Wednesday, February 24, 2010

Tahniah Ust Azizan

Apabila membaca kenyataan Dato Seri Azizan MB Kedah tentang rombakan ahli exco, hati kecil penulis rasa bangga kerana beliau begitu perihatin tentang tahap pencapaian dan prestasi ahli-ahli exco yang ada kini.

Alasan mudah Ust Azizan menukar exco perlu disokong kerana beliau mahukan semua merasa dan bertanggungjawab terhadap rakyat Kedah dan semua ADUN akan bergilir ganti memimpin kerajaan kedah bersama beliau.

Adalah diharapkan agar mana-mana exco yang digugurkan tidak akan merasa kecewa dan berduka kerana digugurkan dan diganti dengan muka-muka baru.

Kepada bakal exco yang dilantik anda perlu mempamerkan sikab yang lebih bertanggungjawab dalam memikul amanah ini dan berusaha bersungguh-sungguh menjalankan tugas anda kelak.

No comments:

Post a Comment