan ayat-ayat Suci al-Quran sebagai mengaburi orang ramai?

Perhatian : jom kita pakat siasat siapakah pemilik sebenar kedai-kedai mamak di Equine Park dan jika benar kenyataan ini kita pakat boikot dan kempen boikot restoran-restoran tersebut kerana menghina dan menipu umat Islam.Wallahualam

Kenaikkan Harga Gula : Auta Menteri UMNO

SIK, 16 Jan (Bernama) -- Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM1.45 sekilogram kepada RM1.65 sekilogram bermula 1 Jan lalu perlu dilihat secara positif oleh rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Sumber.

Apakah anda mudah terpedaya dengan alasan bodoh dari Pak Menteri ini dan adakah anda bersetuju dengan alasan tersebut?

Cara UMNO Yang Bersungguh Mengagungkan Kalimah Allah

Anda lihat gambar ini dan fikir-fikirkanlah sendiri

Beras Murah Habis ? Maknanya Harga Nak Naik La

ALOR SETAR - Masalah kesukaran untuk mendapatkan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini kembali menghantui orang ramai dan terbaru melibatkan penduduk di Kedah apabila bekalan beras itu dikatakan sudah tidak terdapat di pasaran sejak sebulan lalu.sumber

Nampaknya ekonomi 1Malaysia sekarang semakin baik dan semakin mampan sejak diperintah oleh PM 1Malaysia. Bermula dari harga gula,pemansuhan subsidi minyak dan kini beras murah sudah habis dipasaran.

Banyak sebab kerana kehabisan stok beras murah antara yang mudah ialah ia menunjukan tahap ekonomi rakyat 1Malaysia sebenarnya kian parah kerana sudah tidak mampu lagi membeli beras yang berkualiti dan yang paling nyata memungkinkan harga beras akan dinaikkan lagi. Kita tunggulah pengumuman oleh Pak Menteri yang sentiasa perihatin kepada rakyatnya ini.

Senarionya sama seperti kenaikan harag gula tempohari, apabila stok gula habis dipasaran terbuka dan bila gula muncul dengan harga baru. Tahniah kepada para pengundi BN kerana anda telah menyusahkan seluruh warga 1Malaysia.

Usrah Tarbawi

Buat pertama kalinya PAS Taman Equine bersama UPU Putra Permai akan menadakan Usrah yang adan dibimbing sendiri oleh YDP Kawasan Puchong Ust Sofian Ismail pada 17 Jan 2010 jam 9. 00 malam dirumah Ketua Cawangan Taman Equine Sdr Mohd Khairy Awang. Semua AJK dan ahli Taman Equine dijemput hadir.

Tuesday, January 12, 2010

ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

* Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.

* Bacalah Al-Qur'an

* Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.

* Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

* Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.

* Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.

* Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

* Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

* Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

* Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Pandangan Dr Haron Din Tentang Penggunaan Kalimah Allah

Semoga ia memberikan kefahaman kepada kita untuk terus memahami isu Kalimah Allah ini dan tidak membiarkan diri kita terbelenggu dengan jerat UMNO. Biarkan UMNO bergelumang dengan masalah yang mereka cipta sendiri. Sila masuk disini

Sunday, January 10, 2010

Dulu Roboh Masjid Dan Surau, Kini Bakar Gereja Pula......Kerja Siapa?

( Masjid RTB Bujal, Kemaman Terengganu akhirnya rebah ke bumi )

Warga Malaysia kini dikejutlan dengan insiden pengeboman rumah-rumah ibadat bukan Islam ( Gereja ) yang semakin menjadi-jadi dan dilaporkan sehingga kini sudah 7 buah Gereja telah dilontar dengan bom api.

Yang anehnye sehingga kini pihak polis masih lagi gagal untuk mengesan siapakah pelakunya dan siapakah dalang disebalik perbuatan jenayah ini.

Bagi kita ini bukanlah satu episod yang pelik kerana yang mengajar untuk merobohkan rumah ibadat sebelum ini ialah UMNO dan jenteranya ialah Penguatkusa Majlis Kerajaan Tempatan.

Bukitinya jelas apabila kerajaan BN/UMNO dengan lantang mengarahkan supaya Masjid RTB Kg Bujal dirobohkan dan sebelum itu sebuah Surau di Bandar Baru Bangi juga telah dirobohkan dan sebuah Surau juga menerima nasib yang sama di Ampang Hilir dan sebuhn Kuil juga menerima nasib yang sama di Selangor pada satu ketika dahulu.

Rakyat tidak mudah lupa akan peristiwa itu namun mungkin tarikh nya sahaja yang kita mungkin lupa ( macam penulis ) dan itulah kebejatan dan kehinaan pihak UMNO dan BN dalam menghadapi rakyat.

Tak mungkin jika pihak polis masih lagi gagal mengesan siapakah petualang disebalik kerja jahat ini? namun jika ia berkaitan dengan pembangkang sepantas kilat mereka dah jumpa siapa pelakunya. Mereka ini hanya cekap bila berhadapan dengan pembangkang namun lembab apabila berhadapan dengan orang-orang pemerintah yang zalim.

Perlu diambil perhatian oleh semua pihak agar masalah ini perlu ditangani dengan segera jika tidak ia akan terus menjadi masalah yang lebih besar dan akan membawa kepada pertelagahan dan rusuhan kaum atau inilah yang mereka inginkan?

Apakah sudah ada percaturan pihak-pihak tertentu untuk melihat kembali peristiwa 13 Mei berlaku kembali atau juga peristiwa berdarah Kampung Medan berulang lagi?

Menjaga kestabilan dan keamanan bukan hanya tanggungjawab pemerintah sahaja namun ia adalah tanggungjawab semua warganya. Islam sama sekali tidak membenar dan mengizinkan untuk meroboh apatahlagi menceroboh rumah-rumah ibadat agama lain.

Kita juga hairan kenapa UMNO begitu bernafsu untuk mempertahankan kalimah Allah dari digunakan oleh pihak lain sedangkan dalam masa yang sama mereka menolak segala hukum Syariat dari dilaksanakan. Jelaslah isu kalimah Allah ini diambil kesempatan sepenuhnya oleh UMNO untuk meraih simpati masayarakat yang telah menolak UMNO dan sekutunya dalam PRU 12 yang lalu.

Cuba kita lihat kalimah Allah pada lambang / logo POLIS, apakah ia dimuliakan dengan sewajarnya? Kalimah itu dipakai kehulu-kehilir hatta masuk tandas dan sebagainya dan lebih lagi kalimah itu juga telah dipakai oleh anggota polis yang bukan Islam selama ini, tidak seorang pun ahli UMNO yang bising?

Jenis tak mengaji macam UMNO ni lah yang akan terus membuatkan kejahilan mereka sangat merbahaya kepada generasi akan datang. Dah lah jahil bodoh pulak tu.

Jika pihak Polis benar-benar telus dalam siasatan isu ini mudah sahaja mereka boleh menyiasat semua pertubuhan dan NGO yang turun berdemo pada Jumaat lalu termasuk UMNO.

Orang-orang PAS Insyaallah tidak ada yang termakan dengan isu murah seperti ini kerana kita yakin dengan setiap suruhan dan larangan Allah dan Rasulnya itu pasti benar melalui kalimah bicara para pimpinan yang telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini. Wallahulam

Thursday, January 7, 2010

Bakar Gereja : Jalan Huru-Hara

Apabila membaca rentetan peristiwa hari ini kita dihidangkang sekurang-kurangnya 2 buah Gereja musnah dibakar dari individu yang tidak dikenali.

Kita melihat bahawa insiden ini jika tidak dikawal bakal membawa Malayisa kearah konflik rusuhan kaum dan agama dan yang lebih dahsyat lagi dan ia bakal mengundang pertumpahan darah antara pihak-pihak yang berkepentingan.

Bagi PAS, ia adalah jelas bahawa ia bukanlah satu kesalahan jika pihak-pihak bukan islam hendak menggunakan kalimah Allah bagi urusan keagamaan mereka tetapi apa yang dibimbangi oleh PAS ialah jika pihak-pihak itu menyalahgunakan kalimah Allah itu untuk mengaburi dan membuat dakyah kepada warga muslim dalam negara kita ini.

Isu kalimah Allah ini sebenarnya bukanlah ciptaan UMNO tetapi ia diambil kesempatan sepenuhnya oleh UMNO untuk menanguk di air yang keruh dan cuba memprovokasi PAS supaya turut terlibat dalam konflik ini.

Umno dalam isu ini tak ubah seperti beruk dapat bunga tepi ekor berlumuran dengan tahi. Isu Kalimah Allah ini betul-betul mereka perihatin kerana inilah bonus politik mereka kerana UMNO memang jahil tentang ini tetapi sedarkah mereka penggunaan kalimah Allah ini adalah dibenarkan oleh Islam tetapi mereka menolak segaga tuntutan yang diwajibkan oleh Allah dalam hal yang berkaitan dengan Jenayat syariah dan sebagainya. ( malas nak hujah panjang-panjang sebab umno memang bebal dari dulu kini dan selamanya )

Kepada pimpinan PAS sewajarnya kini mereka mendepani kaedah bagaimana hendak mencari jalan penyelesaian yang terbaik agar kekeliruan ini tidak menusuk masuk kedalam sanubari penyokong dan ahli PAS agar mereka juga tidak terikut-ikut dengan gendang yang dimainkan oleh UMNO dalam isu kalimah Allah ini. Ikuti kupasan dan penjelasan Datuk Seri Presiden dalam kuliahnya mengenai isu ini disini.

Wednesday, January 6, 2010

Wan Ji....


Sejurus solat subuh pagi tadi beberpa orang teman menghubungi ana bertanyakan perihal Ulama' Khabir Seikh Wan Ji Sg Buloh tentang kenyataanya dalam facebook yang menyatakan Dr Harun Din Ulama kepala Lutut. Ana sebenarnya dah baca posting budak ni tapi tak mau nak respons sebab ini kenyataan budak kecewa.

Bila teman-teman pimpinan pun telefon tanya ana kenal ke tak budak ni dan siap minta alamat dimana dia tinggal ana jawab mudah je ana tak kenal langsung budak ni. Nama dia baru je ana kenal sejak dua mejak ni dalam dunia blogger. Tapi kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang budak ni rujuk lah dengan PAS Subang...mungkin mereka lebih mengenai budak ni sebab dia ni dulu aktif kat sana....

Sahabat ana ni kata " kami bukan nak marah atau nak maki hamun dia jauh la nak pukul dia, kami cuma nak bersembang dan bertanya khabar je dengan dia...saje nak bersembang.." katanya lagi.

Apa yang ana tahu budak ni dahulu dia tinggal di Sg Buloh dan kini kerja di syarikat Anual Bahkri Haron ( menurut sumber ) tapi Wallahualam betul ke tidak....

Ana bagitau budak ni Ulama Besar dan Alim dalam ilmu Feqh Syiasah sebab tu dia berani menempelak Dr Haron Din sebagai Ulama kepala lutut walaupun tak salah jika kita hendak mengkritik seseorang termasuk lah ulama tapi takanlah sampai macam ni punya teruk bahasanya.

Ana setuju sangatlah kalau ade teman-teman dan sahabat-sahabat di luar sana tu pergi menziarahi beliau ketika ni sebab dia ni tengah sakit dan uzur. Jangan gunakan bahasa yang keras dan kesat dan jangan sekali-kali jentik atau sentuh budak ni sebab dia ni orang alim lagi zuhud. Bertamu dengan dia dengan bahasa yang sopan lagi lunak seperti sastera Anual Bakri Haron supaya dia kembali sedar dan bangkit dari kekecewaan. Wallaualam

Zahid Hamidi Dah Puas Hati Anda Bagaimana?

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan berpuas hati dengan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengheret seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat sarjan dan seorang ahli perniagaan ke mahkamah hari ini berhubung kes kecurian dua enjin pesawat F-5E milik TUDM. Selanjutnya baca disini

Soal mereka puas hati itu urusan mereka kerana itulah perangai dan kelakuan hudoh mereka sejak azali lagi tetapi persoalanya adakah kita dan seluruh rakyat Malaysia berpuas hati dengan laporan dan siasatan oleh pencuri seperti mereka. Mana mungkin pencuri dapat menagkap perompak kerana kedua-duanya adalah sama-sama penjenayah.

Kedua yang dibangkitkan ialah soal kos enjin tersebut seperti yang dilaporkan :"Tidak benar sama sekali nilai yang dicuri bernilai RM50 juta. Jet dan enjin yang hilang hanya bernilai antara AS$2.5 juta (RM8 juta) hingga AS$8 juta (RM27 juta) sahaja setiap satu," katanya.

Samada ia bernilai RM50 Juta atau RM8 Juta itu bukan persoalanya tetapi yang penting disini ialah masalah ketelusan dan kecekapan serta intergriti.

Walaupun hanya RM 1 sahaja pun ia tetap dicuri jika kita tidak beramanah denganya. Langsung tidak masuk dek akal jika yang didakwa itu hanya Sarjan dan seorang ahli perniagaan sahaja.

Bodoh sangatkah rakyat Malaysia bila membaca dan mendengar hasil laporan Ghani 4tail ini? Lemah sangatlah pentadbiran Angkatan Tentera Malaysia bila dengan mudah-mudah pegawai yang berpangkat sarjan boleh menandatangani sebarang invois dan segala macam surat untk melepaskan barang yang bernilai seperti itu.

Fikir-fikirkan lah....

Tuesday, January 5, 2010

Ceramah Bulanan

Khamis : 07 January 2010
Masa : Sejurus selesai Solat Maghrib
Tempat : Masjid al-Muttaqin Taman Equine
Penceramah Undangan ;
Yb Ust Nasharuddin Mat Isa
Ahli Parlimen Bachok
* sekor lembu di sembelih untuk juadah Nasi Gulai Kawah selepas ceramah

Muslimin & muslimat dijemput hadir.

Forum Perdana

Tarikh : 6 Jan 2010 Rabu , Masa : 08.00 malam
Tempat : Masjid Nahdah Seksyen 18 Shah Alam
Ahli Panel :
Yb Ust Nasharuddin Mat Isa
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
Ust Nasuddin Tantawi
Moderetor: Ust Kamal Shaari
muslimin & Muslimat dijemput hadir

Kisah Negeri Atas Angin. siri 1.

Teringat kepada kisah sebuah kerajaan diatas angin yang terjadinya insiden kehilangan 2 buah enjin jet dari simpanan khazanah negara tersebut.

Setelah hampr 3 tahun baru dirasai kehilanganya oleh para pembesar dan sekelian hamba rakyatnya apabila pada saat itu mereka ingin bermusafir ke sebuah negeri bernama Altantuya Darul Letup.

Maka riuh rendahlah sekelian hamba rakyat tentang kehilangan enjin tersebut lalu sang penguasa pun mengarahkan Datuk Hukum untuk menyiasat akan kehilangan enjin tersebut.

Setelah bertungkus lumus menyiasat dari segala sumber bukti yang soheh lagi sangat dipercayai maka didapati rupa-rupanya sang pencuci lah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehilangan enjin jet tersebut.

Jueteru sekelian hamba rakyat ternganga-nganga kehairanan apabila mendapat perkhabaran itu lalu masing-masing menjege mata masing-masing kearah satu sama lain sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Hamba rakyat hairan kerana mana mungkin si tukang cuci mampu mencuri dan membawa lari enjin tersebut kerana ia tersimpan didalam sebuah gudang yang dikawal rapi, lagi pula dengan apa ia diangkut sampai ke perantauan lain ?

Oh!!! barangkali ia diangkut dengan Tikar Terbang Do Re Me dan dibantu oleh Jin Ahmad Albab untuk menghilangkan dari pandangan para pengawal gudang agaknya....

Maka ramai dari hamba rakyat dalam negeri tersebut mempercayai kata-kata dan alasan yang dibuat oleh datuk Hukum tersebut kerana mereka sememangnya adalah ahli persekutuan sang penguasa.

Berakhirlah sudah riwayat enjin jet yang mahal itu kerana kepandaian Datuk Hukum menjalankan siasatan namun masih lagi ada yang ragu mengenainya lalu adalah sekumpulan kecil terpaksa turun ke bumi iaitu ke Negeri China untuk mendapatkan bantuan dari Hakim Bao.

Monday, January 4, 2010

Fitnah Besar Kepada Presiden PAS

Terkejut besar ana pagi ni apabila terpandang satu tajuk dari blog Bagan Utama yang jelas bagi ana di telah melakukan fitnah yang besar terhadap Tuan Guru Hj Hadi. Antara lain tulisanya menyatakan bahawa TGHH telah menyalahgunakan duit kutipan sumbangan derma jemaah. Selanjutnya baca disini . Ana sendiri tidak sanggup untuk menyalin semula cebisan-cebisan dari artikel blog tersebut.



Soalnya benarkah segala tuduhan yang dibuat terhadap TGHH itu? Bernafsu sangatkah TGHH terhadap wang ringgit sehingga dia boleh dituduh sedemikian rupa? Salahkah TGHH memiliki sebuah kenderaan yang selesa untuk kegunaan harianya sendiri? Tidakah TGHH itu seorang Ahli Parlimen dan seorang ADUN yang mempunyai pendapatan yang telah ditentukan dan mungkinkah TGHH tidak mampu untuk memilikinya sehingga terpaksa menyalahgunakan wang kutipan derma?

( apa yang peliknya jika Presiden pakai kereta ni, ana pun pakai jenis yang sama )



Paling berat tuduhan terhadap TGHH ialah menyalahgunakan wang kutipan derma atau sumbangan jemaah terhadap maintenance kehidupanya dan benarkah TGHH mempunyai istana hinggap di KL dan kenapa blog tersebut tidak mengemukakan bukti bergambar terhadap tuduhan tersebut.



Soal cara agihan duit sumbangan derma yang dibangkitkan dan blog tersebut cuba mereka-reka cara agihanya adalah satu perkara yang karut.



Bagi kami blog ini juga merupakan sebahagian BLOG CELAKA yang disebutkan oleh Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini. Mari kita listkan blog tersebut sebagai BLOG CELAKA........



Ghani 4tail dah jumpa engin jet ???



Malaysia antara negara paling pelik di dunia apabila 'Prebet' atau askar berpangkat rendah boleh meloloskan enjin jet di jual ke luar negeri.

Biasanya kita tahu anggota berpangkat rendah ini tidak boleh 'speaking' dengan baik bagaimana mereka boleh berurusan untuk menjual enjin tersebut.

Biasanya 'prebet' ini tiada akses untuk masuk tempat-tempat sulit dan terlarang.

Tapi lain pula di Malaysia ini. 'Prebet' dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya pula berjaya mencuri enjin dan memperdayakan boss-boss mereka.

Hairan. Tapi itulah kenyataan pelik yang dilaporkan media hari ini di mana Peguam Negara, Abdul Gani Patail mendedahkan bahawa tidak ada pegawai kanan tentera udara yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007.

Katanya, hanya anggota berpangkat rendah yang terbabit dalam kehilangan enjin buatan Amerika Syarikat yang bernilai RM100 juta itu.

Tambahnya mereka akan didakwa tidak lama lagi."Siasatan masih dijalankan," kata Abdul Gani dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Beliau tidak mendedahkan berapa ramai yang disoalsiasat oleh pihak polis.Beliau juga mendedahkan bahawa destinasi terakhir dua enjin tersebut dibawa ialah Uruguay.

Abdul Gani tidak pasti sama ada enjin itu masih berada di sana atau sama ada telah dipindahkan ke tempat lain."Keutamaan sekarang ialah mencari enjin tersebut," katanya. sumber : link

KUFUR JIKA SOKONG GUNA KALIMAH ALLAH- Dr haron Din


BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

"Kalau hal politik memanglah ada banyak padangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.

Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.
Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.Mstar

Sunday, January 3, 2010

PAS adakan mesyuarat khas bincang isu nama Allah

KUALA LUMPUR, 3 Jan: PAS memanggil mesyuarat khas Lajnah Politik, iaitu lajnah paling berpengaruh dalam parti itu bagi membincangkan beberapa perkembangan terbaru termasuk isu penggunaan nama Allah oleh agama Kristian.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat itu akan diadakan malam esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut."Kita turut menjemput AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat ini dijangka membincangkan secara mendalam keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah milik aktivis Kristian, Herald, untuk menggunakan nama Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.Sejak keputusan itu dibuat, kelihatan pemimpin PAS tidak seragam pandangan mereka dalam isu ini.

Mesyuarat ini dijangka akan memberikan kata putus apakah pendirian bersama parti Islam itu dalam isu ini.Anggota utama lajnah politik adalah pemimpin kanan PAS di samping beberapa pemimpin yang tidak berada dalam AJK PAS Pusat termasuk Khalid Samad, YDP PAS Shah Alam yang juga anggota Parlimen kawasan tersebut.HarakahDaily.Net/-

Tuan Guru Nik Aziz bimbang perkataan Allah disalahguna


KOTA BHARU, 3 Jan: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.


Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.Beliau berkata, biar pun penggunaan kalimah Allah mengikut hukum bagi pengamal agama Samawi, ia tidak menjadi satu kesalahan.


“Namun saya takut ia disalahgunakan, itu yang menjadi kebimbangan sebenarnya,” katanya selepas majlis perasmian pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di Jalan Telipot, hari ini,


Khamis lalu Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh penerbitan akhbar mingguan Herald – The Catolic weekly.Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.


Ekoran keputusan itu menyebabkan timbul bantahan di kalangan umat Islam.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Baharom pula dilaporkan akan merayu keputusan kes terbabit ke Mahkamah Rayuan bagi memastikan kesucian agama Islam kekal terpelihara.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berharap pihak berwajib seperti persatuan ulama menganjurkan dialog bersama pemimpin agama Kristian bagi mencari penyelesaian isu tersebut.“Melalui perbincangan terbabit diharap dapat meredakan kekeliruan masyarakat.


Selain itu falsafah Islam dapat dikembangkan melalui majlis-majlis seumpama itu,” katanya.Beliau juga tidak menolak hadir pada majlis seumpama itu sekiranya ada jemputan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai Islam. link

Saturday, January 2, 2010

salam perjuangan

Alhamdulillah pada hari Jumaat 01/01/2010 jam 15.45 petang telah berlangsungnya penajaan penubuhan PAS CAWNGAN TAMAN EQUINE.

Satu barisan saf pimpinan cawangan telah dibentuk dan akan diumumkan sedikit masa lagi. Penubuhan ini adalah demi meneruskan kesinambungan perjuangan para ulama yang mewarisi dari Rasulullah SAW untuk meneruskan perjuangan menegakan kalimah Tauhid di bumi Malaysia ini.

Wallahualam