Thursday, April 29, 2010

Sesiapa Yang Tak Suka Hukum Allah Dan Hukum Syariat, Sila Keluar Dari Bumi Allah

Oleh Tok Janggut.

Penulis setuju dengan titah Sultan Selangor bahawa sesiapa yang tak setuju dengan undang-undang Negeri Selangor, jangan datang ke Selangor. TAPI persoalanya ialah, undang-undang yang bagaimana? Adakah yang hanya berkait kononya "tidak boleh guna masjid untuk cakap politik saja?" Bagaimana jika yang datang ke Selangor untuk berzina, minum arak, berjudi, makan rasuah, tipu harta rakyat dan berbagai lagi itu dibolehkan?

Ingatlah, ini bumi dan seisinya kepunyaan Allah, milik Allah dan hak Allah yang mutlak. Allah telah berfirman dalam kitabnya yang suci, bahawa barangsiapa yang tidak mahu tunduk, tidak mahu akur dan cuba mengambilalih kuasa dan hak Allah, sila keluar dari bumi Allah ini dan rekaciptalah satu bumi lain mengikut kehendak kamu, dan disana kamu boleh berseronok sakan tanpa siapa boleh larang, mampukah?

Adalah suatu yang mengaibkan dan menghinakan apabila hukuman yang berkaitan dengan hak Allah seperti minum arak diambilalih oleh manusia yang juga peminum arak. Kini sesiapun sudah boleh minum arak, nak berzina, nak berjudi, nak membunuh secara terang-terangan kerana mahkamah tidak boleh buat apa. Si pesalah boleh mengadap Sultan untuk memohon ampun dari dikenakan tindakan undang-undang. Kenyataan Menteri Agama dan beberapa orang pemimpin UMNO/APCO bahawa sesiapa pun tidak boleh mempertikaikan keputusan Sultan seolah memberi amaran dan menghina bukan saja kepada rakyat bahkan seolah-olah ditujukan kepada Allah dan Rasul juga. Atau dengan kata lain "Allah dan Rasul jangan nak pertikai keputusan Sultan mengampunkan peminum arak itu, itu hak dan kuasa Sultan", lebihkurang begitulah. Kenyataan Mufti Perak pula seolah-olah bersetuju dengan keputusan Sultan itu dengan memberi alasan bahawa enam rotan bukanya hukum hudud.

Sepatutnya beliau menasihatkan Sultan yang kononya Ketua Agama supaya meminta Mahkamah Syariah menghukum dengan 80 rotan seperti yang diperintah oleh Allah, bukanya bersetuju hukuman 6 rotan dibatalkan dengan alasan enam rotan bukanya termasuk dalam hudud.

Mudah sungguh si Mufti ni mencari alasan untuk melarikan diri semata-mata kerana takut dengan Sultan lebih dari takutkan Allah.

Jadi sekiranya perintah Sultan mengatasi segala-galanya, yang wajib dipatuhi, mesti ikut, tak boleh bantah dan derhaka sehinggakan mengatasi taat dan patuh pada perintah Allah dan Rasul, maka elok sajalah pada sesiapa yang hidupnya bergelumang dengan maksiat, kezaliman, penindasan, penipuan dan berbagai kemungkaran lagi, keluar saja dari bumi ALLAH ini dengan segera. Kerana dengan ketiadaan golongan sebegini, barulah orang yang beriman hidup aman dan tenteram.

Jika ada golongan sesat mencadangkan agar di tarik taraf kerakyatan pada sesiapa yang derhaka pada Sultan, maka elok jugalah ditarik taraf "manusia nya" dari golongan yang derhaka pada Allah dan Rasul, samada keluar dari bumi Allah atau berdoa pada Allah supaya ditukar atau dijadikan setaraf dengan makhluk di rimba atau di zoo.

Amaran Allah bahawa Yahudi adalah bangsa yang dilaknat, yang jahat dan penipu, tiba-tiba UMNO pula berkawan dan menjemput mereka datang ke Malaysia bahkan turut mempromosi Negara Yahudi itu di MITI. Kini UMNO adalah sebahagian dari Yahudi. UMNO juga adalah cawangan Yahudi di Malaysia. Insyaallah, di akhirat kelak puak UMNO akan Allah bangkitkan dan dikumpulkan bersama puak Yahudi ini dan dicampakan ke dalam neraka yang sama dengan Yahudi kerana sebagai balasan berkawan dan berbaik-baik dengan Yahudi semasa di dunia sehinggkan sanggup menghina dan mengenepikan syariat Allah dan menghina ulama semata-mata untuk menjaga hati Yahudi dan berlutut dengan Yahudi.

Kita lihat saja strategi UMNO di setiap kempen pilihanraya samada PRU atau PRK. Apa yang dilakukan oleh UMNO tak ubah seperti apa yang dilakukan oleh Dajjal dan Yahudi. Rasuah, ugutan, keganasan, penipuan dan provokasi mereka tidak ada bezanya dengan perangai Yahudi setiap kali berdepan dengan umat Islam di seluruh dunia.

Inikah golongan yang dipertahankan dan di bela oleh Sultan dan Mufti serta orang Melayu yang bermaruah dan beragama? Patutlah ramai umat islam jahil dan menentang syariat Allah yang berkait dengan hudud, qisas dan sebagainya kerana perkara ini termasuk dalam bab politik (pemerintahan) dan perkara ini jugalah yang menjadi larangan kuat UMNO dari disampaikan di dalam masjid dan surau. Jika mereka tidak mampu menghalangnya (negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat), UMNO akan menggunakan istana untuk menghalangnya. Tetapi jika nak berjudi, nak minum arak, nak berzina, makan rasuah, nak menipu atau nak hina syariat Allah dan Sunnah nabi, UMNO tak peduli, buatlah, asalkan kamu sokong UMNO/APCO. Inilah antara kejayaan Yahudi sejak berkawan dengan UMNO. Berbanggalah wahai Mufti dan orang Melayu dengan UMNO/APCO. Wallahualam.

http://www.tranungkite.net/v10/

Pertahankan Tok Guru Dan Ulama Siri 2 .

adukatarakguna yang diketahui oleh pembaca blognya adalah genetik bukan melayu, bukan cina dan bukan india, genetik yang berada dalam tubuh adukatarakguna telah dikesan selepas dilakukan imbasan longkang dan diketahui bahawa genetik adukatarakguna adalah genetik yahudi bercampur dengan genetik serbia dan juga genetik rom dan parsi, pembenci genetik melayu, kerana genetik seperti adukatarakguna ini genetik yang sudah pupus dizaman dan satu satu genetik yang tinggal kerana kepupusan dan keupayaan genetik ini untuk berkembang agak susah kerana genetik ini sering menolak genetik genetik yang ada dalam dunia hari ini. oleh itu wakil dunia perlu memelihara genetik ini kerana akan pupus sedikit masa lagi apabila dah berhijrah masuk ke sungai buluh. kalau bolehlah klonkan dulu genetik ini kerana ia lambang kehebatan campuran genetik.

hari ini dalam sejarah, adukatarakguna marah kepada pakatan rakyat kerana tak menghiraukan genetik yang paling dia benci sekali iaitu genetik melayu. apakah jembalang yang merasuk adukatarakguna ini sampaikan tertulis dan tersebar ulasan ulasan dari adukatarakguna berkenaan genetik melayu, apakah adukatarakguna ini nak menjadi berahim ali, menjadi zul kulim atau menjadi zahrain atau kerana kejayaan ezam kotak dapat jawatan senator. oleh kerana ezam kotak dah berjaya dengan misinya untuk memperolehi jawatan, kuasa dan pangkat maka ezam dah berjaya merubah genetik adukatarakguna dari membenci genetik melayu kepada sayang kepada genetik melayu.

mungkin kerana tekanan ekonomi yang mendesak dan kerana dah hampir gagal dalam usaha membentuk genetik yang ada dalam dirinya, adukatarakguna terpaksa berpaling 360 darjah. oleh kerana kehebatan diri adukatarakguna tak dipandang tinggi oleh rakyat malaysia kecuali sedua manusia seperti ulamak kepala lutut, pakaq dari agensi barbican, poji perisiklalang dan tidak ketinggalan xenanhu penjual kelentong inilah diantara penyanjung genetik adukatarakguna. oleh kerana kesan ekonomi yang merundum adukatarakguna dah terpaksa mengemis dalam blog masih tak mencukupi jadi mahu tak mahu terpaksalah transform menjadi badut untuk membuat lawak tanda simpati kepada genetik melayu. terpaksa menebalkan muka untuk mengemis lagi untuk projek langgar hadi di rusila terengganu.

dulu kata nak datang seekor je nak langgar hadi, sekarang terpaksa bawak ramai geng pulak, kononnya dah tukar menjadi wacana minda, bangang ke apa? kita orang pro kat luar sebab tu kita tukar nama kepada wacana minda, yang songkokputih duk layan ke adukatarakguna ni pun aku tak tahu lah kenapa, aku yakin dan percaya wacana minda ke langgar ke tak akan mengubah makhluk yang bernama adukatarakguna dan geng gengnya dari terus menyerang dan menghentam pas. dan aku percaya adukatarakguna tak berani pun nak mari langgar haji hadi dan akan menyediakan pelbagai alasan dan kenyataan yang akan menyebabkan projek ini tak menjadi kerana adukatarakguna adalah bacul (dulu nak datang seekor sekarang bawak geng).

adukatarakguna akan merekasegala jawapan untuk membuatkan projek tajaan beliau tak menjadi. pelbagai syarat dah dibagi kepada songkokputih, dan yang pasti apabila songkok putih beri jawapan adukatarakguna akan mencari alasan masa tak sesuai dengan mereka, inilah kepercayaan yang patut ada dalam minda songkokputih, dari terus melayan adukatarakguna baik terus melakukan pembaikan dalam tko dari membuang masa. pru dah hampir tiba. tko sepatutnya dah prepare segalanya untuk menjadi panglima perang cyber. songkok putih patut dah stop dari terus melayan adukatarakguna ini, bukan memberikan kebaikan kepada pas pun kalau melayan adukatarakguna ini. tok guru banyak benda lagi nak dibuat daripada melayan genetik adukatarakguna ini.

Pertahankan Tok Guru Dan Ulama


nampaknya fitnah melanda hebat ke badan tok guru dan juga ulamak ulamak, masih merah mata ulamak kerana menangis berhadapan dengan allah, blog yang begitu garang kepada pemimpin pas berserah diri kepada allah dengan jawapan tak tahu kita berserah aje, ulamak kepala lutut yang begitu hebat bersyarah dengan nakhaie hanya berserah diri dengan serangan kickdecolla kepada tok guru nik aziz, laman web penuh gambar tok guru dengan kata kata sesejuk mata memandang. tapi bila kickdecolla secara terang dan nyata menuduh tok guru nik aziz one G jadi G for gambir. apa kehalnya ulamak kepala lutut ni. takut sangat ke dengan kickdecolla.

kickdecolla menyatakan menerima 4juta malaysia, dalam masa 3 tahun, kemanakah wang itu dihabiskan dan siapa yang bekerja dalam GMC, adakah ulamak kepala lutut pun pernah bekerja didalamnya sampai terlampau takut nak bagi komen, biasa kalau tok guru presiden selamba je 1g tibai, kenapa menikus berhadapan dengan kickdecolla, atau ada agenda disebalik pasreform. apakah pasreform wujud bersama GMC kerana duit yang diterima telah disalurkan kepada geng geng taskforce13 atau pasreform, kalau pasreform tak kena mengena kenapa ketua ketua pasreform senyap menikus semacam tikus jatuh dalam beras, tak berani berketek langsung. atau ada perjanjian dibelakang yang telah ditandatangani oleh 1G dengan kickdecolla.

rupanya wang sebanyak 4 juta yang diterima oleh kickdecolla adalah wang untuk menjahanamkan pas kelantan, dan ini telah digunakan oleh kickdecolla untuk menjatuhkan kerajaan kelantan dengan mengaitkan penerimaan 4 juta itu dengan tok guru nik aziz. bukannya membuat persepsi buruk kepada mantan pak lah, sekarang dah nampak terang dan jelas nyata bahawa kickdecolla adalah perancang utama untuk menjatuhkan kerajaan pas kelantan dan disokong oleh man lombok dan juga ulamak kepala lutut. hebatnya permainan mereka, mereka melancarkan serangan dari semua segi dan berjaya memberikan persepsi buruk mula mula kepada tok guru presiden dan timb.presiden.

mereka penjahamkan parti pas telah menggunakan wang peruntukan sebanyak 4 juta ini adalah untuk menimbulkan persepsi yang buruk kepada presiden yang melontarkan idea kerajaangg perpaduanng, dengan duit mereka mengupah blogger supaya menimbulkan kenyataan yang jahat kepada tok guru presiden dan timb.presiden dan akhirnya mereka melaga lagakan kedua tok guru supaya pas mudah berpecah, yang pas kelantan dijadikan penentang UG dan pas terengganu dijadikan penyokong UG, maka mereka berharap pas kelantan pas terengganu akan bergaduh kerana berpihak kepada tok guru masing masing. diperingkat awal mereka ini berjaya melagakan kedua pemimpin di dua negeri dan juga ahli ahli pas dikedua negeri, nasib baik allah telah mengagalkan kerja kerja celaka mereka ini.

4 juta di laburkan untuk menjahanamkan pas di kelantan dan juga pas pusat, mana mungkin pas kelantan akan mewujudkan perang saraf seperti itu kerana selama ini pun pas hanya memiliki ahli ahli yang amat patuh dan taat setia kepada parti. kerja kerja celaka ini berjalan disemua negeri dan didalangi oleh beberapa kerat pemimpin pas yang berlagak cerdik tapi bangang. dengan pendedahan kickdecolla bermakna seluruh ahli pas telah berjaya diperbodohkan oleh kickdecolla dan geng gengnya. kickdecolla amat mesra dengan tulangbesi, nampaknya tulangbesi masih lagi sepi kenapa ya, duit tak sampai lagi ke kat sana, rupanya kickdecolla tibai sorang je 4 juta. mereka merancang allah merancang, perancangan allah amat baik.

http://freezoneterengganu.blogspot.com/

Dakwaan Kickdefella.....Buktikan

Pas Tidak Bangsat Untuk Kumpul RM4 Juta

ISU terbaru di Kelantan kini ialah mengenai pengakuan seorang bloger yang beliau ada menerima RM4 juta untuk belanja operasi perang saraf melanyak Umno dan bekas PM, Abdullah Badawi dalam masa tiga tahun. Perbelanjaan sebanyak itu ialah bagi menjamin kerajaan Pas Kelantan kekal.

Bagi saya isu itu isu terpencil yang tidak perlu diberikan perhatian besar. Akhbar yang memainkan isu berkenaan juga seolah tidak ada modal lain untuk memburukkan kerajaan Kelantan terpaksa mengutip sampah sarap dalam blog-blog tertentu untuk terus memburukkan Pas dan kepimpinan kerajaan Kelantan.

Kata orang kerana tak ada model besar dan konkrit, maka modal angin pun boleh digunakan. Kepada saya isu RM4 juta itu adaah modal angin yang tidak ada asasnya. Ia adalah pengakuan bloger tersebut saja dan tidak ada dokumen mengenai penyelewengan atau penggunaan wang haram dalam membelanjakan membelian peralatan operasi perang saraf itu dikemukakan.

Saya sedikit merasakan pelik apabila bloger itu membuat pendedahan dan beliau meminta orang lain menyiasat. Kenapa beliau tidak mendedahkan maklumat yang beliau ada. Apakah maknanya ini semua? Hanya beliau saja yang mengetahuinya.

Apabila bloger berkenaan mengakui dia tidak mempunyai wang sebanyak itu, (untuk membiayai operasi saraf itu) ia menjelaskan ada motif senyap di sebalik pengakuan itu. Bagi orang waras tentu tidak merasakan pengakuan itu pelik, kerana apabila beliau bekerja dengan sebuah kerajaan negeri, tentulah wang itu akan disediakan oleh pihak lain demi kepentingan dan kelangsungan kerajaan berkenaan. Masakan Pas mahukan beliau mencari wang sendiri untuk kepentingan Pas?

Sekiranya benarlah bloger berkenaan menerima peruntukan sebanyak RM4 juta, ia bukan menjadi kesalahan pun. Bahkan wajar kalau wang itu digunakan untuk tujuan yang betul untuk kepentingan Pas atau sesiapa saja yang berusaha untuk mengekalkan kerajaan Pas. Malahan orang Pas boleh angkat jempol kepada mana-mana individu atau pihak yang menyediakan wang berkenaan kerana ia adalah untuk kebaikan parti itu. Tepatlah menghabiskan wang seberapa banyak untuk mempertahankan sebuah kerajaan.

Menurut pengakuannya seperti mana dipetik akhbar, RM4 juta dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun. Ooo... bukan tiga bulan! Ini bererti kira-kira RM1.3 juta setahun. Jumlah itu adalah hama dalam perbelanjaan untuk melawan sebuah parti gergasi seperti BN. Tentunya bloger itu bukan berkerja seorang diri. Tentulah ianya dibantu oleh beberapa orang staf. Jadi RM1.3 kalau dibahagikan kepada beberapa orang staf berapalah sangat untuk satu tahun. Itu belum termasuk untuk sewaan bangunan, pembelian peralatan dan kos-kos lain.

Saya sedikit pun tidak pelik kalau wang sebanyak itu digunakan. Kerana peruntukan untuk perang saraf di pihak Umno lebih besar daripada itu. Angkanya mungkin bernilai ribuan kali ganda dari jumlah itu. Apalah nak hebohkan peruntukan RM4 juta? Cara berfikir ini samalah dengan cara mempersoalkan pembelian sebutir kek kepada Tok Guru satu masa dulu.

Saya nak tanya apakah bagi sebuah parti yang mempunyai ahli lebih 1 juta, yang terdiri dari berbagai bidang dan profesional susah untuk mendapatkan wang sebanyak itu untuk dimanfaat bagi kepentingan mereka. Saya rasa kalau Pas Kelantan nak cari bukan saja RM4 juta, malahan RM40 juta pun boleh. Ahli Pas terkenal sebagai mereka yang ikhlas dan komited dengan parti dan dermawan.

Buka saja 'jabil' atau tadah kopiah duit akan melimpah masuk. Untuk jihad dan agama mereka sanggup menghulurkan seberapa banyak yang mampu sampai kering wang dalam poket. Pernah saya lihat sendiri dalam satu ceeramah perdana di stadium Sultan Muhammad ke-IV tahun 1990 (ketika itu bloger berkenaan belum pun lagi bergelewat di Kelantan) wang punggutan derma dari orang ramai malam itu dipikul dalam guni!

RM4 juta saya rasa kalau tadah guni dalam cermaha Pas di stadium atau di mana-mana pelusuk pun akan boleh dicari. Jadi janganlah cuba hendak memberi bayangan berlaku rasuah atau pengambilan wang haram oleh mana-mana pihak untuk tujuan perang saraf itu. Pas adalah berbeza dengan Umno dan parti lain. Walaupun Pas memerlukan wang untuk membiayai jentera partinya, saya yakin ia dari sumber yang sah dan halal. Ahli dan pemimpin Pas masih belum tergamak untuk melakukan rasuah untuk membiayai projek parti.

Kebanyakan ahli Pas masih dapat membezakan antara ular dengan belut atau babi dengan badak!

Jadi dalam hal ini tidak guna cabar mencabar. Kalau bloger berkenaan merasakan wang itu wang haram, kenapa beliau sedia mengambilnya? Kenapa beliau bersubahat selama tiga tahun menguruskannya? Kalau beliau juga sedia mengambilnya bermakna dia juga sedia bersubahat dengan wang gelap itu. Apa hukumanya bersubahat dengan kejahatan? Celakalah jawabnya.

Janganlah sesudah kita menelan buah yang pahit untuk mengalas perut yang kosong kita menyangka orang mengkhianati kita lalu kita mencercanya sebagai mengkhianati kita. Buruk sangatlah kalau kita menyerang orang yang memberikan kita rezeki untuk anak dan isteri kita.
Kalaupun kita tahu dia jahat tetapi kejahatan itu jangan di pamerkan di billborad untuk tontonan orang lain, cakaplah dengan baik. Juga kalau kita tahu wang itu rasuah tetapi kita tetap juga memakannya maka ternyata kita lebih hina dan bangsat dari orang yang memberi wang itu kepada kita.

Mengenai isu RM4 juta saya rasa bukan nawaitu bloger itu hendak dedahkan dan memburukan orang tertentu. Beliau sekadar menjelaskan keadaan apabila ada tuduhan buruk ke atasnya. Baginya wajar untuk membela diri, termasuklah membuat pengakuan yang meragukan itu.

Seperkara lagi orang yang membangkit dan menyentuh diri bloger berkenana juga kurang bijak. Janganlah kita mudah membuat tuduhan terehadap apa-apa yang didedahkan. Adakalanya ia sengaja membuat provokasi dengan tujuan yang tidak terlihat oleh kita. Dalam keadaan ini kalau kita memberi reaksi, maka buruklah padahnya dan dia hanya akan ketawa gembira. Itulah yang didingininya. Dalam hal ini semua pihak harus bijak.

Kepada Mustapa yang meminta Pas Kelantan mendedahkan dari mana sumber wang itu tidak payah dilayan. Yang pastinya RMN4 juta bukan dari royalti Petroleum Kelantan yang disembunyi dan disekat oleh Mustapa. Mustapa tidak payah risau tentang itu. Ia juga bukan dari wang kontraktor yang mendapat projek buat sekolah atau Maktab Sains Mara di Kelantan. Sesiapa juga jangan cuba meletakkan Pas Kelantan sebagai haprak untuk mengumpulkan dana sebanyak itu sehingga terpaksa melakukan rasuah. Jangan!

Perjuangan Pas perjuangan leluhur bagi ahli dan penyokongnya. Ahli Pas bukan seperti ahli Umno. Ia berbeza. Ahli Pas sedia mengimfakkan harta untuk perjuangan manakala ahli Umno senantiasa mencari peluang kebendaan dari partinya. Perbezaan ini hendaklah difahami sebaik-baiknya.

Dana RM4 juta itu kalau pun benar, ia adalah wang yang diambil dari sumber sah dan halal untuk manfaat perjuangan. Kalau ia dari sumber rasuah sudah lama ada pemimpin Kelantan didakwa oleh SPRM. Tidak salah kalau kita leburkan untuk perjuangan, sebaliknya salah kalau wang disimpan untuk kepentingan diri. Dan dalam politik sekular yang diamalkan di negara ini hari ini apalah salahnya kalau sehelai dua dari jumlah RM4 juta itu termasuk dari wang tumbuk rusuk! [wm.kl. 7:45 pm 29/04/10]

Penulis Tamu - Mohd Sayuti Omar(MSO),
http://msomelayu.blogspot.com

Kenyataan Kurang Bijak Musa Hassan.

Apakah masuk dek akal kita bila Ketua Polis Negara boleh mengeluarkan pandangan jika rakyat asyik mempertikaikan tindakan anggotanya maka dia dengan senang-senang boleh arahkan anggotanya agar tidak lagi menguatkuasakan undang-undang?

Inilah satu kenyataan yang palaing bodoh dari seorang Ketua Polis Negara. Beliau dengan bodohnya menyatakan "Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja.


"Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah di Pusat Daraf Negara sempena Sambutan Hari Polis ke-23 di sini. selanjutnya baca disini.


Jika inilah kenyataan dan pendirian Musa Hassan maka wajarlah dia meletakan jawatan dan inilah akibatnya bila orang yang sudah pencen dilantik semula memegang jawatan itu dan nampak sudah bahawa dia sudah tidak mempunyai kreadibiliti lagi untuk memimpin PDRM.


Dia langsung tidak mahu berusaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis bahkan menambah lagi kesangsian dan kebencian rakyat terhadap pasukan itu.


Jika sudah tidak mahu menuatkuasakan undang-undang apa rasionalnya lagi PDRM diwujudkan, bubarkan sahaja!


Namun masih ramai lagi anggota PDRM yang komited dan ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai anggota keselaman dan yang jelas si Musa hassan sahaja yang berperangai sedemikin kerana dia sebenarnya pun tidak layak duduk di jawatan itu. Dia duduk disitupun kerana penglibatanya secara jahat terhadap konspirasi mereka cipta bukti terhadap Anwar Ibrahim 10 tahun lalu dan rakyat masih ingat lagi perananya pada ketika itu.

Bagi rakyat apa sahaja yang keluar dari mulut Musa Hassan ini adalah bohong dan rekaan semata-mata untuk melepaskan diri atau untuk berpihak kepada orang-orang tertentu sahaja.

Kenyataan beliau itu bukan untuk menjernihkan keadaan tetapi ingin membodohkan rakyat. Jika beliau ada kewibawaan dan berusaha untuk menjaga maruah anggotanya maka sewajarnya beliau setuju untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kejadian tersebut....ini tidak buat kenyataan macam orang merajuk....buruk sangat tengok muka dia yang merajuk tu...

Sebelum dia makin nyanyuk dan kuat merajuk maka eloklah di letak jawatan dulu kerana terlalu sangat membazir rakyat Malaysia membayar cukai dan hasil cukai itu pula digunakan untuk membayar gaji Musa Hassan.

Masih ramai lagi yang berwibaya untuk menjawat jawatan KPN maka eloklah dengan secara terhormat Musa Hassan meletakan jawatan sebelum dia kenyang dengan sumpah seranah orang ramai.

Kenyataan Ketua Polis Selangor lebih bertanggungjawab dan bermaruah dari kenyataan Musa Hassan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan hanya seorang anggota polis melepaskan tembakan yang meragut nyawa remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Beliau berkata, siasatan masih lagi diteruskan dan hanya selepas segala-galanya selesai sahaja barulah pihak polis akan mendapat gambaran sebenar kejadian itu berlaku.

"Kami berharap siasatan dapat diselesaikan menjelang akhir minggu ini. Kami harus memastikan siasatan tersebut dilakukan dengan teliti dan menyeluruh," katanya selepas menghadiri pelancaran lambang terbaru Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini. selanjutnya baca disini.

Wednesday, April 21, 2010

BN MAMPU BERUBAH?

Jika dilihat kepada perang poster dan bendera di PRK HS ni nampak macam BN dah mendominasi pengundian kerana banyaknya poster dan bendera mereka di persimpangan-persimpangan utama dalam kawasan PRK HS ini.
Kerja-kerja menyiapkan khemah untuk pasukan polis sedang giat dijalankan walaupun jam dah menunjukkan pukul 6.05 petang semalam.
Jalan masuk ke Bkt Sentosa fasa 2 juga dihantaui oleh gambar Najib altanhuya.
BN MAMPU BERUBAH??? ha ha ha selogan yang menggelihan hati kalau kita boleh berfikir disebalik kalimah keramat BN ini, kenapa???
Perkataan " BN Mampu Berubah " dengan makna SAHlah BN ni jahat, zalim, pengkhianat, perompak, perasuah, pencuri, pembunuh, pemabuk dan sebagainya sebelum ini. Dengan bahasa lunak itu sepatutnya kita merungkai segala kebejatan UBNapco ini dengan apa cara sekalipun.

Sama juga dengan kes Calon PKR yang dikatakan kaki tonggang oleh BN juga telah menyatakan bahawa dia telah bertaubat namun isunya ialah peribadi namun kebejatan UMNOBNapco tidak boleh dengan mudah-mudah kita lupakan dan kesampingkan begitu sahaja.

Sejak merdeka UBN memerintah negeri Selangor nak dibandingkan dengan pencapaian selama 2 tahun lebih PR memerintah adalah satu bandingan yang Maha tidak Adil dan sewajarnya mereka reti perkara itu dan rakyat juga kena bijak menilai bandingan ini.

Ada juga poster BN yang memancing undi dengan menjanjikan penduduk Sg Buaya dengan peruntukkan RM15.6 juta.....ha ha ha satu lagi gula-gula getah untuk penduduk Sg Buaya...janji BN di bagan Pinang pun belum tertunai ni nak janji 15.6 juta pula untuk penduduk Sg Buaya tap i bagaimana pula dengn kawasan-kawasan lain dalam Parlimen HS ni?
( Ust MRK Albanjari memperkatakan sesuatu di UPU Desa Melor, Serendah )


Kita perlu bijak untuk mengikut rentak tari dalam gelanggang mereka kerana mereka terlalu banyak tipu muslihatnya dengan tektik yang menjerut leher kita. Maklumat kepekatan karat keris di kawasan perkampungan tradisi Melayu dan di gugusan Felda sewajarnya menjadi fokus kempen kita di saat-saat akhir kerana biasalah peneroka felda ni agak terkesan dengan ugutan-ugutan dari pihak felda tapi itu dulu sekarang mereka dah berani namun mungkin kurang maklumat dan pendedahan sahaja agaknya, dan kerana itulah tumpuan harus diberikan di sana.

Bagi kawsan perkampungan tradisi melayu seperti di batang Kali juga wajar diberi tumpuan kerana kebanyakan pengundi-pengundi disana masih wala' dengan UBN ni. Pihak UBN juga bertahan dan berkampung di kawsan-kawasan tersebut dan mereka memperkuatkan jentera mereka dari ditembusi oleh petugas-petugas kita. Nah!!! disinilah tempat yang perlu kita terobosi bermula dari hari ini hingga hari pembuangan undi nanti.

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga PR yang membantu jentera parti di PRK HS ni. Wallahualam

Monday, April 19, 2010

Johan Pula Tarik Diri



Pertarungan yang pada awalnya dikatakan 4 penjuru tidak menjadi gara-gara dua calon bebas menarik diri daripada menyertai perebutan kerusi parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.



Mulanya V S Chandran mengumumkan penarikan diri,kemudian diikuti oleh seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah.

Masyuk ke tarik diri bai? Belum sempat panas enjin hangpa dah tarik diri....Ini namanya perjuangan taik kucing.

Hulu Selangor : SPR Mengaku Menipu & Pindah Undi

Oleh: profesor

"Dalam bahasa mudah dan senang difahami oleh semua lapisan masyarakat 1Malaysia , rumusan yang dapat dibuat ialah SPR sudah mengaku menipu dengan cara memindahkan undi keluar dari P94 Hulu Selangor.

Timbalan Pengerusi SPR , Wan Ahmad berkata, SPR bertindak demikian setelah menyedari bahawa lokaliti 228 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh itu sepatutnya diletakkan di kawasan parlimen Selayang.

Ini bermakna mereka tidak boleh mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April depan.

"Apabila kita semak menggunakan pemetaan geografi berkomputer, barulah kita sedar bahawa daerah mengundi sebenarnya bukan di Hulu Selangor tetapi di Selayang,

"Mengikut kenyataan SPR di atas , bahasa yang digunakan oleh Timbalan Pengerusi SPR , Wan Ahmad , membawa maksud memang berlaku pemindahan undi walaupun jumlahnya hanya 228 sahaja daripada sejumlah lebih 13,000 yang dipertikaikan.

Bukan suatu yang sukar untuk dipercayai bahawa itu semua adalah menjadi lumrah dan tradisi SPR , selaku alat kerajaan bersedia bila – bila masa untuk menurut perintah kerajaan , menipu tidak jatuh dalam hukum haram , malah wajib diikuti bila mana arahan sudah keluar.

Semoga Zaid Ibrahim Mencontohi Abu Mihjan r.a.

Oleh: prof

"Kisah Abu Mihjan ini pertama kali saya dengar ketika mengikuti kuliah Dr Abd Aziz Hanafi yang mengupas Tafsir Fi Zilal al-Qur'an. Sebagai seorang ulama yang hebat, Dr Abd Aziz Hanafi mengambil masa yang agak lama sekadar untuk mengupas mukadimah kitab ini.

Salah satu kupasan yang menarik apabila beliau menjelaskan tentang hadith: "sesungguhnya Allah menolong agama Islam ini dengan lelaki yang melakukan dosa". Dalam mengupas hadith ini, beliau menjelaskan tentang peristiwa seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Abu Mihjan r.a. yang merupakan peminum arak tegar.

Dalam peperangan al-Qadisiyyah melawan tentera Farsi yang dipimpin oleh panglima tenteranya yang terkenal Rostum, Abi Mihjan telah turut sama untuk mengejar shahid. Tentera Islam ketika itu dipimpin oleh Sa`ad bin Abi Waqqas r.a. Setelah berperang beberapa ketika, sewaktu tentera Islam berehat, Abu Mihjan telah mengambil kesempatan untuk minum arak. Lalu beliau ditangkap oleh tentera Islam dan dihadapkan kepada Sa`ad bin Abi Waqqas. Dengan merujuk kepada hukum hudud, Sa`ad telah menetapkan bahawa Abu Mihjan akan dijatuhkan hukuman sebat sejurus dia sedar daripada mabuknya.


Lalu Abu Mihjan telah dikurung sementara menanti hukuman, manakala tentera Islam pimpinan Sa`ad mara ke medan meneruskan peperangan. Peperangan yang meletus begitu hebat sehingga tentera Islam telah terkepung di tengah-tengah tentera Farsi. Apabila Abu Mihjan sedar daripada mabuknya, beliau menyedari tentera Islam telah mara ke Medan, lalu beliau meminta kepada isteri Sa`ad bin Abi Waqqas untuk dilepaskan agar boleh menyertai tentera Islam untuk meneruskan jihad. Pada awalnya isteri Sa`ad berat untuk melepaskannya, tetapi setelah Abu Mihjan berjanji akan kembali semula untuk menerima hukuman, beliaupun dilepaskan.


Di tengah-tengah kepungan tentera Farsi itu, tiba-tiba muncul seorang tentera berkuda yang menutup muka, merempuh kepungan tentera Farsi tersebut. Tentera itu sangat hebat dan pantas, sehingga berjaya memecahkan kepungan tentera Farsi tersebut. Setelah selesai pertempuran hari itu, tentera-tentera Islam yang kembali bercerita antara satu sama lain tentang kehebatan tentera berkuda tersebut. Lalu salah seorang daripada mereka menyebut kemungkinan Allah swt telah mendatangkan pertolongan dari kalangan tentera Malaikat. Apabila Sa`ad mendengar kata-kata tersebut, beliau menyatakan: "dia bukan tentera Malaikat kerana kuda yang ditunggangnya adalah kuda aku".


Sa`ad bin Waqqas seterusnya mengkhabarkan bahawa tentera berkuda itu adalah Abu Mihjan yang menanti hukuman hudud kerana meminum arak. Kisah ini dapat dibincangkan oleh para ulama berhubung dengan pelaksanaan hukum hudud semasa perang. Terdapat beberapa riwayat yang menyebut Abu Mihjan kemudiannya telah dilepaskan daripada hukuman itu, dan beliau telah bertaubat untuk tidak lagi meminum arak. Janji Abu Mihjan itu telah ditunaikan, apabila beliau tidak lagi meminum arak sehingga kematiannya. Semoga kisah ini dapat menjadi iktibar kepada kita semua, dan harapan kita Zaid Ibrahim akan mencontohi Abu Mahjan r.a.
"

Azizan: Bubar DUN jika ramai ADUN keluar parti...

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir jika masih ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Sebaliknya beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku.

"Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama hari ini.

Azizan diminta mengulas desas-desus yang semakin kuat kedengaran bahawa beberapa lagi wakil rakyat pakatan pembangkang di Kedah akan keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan negeri hilang majoriti.

Sehingga kini kerajaan yang dipimpin pakatan pembangkang itu sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti.

Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas.

Kerajaan Kedah kini menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR (3 kerusi) dan DAP satu kerusi.

Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.

- Bernama

Sunday, April 18, 2010

Arak Di Hulu Selangor

Tiba-tiba je sejarah pilihanraya di Malaysia tercipta lagi dan kini isu arak menjadi tajuk dan bicara mulut dalam kempin pilihanraya kecil bagi kedua-dua buha parti yang bertanding.

Apabila PR mempertaruhkan Dato' Zaid Ibrahim mencadi calon maka semua isi perut dan keiban calon PR akan dilondehkan oleh BN.

Jika nak dilawan dengan prinsip parti dan jika nak dibahaskan kecemerlangan parti maka BN takde isu nak memperlecehkan calon PR dan yang mereka jumpa adalah isu Dato' Zaid dahulu kaki tonggang.

Penulis ketawa sampai nak putus urat kentut bila puak-puak umno nak menjaja bahawa si zauid tu kaki tonggang dan mereka tu alim sangat ker? Penulis masih tercari-cari gambar Din Sembab kot-kot ade gambaq dia tengah tonggang boleh juga memeriahkan pentas kempen di Hulu Selangor ni.



















Pembaca nilai sendirilah muka-muka pemimpin-pemimpin UMNO/BN ni. Rasa-rasanya ni gambar Hishamuddin.















NI pulak gambar si Khairy Jamaluddin. siap dengan GRO lagi....pemimpin harapan melayu konon...puit!!!!












Ni gambar aksi anak Hulubalang UMNO/BN....tengok meka dah kenal perangai bapak di. kalau tak silap bapak dia ni namanya Nazri Aziz....

P94 - Hulu Selangor - Najib faces a critical test........


BN, bruised by a series of losses at the ballot box, faces a critical test in a by-election next weekend seen as a referendum on its reform plans.A win for BN would be seen as an indication that Prime Minister Premier Najib Razak's reforms, including plans to dismantle race-based policies for Muslim Malays, have resonated with the public.

The opposition Pakatan Rakyat alliance, led by former deputy premier Anwar Ibrahim, who is on trial for sodomy, is also keen to show that a bout of political infighting and defections have not damaged its credibility. The opposition has won seven out of nine by-elections since 2008 elections that humbled the long-serving coalition, which lost its two-thirds parliamentary majority in its worst results in half a century.

The semi-rural constituency of Hulu Selangor in central Selangor state is the latest battlefield for the two sides competing for the support of voters including civil servants, rubber farmers and traders. Barisan Nasional candidate P Kamalanathan will take on former cabinet minister Zaid Ibrahim who is standing for the opposition in the hotly contested April 25 ballot.


The vote, triggered by the death of the opposition incumbent who won it narrowly in 2008, comes amid talk that the next national polls could be held much earlier than the deadline of 2013.

"Although Pakatan won this seat in 2008, this is a BN stronghold and given the huge amount of money and election machinery the government has brought to bear, the opposition are the underdogs," said Tian Chua, election strategist for Anwar's (right) PKR.

"If the government fails to win this seat after throwing in even the kitchen sink, I don't know how Najib can hope to win the next general elections," he told AFP.

Zaid Bukan Anak Tempatan....Apakah APCO Consultant Tempatan ?

"Jelas sekali dalam kegairahan untuk memperlekehkan pihak lawan mereka (melalui media2 ) menjaja dan membesar-besar isu kononnya Zaid calon PKR yang mewakili PR bukannya anak tempatan.

Ini jenis segerombolan puak suka bercakap tanpa melihat kiri kanan dahulu. Jenis yang tak cermin muka sendiri.

Kita nak tanya apakah rugi dan bahayanya jika Zaid menang kerana beliau bukan anak tempatan ? Aapakah sebenarnya yang diperlukan dari seorang wakil rakyat ? Apakah bezanya jika yang akan menjaga kepentingan dan menjaga serta mempertahankan halk rakayt Hulu Selangor orang tempatan atau sebaliknya ? Kita nak tanya umno, apakah mereka tidak pernah meletakkan orang dari negeri lain bertanding di sesuatu tempat ? Lihat sahaja sewaktu Selangor diperintah oleh umno. Anak2 tempatan diletakkan bertanding di tempat sendiri. Lihat apa jadi dengan aset2 dan tanah2 kerajaan habis mereka sapu. Ada yang dijual dan ada diambil untuk kepentingan sendiri dan keluarga serta kroni. Apakah itu menguntungkan rakyat tempatan yang mengundi calon tempatan itu ?

Sebenarnya umno sudah ketinggalan zaman. Hari ini orang tak akan tanya..kau dari mana ? Yang rakyat moden mahu ialah fungsi dan kewibaan yang boleh m,emberi manfaat kepada pengundi yang memilih seseorang calon itu. Mungkin bagi pengundi yang giginya tinggal 2 -3 batang , isu ini masih dimainkan.

Kita nak tanya apakah APCO yang digunakan khidmatnya itu syarikat tempatan ? APCO ini adalah syarikat consultan luar negara malah dimiliki oleh yahudi. Ini jauh lebih merbahaya berbanding dengan Zaid (orang Kelantan) bertanding di Selangor.Zaid hanyalah kelahiranKelantan tetapi telah sekian lama menetap di Selangor.

Jelas ,umno tiada isu yang nak dijadikan modal dan bahan kempen sehingga benda yang remeh temeh pun disuruh barua2 mereka ( media2) perbesarkan. iqbal/teranungkite

Pengalaman Zaid Aakan Memenangkan Pakatan Rakyat

HULU SELANGOR, 18 April: Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (gambar) berpendapat pengalaman luas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim sudah cukup memberikan peluang kemenangan PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor.

Beliau ketika diminta mengulas kelebihan yang ada pada calon taruhan PR berkata, Zaid seorang yang tahu selok belok pentadbiran negara dan juga permasalahan yang sering membelenggu rakyat.

"Saya melihat petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat bawahan.

"Pengalaman beliau (Zaid) menjadi menteri, mengurus sebuah syarikat guaman terbesar di Malaysia, akan membantu memenangkan beliau, membantu Pakatan Rakyat di Parlimen dan memperkukuh Pakatan Rakyat mendepani politik mendatang," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya PAS bagi PKR itu.

Mengulas pertandingan empat penjuru pula, Nasharuddin berkata, Zaid dilihat paling menonjol kebolehannya manakala penyertaan dua calon bebas tidak sedikitpun menggugat kedudukan Zaid sebagai calon terbaik pilihan rakyat Hulu Selangor.

"Saya tidak melihat ada sebarang kekuatan pada calon bebas kerana rakyat tahu mereka ini tidak punya sebarang dokongan dan asas untuk membantu rakyat dan membela nasib mereka," katanya lagi.

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Datuk Zaid Ibrahim, P.Kamalanathan (BN), dan dua calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah.

Harakahdaily/-

Monday, April 12, 2010

Kerajaan Selangor Bentuk Paradigma Baru, Sultan Sharafuddin Ucap Syabas, Tahniah

SHAH ALAM 12 APR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri yang berjaya menunjukkan pelbagai peningkatan dalam tempoh dua tahun memerintah negeri ini.''Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua wakil rakyat kerana genap dua tahun selepas pilihan raya umum, semua Yang Berhormat bersemangat dalam memberi perkhidmatan terbaik'',titah baginda.

Baginda juga menganggap kejayaan dalam dua tahun ini ialah prestasi tadbir urus kerajaan Selangor hingga mendapat pengiktirafan Sijil Tanpa Teguran daripada Ketua Audit Negara pada tahun lalu.Pengiktirafan itu sekali gus meyakinkan Sultan Sharafuddin bahawa kerajaan negeri pada masa ini, dapat mentadbir Selangor dengan baik.

Titah baginda, kerajaan yang baik, telus dan bertanggungjawab yang dilaungkan kepimpinan kerajaan sekali gus membentuk paradigma baru dalam menyampaikan mesej keadilan dan kesejahteraan kepada rakyat.Baginda turut gembira kerana kebanyakan program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dapat merakyatkan ekonomi Selangor melalui pelbagai pendekatan yang dibuat.

Antaranya ialah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor, program SPIES, pengagihan 10 peratus keuntungan kepada mereka yang berhak, pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang, skim pinjaman mikrokredit, pembagunan sukan melalui Majlis Sukan Negeri Selangor dan pembangunan projek teknologi.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Kali Ke-12 pagi tadi.Sultan Sharafuddin bertitah kepada semua wakil rakyat supaya dapat memberikan khidmat terbaik selari dengan amanah yang diberikan rakyat."Beta berharap Dewan ini menjadi medan terbaik untuk menyelesaikan pelbagai isu melibatkan kepentingan rakyat.

Mulakanlah dengan niat untuk bekerja dengan jujur, ikhlas dan betul dan berilah kerjasama yang perlu kepada pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Datuk Abdul Khalid Ibrahim," titah baginda.Sultan Sharafuddin turut bertitah segala bentuk isu peribadi akibat perbezaan politik perlu diketepikan untuk rakyat kerana mahu melihat kerajaan Selangor mendapat manfaat dan menjalankan amanah rakyat dengan cekap dan lancar.

"Beta sedar dalam politik tidak mungkin ada 100 peratus persetujuan dan memang diakui bahawa amalan check and balance perlu bagi memastikan semua kepentingan diteliti. Beta mahu semua pihak melaksanakan sistem yang ada atas landasan amanah dan bukan isu peribadi akibat perbezaan politik," titah baginda lagi.

Saturday, April 10, 2010

Ahmad Maslan Buat Kenyataan Bodoh

Kenyataan bodoh si Ketua Penerangan dari parti yang sentiasa membodohkan rakyat yang menyangka rakyat bodoh sepeti mereka. Diperturunkan kepada pembaca untuk melihat kenyataan orang bodoh supaya kita tidak terjebak dengan kebodohan si Ahmad Maslan ni..

Dalam PRK P94 ni kita pakat tengok lakonan ape yang dia nak buat pulak...

HULU SELANGOR, 10 April — Pembangunan yang dijalankan di negeri-negeri yang kini dikuasai pakatan PAS-DAP-PKR termasuk di Selangor hanya diwarisi daripada usaha kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pakatan pembangkang di negeri-negeri yang dikuasainya belum melaksanakan sebarang pembangunan walaupun sudah dua tahun mentadbir di Kedah, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor khususnya di Hulu Selangor.

“Semua pembangunan lama BN yang bina, sebagai contoh, kita (BN) bina 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah (di Hulu Selangor),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi keibubapaan dan anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kerling di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor agar menolak “kumpulan penumpang” agar membolehkan kerajaan pusat pimpinan BN meneruskan pembangunan di kawasan itu.

“Jadi saya harap kawasan ini putih untuk sokongan BN supaya kita boleh terus membangunkan kawasan ini sebagaimana telah terbukti,” katanya.

Sementara itu, Ahmad turut menolak dakwaan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditiru daripada “One Israel”.

“Sebagaimana yang disebutkan oleh PM, 1Malaysia tidak meniru mana-mana satu konsep yang lain. Saya nak maklum ada beberapa konsep Satu antaranya One China Policy, One America, One World Organization, Russia One. Kita tidak meniru kerana komponennya tak sama,” katanya.

Beliau berkata 1Malaysia menekankan tema iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan juga dua aspek penting iaitu perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan lapan nilai-nilai aspirasi.

Ahmad juga berkata pembangkang menyamakan 1Malaysia dengan “One Israel” kerana bimbang dengan gagasan yang diperkenalkan Perdana Menteri itu yang semakin diterima rakyat.

“Ini hanyalah tohmahan pembangkang kerana mereka tak tahan dengan popularity 1Malaysia ini. Lantas mereka menfitnah, 1Malaysia ini sama dengan “One Israel,” katanya.

Hari mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor itu ialah pada 25 April sementara hari penamaan calon ialah 17 April. Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lepas akibat barah otak. — Bernama

Tarif Eletrik Dijangka Naik?

Jika difahami apa yang disebutkan oleh Sang Menteri ni mungkin akan menjadi mustahil dalam kempen PRK Hulu Selangor ni sebab nak raih undi tapi lepastu confirm naik punye.....kita tunggu jer.

KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui tidak menolak kemungkinan tarif elektrik dinaikkan pertengahan tahun ini.Ia berikutan terdapat desas-desus bahawa kenaikan tarif elektrik bakal dilaksanakan Jun ini."Ia bukan dilakukan dalam masa terdekat, tetapi tahun ini ada kemungkinan tarif elektrik naik," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.Dalam mesyuarat kabinet Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk tidak meluluskan usul kenaikan tarif ekoran bantahan pelbagai pihak.

Namun menurut Peter pihaknya masih dalam perancangan untuk membuat semakan semula tarif tarif elektrik itu.

"Kami memang ada rancangan untuk membuat semakan tarif tersebut namun masih belum ada tarikh yang ditetapkan lagi," kata beliau.

Tambahnya lagi,proses semakan tarif perlu kerana mengambil kira faktor-faktor seperti kenaikan permintaan pengguna yang kian meningkat.

"Semakan tarif ini perlu ambil kira faktor seperti permintaan pengguna, kos dan lain-lain," jelas beliau.

Penjelasan beliau mengukuhkan lagi tiada kenaikan dalam masa terdekat,ekoran terdapat rungutan dilontar orang ramai atas kenaikan bil elektrik seperti dilaporkan dalam
laman portal berita Harakahdaily.net.

Free Malaysia Today turut mendapatkan penjelasan sumber dalaman Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung hal berkenaan.

Sumber tersebut menjelaskan jika terdapat kenaikan dalam bil elektrik ia mungkin berlaku disebabkan cuaca panas yang melanda negara kini.

"Peningkatan penggunaan ini berlaku kerana melihatkan keadaan cuaca yang panas sekarang. Orang ramai menggunakan barang elektrik seperti penghawa dingin, kipas lebih
daripada penggunaan biasa. Itu yang menyebabkan kenaikan bil elektrik," kata sumber itu.

Malah menurutnya setakat ini tiada sebarang aduan diterima TNB membabitkan perkara berkenaan.

"Setakat ini kami belum menerima aduan mengenai hal ini. Jika ada pengguna menghadapi masalah boleh diajukan terus kepada TNB," katanya. sumber

Hidup Berkasih Tapi Bertalaq Tiga

Umno nampaknya terpaksa mengigit jari lagi apabila Najib dengan jelas menyatakan bahawa calon BN yang akan bertanding di PRK Hulu Selangor adalah dari MIC.

Tak tahulah ape kesudahanya nanti kerana petugas-petugas umno ni umpama hantu raya kalau tak diberi makan telor ayam kampung nanti dia akan gigit telur tuanya. moga itu benar-benar berlaku dan ia akan memudahkan kerja Pakatan Rakyat untuk bertemu dengan warga Hulu Selangor untuk meraih undi.

Kita harapkan agar UMNO terus bertelagah dengan bosnya untuk menuntut calon di PRK Hulu Selangor ni.

Thursday, April 8, 2010

PRK HULU SELANGOR ; PERTEMBUNGAN ANWAR DENGAN NAJIB.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor yang penamaan calonnya akan diadakan pada 17 April ini manakala pengundian pada 25 April memiliki beberapa fakta uniknya tersendiri.

Umum mengetahui bahawa ini merupakan PRK yang pertama berlaku di Selangor dan yang pertama pada tahun ini.

Pertembungan antara Anwar dan Najib

Selain itu, PRK kali ini juga bakal menyaksikan dua tokoh yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerap bertembung dari pelbagai aspek dan strategi ke arah kelangsungan politik masing-masing.

Mereka ialah Ketua Umum PKR yang juga tokoh penting yang menyatukan Pakatan Rakyat dan seorang lagi ialah Presiden Umno, Najib Razak yang dilihat sebagai presiden terakhir BN mengikut teori RAHMAN.

PRK kali yang ke 10 ini sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pada 8 Mac 2008 juga menjadi pengukur kepada kedua-dua tokoh itu apabila menjadi pemimpin penting di Selangor di mana Najib ialah Pengerusi Umno manakala Anwar ialah Penasihat Ekonomi Selangor yang juga Menteri Besar Selangor ialah ahli PKR sendiri, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim. Selanjutnya baca disini.

PAS TELAH GADAI PRINSIP PERJUANGAN !!!???

Perkembangan PAS yang terus mara ke hadapan telah menyebabkan berlaku kejutan kepada penyokong PAS. PAS telah sekian lama menerajui Kerajaan Kelantan. Kini PAS juga mengepalai Kerajaan Kedah. PAS juga pernah mengetuai Kerajaan Perak walaupun kemenangannya kecil. Ianya bagaikan Nabi saw mengepalai pemerintahan Madinah sedangkan Umat Islam di situ pada waktu itu terlalu kecil jumlahnya. Di Selangor pula PAS bersama dalam pemerintahan dengan rakan dalam PR iaitu PKR dan DAP.

PAS bukan sahaja disokong oleh orang Islam tetapi PAS juga didokongi oleh orang bukan Islam. Perkembangan menarik ini telah menimbulkan persoalan di dalam kotak pemikiran ahli. Antara persoalannya ialah apakah PAS kini telah menggadaikan prinsip perjuangan Islamnya?

Apa asas mereka berkata demikian? Asasnya ialah apa yang dilaungkan PAS selama ini seperti kalau kita memerintah, kita akan hapuskan judi, kedai arak, hiburan melampau dan seumpamanya. Nampaknya kilang arak terus megah di Selangor, kedai judi dan arak terus beroperasi di Kedah. Pemimpin PAS dah tak sebut lagi kalimat atau zikir dalam ucapannya sebelum ini iaitu ‘kita hendak menegakkan hukum Islam dan Negara Islam’.



Persoalan ini telah ditimbulkan oleh ahli PAS di banyak tempat. Baca di sini. Sebenarnya inilah kesan apabila kita mengambil pendekatan hukum sedangkan hukum Islam itu sendiri terlalu fleksibel atau anjal. Bukankah hukum ke atas pencuri di ‘kiv’ kan dulu sewaktu zaman ekonomi meleset? Bukankah seorang wanita yang terpaksa berzina (kerana diminta berbuat demikian sebagai syarat untuk mendapatkan susu oleh empunya kambing yang mempunyai susu yang banyak) kerana perlukan susu untuk anaknya, dibatalkan perlaksanaannya? Bukankah Al Walid terlepas dari hukuman rotan kerana minum arak sewaktu dalam peperangan?



Semuanya ini adalah contoh yang sedikit dari contoh yang amat banyak. Ia menggambarkan, perlaksanaan hukum apa sekalipun, adalah tidak seperti yang kita sangkakan dari sudut kewajipan melaksanakannya. Ia banyak bergantung kepada keadaan. Hatta hukum sembahyang sekalipun boleh ditangguhkan atas nama jama’ dan boleh dipendekkan atas nama qasar jika kita berada dalam keadaan dan situasi yang tertentu.



Dengan sebab itu, sekiranya kita mengambil pendekatan hukum dalam dakwah kita, dengan mengenepikan pendekatan dakwah dalam melaksanakan hukum maka kita akan terus berhadapan dengan fitnah yang mengelirukan ummah.



Sebenarnya PAS sama sekali tidak menggadaikan prinsipnya dalam mengurus tadbir negeri yang diperintah atau yang dikongsi bersama. Tidak menutup pusat judi atau kedai arak bagi Negeri Kedah atau Selangor atau Perak atau Penang bukan bermakna PAS menggadaikan prinsip. Kedudukan negeri-negeri tersebut tidak sama dengan Negeri Kelantan. Dari sudut tempoh pemerintahan pun tak sama juga. PAS dah perintah Kelantan selama 20 tahun sedangkan yang lainnya baru 2 tahun.



PAS tidak pernah melafazkan bahawa menegakkan Negara Islam tidak perlu atau tidak wajib dan PAS juga tidak pernah mengungkapkan bahawa judi atau arak itu halal. Seandainya PAS ada melafazkan sedemikian rupa semata-mata kerana hendak mengekalkan kuasa atau hendak merebut kuasa maka barulah boleh dikatakan PAS telah menggadaikan prinsip.



Walau apapun saya berpandangan, betapa pemimpin PAS harus menjelaskan perkara ini khususnya kepada masyarakat desa yang kadang-kadang tertelan juga racun yang disuap oleh UMNO/BN di media massa yang mengatakan PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya demi untuk berkuasa. Kepada ahli pula, berilah sedikit kepercayaan kepada pemimpin kita yang sudah tentu mempunyai kebijaksanaan dalam mengurus tadbir negeri dengan menggunakan kaedah usul fiqh dengan mengambil kira Siasah Syari’yyah. Wallahu’alam. sumber

Agen Israel dalam PDRM: Siapa Yang Politikkan Keselamatan Negara?



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.

Beliau berkata, isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.

"Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.

"Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya terdapat perisik Israel di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.

Anwar dalam perbahasannya di Dewan Rakyat pada Selasa lepas berkata, beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel itu mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui sebuah syarikat pengkomputeran yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi maklumat PDRM yang didaftarkan di Singapura.

Sehubungan itu, Musa berkata, siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran. Selanjutnya baca di sini

Respon dari AMK Pendang;

KUALA LUMPUR 8 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya pihak polis meneruskan siasatan berhubung pembabitan syarikat berkepentingan Israel dalm projek IT PDRM berdasarkan kepada bukti yang sedia ada bukan mengeluarkan kenyataan meminta beliau menyerahkan bukti untuk membantu siasatan.
"Tan Sri Musa Hassan telah meminta saya untuk memberi keterangan supaya beliau boleh memulakan siasatan. Pertama kali saya ingin menyuruh beliau merujuk kepada hansard ucapan saya yang telah dikeluarkan untuk rujukan umum kerana disitu sudah cukup bukti. Oleh kerana beliau telah menyebut maka saya ingin menyatakan kembali bukti-bukti tersebut.

"Beliau boleh merujuk surat Pengarah Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7 Januari 2009, surat Pengarah Logistik Polis kepada Ketua Setiausaha bertarikh 3 Disember 2008, serta laporan yang telah dibuat oleh Pengarah Jabatan logistik melalui surat kepada Ketua Pengarah Bahagian Pencegahan Rasuah (BPR) sekarang SPRM.

"Laporan itu menyebut antara kaitan Asiasoft Sdn Bhd dengan Israel, menyebut pemegang saham Asiasoft dan pengarah syarikat yang mempunyai kaitan dengan perisik Israel," jelas Anwar pada sidang media di Palrimen tengahari tadi.

Selain itu juga beliau juga menjelaskan ada laporan polis telah dibuat tentang penglibatan tersebut.

"Laporan polis Dang Wangi, no report 0337776/2008 yang telah dibuat oleh ASP Abdullah Suhaimi Daud dari Bahagian Unit Perundangan dan Pendakwaan pada 28 November 2008, telah menyebut tentang Syarikat Masterplan Consulting Sdn Bhd yang melantik sub kontraktor Asiasoft yang didaftarkan di Tel Aviv, Israel.

"Selain itu juga pada 11 Ogos 2008, mesyuarat PAC Datuk Seri Azmi Khalid ada menjelaskan dalam perolehan baru ada penglibatan Israel dan ini suatu yang menakutkan kerana Israel bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan mereka telah melaksanakan sistem keselamatan dengan tujuan ini mendapat semua maklumat seluruh dari seluruh dunia," katanya lagi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menyambung laporan terbaru dikeluarkan oleh akhbar Suara Keadilan jelas mengatakan ada pertemuan antara APCO dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan bukti ini boleh dirujuk kepada laman sesawang KDN.

"Saya ingin menegaskan agar Musa Hassan menyambung kembali siasatan yang telah dibuat pada tahun 2008 tetapi telah terbantut yang tidak diketahui sebabnya, jadi apa tunggu lagi dengan banyak persoalan siasat sahaja jangan jadi macam Utusan Malaysia yang memutar belit berita selain menuduhkan kita mempertikaikan soal keselamatan negara," tegas Anwar.

sumber : disini

Komen penulis: Musa Hasan jawab dulu segala pendedahan Anwar dalam Parlimen tu dan jangan cari helah untuk tidak menjawab dan nampak macam nak cari peluang untuk tutup mulut Anwar jer... Jika benarlah apa yang dikata oleh Anwar, maka si Musa Hassan lah yang menggugat keselamatan negara dan si Najiblah menjadi petualangnya.... Pengundi di Hulu Selangor pelu tolak parti najib dan komponenya dan Musa Hassan WAJIB LETAK JAWATAN...

Saturday, April 3, 2010

P94 Hulu Selangor Milik PAS?

Jumlah peratusan pengundi mengikut kaum di kawasan Parlimen P 94 Hulu Selangor semasa pilihanraya umum ke 11 2004 lalu adalah milik PAS dan calon yang diketengahkan ialah Ybh Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus.

Melayu :53.94%
Cina : 26.67%
India : 18.98%
Lain-Lain :0.41%

Berdasarkan kepada senario politik sekarang adalah wajar Majlis Pimpinan PR memulangkan kembali kerusi itu kepada PAS dan PAS wajar menimbangkan semula penyertaan Dato' Ismail Kamus bertanding di kawasan tersebut kerana beliau adalah anak kelahiran di kawasan parlimen tersebut.

PKR harus bermuhasabah diri dan dengan ikhlas memulangkan kembali kawsan tersebut kepada PAS begitulah antara lain rungutan penduduk di kawasan tersebut kerana ranting dan cabang PKR disana terlalu lemah bahkan hampir tiada ranting-rantingya wujud dan mereka kena sedar bahawa yang memenangkan mereka bahkan yang menggerakan jentera mereka sebelum ini adalah petugas-petugas PAS.....rungut mereka lagi.