Monday, May 31, 2010

Memperingati Allahyarham Ustaz Fadzil Noor

SEMPENA SEMBILAN TAHUN PEMERGIAN(JUN 2001- JUN 2010)
Oleh: Riduan Mohamad Nor.
" Islam sebagai satu Al-Din tidak dapat ditakfsirkan dengan fikiran manusia. Dalam mentafsirkan makna Islam itu kita wajib berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta orang yang menghayati Al-Quran dan Al-Sunnah seperti para sahabat, Ulama-ulama dan juag para Tabi’in. Kita tidak melihat dan memahami cara Islam membentuk satu peradaban kemanusian seperti yang digambarkan oleh setengah orang. Islam juga bukanlah satu kebudayaan atau serpihan daripada kehidupan manusia, kalau kita melihat dan mengambil Islam dengan cara yang sedemikian, dapatlah diumpamakan seperti orang buta yang cuba mengenali seekor gajah. Bila dipegangnya ekor gajah itu dikatakan gajah itu seperti tali, apabila dipegang kaki gajah itu dikatakannya gajah itu seperti tiang dan apabila terpegangnya telinga gajah itu dikatakan gajah itu seperti dinding .sedangkan tali, tiang dan dinding bukanlah gajah tetapi ia hanya sebahagian daripada anggota-anggota gajah itu.
( Ustaz Fadhil Nor: 1992)

Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama’’ dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram. Ulama’’ yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar. Antara ulama’’ ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama’yang lain.

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.

Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.

Latar belakang keluarga
Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.

Pendidikan
Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.

Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur kebaktian di tanahair.

Perkahwinan
Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.

Bakat Kepimpinan
Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya regim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut. Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada ustaz Fadhil. ( Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu ).

Perkhidmatan
Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.

Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. PAS wajar ‘disuntik darah muda’ supaya kembali bertenaga, ditengah samudera juang yang memerlukan bahtera yang ampuh.

Aktiviti Kemasyarakatan
Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.

Beliau pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang yang banyak dirujuk oleh Anwar dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.

Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an.

Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah, beliau tokoh pembina yang penting di negara ini: kata beliau:
"Kedatangan Islam yang di bawa oleh Rasullullah S.a.w itu mendapat sambutan dari kalangan muda.

Rassullullah menyebut dalam hadishnya:
"Golongan mudalah yang menbantu perjuangan dakwah"

Itulah antara sebab kaum Quraisy tidak senang, mereka mahu golongan muda mereka hidup berpoya-poya, mereka mahu golongan muda mereka menghabiskan masa dengan hiburan ,mereka mahu golongan muda mereka tenggelam dalam kesesatan.

Inilah cita-citakaum Quraisy, dalam kebingugan golongan muda, dalam kesesatan golongan muda dalam kemungkaran yang dilakukan oleh golongan muda mereka boleh meneruskan kezaliman dan kejahatan.

Tetapi apabila mereka melihat golongan muda menyahut panggilan Allah, menyahut panggilan Rasul, menyahut panggilan islam inilah yang menyebabkan mereka tidur tidak lena, makan tak lalu. Yang menyebabkan mereka tidak senang dengan Islam dan kebangkitannya di akhir abad ke 14 dan di awal abad ke15 ini, ialah keran Islam mendapat sambutan golongan muda.

Inilah menyebabkan Amerika tidak senang, Rusia tidak senang, Yahudi tidak senang dan Khadam-khadam mereka pun tidak senang. Bila Tuan mereka tidak senang maka khadam ikut tidak senang juga. Menjadi satu perkara biasa khadam ini ikut tuan. Kadang-kadang ia berlagak lebih dari tuan.

Rusia sedang dalam ketakutan sekarang untuk menghadapi mujahidin Afghanistan walaupun ia kuasa besar kerana ia melihat Mujahidin Afghanistan itu sendiri dari golongan ummat Islam Afghanistan, dari mereka yang berumur 15 tahun hingga ke 70 tahun. Inilah golongan yang menyertai gerakan mujahidin di Afghanistan."

Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Ustaz Fadzil menyedari ulama mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam masyarakat, mereka kelompok yang mewarisi amanah ilmu daripada nabi SAW. Ulama disepanjang zaman menjadi benteng pertahanan Islam diseluruh belahan dunia Islam, berdadad dengan kezaliman pemerintahan seperti Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyyah dan sebagainya.

" Peranan ulama seperti yang diterangkan oleh sumber-sumber itu ialah menyampaikan Islam, melaksanakan Islam dan memperjuangkan Islam. Peranan ‘ulama’ dalam kehidupan ialah memikul tanggungjawab dakwah Islamiyyah dengan menyeru manusia kepada Islam. Mereka juga wajib menerangkan hukum Allah bagi semua persoalan hidup yang dihadapi oleh masyarakat dalam semua peristiwa yang berbangkit dan diantara kewajipan dan peranan ‘ulama’ juga ia menjelaskan kepada pemerintah, menegur dan mengkritik pemerintah dan melaksanakan Al-Amru Bil-Makruf dan Nahyu Anil-Munkar.

Tanggunjawab Ulama, seperti menegur, mengkritik pemerintah dan memberi penjelasan kepada pemerintah merupakan "kerja politik" yang mesti dipikul dan disedari ‘ulama’. Oleh yang demikian tidak boleh sama sekali membiarkan adanya ‘Ulama’ (juhhal) yang sanggup menyatakan bahawa Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik atau politik tidak ada kene mengena dengan Islam."

Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi

Penglibatan dalam Politik
Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).

Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.

PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.

Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989.Beliau menghadapi saat-saat sukar dalam penglibatannya sebagai pimpinan iaitu peristiwa Memali, ustaz merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah dimana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini.
Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.

Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).

Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS.

Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, almarhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.

Ustaz menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap mangsa kezaliman ISA, beliau semasa memimpin PAS sentiasa peduli kepada keluarga mangsa ISA, tidak lokek menghulurkan bantuan kewangan dan menyuarakan isu ini disemua peringkat. Beliau turun naik ke Bukit Aman merudingkan pembebasan mangsa ISA, terrmasuk meminta pihak berkuasa membatalkan waran tangkap terhadap ustaz Ibrahim Libya. Semasa menjadi ketua Pembangkang di Parlimen, ustaz Fadzil menyokong kuat Gerakan Mansuhkan ISA.

Beliau juga sangat prihatin dengan isu antarabangsa yang menimpa umat Islam, dengan latarbelakang sebagai pimpinan pelajar, pimpinan belia Islam, ustaz sentiasa bersama dengan penderitaan umat Islam sedunia. Beliau tidak kekok untuk turun berdemonstrasi bersama anak muda, disiram dengan pancutan air kimia yang menyengat kulit, dibom gas pemedih mata. Di perhimpunan aman seperti di lebuhraya KESAS, dihadapan kedutaan asing, beliau dengan lantang menyemangati anak-anak muda dan peserta bantahan, kadang tanpa segan sebagai pemimpin ummah untuk membakar bendera Israel atau Amerika.

Almarhum bukan sekadar galak membakar perasaan para demonstran tetapi juga melibatkan diri secara langsung dalam situasi antarabangsa. Apabila tentera Russia meninggalkan Afghanistan , beliau bersama tokoh gerakan Islam antarabngsa yang lain seperti Sheikh Mustapha Masyhur qazi Hussain terus bergegas ke Afghanistan untuk mendamaikan kumpulan yang bertelingkah.Begitu juga , apabila berlaku reformasi di Indonesia, parti-parti Islam seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ustaz Fadzil bersama pimpinan PAS hadir ke Jakarta, mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam yang diketuai oleh Hamzah Haz. Nasihat beliau kepada teman-teman di Jakarta supaya tidak memperbanyakkan parti Islam, kukuhkan saf untuk berhadapan dengan musuh yang bersatu.

Segala kenangan dengan lelaki berhati emas ini sangat mengesankan , beliau mampu mengingati nama-nama anak buah dengan baik, bertanya khabar, mengambil berat, seolah ayah kepada sebuah keluarga besar.

Perjalanan akhir yang memilukan
Sang murabbi ini telah mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam, semenjan zaman muda yang tidak pernah lelah. Kehadirannya dalam masyarakat disedari oleh ummat, beliau mengharungi zaman payah perjuangan , melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk meranduk medan juang yang penuh getir, terjahan fitnah menerkam bertubi-tubi namun beliau terus mara tanpa menghiraukan penistaan . Ustaz sentiasa mengambil berat dan peduli maka wajarlah disayangi oleh ummat,didoakan selepas meninggalkan alam yang fana ini.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia ramai menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh almarhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah.
Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata mengalir air mata kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am, sarat dengan makna yang mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.

Lujnah Dakwah dan Pembelaan Islam DPP Pusat akan mengadakan wacana Memperingati almarhum Ustaz Fadhil Noor pada 6 Jun ini, bertempat di Musolla Pejabat Agong PAS Pusat. Program ini dijangkakan seramai 200 orang peserta , dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Selangor. Antara pembentang ialah YS Salahuddin Ayub, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan, Ustaz Fauzi Husain ( DUP Kedah). Semua dijemput hadir, Yuran 10.00 sahaja. Bermula 8.30 pagi..." Melakar masa depan bersama Islam"

**Riduan Mohamad Nor adalah exco DPPP, pendakwah dan perunding motivasi

Friday, May 28, 2010

Khusrin makin sengal lagi menyegalkan

Datuk Khusrin Munawi meminta mana-mana pihak termasuk Ahli Parlimen Shah Alam jangan sesekali menyerang Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung isu lesen judi sukan.

“Isu lesen perjudian ini isu nasional, jadi mengapa hanya nak serang Jais sahaja?“Kalau isu negeri kita boleh terima tetapi ini adalah isu nasional dan tuduhan yang kata kita hanya berdiam diri adalah tidak berasas sama sekali,” kata Pengarah Jais itu.



Khalid berkata Jais harus mengutarakan pandangan berhubung itu tersebut jika benar ia badan bebas.

Malah kata Khalid, Jais dan pengarahnya harus menyatakan pandangan mereka berhubung isu lesen judi bola untuk membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan kesetiaan politik.

Khusrin berkata judi tetap haram dan jika ada orang Islam yang terlibat pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mereka.

“Judi itu haram dan yang haram tetap tidak akan jadi halal.

“Kita akan mengambil tindakan terhadap orang Islam yang terlibat dengan apa-apa jenis judi termasuk perjudian bola sepak Piala Dunia nanti,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Tambahnya, sepanjang berlangsung Piala Dunia 2010 pihaknya akan sentiasa memantau dan menjalankan operasi bagi membendung masalah tersebut.

“Kita akan memantau dan menjalankan operasi sepanjang kejohanan tersebut berlangsung bagi membendung perjudian tersebut.

“Jadi jika ada orang Islam yang terlibat kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka,” tegasnya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak itu.

Dengan kelulusan tersebut, pertaruhan secara sah boleh dilalukan sebelum kejohanan Bola Sepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.M/I rujuk di http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=7752

Ulasan :

Khusrin berkata judi tetap haram dan jika ada orang Islam yang terlibat pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mereka.

“Judi itu haram dan yang haram tetap tidak akan jadi halal.

“Kita akan mengambil tindakan terhadap orang Islam yang terlibat dengan apa-apa jenis judi termasuk perjudian bola sepak Piala Dunia nanti,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Tambahnya, sepanjang berlangsung Piala Dunia 2010 pihaknya akan sentiasa memantau dan menjalankan operasi bagi membendung masalah tersebut.

Ulasan :

Kenapa Si Khusrin baru nak bertindak memantau dan menjalankan operasi sepanjang berlangsungnya world cub ni...kenapa tidak sekarang?

Tolong berikan jumlah berapakah jumlah orang islam yang sudah ditangkap dan didakwa di mahkamah Syariah sepanjang 52 tahun lalu kerana kesalahan berjudi dan membeli nombor ekor.

Sedangkan di sekitar pekan Seri Kembangan dan Taman Seri Serdang orang islam yang berjudi membeli nombor ekor sanggup beratur panjang dan saya belum mendengar lagi penguatkuasa JAIS membuat serbuan....

Apakah seksyen 17 ( 1,2,3 ) kesalan berjudi dibawah Enekmen Jenayah Syariah Selangor No 9 Tahun 1995 hanya dikuatkusakan sepenuhnya semasa world cub itu berlangsung? Kenapa sekarang penguatkusa JAIS lesu dan membatu?

“Isu lesen perjudian ini isu nasional, jadi mengapa hanya nak serang Jais sahaja?“Kalau isu negeri kita boleh terima tetapi ini adalah isu nasional dan tuduhan yang kata kita hanya berdiam diri adalah tidak berasas sama sekali,” kata Pengarah Jais itu.

Ulasan : Isu Nasional?....woi mangkuk sengal...ini bukan masalah isu nasional atau tidak.....yang kami nak dengar kenyataan tegas kamu dan Dato' Mufti tentang isu pemberian lesen judi ni.

Si Khusrin ni boleh gerenti ke yang warga selangor ni tidak terlibat dgn judi dan Si Khusrin ni boleh jamin ke penguatkuasanya boleh memantau keseluruhan rumah atau premis judi ni? Nak suruh tangkap kahwat pun terhegeh-hegeh...inikan nak mantau premis perjudian..... ha ha ha buat lawak bodoh.

Ade la sesekali berita tv memaparkan operasi cegah judi pastu senyap sampai sekarang....dan sekarang Si Khusrin cakap nak memantau pulak....orang asli kat Hulu Selangor pun tahu Si Khusrin ni sengal tahap cipan.

Eloklah Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim menyemak semula jawatan si Khusrin ni....dia hanya releven zaman BN merentah jer...dan sekarang wajar jawatan itu diberikan kepada tokoh yang lebih berwibawa... si Khusrin ni hanya layak jaga tandas awam MBSA je. sebab dia tak faham solan yang YB Khalid Samad utarakan..... yang YB KS utarakan kenapa si Khusrin dan Dato' Mufti membisu tapi Khusrin jawab seperti artikel kat atas tu... Jawatan Dato' Mufti pun perlu dikaji semula untuk kebaikan warga Selangor. Wajar sangatlah kedua-duanya digantikan dengan tokoh yang lebih bertanggungjawab menjaga amanah Agama Allah ini.

Rungkanlah hadis Nabi SAW berikut

عَنْ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Hadis Ma'qil bin Yasar r.a:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga. Hadis riwayat Muslim.


SMS JUDI BOLA?

Apakah pihak yang diberi lesen untuk menguruskan judi bola sepak piala dunia oleh kerajaan 1 Malaysia tidak akan menambil kesempatan terhadap kecanggihan teknologi hari ini untuk meluaskan jaringan perjudian dalam negara ini seperti sms?

Jika kita lihat pihak astro melalui sistem undian sms menerusi program akademi fantasia berjaya mengutip keuntungan yang lumayan tidak mustahil berjaya group tidak melakukan perkara yang sama kerana itulah antara sistem yang paling mudah untuk mempromosi perjudian tersebut dan ramai yang akan terjebak untuk menyertainya tanpa perlu beratur dikedai-kedai toto dan magnum.

Jika situasi ini berlaku maka kita akan lihat bagaimana anak-anak kita yang akan galak menyertainya tanpa ada halangan dari mana-mana pihak dan hanya memerlukan topup sahaja.

Berbanggalah wahai penyokong umno/BN kerana anda juga berjasa merosakkan moral masyarakat Malaysia. UMNO dan Judi tak dapat dipisahkan umpama tahi dengan kentut yang busuk lagi membusukkan. MRK ALBANJARI


SOKONG BN AKHIRNYA RAKYAT MERANA

Minyak akan naik! Itulah 'hadiah' istimewa sebagai menepati slogan rakyat didahulukan. Paling lewat dijangkakan penghujung tahun ini. Dalam situasi atau zaman 1Malaysia pun sudah menunjukkan suasana yang cukup gawat mampukah kerajaan Umno-BN yang ada sekarang mampu bertahan dengan kos subsidi sebagai membantu golongan pertengahan dan bawahan di negara ini?

Walaupun Perdana Menteri 1Malaysia kata, suara rakyat akan diambil kira sebelum membuat keputusan sebarang kenaikan harga minyak tetapi itu cuma cakap-cakap politik. Selama ini banyak keputusan kerajaan 1Malaysia yang menafikan hak dan suara rakyat.

Paling terbaru apakah penyerahan dua telaga minyak yang dianggarkan bernilai RM 320 bilion kepada Brunai mengambil kira suara rakyat? Begitu juga dengan penyerahan tanah KTMB di Singapura? Judi bola pula macam mana? Malah parlimen juga tidak dimaklumkan tentang semua keputusan penting yang membawa implikasi cukup besar kepada negara.

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) berkata dalam tempoh sembilan tahun negara ini boleh bankrap jika terus mengekalkan dasar subsidi juga tidak boleh diterima.

Ini kerana kerajaan Umno-BN membuktikan mereka mempunyai simpanan wang yang melimpah ruah seperti yang dibuktikan dalam pilihanraya kecil yang lalu. Malah kerajaan Umno-BN memiliki wang yang banyak untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan memberi 'saguhati' kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat yang melompat kepada Umno-BN.

Malah pendedahan bahawa zaman Dr. Mahathir dan Pak Lah Perdana Menteri menyebabkan pembaziran ratusan bilion ringgit kepada negara ini membuktikan kerajaan Umno-BN mempunyai banyak duit.

Maka tak ada sebab dan alasan Kerajaan 1Malaysia Umno-BN hendak menaikkan harga minyak seperti jadual yang dicadangkan ini:

2011 - RM2.16

2012 - RM2.20

2013 - RM2.34

2014 - RM2.52

2015 - RM2.60

Tetapi jika kita nak merasa juga harga minyak naik maka jomlah kita pakat-pakat undi Umno-BN lagi dalam pilihanraya akan datang....
http://jasindaily.blogspot.com/

AKIDAH ; UMNO LEBIH SESAT DARI AL-ARQAM

Dewan Pemuda PAS Pusat berpendapat bahawa bukan hanya Pertubuhan Al-Arqam (Al-Arqam) sahaja yang patut dipantau oleh kerajaan akan tetapi harus melihat kepada Umno juga.

Ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) berkata, ini kerana Umno sebuah parti yang pada dasarnya memperjuangkan bangsa melebihi agama dilihat lebih merbahayakan akidah daripada Al-Arqam.

Katanya, kenyataan itu berdasarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Dan Pendatang Tanpa Izin kali ketiga di Putrajaya tempoh hari yang meminta agar kerajaan memantau kegiatan bekas pemimpin Al-Arqam bagi memastikan pertubuhan yang diharamkan itu tidak dihidupkan semula.

Menurutnya, Umno yang umumnya diketahui memisahkan agama dan politik atau lebih dikenali dengan istilah ‘sekular’ sentiasa berusaha menjauhkan rakyat Malaysia supaya tidak bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama.

Sebaliknya, kata beliau Umno memperbanyakkan hiburan yang melalaikan dan dalam masa yang sama majlis-majlis ilmu yang dianjurkan terikat dalam lingkungan ‘politik sempit’ mereka sahaja.

Baru-baru ini, tambahnya, Kerajaan Malaysia yang mana Umno merupakan parti tunjang di dalam BN telah meluluskan lesen judi bolasepak kepada Berjaya Group yang bukan sahaja untuk pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010.

Katanya lagi, tetapi ia berlanjutan sehingga melibatkan pertaruhan ke atas empat liga utama dunia iaitu England, Itali, Sepanyol dan Jerman melalui Ascot Sport Sdn Bhd juga pemegang saham utama Sport Toto Malaysia Sdn Bhd.

“Bukankah tindakan ini jika dilihat secara teliti boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini?

“Bagaimana dengan kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan hukum hudud? Bukankah ianya datang daripada mulut mereka yang mengaku ahli Umno?” soalnya.

Menurutnya lagi, mempertikaikan hukum Allah SWT jelas menyebabkan akidah seseorang tersasar daripada landasan agama yang sebenar.

Bagi Nasrudin, kalau dikatakan konsert khas anjuran Al-Arqam mengundang kontroversi, bagaimana dengan Konsert ‘Pittbull’ yang berlangsung di Bukit Kiara tempoh hari dan bukankah ‘Jom Heboh’ anjuran TV3 juga telah difatwakan haram tetapi mengapa kerajaan masih membenarkan program itu berlangsung.

“Itu belum lagi isu arak, murtad dan berbagai lagi kes yang jelas boleh menjejaskan akidah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Timbalan Perdana Menteri itu agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Katanya, jangan hanya melihat kepada suatu sudut yang sempit demi ‘survival’ politik Umno BN seolah-olah hanya satu pihak lain sahaja yang sesat akan tetapi harus juga melihat dari skop yang lebih besar demi memelihara akidah umat Islam di negara ini. ~HARAKAHDAILY

Surat Terbuka Tamrin Tun Ghafar Kepada Jamil Khir

Surat sudah disampaikan kepada orang-orang kuat Negara Malaysia.. Tapi hingga kini sorangpun dari mereka lebihkan untuk mendiamkan diri seperti tiada apa-apa yang berlaku.. Sedangkan Najib yang meluluskan pun tak mau komen...

Muhyidin cuma kata mahu berbincang dengan manusia berbanding dengan yang telah tertulis dalam quran.. Lebih mencari reda manusia dari reda Allah...

Jamil Khir sebagai ketua agama Umno nampaknya seperti buat-buat tak tahu perihal judi, sedangkan 1Malaysia sudah tahu negara akan menganjur Judi Bola.. Bengap ke tak taulah mamat nih.. Kalau bab ketuanan jubur Sayfool. dialah makhluk Allah yang paling lantang menyokong SayFool...

Agung, kita masih belum dengar apa-apa berita lagi terhadap reaksi apabila membaca surat ini.. Kemungkinan surat ini belum disampaikan lagi oleh Jamil Khir, Mungkin Jamil Khir tak mahu sampaikan kepada Agung...

Mufti-mufti masih dalam kajian mana yang halal atau mana yang haram.. sebab itu sehingga saat ini kuasa Vincent Tan lebih besar dari kuasa Maha Kuasa...

Media-Media lebih berminat mamaparkan kesah-kesah artis dan pemberian tanah Malaysia kepada Singapura daripa menaikan isu Judi Halal ini ke tatapan umum... Ini kerana bos mereka (Tun Najib) belum memberi lampu hijau untuk mengiklankan Judi Halal ini...

Surat yang dimaksudkan,

Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri.
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom
Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.
Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.
Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.
Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.
Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.
Yang Berhomat Dato’,
Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis?
Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?
Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya.
Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu?
Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?
Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.
Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: “”Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” ( Al-Baqarah : 219)
Dan juga larangan selanjutnya:
Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)
Yang Berhormat Dato’
Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?
Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.
Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:
i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA
Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.
ii) BELUNGGU HUTANG
Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.
iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK
Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.
iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN
Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.
Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.
Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak’ oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis.
Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini?
Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.
Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116.
Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW,
“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].
Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.
Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.
Sekian. Wassalam.
Yang benar,
TAMRIN TUN GHAFAR
Sk : Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Kebawah DYMM Raja Raja Melayu
YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO
YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO
Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan
Mufti Mufti
Media Cetak dan Elektronik

Baca Lagi: disini

Wednesday, May 26, 2010

Pengarah JAIS yang senggal

Semua warga selangor masih tertunggu-tunggu kenyatan atau suara dari Pengarah Jais dan Mufti Selangor mengenai pendirian kedua-dua jabatan yang kononya berkhidmat untuk Agama Islam di Selangor dalam isu judi bola dan isu-isu lain.

Satu ketika dahulu Selangor mempunyai seorang Mufti yang tawaduk dengan ilmunya dan tegas dengan pendirianya dalam hal yang berkaitan dengan kepentingan Maqasid Syar'iyah walaupun terpaksa membayar dengan harga yang mahal hingga dipecat dari jawatanya sebagi Mufti.

Sejak dari itu Ustaz Tamyeez dilantik menjadi Mufti dan kenyataanya dia lemah dan tidak berwibawa melainkan hanya menjadi pak turut semata-mata serta bisu lagi mebisukan.

Dalam sejarah Pengarah JAIS pula, pengarah yang ada sekarang antara yang paling bangang berbanding pengarah-pengarah sebelum ini. Dia ni lebih umno dari umno dalam tindakkanya.

Hari ini 26 Mei 2010 pegawai-pegawai Pejabat Agama Islam Daerah petaling diarahkan untuk pergi ke masjid-masjid dalam daerah petaling untuk mengutip jadual-jadual pengajian atau kuliah disetiap daerah untuk diserahkan kepada pengarah kerana pengarah nak lihat apakah penceramah-penceramah atau ustaz-ustaz itu ada tauliah. Kalau ade tak jadi masalah dan kalau takde pengarah JAIS nak buat ape? Nak tangkap?

Jangan dia nak kata ada ustaz-ustaz yang berceramah politik kepartian dalam masjid atau surau. Dan jangan dia lupa sebelum ini UMNO dengans ewenang-wenangnya menggunakan masjid dan surau sebagai pentas mereka berkempen dengan pelbagai jenama dan sambutan namun tertera anjuran bersama UMNO cawang itu dan ini dengan Pejabat Agama itu dan ini.

Dalam kekalutan warga kita berhadapan dengan pelbagai isu moral pengarah JAIS ni masih nak cari kesilapan para penceramah yang ingin membentuk jatiri mukmin yang hakiki dan yang mengajar agama....

Apa Pengarah JAIS buat terhadap disco-disc0, kelab-kelab malam, rumah-rumah urut, judi, arak dan sebaginya yang tumbuh bagaikan cendawan di Selangor sejak dulu lagi?

Jangan cakap dia takde kuasa....jangan cakap JAIS takde kuasa....untuk membenteras segala macam jenayah syariah diselangor.... malangnya sejak dulu lagi penguatkuasa jais hanya bernafsu untuk mengejar dan mengekori para ustaz yang menyampaikan ceramah-ceramah di masjid dan surau dalam negeri selangor, dan maksiat mereka lihat sambil laku sahaja. Nyatalah JAIS ni sebahagian daripada jentera UMNO Selangor....

Kita mengharapkan agar kerajun PR menimbangkan semula jawatan si Khusrin ini sebagai Pengarah JAIS kerana jelas dia merugikan umat islam di Selangor. Jawatan yang paling sesuai untuk si Khusrin ni jaga tandas awam je....

Sejak dia jadi pengarah JAIS ni berapa kali di menyampikan khutbah jumaat dan mengimamkan solat jumaat atau solat-solat yang lain ? Dah tahu diri tu jahil berambus je dari kerusi Pengarah JAIS...banyak lagi warga Selangor yang berkelayakan duduk sebagai Pengarah JAIS tu....

Sepatutnya orang yang duduk sebagai nombor wahid di JAIS ni mesti berusaha membawa rakyat dan warga selangor ini kearah jalan taqwa dan berusaha membuka ruang untuk rakyat dan warga selangor menghampirkan diri kepada Allah Rabbul Jalil bukanya menyekat risalah islam disampaikan oleh para ustaz dan para pendakwah.... Nak harapkan pengarah JAIS turun berceramah ke kampung-kampung sebut judi bola tu haram, orang yang menghalakan judi itu fasiq dan berdosa besar, menuduh orang meliwat itu haram dan berdosa besar.....mampus dia tak turun....mati hidup balik pun dia tetap rugi lagi merugikan.

Dah tahu diri tu tak reti dan tak pandai bagilah orang yang reti dan alim buat kerja dakwah warga selangor dan jangan cari jalan nak halang itu dan ini....kerjabuat kamu tu macam abu jahal.

Ulama' Berganding Bahu Dengan Umara' Judi

Oleh ramziredang

"Mufti Harussani kata judi itu haram di dalam Islam. Itulah ulasannya bila ditanya tentang kelulusan judi bolasepak. Kalau setakat berkata judi haram di dalam Islam, budak budak tadikapun tahu judi itu haram. Apek tanam sayur kat Cameron Highlandpun tahu. India yang beragama hindupun tahu Islam melarang judi. Jadi apa bezanya mufti dengan mereka?

Sedangkan mufti ini jugalah yang cuba menyeru dan berceramah tentang taat kepada ulil amri. Malah ada setengahnya menghukumkan haram jika tidak taat ulil amri, seperti yang diucapkan oleh Dr Uthman El Muhammady.

Kalau kita hendak menunggu mereka menghukumkan halal sesuatu yang haram tentulah agak sukar. Tetapi mereka akan sentiasa memutarbelit kata kata. Itulah gambarannya ulama dunia. Mereka menilai kehidupan dunia lebih bernilai dari ketaatan kepada hukum Allah. Sedangkan tugas mereka adalah membentuk sebuah negara menjadi negara yang direstui oleh Allah s.w.t. Mereka lupa pesan Rasullullah s.a.w supaya menegakkan hukum sehingga sanggup menggadaikan nyawa sendiri. Seperti sabda junjungan kita Rasullullah s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh al hakim:

Penghulu syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan lelaki yang berkata dihadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya.

Jadi bolehkah kita merumuskan ada seorang mufti di negara kita yang ingin menjadi penghulu syuhada? Yang sanggup menggadai nyawa menegakkan hukum di depan penguasa yang zalim?

Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "apakah amal perbuatan yang paling utama?" Baginda menjawab, "Teman yang menolong kamu apabila kamu susah dan mengingatkan kamu jika kamu melakukan kesalahan." Sahabat berkenaan bertanya lagi, "manusia yang bagaimana yang paling buruk?" baginda menjawab, "ulama yang selalu membuat kerosakan."(Hadis Riwayat Jamaah).

Allah s.w.t mencemuh dan murka kepada mereka yang memiliki ilmu(alim ulama) tetapi percakapan dan tindakan mereka tidak seiring dengan pengetahuannya. Allah berfirman (al Shaff ayat 2-3)yang bermaksud:

"Wahai orang orang yang beriman, mengapa kamu mengucapkan hal hal yang tidak(akan) kamu kerjakan? Sangat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu mengucapkan hal hal yang tidak kamu lakukan"

Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Dailami, Rasullulah s.a.w bersabda";
Seorang ulama yang menggunakan ilmunya untuk mencari keredhaan Allah, maka segala sesuatu akan tunduk dan kagum kepadanya. Tetapi jika dia menggunakan ilmunya hanya untuk mendapatkan harta dunia, maka hilanglah sesuatu daripadanya."

Kecaman tegas di dalam al-Quran terhadap golongan ulamak dunia dapat difahami dalam Surah Al-A’raf ayat 175 dan 176, di mana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Allah telah mengumpamakan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat yang diturunkan kepada rasul-Nya,dan berkata, “Wahai Nabi, bacakanlah kepada kaummu kisah tentang seorang lelaki daripada Bani Israil yang mengetahui ayat-ayat yang Kami turunkan kepada rasul-rasul, tetapi kemudian ia tidak mempedulikannya. Syaitan pun lalu mengikuti jalannya hingga mampu menggodanya. Maka ia pun termasuk kelompok orang-orang yang sesat. Jika kami menghendaki untuk mengangkat darjatnya ke golongan orang baik, nescaya Kami lakukan dengan memberinya petunjuk untuk mengamalkan ayat-ayat yang Kami turunkan. Akan tetapi dia lebih memilih tersungkur di bumi dan tidak mengangkat derajatnya ke langit. Dia selalu mengikut hawa nafsunya yang rendah. Keadaannya yang selalu berada dalam gundah gulana dan sibuk mengejar hawa nafsu duniawi seperti anjing yang selalu menjulurkan lidah, baik ketika dihalau mahupun tidak, selalu tergila-gila dengan kesenangan dan hawa nafsu duniawi. Sesungguhnya ini merupakan perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat yang kami turunkan. Maka, ceritakanlah, wahai Nabi, kisah ini kepada kaummu, agar mereka berfikir dan beriman.

Mufti Harussani atau mufti yang mana sekalipun tidak pernah mengajak umat Islam menyokong judi. Dia memang mengharamkan judi bila masa ditanya tentang hukum judi tetapi pada masa yang lain dia menyeru kita menyokong dan taat terhadap pemerintah yang menghalalkan judi. Maka ini semua memberi maksud yang sama iaitu menyokong dan bersekongkol dengan pemerintah yang menghalalkan judi. Ulamak yang menyeru taat ulil amri, yang berganding bahu dengan umarak yang menghalalkan judi. Hari Isnin mereka menyebut tentang haramnya judi tetapi hari selasa mereka menyebut tentang perlunya taat kepada ulil amri.

Ringkasnya mereka juga menghalalkan judi.

JAIS tiba-tiba kena sawan babi....

'Jais' yang begitu lantang sebelum ini, tiba-tiba lidah menjadi kelu, gigi terkancing macam orang kena sawan khinzir.

'Jais' menggemparkan para ilmuan dan pencinta lm apa menangkap mantan Mufti kerana kononnya menyampaikan ilmu Agama tanpa tauliah.

'Jais' juga berkokok seperti menghafal skrip kononnya masih banyak masjid dan surau membawa 'politik' ke dalamnya yang akibat itu berpecah-belah jemaah.

'Jais' juga sibuk dan aktif menggempur beberapa ajaran sesat yang bergerak aktif di seluruh negeri Selangor.

'Jais' juga sibuk memberi arahan AJK Masjid/Surau mesti berumur dibawah 60 tahun.

Tiba-tiba dalam bab judi bolasepak sempena Piala Dunia, 'Jais' sudah lupa diri bahawa membisu seribu bahasa itu juga merupakan satu bentuk kesesatan yang amat nyata.

al-brangi :

Kalau rakyat Selangor 'sesat', 'Jais' bertindak, kalau 'Jais' sendiri 'sesat', siapa pula yang nak bertindak?......alahai.....

PR Luluskan 10 Lesen Judi Di Selangor ?

Betulkah Selangor luluskan 10 lesen judi untuk I City?


Ketika di dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke rumah, saya telah mendapat panggilan telefon dari Setiausaha PAS Selangor, Sdra Khairuddin Othman, memberitahu bahawa seorang ahli Parlimen mendakwa Mesyuarat Exco telah meluluskan 10 lesen judi untuk I City dekat Shah Alam. YB itu mempersoalkan peranan Exco-Exco PAS. Kenapa tidak membangkang?
Di sini saya ingin menjelaskan Mesyuarat Exco tidak pernah meluluskan lesen-lesen judi untuk I City. Untuk sebulan lepas, Exco ada membincang tentang judi tetapi bukan untuk meluluskan lesen-lesen judi. Lesen judi adalah kuasa kerajaan Persekutuan.

Saya pun hairan macam mana ada yang membuat pelbagai andaian walhal minit-minit adalah rahsia. Ianya dimusnahkan selepas mesyuarat. Sebelum ini ada seorang ahli Parlimen mendakwa bahawa Exco PAS Selangor Dato Hasan Ali tidak pernah bercakap di dalam mesyuarat. YB itu bercakap seolah-olah dia hadir di dalam mesyuarat. Begitulah manusia!

Berbalik kepada judi, saya ada bangkitkan tentang kedai nombor yang dilanggani umat Islam. Ini selepas PAS Pandan telah membuat Ops Kasih di luar kedai nombor Angsana Hilir.

Menteri Besar pula telah mencadangkan agar lesen premis tidak diberi oleh PBT kepada kedai-kedai di kawasan majoriti Islam. Menteri Besar juga mencadangkan agar tidak ada lagi lesen premis baru untuk kedai nombor atau kedai ekor.

Tidak ada agenda untuk meluluskan lesen judi tambahan. Cadangan melanjutkan operasi pusat hiburan hingga jam 3 pagi pun ditentang oleh Exco-Exco PAS ini pula 10 lesen judi baru di Shah Alam atau dengan lebih tepat lagi I City.

Tetapi saya mengakui payah bagi menyahut cabaran UMNO atau Perkasa. Apa tidaknya lesen judi memang dari Persekutuan tetapi lesen premis dari PBT. Kalau PBT tidak memberinya maka tidak ada kedai nombor atau kedai ekor. Kalau semua ahli-ahli Majlis sepakat untuk tidak membenarkan lesen premis maka tidak ada kedai nombor atau kedai ekor.

Ketika kita menentang judi bolasepak, kita ditempelak oleh UMNO yang berkata, 'Bila nak tutup kedai ekor di Selangor'. Memang payah untuk menjawab. Tapi hidup ini bukan mudah.

Inilah juga realiti demokrasi. Itu sebab ada yang berkata demokrasi tidak syar'ie. Tapi kita tidak beriman dengan demokrasi. Ianya sebagai satu jalan untuk mendapatkan kuasa, walaupun sedikit kuasa telah ada banyak keuntungan kepada umat Islam dan perkembangan Islam di Selangor. Adakah ahli-ahli mahu kita mengangkat kaki dan menjadi penonton sahaja? Adakah saya bercakap seperti UMNO? Menghalalkan cara? Terpulang kepada anda untuk menilainya.

Tapi PAS tetap menentang arak dan judi. Exco, ADUN dan ahli Majlis bercakap dengan lantang tentangnya. Kita bukan seperti UMNO yang membisu tentang perkara-perkara itu. Atau menghalalkannya.

Ingat kes rampasan arak di 7-11? Siapa yang bersuara kalau tidak PAS. Atau kuasa diberi kepada pegawai-pegawai Masjid untuk menangkap orang Islam meminum arak di khalayak ramai. Bukankah Exco PAS mengumumkannya? Tetapi ada pula orang PAS termasuk YB yang tidak setuju.

Setiap parti ada matlamat masing-masing. DAP mahu pilihanraya kerajaan tempatan walaupun ia tidak pernah ada dalam manifesto PAS. Akhirnya cadangan itu diluluskan oleh sidang DUN Selangor. PAS pun ada matlamat.

Pernah saya tulis sebelum ini, saya kagum dengan politik baru di Britain. Walaupun saya tinggal hampir 10 tahun di sana dan membenci Konservatif seperti membenci UMNO tetapi kerajaan campuran Konservatif dan Liberal Demokrat patut membuka mata kita. Ia persefahaman dan pakatan yang penuh tolak ansur.

Contohnya ia memberi kebenaran kepada ahli-ahli Parlimen Liberal Demokrat untuk tidak mengundi menyokong kerajaan dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan manifesto mereka. Walaupun ketua Liberal Demokrat, Nick Clegg, adalah Timbalan Perdana Menteri namun mereka boleh tidak menyokong kerajaan. Dua perkara tersebut adalah tenaga nuklear dan yuran IPT.

Ada banyak lagi yang membuka mata kita. Begitulah kematangan politik di sana.

iskandar56100.blogspot.com

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz0p369Hu8w

Judi Bola ; JAIS dan Mufti Selangor Dibidas....

Kerajaan Selangor digesa supaya mengkaji semula kedudukan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi.

Gesaan itu ditimbulkan oleh ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berikutan jabatan itu "menyepi" dalam isu pemberian lesen judi sukan pada sidang medianya hari ini.

Khalid berkata, tindakan itu bercangah dengan sikap jabatan itu sebelum ini -- dalam isu penggunaan masjid sebagai pentas politik dan juga berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Saya nak desak JAIS dan pengarahnya untuk mebuktikan bahawa dia tidak ada apa-apa kepentingan dan kesetiaan politik.

"Dalam isu-isu yang jelas pihak umno dan BN bersalah, jelas kelihatan beliau mendiamkan diri," katanya.

Beliau menjelaskan, JAIS membisu apabila beliau menimbulkan isu mengenai satu anjuran majlis tahlil dan bacaan yassin untuk calon BN di pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Majlis tahlil dan bacaan yasin hendak diadakan untuk calon BN tapi JAIS dan pengarahnya diam membisu.

"Sedangkan sebelum itu bising dengan soal menggunakan masjid untuk kepentingan politik.

"Kononnya kuliah dan tazkirah ringkas yang disampaikan (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) melanggar peraturan yang ditetapkan oleh JAIS, yang disokong dan diperkenan oleh Sultan.

"Maka digunakan (sebagai modal untuk) lagakan PAS, Pakatan Rakyat dengan Sultan, tapi bila saya dedahkan tentang isu sepanduk itu, JAIS diam," katanya.

Khalid juga berkata JAIS juga mungkin terlibat bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam mengadakan demonstrasi bagi menyatakan bantahan berkenaan.

"Kalau tak silap saya JAIS dan MAIS terlibat dalam menganjurkan program demonstrasi tentang isu kalimah Allah, sedangkan isu itu pada hukumnya adalah harus.

"Dalam isu judi bola sepak ini, hukumnya jelas (haram). Tapi mengapa JAIS mendiamkan diri.

"Kenapa tidak dianjurkan bantahan, naikkan sepanduk di semua masjid dan surau membantah tindakan kerajaan BN.

"Ini hanya boleh dijelaskan melalui sokongan politik (Khusrin). Dalam banyak keadaan, beliau bertindak sebagai ejen Umno," katanya lagi.

Be
liau turut mempersoalkan sama ada Khusrin bertindak sedemikian sebagai tanda kesetiaan kepada pemimpin Umno.

"Adakah Datuk Khusrin ini tetap setia kepada Umno dan BN dan masih mengenang jawatan dia sebagai setiausaha politik kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan masih bertindak atas kapasiti sedemikian rupa?

"(Jadi)
saya menyeru kepada kerajaan negeri supaya semak semula pelantikan beliau," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga mendesak mufti negeri itu supaya segera mengeluarkan fatwa berhubung pemberian lesen judi tersebut.

Katanya, beliau bimbang masyarakat akan menjadi semakin ghairah untuk berjudi sekiranya tiada fatwa dikeluarkan.

"Orang yang tak pernah berjudi pun mungkin akan berjudi juga akibat keghairahan promosi (perlawanan bola sepak) Piala Dunia," katanya lagi.
-malaysiakini-

Isu Tanah KTMB : MB Johor Kata Malaysia Tak Rugi

Malaysia tidak rugi apa-apa apabila Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura diserahkan kembali kepada republik itu.

Malah, perpindahan stesen itu ke Woodlands pada 2011 berjaya menyelesaikan banyak isu sensitif yang mengekang hubungan kedua-dua negara sejak 20 tahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Malaysia juga mendapat ganti kepada 271 hektar tanah KTMB yang berselerakan di republik berkenaan dengan dua bidang tanah di kawasan Marina South dan Ophir-Rochor yang sama nilainya dengan keseluruhan tanah KTMB itu.

"Rakyat perlu faham, KTMB tetap perlu keluar dari Tanjung Pagar, seperti yang dipersetujui pemimpin kedua negara dalam intipati perjanjian pada 1990, berdasarkan Perjanjian 1918.

"Bagaimanapun, melalui perjanjian yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, kita keluar dari Tanjung Pagar dan memperoleh tanah baru yang dikelilingi pembangunan bertaraf antarabangsa," katanya pada persidangan akhbar di kediaman rasminya di Johor Baharu.

Ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak terutama pembangkang bahawa Malaysia ditipu di dalam rundingan tersebut.

Malaysia dan Singapura juga akan meningkatkan kerjasama di dalam pelaburan dan pembangunan di mana kedua bidang tanah itu akan dibangunkan syarikat dari kedua-dua negara MS PTE LTD iaitu usaha sama antara Khazanah Nasional dan Temasek Holdings.

Johor sendiri akan mendapat keuntungan daripada perjanjian tersebut apabila kedua-dua buah negara bersetuju untuk menyediakan Sistem Pengangkutan Deras (RTS) secara usaha sama yang akan menghubungkan sebuah stesen baru di Tanjung Puteri, Johor dengan stesen terakhir Transit Aliran Ringan (MRT) Singapura di Stesen Republik.

"Apabila RTS mula beroperasi pada 2018, KTMB akan keluar dari Singapura dan kita (kerajaan Johor) sudah mengenal pasti lokasi stesen baru KTMB di negeri ini iaitu di kawasan seluas 80 hektar di Kempas, lapan kilometer dari pusat bandar raya," kata Abdul Ghani.

Persetujuan juga dicapai dalam rundingan semasa pemukiman para pemimpin di Shangri-La Hotel itu Isnin lalu bagi kerjasama di antara Khazanah Nasional dan Temasek Holding dalam pembangunan Bandar Kesihatan di sebidang tanah seluas 200 hektar di Iskandar Malaysia.

Ini adalah sesuatu yang mampu membantu menarik pelaburan luar yang besar ke Iskandar Malaysia.

Ditanya sama ada rundingan perjanjian itu turut menyentuh pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor, Abdul Ghani berkata ia tidak disentuh langsung antara kedua-dua negara.

Mengenai pemulangan semua aset Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura di Loji Skudai serta Empangan Gunung Pulai, Abdul Ghani berkata ia bukan balasan kepada rundingan tersebut tetapi mengikut perjanjian air 60 tahun lalu dan ia berlaku secara kebetulan serentak dengan rundingan berkenaan.

Aset yang masih beroperasi dengan baik itu nanti akan diuruskan oleh kerajaan negeri dan bukannya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara kerana ia adalah milik rakyat, katanya.

- Bernama

Baiknya UMNO Tak Gunakan Harta Kerajaan....

Ceramah Paling Kotor Oleh UMNO Kota Bharu...

Malam tadi aku sempat jenguk-jenguk Ceramah Senatak Mat Ezam dekat Merbok, Kota Bharu. macam biasa - Lokasi. kalau Pakatan Rakyat gunakan sekolah untuk adakan ceramah, akan "geger" 1Malaysia, 2-3 minggu berita berkaitan akan jadi tajuk utama semua Media Perdana Pencacai UMNO/BN.
Dalam hal ni, UMNO/BN selalu bernasib baik. tak akan timbul isu bla bla bla berpolitik di sekolah, tak ada mana-mana Professor akan ditemubual secara ekslusif untuk ambik pandangan, tak ada bijak pandai akan ulas hal ni sebab yang terlibat ialah - UMNO/BN, Tuhan sekelian pencacai di Malaysia.

Kalau Pakatan Rakyat gunakan sekolah hari ni, esoknya akan keluar dalam mana-mana Berita Perdana culaan undi - Pakatan Rakyat bla bla bla gunakan sekolah untuk politik, taip A untuk setuju, taip B untuk tidak setuju dan taip C untuk berkecuali... bla bla bla hantar sms anda ke 58287.

Lepas buat undian akan ada pulak forum yang forumernya 2-2 pihak pro KERAjaan, lepas tu ada pulak sessi temubual dengan orang ramai yang 100% akan bantai Pakatan Rakyat sebab guna sekolah untuk tujuan politik. tipikal MeLAYU akan melompat sakan.

Masa aku sampai, Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Datuk Fathmi dah selesai membebel, jadi aku tak nak ulas apa-apa pasal ceramah dia semalam. Wan Khairul bekas ahli PKR (aku tak tau apa jawatan dia dalam PKR Kelantan sebelum dia keluar PKR) tengah bagi ceramah.
Pun aku tak nak ulas apa-apa sebab aku tak berapa dengar apa dia cakap sebab aku dok sibuk siapkan kamera aku. cuma bila aku tengok muka Wan Khairul ni, terus aku teringat Bekas TKM 1 Pulau Pinang, Fairuz... ni geng kamcing Fairuz... masa Fairuz pegang jawatan TKM 1 Pulau Pinang, Wan Khairul la yang selalu bawak Fairuz masuk Golok tiap kali Fairuz datang ke Kelantan dalam gelap.

Apa diorang buat dekat Golok..? aku pun tak tau... mungkin cari pelabur untuk melabur dekat Pulau Pinang.

Lepas Wan Khairul, MC serah mikrofon dekat Cucu Tun Ghafar Baba.

Yang ni buat aku sikit terkejut, masa kempen PRK Hulu Selangor, aku tengok Pak Sedare Zahid ni punya la humble, seingat aku Tun Ghafar Baba dulu pun sama macam anak dia Tamrin... tapi cucu Tun Ghafar Baba yang sorang ni lain macam sangat. jauh sangat perangai ngan penampilan dia dari Pak sedare dengan Tok dia.
Dari awal dia berceramah, sampai habis ceramah, perkataan "Al-Juburi" tak lepas dari mulut dia, Tok Guru Nik Abdul Aziz dihina cukup-cukup. senang cerita, jenis mulut tak de agama... mencarut ikut sedap mulut dia, perkataan "Buret", "Kote", "Jubur" selamab je dia sebut tanpa segan silu padahal dekat depan tu ada la dekat-dekat 50 orang kaum wanita dari umur 20an sampai ke 70an.

Gila bacul mulut... kalau Pak sedare aku macam ni, memang aku lempang je terus... buat malu anak beranak je. datang jauh-jauh dari Melaka, buat perangai huduh dekat tempat orang... harap-harap tak de la yang panas hati sampai hilang kawalan diri.
Ezam..? dapat-dapat mikrofon je, pertama sekali puji-pujian kepada Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu... Mat Ezam dah makin pakar dalam hal bodek-membodek, dia tau Datuk Fathmi memang rapat dengan Najib dan ada direct contact dengan Najib, orang macam ni kalau ikut ilmu hisab UMNO/BN, kena pandai "pom"... jilat kena lebey, tepuk jangan kasi bunyi... untung-untung, rumah banglo boleh siap sebelum target.

Tamat bahagian puji-pujian, masuk bab "6 Kotak". seingat aku masa Ezam dalam PKR dulu, dia dok canang 6 kotak tu ada dalam simpanan dia di 1 tempat rahsia. malam semalam dia bagi tau penonton, 6 kotak tu ada dekat Anwar, Anwar tak pernah bagi dia 6 kotak tu dan apa yang Anwar bagi dekat dia cuma 2 helai kertas.

Aik..? magic..? ikut suka ngko la Ezam... hajat ngko pun dah tercapai... paling best bila Mat Ezam cerita pasal perjuangan dia dengan Anwar dulu, katanya dia ikhlas tak harap apa-apa jawatan masa dengan Anwar dulu. "Anwar tu hanyalah seorang banduan, apa yang seorang banduan dapat beri pada saya..?" kata Ezam sebagai bukti dia ikhlas dalam perjuangan...

Mungkin Mat Ezam lupa nak bagitau dekat orang ramai yang hadir tentang perjuangan dia sekarang... ikhlas atau tidak..? sekarang Ezam dalam UMNO, bukan dengan seorang banduan dan semua kita tau apa yang Mat Ezam dapat akhirnya... itu harga sebuah "keikhlasan" yang tidak mengharap pada "jawatan"... jangan lupa ayat ni - "Saya BERHAK dilantik sebagai Senator..!"

Tu ayat paling "ikhlas" dari seorang yang tak pernah mengharap pada apa-apa jawatan dalam perjuangannya... sumpah aku percaya Mat Ezam 'ikhlas"..!

Terus-terang aku cakap, aku tak nampak "bisa" Mat Ezam masa zaman Reformasi dulu. aku tak paham apa yang Mat Ezam nak sampaikan... tajuk Ceramah ialah "Kisah Benar 1", tapi aku tak dapat cari atau paham apa yang Mat Ezam cuba nak sampaikan dalam ceramah tu.

Selebihnya ceramah Mat Ezam tertumpu pada isu "Liwat"... masuk bab ni, aku cuba nak layan, tapi tak lama dapat bertahan. rasa macam tengah dengar ceritera phorno malam jumaat.

Aku jadi makin tak paham... kalaulah ini Ceramah untuk kemoen Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil, aku tak nampak pengundi nak undi UMNO/BN atas alasan apa... nak undi UMNO/BN sebab seronok dengar cerita "Liwat" yang diselang-seli dengan patah-patah kata - "Jubur", "Air-Mani", "Tonggeng", "Buret", "Kote" dan macam-macam carutan..?

4 penceramah cuma tahu cerita seks luar tabie... ini Negara apa..? Negara Lancausia ke..?

Tuesday, May 25, 2010

Kesan Judi.....

Berpakaian resmi untuk berjudi? lagak dan gaya UMNO .....
Hai....makcik-makcik ni pun nak beli nombor jugak....apa peranan kementerian wanita dan siapa yang jaga kebajikan mereka.....kalau depa ni miskin apa pula peranan pusat zakat?

Anak gadis sapa pulak ni?
Sebab tu Dr Hassan Ali marah sangat kalau 7E jual arak terbuka di kawasan majaroti melayu.... kerajaan pun kena halalkan penjualan arak terbuka takut budak-budak ni terus beli arak secara sembunyi-sembunyi dan kena sediakan pusat hiburan terbuka untuk mereka merendek.....
Binatang pun sayangkan anaknya.... lepas ni kerajaan kena halakan pulak mengandung tanpa nikah sebab takut gejala buang bayi ni berlarutan....kerajaan BN juga jangan lupa bagi lesen kepada rumah-rumah atau premis pelacuran supaya senang sesiapa yang gatal anunya buat servis kat situ dan tak perlu pergi secara sembunyi-sembunyi.....

Monday, May 24, 2010

Mehnah Pejuang

Berdetik parasaan dan sanubari saya bila melihat Tn Hj Mohammad Sabu terpasa melelapkan mata diatas peha YB Dr. Nasir Adun Kota Damansara ketika mahkamah sedang berjhenti rehat.

Saya rasa diantara pemimpin-pemimpin PAS Abg Matlah antara yang mempunyai rekod terbanyak dikenakan tindakan mahkamah oleh pihak polis hasil dari penyertaannya dalam demonstrasi sejak puluhan tahun dulu.

Kesungguhan dan kecekalan beliau sebenarnya menjadikan motivasi kepada anak muda untuk turun dalam setiap demonstrasi yang diadakan. Saya juga masih terkesan dengan kesungguhan dan penyertaan Allahyarham Ust Fadzil Noor dan Tuan Guru Hj Hadi dalam demonstrasi-demonstrasi sebelum ini bahkan hati saya cukup sedih dan marah apabila kedua-dua pemimpin ini terkena tembakan gas pemedih mata dan semburan asid dari FRU.

Para pemimpin kita bekorban masa dan keringat demi perjuangan dan urusan parti bahkan sanggup menggadaikan nyawa dalam setiap demonstrasi yang sangat beresiko terkena gas pemedih mata dan asid polis.

Bagi abg Mat, mahkamah juga seakan menjadi tempat persinggahanya secara berjadual di segenap pelusuk tanah air. Moga Allah memberikan kekuatan kepadanya dan didoakan agar beliau terus istiqamah dalam perjuangan ini. MRK albanjari

Monday, May 17, 2010

NGO wanita desak Bung Mokhtar letak jawatan


Salhan K Ahmad
Mei 18, 10
10:43am
Kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Mokhtar Radin mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

Seorang jurucakapnya Maria Chin Abdullah berkata ahli parlimen Kinabatangan itu tidak sepatutnya melanggar undang-undang kerana ia memberi mesej yang tidak baik kepada masyarakat.

"Bung Mokhtar perlu meletak jawatan, dan tidak sepatutnya mewakili rakyat Malaysia lagi.

"Itu langkah terbaik," katanya ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Katanya lagi, poligami tanpa kebenaran juga merupakan satu bentuk penghinaan kepada golongan wanita.

Tambahnya, Bung Mokhtar juga mempunyai reputasi tidak baik kerana sering menjadikan golongan wanita sebagai sasaran dalam ucapannya di Dewan Rakyat.

Bung Mokhtar sebelum ini mengaku bersalah kerana mengahwini isteri keduanya Zizie Ezette A Samad tanpa kebenaran mahkamah pada Disember 2009.

Esok, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur akan menetapkan hukuman kepada kedua-dua mereka dan saksi-saksi.