Tuesday, February 2, 2010

PAS Selangor Wajar Meluruskan Kembali Saf.

Setelah sekian lama berlakunya pelbagai polimik dan pelbagai isu yang melibatakan tokoh-tokoh penting dalam PAS selangor, kini wajarlah kesemua pihak yang dimaksudkan itu kembali bertaut dan berpadu untuk meneruskan agenda dan misi parti.

Kepada Dato' PJ dan Yb Khalid Samad, carilah jalan penyelesaian terbaik dan kembali berdamailah serta tinggalkan segala isu-isu yang bersifat keperibadian dan tumpukan kepada menjaga hal ehwal parti dan rakyat selangor.

Umum melihat perkembangan anda untuk mencari penyelesaian. Jawatankuasa Dsisiplin parti telah menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin dan kini bermuhasabahlah untuk meneruskan perjuangan.

Jangan pamer dan jaja ego anda kerana hanya akan menjadi bahan ketawa orang lain sahaja, Uruskanlah semua amanah yang sedang anda galas ketika ini serta elakkanlah segala konflik yang hanya akan merugikan parti dan ummah.

Tiada guna kita menunding jari kepada sesiapa kerana 4 lagi jari yang bertaut mengarah kepada diri sendir. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan sendiri dan masing-masing ada rahsia sendiri dan jangan sangka segala rahsia anda berdua tidak diketahui oleh orang lain.

Allah sangat kasih dan suka kepada orang yang amanah menyimpan segala rahsia orang lain untuk tidak memburuk dan melemahkan orang lain.

Kini PAS Selangor mempunyai tugas besar dan berat yang sedang kita semua galas iaitu untuk terus memahat hati rakyat selangor agar yakin dengan kemampuan PAS dan PR mentadbir Negeri Selangor.

Janglah hanya perkara-perkara yang boleh kita selesaikan secara syura kita hebahkan kepada media nanti kita dikatakan hanya gila kepada publisiti semata-mata.

Elakkan dari menimbulkan sebarang konflik dan kontrovesi sesama sendir kerana musuh sebenar kita ialah UMNI/BN.

UBN tidak berdiam diri ketika ini kerana mereka sentiasa mencari ruang dan peluang untuk kembali merampas Selangor dari pentadbiran kita. Mereka merancang pelbagai strategi untuk menang kembali dalam pilihanraya akan datang sedangkan kita asyik berbalah sesama sendiri.

Sebagai pendokong kepada gerakan Islam kita wajar bermuhasabah dan insaf untuk kembali merapatkan saf dan terus mara dengan gagah sebagai sebuah pasukkan yang hebat dimedan perang.

Sekiranya kita terus dengan saf yang compang-camping begini segala ruang yang terbuka itu akan di isi oleh Junddusyaitan yang akan melemahkan kita dari dalam.

Segala anasir-anasir Junddusyaitan ini kini sedang mula merebak dalam parti dan sering membuat kacau serta sentiasa meremah dan memandang sepi segala keputusan parti bahkan merekalah yang menggegarkan kepimpinan parti untuk bersengketa sesama sendiri secara terbuka dengan pelbagai gaya dan bentuk tulisan serta pelbagai sumber sebaran lain.

Yang paling penting kini semua pimpinan PAS selangor supaya terus bersabar dengan ujian kemengangan ini dan terus istiqamah dalam gerak kerja sebagai gerakan islam dan parti islam.

Tidak rugi kita berdamai dan kembali merapatkan saf bahkan terlalu hinalah kita jika terus bermufaraqah dari saf jemaah kerana perkara yang boleh diselesaikan. Wallahualam

No comments:

Post a Comment