Tuesday, February 16, 2010

Siapa Yang Khianat?

Serangan dan keritikan terbuka oleh Yb Zul Kulim nampaknya semakin garang dan terkini bukan sahaja terhapa pertinya sendiri dan kini melebar kepada PAS pula. Jika sebelum ini sasaranya kepada DAP kini ia semakin terhakir maka YB Kulim ni beralih pula kepada PAS.

Terbaru menyerang TGNA dalam reaksi balasnya balasnya terhadap kenyataan TGNA yang menyatakan mereka yang melompat parti itu adalah pengkhianat. Sila baca disini.

Saya hanya ingin mengulas kenyatan beliau yang mengatakan "Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pada ketika ini seseorang wakil rakyat itu perlu mempunyai prinsip politik yang kuat tanpa mengikut telunjuk perjuangan parti politik dengan membabi buta."
"Sekarang ini zaman politik yang lebih terbuka, kita sepatutnya mengambil pendirian berdasarkan prinsip kita sendiri serta tidak mengikut parti dengan membabi buta.

Dia lupa bahawa dia bertanding di Kulim atas tiket PKR, PKR itu adalah sebuah parti berdaftar yang melayakkanya bertanding dalam sesuatu pilihanraya.

Jika dia merasakan bahawa dia itu terlalu hebat dengan prinsip dan idealismenya maka dia sewajarnya meletakan jawatan kerana kemenganya itu didokong oleh pengundi dalam PRU 12 yang lalu dan kebanyakkanya dari pengundi-pengundi PAS.

Dia tidak boleh mendabik dada dengan menyatakan sekarang zaman politik terbuka dan dia boleh megkeritik dasar parti yang dia anggotai atau kepimpinan parti-parti komponen lain.

Bagi saya mudah sahaja sekiranya beliau tidak berpuas hati dengan prinsip dan dasar parti maka beliau boleh kemukakan dalam muktamar partinya dan tak perlulah nak menyalak kehulu-kehilir menyatan orang tu salah dan orang ni salah akhirnya rakyat Kulim juga yang menderita dan malu dengan kepimpinan beliau sendiri.

Sekiranya beliau merasakan bahawa sudah tiada ruang lagi bagi beliau untuk mengemukakan pandangan dan idea-idea yang bernas dalam parti maka seajarnya beliau mengikut jejak DS Zaharin dan serahkan balik kerusi kulim itu kepada rakyat Kulim.

Benarlah telahan Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa sudah tiba masanya PKR membersihkan parti itu dari sampah-sampah yang tidak berguna dan biarkan mereka yang benar-benar ikhlas dan bersemangat sahaja yang mengemudi bahtera PKR.

Soal khianat yang beliau bangkitkan kepada TGNA itu seumpama kisah seorang bodoh yang hadir dalam mesyuarat, dikatakan orang kepadanya....orang tu bodoh kot? senyap je...tak bercakap apa-apa lalu dia pun bercakaplah sesuatu maka sahlah dia memang bodoh kerana bercakap lain dari isu yang dibincangkan dalam mesyuarat itu......wallahualam

No comments:

Post a Comment