Malaysia tidak rugi apa-apa apabila Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura diserahkan kembali kepada republik itu.
Malah, perpindahan stesen itu ke Woodlands pada 2011 berjaya menyelesaikan banyak isu sensitif yang mengekang hubungan kedua-dua negara sejak 20 tahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.
Malaysia juga mendapat ganti kepada 271 hektar tanah KTMB yang berselerakan di republik berkenaan dengan dua bidang tanah di kawasan Marina South dan Ophir-Rochor yang sama nilainya dengan keseluruhan tanah KTMB itu.
"Rakyat perlu faham, KTMB tetap perlu keluar dari Tanjung Pagar, seperti yang dipersetujui pemimpin kedua negara dalam intipati perjanjian pada 1990, berdasarkan Perjanjian 1918.
"Bagaimanapun, melalui perjanjian yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, kita keluar dari Tanjung Pagar dan memperoleh tanah baru yang dikelilingi pembangunan bertaraf antarabangsa," katanya pada persidangan akhbar di kediaman rasminya di Johor Baharu.

Ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak terutama pembangkang bahawa Malaysia ditipu di dalam rundingan tersebut.
Malaysia dan Singapura juga akan meningkatkan kerjasama di dalam pelaburan dan pembangunan di mana kedua bidang tanah itu akan dibangunkan syarikat dari kedua-dua negara MS PTE LTD iaitu usaha sama antara Khazanah Nasional dan Temasek Holdings.
Johor sendiri akan mendapat keuntungan daripada perjanjian tersebut apabila kedua-dua buah negara bersetuju untuk menyediakan Sistem Pengangkutan Deras (RTS) secara usaha sama yang akan menghubungkan sebuah stesen baru di Tanjung Puteri, Johor dengan stesen terakhir Transit Aliran Ringan (MRT) Singapura di Stesen Republik.
"Apabila RTS mula beroperasi pada 2018, KTMB akan keluar dari Singapura dan kita (kerajaan Johor) sudah mengenal pasti lokasi stesen baru KTMB di negeri ini iaitu di kawasan seluas 80 hektar di Kempas, lapan kilometer dari pusat bandar raya," kata Abdul Ghani.
Persetujuan juga dicapai dalam rundingan semasa pemukiman para pemimpin di Shangri-La Hotel itu Isnin lalu bagi kerjasama di antara Khazanah Nasional dan Temasek Holding dalam pembangunan Bandar Kesihatan di sebidang tanah seluas 200 hektar di Iskandar Malaysia.
Ini adalah sesuatu yang mampu membantu menarik pelaburan luar yang besar ke Iskandar Malaysia.
Ditanya sama ada rundingan perjanjian itu turut menyentuh pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor, Abdul Ghani berkata ia tidak disentuh langsung antara kedua-dua negara.
Mengenai pemulangan semua aset Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura di Loji Skudai serta Empangan Gunung Pulai, Abdul Ghani berkata ia bukan balasan kepada rundingan tersebut tetapi mengikut perjanjian air 60 tahun lalu dan ia berlaku secara kebetulan serentak dengan rundingan berkenaan.
Aset yang masih beroperasi dengan baik itu nanti akan diuruskan oleh kerajaan negeri dan bukannya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara kerana ia adalah milik rakyat, katanya.
- Bernama

No comments:
Post a Comment