Friday, August 27, 2010

Siapa kata Hudud tidak boleh dilaksanakan atau tidak sesuai?


"Assalamualaikum,,..
Jom bicara pasal hudud lagi.Kali ini mari kita kembali mengimpau sejarah sesuai kedudukan kita di ambang merdeka dan sesuai juga keinginan untuk merdeka di bawah naungan alquran.Sejarah yang hendak diimbau ialah sejarah seorang yang hebat pernah dilahirkan dalam masyarakat melayu ia itu sejarah arwah Prof Ahmad Ibrahim, seorang yang telah berjaya meletakkan bangsanya di tempat yang begitu tinggi dengan buah fikiran yang bernas dan bijak dalam menyediakan penyelesaian terhadap permasalah utama kepada ugama Islam dan umatnya.

Takaful adalah buah fikiran Prof Ahmad yang sekarang ini sedang "diselewengkan" kerana ketiadaan idea baru yang menyerupai idea awal prof Ahmad.Tetapi sedarkah kita Prof Ahmad turut menjumpai kaedah yang boleh menyelesaikan permasalahan perlaksanaan hudud dengan diizinkan oleh perlembangaan negara yang awalnya dirangka dan dibuat oleh kafir British.Prof Ahmad telah mengajukan cadangan untuk melaksanakan hudud kepada pemerintah tetapi tiada tindakbalas dari kerajaan yang ketika itu didominasikan oleh orang Islam.Apakah cadangan itu? Hari ini cadangan ini langsung tidak disentuh atau dibancangkan di mana mana sedangkan cadangan ini adalah satu cadangan yang mudah dan sesuai dengan kehendak perlembagaan negara.

Kata prof Ahmad untuk melaksanakan hudud, perlembangaan negara hanya perlu diubah dengan memasukkan peruntukkan bahawa semua undang undang yang dikuatkuasakan di Malaysia mestilah tidak BERTENTANGAN DENGAN ISLAM.Lihatlah cadangan yang semudah ABC pada ketika orang ISLAM sedang mendominsikan kerajaan serta pada bila bila masa boleh mengubah perlembangan menurut peraturan perlembagaan yang sedia ada.

Kini, perkembangan kepada polimik hudud mengembalikan kita kepada fasal penafian bilamana ada dakwaan yang mengadakan ianya tidak sesuai yang melibatkan Nik Nazmi, pengarah komunikasi PKR serta penulis difahamkan prof Agus Yusof turut sama memberi pandangannya.Penulis tidak tahu apakah pandangan Prof Agus, tetapi kelihatannya ianya mengaitkan kedudukan majmuk negara, yang menunjukkan polimik hudud kembali kepada fasal penafian.Fasal penafian hudud telah membangkitkan kedudukan majmuk negara, membangkitkan kemunduran umat Islam dan telah mengatakan hudud itu adalah rekaan PAS tetapi tidak seorangpun pakar penafian ini sejak dulu sehingga sekarang membangkitkan cadangan prof Ahmad.

Hakikatnya, kalau cadangan prof Ahmad diterima sudah tentu negara sudahpun ada peruntukan hudud, qisas dan takzil negara.Sudah tentu hudud sedang dilaksanakan sekarang dan sudah tentu gejala buang bayi, gejala dadah serta lain lain gejala termasuk pemakan rasuah bukanlah satu masalah umat yang besar.Cadangan prof Ahmad ini bukanlah satu yang sukar untuk dilaksanakan sebenarnya (pada ketika cadangan ini dibuat). Ini adalah kerana ketika itu mahkamah syariah dan undnag undang syariah serta peguam syarie sudahpun ada.Cuma bezanya, namanya undang undang syariah tetapi undang undnag yang dibuat untuk kesalahan qisas dan hudud adalah ciptaan manusia bukan undang undang yang ditetapkan oleh alquran.

Oleh itu, seandainya cadangan prof Ahmad diterima, apa yang perlu perundangan syariah negara lakukan ialah membuang semua peruntukan yang dibuat manusia dan menggantikannya dengan peruntukan yang ditetapkan oleh al quran bagi setiap kesalahan hudud dan qisas sementara bagi kesalahan kesalahan yang selain itu, undang undang takzil yang ada boleh diteruskan dengan penambahbaikan dilakukan dari masa ke semasa.

Di sinilah terletaknya kepintaran dan ketelitian prof Ahmad dalam memberikan cadangannya.Dengan meletakkan peruntukan semua undang undang mesti tidak bertentangan dengan undang undang Islam, maka undang undang berkaitan kesalahan hudud dan qisas seperti mencuri dan merompak tidak lagi tertakluk kepada hukuman mahkamah sivil dan sekaligus membolehkan semua orang Islam dibicarakan di mahkamah syariah bagi kesemua kesalahan jenayah yang dilakukan.Kerana peruntukan semua undang undang mesti tidak bertentangan dengan undang undang Islam membolehkan Islam memerintah dan kalau cadangan prof Ahmad diterima oleh kerajaan yang didominasikan oleh orang Islam maka sudah tentu Islam sedang dimartabatkan di negara kita.Kita mungkin boleh lihat bagaimana kes liwat DSAI (1 & 2) dibicarakan di mahkamah syariah.

Namun faktanya, orang Islam yang mendominasikan kerajaan ketika itu ialah orang Islam yang secular yang menjadikan Mustafa Kamal Artartuk sebagai idola mereka.Kerana itu cadangan prof Ahmad tidak didengari mereka semacam mereka ini cuma ada satu telinga sahaja tetapi ada dua lidah apabila mengiktiraf prof Ahmad Ibrahim sebagai seorang anak melayu yang pintar dan sentiasa berusaha mencari penyelesaian terhadap setiap permasalahan umat dan bangsanya.

Hari ini juga apabila PAS begitu komited untuk melihat hudud dan undang undang Islam ditegakkan di bumi Malaysia, berbagai bagai tohmahan dilemparkan termasuk berpakat dengan puak kafir dan sekular walaupun ada suara yang sengaja dikuatkan meminta PAS bersatu dengan UMNO yang telah jelas dan terbukti sekular.Malah kerana sekularnya UMNO, orang melayu Islam Malaysia terlepas untuk menikmati hasil kepintaran seorang anak bangsanya.

PAS juga diperlekehkan kerana kerjasama ini sehingga dituduh menggadaikan prinsip perjuangan semata mata untuk bergabung dengan DAP dan mengalah dengan PKR yang sekular.Sambil itu dihulurkan tangan UMNO kepada PAS sedangkan tangan ini jauh lebih sekular dari PKR dan DAP.

Neraga Islam yang dilanungkan oleh Karpal Singh yang nampak semakin nyanyuk dipergunakan kesempatannya untuk membuktikan PAS semakin tunduk kepada DAP, tetapi apabila ditanya apakah negara Islam yang dimaksudkan karpal itu, masing masing buat buat bodoh pulak. Apabila dilapurkan Nik Nazmi sebagai berkata hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia maka bersoraklah puak puak ini mengatakan Nik NAzmi dan PKR adalah sekular, tetapi ketika KJ menyatakan UMNO tidak akan melaksanakan hudud tidak langsung kedengaran suara mereka.Alasannya mungkin boleh difahami, UMNO memang sekular tetapi yang sekular inilah juga yang mahu PAS bersatu dengannya.

Kembali kepada hudud, pasarana yang telah sedia ada di Malaysia sudah tersedia untuk melaksanakan jadi apa yang penting sekarang ini ialah mengubah perlembagaan seperti dicadangkan oleh Prof Ahmad Ibrahim atau mungkin dengan sedikit pengubahsuaian berdasar keadaan semasa, bagi membolehkan hudud direalisasikan.Ini menjadi bukti jelas bahawa hudud boleh dilaksanakan di Malaysia malah sudah boleh dilaksanakan lama dulu kalau UMNO yang menerima amanah rakyat mahu melaksanakannya.Kenyataan bahawa hudud pula akan dikuatkuasa ke atas orang Islam sahaja secara mutlak sementara bagi orang bukan Islam diberi pilihan samada menerima atau menolak hudud,akan dengan sendirinya menjadi jawaban kepada dakwaan ianya tidak sesuai dilaksanakan terutama kerana kemajmukan negara( kalau ini dipersoalkan oleh prof Agus, inilah juga jawabannya)

No comments:

Post a Comment