Monday, March 1, 2010

Sampah Busuk

Berjuang untuk menegakkan keadilan dan kesejahteraan rakyat bukanlah semudah seperti yang dikata kerana ia memerlukan kepada pengorbanan dan kesungguhan dan keikhlasan.

Begitulah adab dan sunah perjuangan. Jika kita jenis orang yang masuk berjuang dengan segala niat yang tersembunyi maka akhirnya kita akan kecundang dan dirundung rasa kecewa lalu kita dengan sendirinya mengundurkan diri.

Hati siapa yang tidak kecewa bila orang yang kita pilih atas tiket parti yang kita sokong yang kini telah bergelar YB akhirnya lari meninggalkan medan perjuangan rakyat.

Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam politik Pulau Pinang namun tindakan meninggalkan parti bukan satu perkara yang wajar.

Sikap suka melompat ini bukanlah satu perkara yang baru dalam politik Malaysia namun ia patut dicegah bahkan TGNA sendiri talh menegaskan bahawa dia sendiri tidak setuju perkara lompat-melompat ni walaupun dari BN kepada PAS kerana ia boleh dianggap sebagai pengkhianat kepada rakyat.

Tapi apa lagi yang boleh kita buat sedangkan keputusan telah dibuat. Nak maki ? nak marah? nak hentam dalam tuliasan blog dan sebagainyapun dah tak guna lagi sebab mereka dah pilih jalan meninggalkan parti.

Apa yang boleh dibuat dan difikirkan oleh pimpinan selepas ini agar menapis sehalus-halusnya bakal calon dalam pilihanraya kelak agar tidak terpilih sampah sarap lagi sebagai calon.

No comments:

Post a Comment