Thursday, April 8, 2010

PRK HULU SELANGOR ; PERTEMBUNGAN ANWAR DENGAN NAJIB.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor yang penamaan calonnya akan diadakan pada 17 April ini manakala pengundian pada 25 April memiliki beberapa fakta uniknya tersendiri.

Umum mengetahui bahawa ini merupakan PRK yang pertama berlaku di Selangor dan yang pertama pada tahun ini.

Pertembungan antara Anwar dan Najib

Selain itu, PRK kali ini juga bakal menyaksikan dua tokoh yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerap bertembung dari pelbagai aspek dan strategi ke arah kelangsungan politik masing-masing.

Mereka ialah Ketua Umum PKR yang juga tokoh penting yang menyatukan Pakatan Rakyat dan seorang lagi ialah Presiden Umno, Najib Razak yang dilihat sebagai presiden terakhir BN mengikut teori RAHMAN.

PRK kali yang ke 10 ini sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pada 8 Mac 2008 juga menjadi pengukur kepada kedua-dua tokoh itu apabila menjadi pemimpin penting di Selangor di mana Najib ialah Pengerusi Umno manakala Anwar ialah Penasihat Ekonomi Selangor yang juga Menteri Besar Selangor ialah ahli PKR sendiri, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim. Selanjutnya baca disini.

No comments:

Post a Comment