Friday, May 14, 2010

BANTAH ROBOH PENJARA PUDU

PERLUKAH sejarah dilenyapkan demi untuk pembangunan dan kemajuan? Saya tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Pusat Bandar Bukit Bintang di tapak Penjara Pudu. Pembangunan tersebut akan merugikan negara kerana Penjara Pudu mempunyai nilai sejarah tersendiri. Sekiranya kita sentiasa merobohkan tempat bersejarah dengan diganti bangunan moden maka apa yang tinggal menjadi kenangan dan pengajaran.

Di samping nilai sejarah ia boleh menjadi tempat pembelajaran dan pengajaran bagi pelajar sekolah. Mereka boleh melihat penjara dan tempat hukuman mati yang sebenar dan bukan hanya replika. Ini akan menjadi pengajaran kepada mereka dan kita juga. Penjara Pudu boleh dikomersialkan seperti mana A Farmosa tanpa perlu dirobohkan.

Yang pentingnya bagaimana kita bijak mencari jalan untuk menjadikan ia sebagai pusat pelancongan dan semestinya akan menjana ekonomi. Sekiranya hasrat membantu Bumiputera menjadi matlamat UDA maka boleh dibina kedai barangan cenderamata dan kraf di situ. Sekiranya bangunan komersial mewah dibina takut nanti peniaga Bumiputera tidak sanggup menyewa di situ. Kita lihat rata-rata peniaga Bumiputera hanya mampu berniaga secara kecilan.

Sekiranya kita ingin meroboh Penjara Pudu eloklah juga kita merobohkan A Famosa yang melambangkan kita pernah dijajah. Lihatlah bagaimana Penjara Alcatraz menjadi tempat yang dilawati oleh berjuta pelawat setiap tahun. Carilah tempat lain untuk dimajukan kerana pembangunan yang terlalu pesat pada satu-satu kawasan akan menimbulkan bermacam masalah terutama kesesakan dan sosial.

UDA adalah benar sekiranya keuntungan yang dicari, tetapi nilai sejarah adalah tidak ternilai dan tiada gantinya. Ia adalah milik setiap rakyat. Apa kata Jabatan Warisan Negara mengenai hal ini. Ia bertanggungjawab memulih, memelihara dan mengekalkan warisan negara seperti yang termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.

KITA BANTAH PEROBOHAN KOMPLEKS PENJARA PUDU KERANA DISINILAH SEWAJARNYA PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO/BN HARUS DISIMPAN APABILA KERAJAAN BN YANG ADA SEKATANG TUMBANG. MEREKA DISIMPAN DISINI KERANA PENYALAHGUNAAN KUASA DAN RASUAH DAN SEGALA MACAM JENAYAH YANG MEREKA LAKUKAN. TIDAK KETINGGALAN BILIK KHAS UNTUK MUSA HASSAN, GHANI PATAIL DLL.

No comments:

Post a Comment