Saturday, March 27, 2010

PAKATAN RAKAT MESTI MENANG DI HULU SELANGOR

Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga ahli parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Dato Dr Zainal Abidin Ahmad atas kembalinya ke Rahmatullah Allahyarham semalam. Sesungguhnya Dato Dr Zainal Abidin Ahmad telah berkorban begitu banyak kepada perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat.

Kini dengan pemergian beliau, Hulu Selangor akan menyaksikan satu pilihanraya kecil.

BN sedang bertelagah menentukan apakah MIC yang akan bertanding atau mungkinkah kerusi yang 19 peratus pengundi India itu akan diserahkan kepada Umno (Melayu 53.9 peratus Cina 26.7 peratus).

Mana pun arahnya pasti pertelagahan ini akan menguntungkan calon Pakatan Rakyat. Jika MIC kekal di sana, Umno dijangka merajuk, dan memang adat kalau Umno merajuk, habis kelambu dan katil-katil dicucuhnya dengan api! Manakala jika Umno menjadi calon, MIC pula akan naik angin, ketika itu tidak mustahil pengundi India akan “solid” berdiri di belakang calon Pakatan Rakyat.

Apa pun, yang pentingnya Pakatan Rakyat mesti menang di Hulu Selangor.

Kemenangan ini penting buat Selangor kerana ia menandakan yang rakyat Selangor sudah muktamad, mereka akur bahawa 24 bulan yang lalu, sinar perubahan sudah mula bertijar dan nampak jelas bersinar di bumi Selangor. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat walau dalam tempuh singkat telah membuktikan yang mereka komited dan bersungguh mahu mengubah dan merobah nasib rakyat, memajukan negeri ini dalam kerangka bersih, adil dan saksama buat semua.

Menteri Besar dan barisan EXCO Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP berlainan sama-sekali dengan kerajaan terdahulu. Mereka lebih ikhlas, lebih tekun dan lebih jujur mengemudi negeri ini ke arah kebaikan dan kesejahteraan buat semua.

Dahulu rakyat terpasong, rakyat terpinggir, rakyat kelabu dan dikelabukan oleh retorik dan janji-janji palsu dan yang separuh masak. Kini rakyat dapat merasa bahawa kerajaan ini milik dan bikinan mereka. Rakyat dapat menikmati limpahan kekayaan negeri, berdiri megah merasai kemajuan negeri dan dapat berhubung terus dengan pimpinan mereka tidak seperti dahulu.

Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) contohnya membuka peluang rakyat menikmati hasil kejayaan negeri. Air percuma yang tidak pernah dinikmati di bumi lain, dapat dirasai di Selangor. Begitu juga bantuan usia emas, hadiah anak ke IPT, tuisyen rakyat semuaini mungkin kecil pada mata tubuh orang seumpama Qarun, tetapi bagi rakyat jelata ia adalah bukti keprihatinan kebajikan kerajaan terhadap rakyat yang mereka kasihi.

Kerana itu Pakatan Rakyat perlu menang di Hulu Selangor.

Kerana ia akan menjadi obor membawa pengharapan baru bukan sekadar di bumi Selangor malah menyala terang kesegenap pelusuk bumi Malaysia. Rakyat sudah kenal mana kaca dan mana permata.

Ayuh kita bekerja bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor!

No comments:

Post a Comment