Wednesday, March 3, 2010

Tampirai Nang Jabuk

Pagi ni tak semena-mena telinga ana dihangatkan oleh Hj Tampirai yang melompat keluar dari PKR dan mengistiharkan dirinya bebas.

Siapa Hj Tampirai ni? Menurut sumber dia adalah orang kuat kepada DSAI dan aktif dalam ABIM pada satu ketika dulu dan tak pasti bagaimana percaturanya hingga dia boleh dicalonkan sebagai MP Bagan Serai dalm PRU 12 lalu.

Menurut riwayat kekulaan di Bagan Serai Hj Tampirai ni telah diistiharkan bangkrup dan jika benaralah riwayat tersebut maka tidak hairanlah jika dia berbuat apa yang dah dia buat sekarang.

Menurut setengah riwayat dari kekulaan lain dia dah jumpa Najib Almonggoli dan dah berbaiah serta menerima tawaran dan habuan yang setimpal dengan pengkhianatanya kepada rakyat. berapa juta tidak dapat dipastikan.

Sebelum ini ana dah menggambarkan bahawa sampah-sampah terlalu banyak dalam PKR dan ini adalah salah satu dari buktinya setelah kesemua ADUN/MP RR yang mengistiharkan bertalaq semuanya dari PKR.

Jika benarlah baiah terlalak isteri dengan talak 3 seperti yang didakwa dalam PAS maka ia nampak sangat wajar untuk mengikat kaki-kaki si katak-katak ini.

Ana juga tertarik dengan nama Hj Tampirai ni kerana dalam bahasa Banjar tampirai ni seperti Timpang atau buku yang diperbuat dari jaring besi mata punai. Ia berungsi sebagai alat untuk menagkap ikan dan sangat polular dikalangan orang banjar yang bersawah kerana ia digunakan sebagai alat mengankap ikan seperti bubu.

Sifat tampirai ni akan memerangkap apa sahaja yang lalu melewati mulutnya, ikan menjadi taruhan tapi yang masuk bukan sahaj ikan, turut masuk, ular guni, siput dan sesampah air yang lain maka itulah sikap Hj Tampirai ni.

Hj Tampirai ni jatuh sepises tampirai jabuk yang tidak berguna namun ia memberikan kesan langsung kepada PR kerana BN hanya menanti 5 kerusi parlimen lagi untuk menguasai 5/3 majoriti.

Amat diharapkan kepada pimpinan tertinggi parti komponan PR supaya dapat mentarbiyyah dan mendisiplinkan semua ADUN/MP parti masing-masing terutamanya kepada parti mentah PKR ni.

Nasihat percuma kepada pimpinan PKR supaya berhati-hati dalam memilih calon, scan lah terlebih dahulu bakal calon yang dikemukan jangan tangkap muat je tapi tamak nak kerusi banyak. PAS Perak sangat bermurah hati memberikan laluan kepada PKR untuk bertanding di Bagan Serai tai ini yang PAS Perak dapat. Ust Ahmad Awang tentu pening kepada dengan kulaan sekor ni.

" aku dah habaq dah puak-puak PKR ni tak boleh percaya sebab depa besaq dalam UMNO, so perangai depa kalau tak lebih pun kurang sikit je ngan UMNO" ujar seorang teman sebentar tadi, lalu ana jawab "tak semua macam tu kot"....Wallahualam.

DSAI dan semua pimpinan PKR khusunya kena bermuhasabah begitu juga dengan pimpinan PAS dan DAP agar meneliti dan mengkaji latar belakang bakal calon yang hendak dikemukakan dalam PRU13 akan datang supaya masalah ini tidak berbangkit lagi.

Ingat jangan beri ruang dan peluang kepada BN untuk berkuasa majoriti dalam parlimen seperti sekarang kelak semua perancangan PR akan musnah dan hanya akan memberikan kejayaan yang penuh bergaya kepada merika jika mereka dapat membeli 5 ekor lagi dari mana-mana MP PR.

Kita yang riuh rendah melancarkan gagasan 16 Sept untuk ke Putrajaya, dalam diam UMNO menyuntik racun dalam tubuh kita akhirnya nanti kita yang putih mata akibat dari kealpaan dan kelalaian kita sendiri.

Kepda semua yang bergelar Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat silalah rajin-rajin turun ke padang menjengah dan bertemu dengan rakyat.....kami disini masih belum pernah melihat wajah Ahli Parlimen kami iaitu YB Gobind Singh yang hebat itu...

Ingattan kepada semua ADUN/MP PR supaya JANGAN JADI TAMPIRAI JABUK macam Hj Tampirai Bagan Serai tu.( nak sebut nama pun ana rasa jijik.....) Oleh : MRK ALBANJARI

No comments:

Post a Comment