Friday, August 27, 2010

Pembinaan MASJID di atas tapak WTC disokong oleh keluarga 9/11

Pembinaan Park51 disokong

NEW YORK – Lebih daripada 40 organisasi menyertai perhimpunan berdekatan Dewan Bandar untuk mengumumkan pembentukan pakatan baru yang menyokong pembinaan masjid berhampiran tapak menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan pengganas pada 11 September 2001.

Jurucakap Keluarga 11 September, Donna O’Conner berkata, pembinaan Park51 di bandar New York disokong 100 peratus oleh seluruh keluarga mangsa serangan itu.

Pengarah Kesatuan Kebebasan Awam New York (NYCLU), Donna Lieberman menekankan bahawa rakyat berlainan agama di Amerika Syarikat (AS) tidak harus dikecualikan daripada menikmati hak-hak tersebut.

Pengarah Pusat Shalom, Arthur Waskow menegaskan jika pembinaan Park51 itu dihalang, ia akan menimb:ulkan diskriminasi dan prejudis terhadap rakyat AS.

Selain itu, Waskow juga percaya dengan pembinaan Park51 itu dapat membuktikan komitmen terhadap masyarakat menentang keganasan dengan kebebasan.

Pengarah Majlis Kepimpinan Islam, Abdul Baqi percaya bahawa pembinaan Park51 ini juga dapat mendorong pertumbuhan ekonomi negara itu.

No comments:

Post a Comment