Wednesday, April 21, 2010

BN MAMPU BERUBAH?

Jika dilihat kepada perang poster dan bendera di PRK HS ni nampak macam BN dah mendominasi pengundian kerana banyaknya poster dan bendera mereka di persimpangan-persimpangan utama dalam kawasan PRK HS ini.
Kerja-kerja menyiapkan khemah untuk pasukan polis sedang giat dijalankan walaupun jam dah menunjukkan pukul 6.05 petang semalam.
Jalan masuk ke Bkt Sentosa fasa 2 juga dihantaui oleh gambar Najib altanhuya.
BN MAMPU BERUBAH??? ha ha ha selogan yang menggelihan hati kalau kita boleh berfikir disebalik kalimah keramat BN ini, kenapa???
Perkataan " BN Mampu Berubah " dengan makna SAHlah BN ni jahat, zalim, pengkhianat, perompak, perasuah, pencuri, pembunuh, pemabuk dan sebagainya sebelum ini. Dengan bahasa lunak itu sepatutnya kita merungkai segala kebejatan UBNapco ini dengan apa cara sekalipun.

Sama juga dengan kes Calon PKR yang dikatakan kaki tonggang oleh BN juga telah menyatakan bahawa dia telah bertaubat namun isunya ialah peribadi namun kebejatan UMNOBNapco tidak boleh dengan mudah-mudah kita lupakan dan kesampingkan begitu sahaja.

Sejak merdeka UBN memerintah negeri Selangor nak dibandingkan dengan pencapaian selama 2 tahun lebih PR memerintah adalah satu bandingan yang Maha tidak Adil dan sewajarnya mereka reti perkara itu dan rakyat juga kena bijak menilai bandingan ini.

Ada juga poster BN yang memancing undi dengan menjanjikan penduduk Sg Buaya dengan peruntukkan RM15.6 juta.....ha ha ha satu lagi gula-gula getah untuk penduduk Sg Buaya...janji BN di bagan Pinang pun belum tertunai ni nak janji 15.6 juta pula untuk penduduk Sg Buaya tap i bagaimana pula dengn kawasan-kawasan lain dalam Parlimen HS ni?
( Ust MRK Albanjari memperkatakan sesuatu di UPU Desa Melor, Serendah )


Kita perlu bijak untuk mengikut rentak tari dalam gelanggang mereka kerana mereka terlalu banyak tipu muslihatnya dengan tektik yang menjerut leher kita. Maklumat kepekatan karat keris di kawasan perkampungan tradisi Melayu dan di gugusan Felda sewajarnya menjadi fokus kempen kita di saat-saat akhir kerana biasalah peneroka felda ni agak terkesan dengan ugutan-ugutan dari pihak felda tapi itu dulu sekarang mereka dah berani namun mungkin kurang maklumat dan pendedahan sahaja agaknya, dan kerana itulah tumpuan harus diberikan di sana.

Bagi kawsan perkampungan tradisi melayu seperti di batang Kali juga wajar diberi tumpuan kerana kebanyakan pengundi-pengundi disana masih wala' dengan UBN ni. Pihak UBN juga bertahan dan berkampung di kawsan-kawasan tersebut dan mereka memperkuatkan jentera mereka dari ditembusi oleh petugas-petugas kita. Nah!!! disinilah tempat yang perlu kita terobosi bermula dari hari ini hingga hari pembuangan undi nanti.

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga PR yang membantu jentera parti di PRK HS ni. Wallahualam

No comments:

Post a Comment