Sudah wujud pencipta gossip bertaraf mufti ?
Dia kata ada orang hendak gubal perlembagaan baru ! Orang tanya siapa? Dia kata dia tidak mahu bagi tahu. Betapa tidak bertanggungjawabnya dia! Demi keselamatan negara bertanggungjawabkah dia ini ?
Sebagai seorang mufti yang alim agama sepatutnya dia sentiasa terbawa-bawa cara orang-orang alim berbicara. Orang-orang alim tidak akan berbicara secara tidak jelas sehingga boleh mengelirukan. Tapi dia tidak, dakwaan dia sungguh mengelirukan! Dia macam lempar batu mahu sembunyi tangan.
Kalau dah tahu ada orang hendak gubal perlembagaan baru, bagi nama orang itu kepada polis. Atau sebagai mufti yang kononnya prihatin dengan keluhuran perlembagaan, saman sajalah orang yang hendak ubah perlembagaan itu. Tapi dia tidak buat begitu. Dia seperti mahu orang ramai tertanya-tanya sama sendiri. Dia mahu orang ramai gundah gulana sesama sendiri . Dan dia macam mahu mengwujudkan iklim syak wasangka di kalangan rakyat. Sikap muftikah begini? Atau inilah sikap mufti hal ehwal Melayu sebenarnya bukan mufti hal ehwal Islam! Padan pun !
Nampaknya orang yang bernama Harusani ini, terus-terusan mencipta gossip yang bertaraf wartawan hiburan majalah mangga dan makalah sisipan pancaindera Utusan Meloya dan menyebar khabar angin dalam masyarakat !
Kenapalah teruk dia ni, menjadi dirinya pencipta gossip atau pembawa khabar angin bertaraf mufti !
Catatan oleh : garamlada.blogsopt.com
ULASAN PTE :
Apa kita nak hairan dengan watak yang telah ditunjukan oleh orang macam harussani ni...sebab nabi pun dah peringatkan kepada kita tentang watak-watak dari ulama-ulama jahat seperti ini...
dan jika benarlah apa yang dia dakwa sebab dia pernah kata mana mungkin mufti berbohong...maka dia kena namakan siapakah orang yang bertanggungjawab mengolah dan mencipta perlembagaan baru itu?
Ini bukan perkara main-main ! pihak polis kena siasat dan kena buat sesuatu kalau tidak nanti Harussani akan jadi PM 2 Malaysia pulak....sebab dia sahaja yang tahu dan lihat serta membaca perlembagaan itu.....
No comments:
Post a Comment