Thursday, April 29, 2010

Kenyataan Kurang Bijak Musa Hassan.

Apakah masuk dek akal kita bila Ketua Polis Negara boleh mengeluarkan pandangan jika rakyat asyik mempertikaikan tindakan anggotanya maka dia dengan senang-senang boleh arahkan anggotanya agar tidak lagi menguatkuasakan undang-undang?

Inilah satu kenyataan yang palaing bodoh dari seorang Ketua Polis Negara. Beliau dengan bodohnya menyatakan "Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja.


"Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah di Pusat Daraf Negara sempena Sambutan Hari Polis ke-23 di sini. selanjutnya baca disini.


Jika inilah kenyataan dan pendirian Musa Hassan maka wajarlah dia meletakan jawatan dan inilah akibatnya bila orang yang sudah pencen dilantik semula memegang jawatan itu dan nampak sudah bahawa dia sudah tidak mempunyai kreadibiliti lagi untuk memimpin PDRM.


Dia langsung tidak mahu berusaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis bahkan menambah lagi kesangsian dan kebencian rakyat terhadap pasukan itu.


Jika sudah tidak mahu menuatkuasakan undang-undang apa rasionalnya lagi PDRM diwujudkan, bubarkan sahaja!


Namun masih ramai lagi anggota PDRM yang komited dan ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai anggota keselaman dan yang jelas si Musa hassan sahaja yang berperangai sedemikin kerana dia sebenarnya pun tidak layak duduk di jawatan itu. Dia duduk disitupun kerana penglibatanya secara jahat terhadap konspirasi mereka cipta bukti terhadap Anwar Ibrahim 10 tahun lalu dan rakyat masih ingat lagi perananya pada ketika itu.

Bagi rakyat apa sahaja yang keluar dari mulut Musa Hassan ini adalah bohong dan rekaan semata-mata untuk melepaskan diri atau untuk berpihak kepada orang-orang tertentu sahaja.

Kenyataan beliau itu bukan untuk menjernihkan keadaan tetapi ingin membodohkan rakyat. Jika beliau ada kewibawaan dan berusaha untuk menjaga maruah anggotanya maka sewajarnya beliau setuju untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kejadian tersebut....ini tidak buat kenyataan macam orang merajuk....buruk sangat tengok muka dia yang merajuk tu...

Sebelum dia makin nyanyuk dan kuat merajuk maka eloklah di letak jawatan dulu kerana terlalu sangat membazir rakyat Malaysia membayar cukai dan hasil cukai itu pula digunakan untuk membayar gaji Musa Hassan.

Masih ramai lagi yang berwibaya untuk menjawat jawatan KPN maka eloklah dengan secara terhormat Musa Hassan meletakan jawatan sebelum dia kenyang dengan sumpah seranah orang ramai.

Kenyataan Ketua Polis Selangor lebih bertanggungjawab dan bermaruah dari kenyataan Musa Hassan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan hanya seorang anggota polis melepaskan tembakan yang meragut nyawa remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Beliau berkata, siasatan masih lagi diteruskan dan hanya selepas segala-galanya selesai sahaja barulah pihak polis akan mendapat gambaran sebenar kejadian itu berlaku.

"Kami berharap siasatan dapat diselesaikan menjelang akhir minggu ini. Kami harus memastikan siasatan tersebut dilakukan dengan teliti dan menyeluruh," katanya selepas menghadiri pelancaran lambang terbaru Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini. selanjutnya baca disini.

No comments:

Post a Comment