Thursday, May 6, 2010

Kerajaan juga perlu memberi lesen kepada aktiviti porno selain dari aktiviti perjudian

Nyata kini kerajaan sudah terlalu terdesak akibat ekonomi dalam kantung perbendaharaan negara semakin susut kerana perbelanjaan yang boros oleh pak-pak menteri kita.

Sebagai langkah drastik maka Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Sumber kerajaan berkata ; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. "Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Bagi kita kerajaan buatlah apa yang mereka nak buat namun rakyat jangan diperbodohkan sesuka hati.

Jika alasan untuk mengelakan berleluasanya aktiviti perjudian haram dan pertaruhan haram maka kerajaan kita yang bijak pun mencadangkan untuk memberi lesen supaya perkara tersebut boleh menjadi halal.

Untuk mengelakan segala perlakuan dan aktiviti perjudian dan pertaruhan haram atau apa-apa yang haram kita adalah dicadangkan juga agar kerajaan memberikan lesen kepada penjualan VCD porno, memberi lesen kepada pusat-pusat pelacuran yang kini sedang rancak di Bukit Bintang, rumah-rumah urut juga diberi lesen sewajarnya kerana ia juga boleh menjana pendapatan kerajaan. Beri lesen kepada perlumbaan haram supaya kerajaan juga dapat laba daripada itu.

Berilah lesen kepada semua perkara-perkara yang sebelum ini haram atas dasar untuk terus menjana ekonomi negara dan gadaikanlah semua moral rakyat kerana kerajaan dan pak-pak menteri kita boleh membahagiakan rakyat di akhirat kelak.

Sekiranya kerajaan meneruskan hasratnya ini maka semua pengundi yang memangkah BN pada pilihanraya lalu akan mendapat saham dosa akibat perbuatan orang dan kerajaan yang mereka pilih. Ustaz-ustaz umno kampung jangan nak berkokok lagi kerana pemimpin kamu telah meletakan kamu semua dibibir neraka dan jangan cuba nak membela kerjaan BN secara membuta tuli kerana dengan satu undi kamu kepada BN bermakna kamu redha apa jua keputusan yang bakal dibuat oleh pemimpin-pemimpin kamu..... berbanggalah wahai penyokong-penyokong umnoapco yang memiliki menteri dan kerajaan yang tidak berusaha membawa kamu kepada keredhaan Allah swt.



No comments:

Post a Comment