Saya dapat berita dari Trengganu, hari Ahad yang lalu 14 Februari, Presiden PAS terjun laut selamatkan mangsa yang hampir lemas di laut ketika mandi di Pantai Rusila. Orang ramai terkejut besar dengan keberanian dan ketangkasan Tuan Guru Presiden yang mendahului orang lain dalam usaha menyelamatkan mangsa. Pada hal ramai anak-anak muda yang berada di situ. Sumber pautan dari link. dan di sini.
Tauladan yang ditunjukkan oleh Dato' Seri Presiden kita bukan satu perkara yang mudah akan dilakukan oleh seseorang yang mungkin teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama.
Beliau yang sudah berumr 63 tahun masih mampu untuk berengang dengan tangkas menyelamatkan mangsa dari lemas adalah satu perbuatan yang terpuji bahkan jauh dari itu beliau berkecimpung dan memimpin jemaah PAS sebenarnya ingin membawa kita semua kejalan yang selamat dari dilemaskan oleh duniawi dan membawa jauh dari kelemasan murka Allah SWT.
Dengan memimpin gerakan islam yang kita anggotai ini yang berteraskan Kitabullah dan sunnatul Rasul SAW adalah merupakan satu cabang dari cabang-cabang meraih keredhaan Allah SWT yang menggalas amanah " taatkan Allah dan meninggalkan Thagut ".
Juga menjadi Sunnatullah dan Sunnatur Rasul apabila berjuang dalam gerakan islam kita terpaksa menghadap pelbagai dugaan dan rintangan samada dari dalam mahupun dari luar.
Fitnah sentiasa berlegar disekeliling kita bahkan Tuan Guru Presiden juga tidak lari dari jarum-jarum fitnah yang berselerat disekeliling beliau. Fitnah yang datang kepada beliau bukanlah satu fitnah yang ringan bahkan ia terlalu pahit dan berbisa untuk dijamah dan ditelan.
Dari fitnah UMNO/BN, orang yang tidak berparti bahkan ia juga datang dari dalam jemaah PAS sendiri yang cuba melemahkan semangat dan ketokohan beliau.
Penulis sebenarnya amat mengkagumi Tuan Guru Presiden sejak dibangku sekolah menengah lagi sekitar pertengahan tahun 80 lagi. Nama beliau menjadi gandingan mantap dengan Allahyarhan Dato' Presiden PAS ketika itu Ust Fadzil Noor.
Namun perasaan penulis sedikit gundah apabila sejak setahun lalu Tuan Guru Presiden mula difitnah bahkan dihina semahunya oleh segelintir ahli PAS sendiri dan blogger-blogger yang tidak berparti dengan menggambarkan pelbagai persepsi buruk terhadap beliau bahkan lebih teruk lagi ada pihak-pihak yang cuba untuk menyingkirkan beliau dari jawatan parti dengan cara yang licik namun ia masih gagal kerana jemaah masih sayangkan beliau. Wallahualam...
No comments:
Post a Comment