Thursday, May 13, 2010

JUDI BOLA Esok kita DEMO, Harussani Dah Keluar Kenyataan & Apa Kata Ulama" UMNO

Esok Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan satu demontrasi berhubung JUDI HALAL yang akan diadakan pada tarikh masa & tempat berikut:-

Tarikh : 14 Mei 2010 / 29 Jamadilawal 1431 (JUMAAT)
Masa : 1.30 Tengahari (Selepas Solat Jumaat)
Tempat : Perkarangan Masjid Jamek Kg. Bharu, Kuala Lumpur

Sehubungan dengan itu rakyat Malaysia masih menunggu APA KATA MEREKA. Kecuali Tan Sri HARUS sani Zakaria yang membelasah DS Najib dan koncu-koncunya, yang lain masih membisu seribu bahasa. Noh Gadut pun patut beri komen.
Kalau ikut peristiwa komen dia pasal janda melacur tu : Ustazah Marshitah mungkin akan berkata 'Pada pendapatan saya jika "jika dharurah - diizinkan, untuk menampung kehidupan", kita tunggu saja lah komen beliau.

Ada seorang tu kata dia pejuang Islam paling berani & hebat, tapi sejak kebelakangan ni lepas ikut Najib pergi US sonyap pulak.

BERKAITAN : DAP LAGI BAGUS DARI UMNO

Malaysiakini melaporkan; Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan merupakan tindakan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima masyarakat Malaysia, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sedangkan, tambahnya, dalam Pakatan Rakyat, pemimpin bukan Islam daripada DAP dan PKR sendiri menyokong pengharaman judi.

Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam," kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang. (baca lagi, sila klik)

No comments:

Post a Comment