Sunday, February 7, 2010

Apa Faedahnya?

Subhanallah...itulah kalimah yang wajar kita ucapkan apabila melihat fitnah yang dihamburkan kepada Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Presiden, Anwar Ibrahim dan lain-lain oleh blogger http://jeffrydamien09.blogspot.com dalam tuliusan terbarunya.

Kaget dengan persembahan penulis blog tersebut dan saya menganggap bahawa budak ni tentunya seorang yang cukup jahil dan cukup cerdik sampai boleh bertindak sedemikian rupa.

Kita bertarung dengan UMNO / Bn atas pentas politik mengapa perlunya gambar-gambar lucah seperti itu diolah dan dipublishkan kepada umum? dimana nilai akhlak dalam penulisan mereka dan jika nak buat propoganda sekalipun takkan mesti buat perkara begitu?

Saya terkadang gatal juga kulit kepala bila ada blogger yang dengan sesukahati membuat super inpose terhadap tokoh-tokoh UMNO/BN ni tapi taklah sampai menggambarkan kelucahan namun golongan blogger yang menyokong PR ni jaga berperangai macam blogger UMNO juga.

Kepada pihak-pihak yang terbabit sila tarik balik gambar-gambar yang dibuat dengan niat menghina mana-mana pihak samada dipihak PR atau UMNO/BN kerana perbuatan sedemikian tidak memberi manfaat kepada semua pihak bahkan akan terus memburukkan keadaan sahaja.

Bukan setakat blogger UMNO/BN sahaja yang perlu berubah, blogger yang mendakwa sebagai PAS Reform atau pendokong PR perlu juga berubah. Hentikan semua ilustrasi atau karikarur atau gambar-gambar superinpose yang menggambar dan memburukkan seseorang seperti yang dibuat oleh mamat ni. Buruk akibatnya.

Namun amat diharapkan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia dan Kem. Penerangan mengambil tindakkan yang sewajarnya terhadap blogger ni apatah lagi telah berpuluh laporan polis dibuat atas penghinaan ini namun bagi kami ahli PAS selain dari laporan polis kami juga akan melaporkan perkara ini kehadrat Allah Rabbul Jalil. Kita menunggu komen dari Dr. rais yatim dan Polis mengenai perkara ini.

No comments:

Post a Comment