Monday, April 19, 2010

Hulu Selangor : SPR Mengaku Menipu & Pindah Undi

Oleh: profesor

"Dalam bahasa mudah dan senang difahami oleh semua lapisan masyarakat 1Malaysia , rumusan yang dapat dibuat ialah SPR sudah mengaku menipu dengan cara memindahkan undi keluar dari P94 Hulu Selangor.

Timbalan Pengerusi SPR , Wan Ahmad berkata, SPR bertindak demikian setelah menyedari bahawa lokaliti 228 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh itu sepatutnya diletakkan di kawasan parlimen Selayang.

Ini bermakna mereka tidak boleh mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April depan.

"Apabila kita semak menggunakan pemetaan geografi berkomputer, barulah kita sedar bahawa daerah mengundi sebenarnya bukan di Hulu Selangor tetapi di Selayang,

"Mengikut kenyataan SPR di atas , bahasa yang digunakan oleh Timbalan Pengerusi SPR , Wan Ahmad , membawa maksud memang berlaku pemindahan undi walaupun jumlahnya hanya 228 sahaja daripada sejumlah lebih 13,000 yang dipertikaikan.

Bukan suatu yang sukar untuk dipercayai bahawa itu semua adalah menjadi lumrah dan tradisi SPR , selaku alat kerajaan bersedia bila – bila masa untuk menurut perintah kerajaan , menipu tidak jatuh dalam hukum haram , malah wajib diikuti bila mana arahan sudah keluar.

No comments:

Post a Comment