Friday, August 27, 2010

Sultan Selangor Murka, MAIS Ambil Alih Surau Al-Huda

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat amat murka dan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang menyampaikan 'tazkirah' di dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral pada Ahad lalu.

Sehubungan itu baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil tindakan segera dan tegas ke atas surau berkenaan.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa dalam satu kenyataannya menegaskan, MAIS telah membuat keputusan untuk mengambil alih dan menguruskan pentadbiran surau tersebut dengan serta-merta kerana insiden berkenaan jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

"MAIS telah memanggil pihak pengurusan surau bagi menjelaskan isu terbabit hari ini (Jumaat).

"Setelah meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, MAIS mendapati bahawa ucapan oleh wakil rakyat tersebut berlaku di dalam dewan solat surau seperti dilaporkan," katanya di sini.

Media hari ini menyiarkan laporan sebuah laman blog yang mendakwa Teo memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada pengurusan surau itu, Ahad lepas.

Laman blog itu turut menyiarkan gambar wakil rakyat terbabit dalam keadaan tidak bertudung dan hanya memakai kebaya pendek sambil berdiri di bahagian imam ruang solat surau berkenaan.

Pada Ogos tahun lepas, Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas, Klang sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.

Mohamad Adzib berkata, MAIS memandang serius berhubung isu berkenaan memandangkan ia merupakan kes kedua seumpanya yang melibatkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid/surau di negeri ini.

"Berikutan itu, MAIS akan memberikan surat amaran kepada YB Teo supaya perkara ini diambil perhatian," ujarnya.

Beliau juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama dan menggunakan masjid atau surau atas tujuan politik.

"MAIS juga menggesa supaya semua pihak termasuk parti-parti politik agar lebih sensitif kepada perasaan umat Islam amnya dan hendaklah menjunjung titah perintah Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di negeri Selangor," katanya lagi.

ULASAN PTE..

besar sangat kah dosa AJK Surau tersebut hingga mendatangkan kegusaran pihak-pihak yang terbabit itu? sepatutnya mereka kena gusar dan susah hati apabila melihat perkembangan terkini keruntuhan gejala sosial dalam masyarakat kita hari ini.

Apa peranan Dato' Azib si Pengerusi MAIS tu terhadap perkembangan semasa ni terutamanya gelaja buang bayi, gejala zina yang berterusan, judi, kelab malam yang bersepah dalam negeri selangor ni?

Tolong datangkan satu dalil tentang pengharaman orang bukan islam masuk ke dalam masjid atau surau kalau dia betul-betul cerdik dan ikhlas tentang agama islam yang mulia ini.

Kalaupun mungkin silap si Mp Teo tu masuk dan berucap dengan tidak menutup kepala...tak boleh ke Dato' Azib jumpa dia dan bagitau tentang adab masuk ke dalam masjid atau surau...tak boleh ke panggil pengerusi dan AJIK surau tu untuk berbicara dan menasibat barang sepatah dua...

Sekarang MAIS dah ambil alaih dan mulai malam esok Dato Azib kenalah mengimamkan solat tarawikh dan solat-solat waktu yang lain dan jangan main lepas tangan jer...pas tu langsung tak jengok dah surau tu...tidak kah perbuatan itu akan lebih memecah belahkan perpaduan masyarakat di situ? Kenapa kurang cerdik dalam mengambil keputusan....atau sudah menerima nasihat daripada mereka-mereka yang jadil yang berselindung dibelakang tabir....ada otak pakai...ada akal fikir la seikh.....


No comments:

Post a Comment