Ini jenis segerombolan puak suka bercakap tanpa melihat kiri kanan dahulu. Jenis yang tak cermin muka sendiri.
Kita nak tanya apakah rugi dan bahayanya jika Zaid menang kerana beliau bukan anak tempatan ? Aapakah sebenarnya yang diperlukan dari seorang wakil rakyat ? Apakah bezanya jika yang akan menjaga kepentingan dan menjaga serta mempertahankan halk rakayt Hulu Selangor orang tempatan atau sebaliknya ? Kita nak tanya umno, apakah mereka tidak pernah meletakkan orang dari negeri lain bertanding di sesuatu tempat ? Lihat sahaja sewaktu Selangor diperintah oleh umno. Anak2 tempatan diletakkan bertanding di tempat sendiri. Lihat apa jadi dengan aset2 dan tanah2 kerajaan habis mereka sapu. Ada yang dijual dan ada diambil untuk kepentingan sendiri dan keluarga serta kroni. Apakah itu menguntungkan rakyat tempatan yang mengundi calon tempatan itu ?
Sebenarnya umno sudah ketinggalan zaman. Hari ini orang tak akan tanya..kau dari mana ? Yang rakyat moden mahu ialah fungsi dan kewibaan yang boleh m,emberi manfaat kepada pengundi yang memilih seseorang calon itu. Mungkin bagi pengundi yang giginya tinggal 2 -3 batang , isu ini masih dimainkan.
Kita nak tanya apakah APCO yang digunakan khidmatnya itu syarikat tempatan ? APCO ini adalah syarikat consultan luar negara malah dimiliki oleh yahudi. Ini jauh lebih merbahaya berbanding dengan Zaid (orang Kelantan) bertanding di Selangor.Zaid hanyalah kelahiranKelantan tetapi telah sekian lama menetap di Selangor.
Jelas ,umno tiada isu yang nak dijadikan modal dan bahan kempen sehingga benda yang remeh temeh pun disuruh barua2 mereka ( media2) perbesarkan. iqbal/teranungkite
No comments:
Post a Comment