Saturday, April 3, 2010

P94 Hulu Selangor Milik PAS?

Jumlah peratusan pengundi mengikut kaum di kawasan Parlimen P 94 Hulu Selangor semasa pilihanraya umum ke 11 2004 lalu adalah milik PAS dan calon yang diketengahkan ialah Ybh Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus.

Melayu :53.94%
Cina : 26.67%
India : 18.98%
Lain-Lain :0.41%

Berdasarkan kepada senario politik sekarang adalah wajar Majlis Pimpinan PR memulangkan kembali kerusi itu kepada PAS dan PAS wajar menimbangkan semula penyertaan Dato' Ismail Kamus bertanding di kawasan tersebut kerana beliau adalah anak kelahiran di kawasan parlimen tersebut.

PKR harus bermuhasabah diri dan dengan ikhlas memulangkan kembali kawsan tersebut kepada PAS begitulah antara lain rungutan penduduk di kawasan tersebut kerana ranting dan cabang PKR disana terlalu lemah bahkan hampir tiada ranting-rantingya wujud dan mereka kena sedar bahawa yang memenangkan mereka bahkan yang menggerakan jentera mereka sebelum ini adalah petugas-petugas PAS.....rungut mereka lagi.

No comments:

Post a Comment