Gambar putri islam yang manis ini membawa 1000 persoalan kepada kita pejuang-pejuang dan pendokong islam. Kita bisa mentafsir dengan pelbagai kupasan dan pendapat tentang gambar ini namun disana erti pengorbanan dan jidad untuk membebaskan bumi Aqsa dari cengkaman Yahudi semakin hari semakin jitu dan semakin membara di dalam hati setiap warganya, namun apa yang peliknya sebuah negara umat Islam yang namanya Malaysia dalam senyap menjalinkan hubungan luar tabie dengan regim Yahudi. Tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa segan silu mereka berkhalwat dalam gelap dan bermukah dengan regim Yahudi demi survival politik sempit pelampau-pelampau kebangaan ini. Warganya sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan islam dan kesucian tanah air mereka daripada dicerobohi oleh regim Yahudi tetapi pemimpin-pemimpin umno sebaliknya beriya-ia untuk menjalinkan hubungan dengan regim Yahudi laknatullah ini. umno + yahudi - ????????
Saturday, March 27, 2010
PAKATAN RAKAT MESTI MENANG DI HULU SELANGOR
Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga ahli parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Dato Dr Zainal Abidin Ahmad atas kembalinya ke Rahmatullah Allahyarham semalam. Sesungguhnya Dato Dr Zainal Abidin Ahmad telah berkorban begitu banyak kepada perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat.
Kini dengan pemergian beliau, Hulu Selangor akan menyaksikan satu pilihanraya kecil.
BN sedang bertelagah menentukan apakah MIC yang akan bertanding atau mungkinkah kerusi yang 19 peratus pengundi India itu akan diserahkan kepada Umno (Melayu 53.9 peratus Cina 26.7 peratus).
Mana pun arahnya pasti pertelagahan ini akan menguntungkan calon Pakatan Rakyat. Jika MIC kekal di sana, Umno dijangka merajuk, dan memang adat kalau Umno merajuk, habis kelambu dan katil-katil dicucuhnya dengan api! Manakala jika Umno menjadi calon, MIC pula akan naik angin, ketika itu tidak mustahil pengundi India akan “solid” berdiri di belakang calon Pakatan Rakyat.
Apa pun, yang pentingnya Pakatan Rakyat mesti menang di Hulu Selangor.
Kemenangan ini penting buat Selangor kerana ia menandakan yang rakyat Selangor sudah muktamad, mereka akur bahawa 24 bulan yang lalu, sinar perubahan sudah mula bertijar dan nampak jelas bersinar di bumi Selangor. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat walau dalam tempuh singkat telah membuktikan yang mereka komited dan bersungguh mahu mengubah dan merobah nasib rakyat, memajukan negeri ini dalam kerangka bersih, adil dan saksama buat semua.
Menteri Besar dan barisan EXCO Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP berlainan sama-sekali dengan kerajaan terdahulu. Mereka lebih ikhlas, lebih tekun dan lebih jujur mengemudi negeri ini ke arah kebaikan dan kesejahteraan buat semua.
Dahulu rakyat terpasong, rakyat terpinggir, rakyat kelabu dan dikelabukan oleh retorik dan janji-janji palsu dan yang separuh masak. Kini rakyat dapat merasa bahawa kerajaan ini milik dan bikinan mereka. Rakyat dapat menikmati limpahan kekayaan negeri, berdiri megah merasai kemajuan negeri dan dapat berhubung terus dengan pimpinan mereka tidak seperti dahulu.
Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) contohnya membuka peluang rakyat menikmati hasil kejayaan negeri. Air percuma yang tidak pernah dinikmati di bumi lain, dapat dirasai di Selangor. Begitu juga bantuan usia emas, hadiah anak ke IPT, tuisyen rakyat semuaini mungkin kecil pada mata tubuh orang seumpama Qarun, tetapi bagi rakyat jelata ia adalah bukti keprihatinan kebajikan kerajaan terhadap rakyat yang mereka kasihi.
Kerana itu Pakatan Rakyat perlu menang di Hulu Selangor.
Kerana ia akan menjadi obor membawa pengharapan baru bukan sekadar di bumi Selangor malah menyala terang kesegenap pelusuk bumi Malaysia. Rakyat sudah kenal mana kaca dan mana permata.
Ayuh kita bekerja bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor!

PAS : Tekad Tawan Selangor
SHAH ALAM – Sebanyak 100 keahlian baru dari kawasan Puchong diterima Pas Kawasan Puchong dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang, baru-baru ini.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, kebanyakan ahli baru itu kebanyakannya terdiri daripada bekas ahli-ahli UMNO sekitar kawasan Puchong.
Menurutnya, Pas Selangor pada 12 Mac lalu, melancarkan program penerangannya untuk menawan semula 12 kerusi DUN yang ditandingi namun tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke12.
“Program besar-besaran sempena ulang tahun kedua pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang dilancarkan di DUN Seri Serdang, Puchong, berjaya menarik perhatian dan minat rakyat.
“Penduduk di DUN berkenaan kini selesa dan serasi dengan kerajaan baru yang turut dianggotai Pas,” katanya.
Tambah beliau, pada PRU yang lalu, calon Pas di DUN Seri Serdang memperoleh 18,887 undi, tewas dengan kelebihan hanya 45 undi pada calon BN dari UMNO.
“Adalah diyakini bahawa hasil program ini dan pelbagai lagi program susulan lain yang dirancang oleh Pas Selangor dan Pas Kawasan Puchong, DUN Seri Serdang akan berjaya ditawan oleh Pas pada PRU ke13 kelak,” katanya.
Sementara itu, menurut Roslan, program penerangan dijangka akan diteruskan ke DUN Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, 2 April ini.
“Calon Pas, Azrul Khakim di DUN Sungai Air Tawar, memperoleh 4,668 undi dalam PRU lalu, tewas pada calon BN (UMNO) yang mempunyai kelebihan 123 undi.
“Antara aktiviti yang diatur ialah majlis jamuan bersama rakyat di Kampung Sekandi, Program Motivasi di Desa Kasih Sekandi dan ceramah perdana di Dewan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB),” katanya.
Difahamkan, pada program ceramah perdana itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dijadual menerima borang keahlian ahli-ahli Pas baru, yang kebanyakannya terdiri dari bekas ahli-ahli UMNO sekitar DUN Sungai Air Tawar.
“Dengan perkembangan semasa yang melibatkan kerajaan PR serta kemajuan Pas di DUN berkenaan, Pas Selangor optimis bahawa DUN Sungai Air Tawar juga akan berjaya ditawan dalam PRU ke13,” katanya.

Tuan Guru Nik Aziz Masih Diperlukan.
Bagi pandangan saya yang kerdil ini, TGNA masih diperlukan untuk jawatan tertinggi dalam PAS. Dalam perjuangan Islam, tiada pencen buat pemimpin yang mana lebih-lebih lagi dengan keilmuannya.
Tidak dinafikan kesihatan TGNA sejak kebelakangan ini kurang memuaskan, begitu juga dengan TGHH. Walau pun ramai yang berkelayakkan untuk jawatan tersebut, pimpinan TGNA masih diperlukan.
Semua sedia maklum akan pengaruh TGNA dalam politik Malaysia masih digeruni dan dihormati oleh kawan mahu pun lawan. Jadi, tidak menjadi masaalah untuk TGNA terus memegang jawatan Mursyidul Am PAS bagi penggal lima tahun lagi.
Melainkan ada tangan-tangan ghaib yang cuba menyingkirkan beliau dari terus memimpin. Ia juga boleh mengelakkan fitnah jika TGNA ditamatkan dari memegang jawatan tersebut. Pasti ada yang suka jika ianya berlaku kerana senang untuk mereka menyerang pimpinan PAS.

Sekarang pun sudah ada artikel-artikel yang mula memukul gendang perang. Kita mungkin dah menjangka isu yang akan dimainkankan oleh tangan-tangan yang mengaku sebagai ahli PAS yang sejati.
Thursday, March 11, 2010
Dato' PJ di Serdang Jaya hari ini
Insyaallah Dato' Dr Hassan Ali akan berada di Serdang Jaya malam ini 12 March 2010.
Dalam siri lawatanya malam ini beliau akan berkunjung di Masjid Riadhus Solehin Serdang Jaya dan akan menyampaikan tazkirahnya sejurus selepas solat Maghrib kemudian selepas solat isya' beliau akan bertandang pula ka Stadium tertutup MPSJ dalam siri ceramah umum anjuran Pakatan rakyat.
semua pendokong Pakatan rakyat dijemput hadir.
Wednesday, March 10, 2010
PAS; LANCAR MISI TAWAN 12 KERUSI DUN SELANGOR
KUALA LUMPUR, 10 Mac: PAS Selangor yang bertanding di 20 kerusi dua tahun lalu akan melancarkan misi menawan 12 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13, Jumaat ini.
Program itu diadakan sempena ulang tahun kedua pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Pakatan Rakyat memimpin Selangor — gandingan PAS, DAP dan PKR dengan memperoleh 36 kerusi pada 8 Mac 2008.
Daripada 36 kerusi itu lapan disumbangkan oleh PAS.
“Sempena ulang tahun kedua pemerintahaan kerajaan Pakatan di Selangor, PAS Selangor akan menganjurkan program penerangan besar-besaran di kesemua 20 kerusi DUN yang ditandingi PAS dalam pilihan raya umum ke-12 lalu,” kata Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir.
Kata beliau, usaha itu bertujuan memantapkan misi menawan 12 DUN yang PAS tewas pada pilihan raya umum lalu.
“Dan, memberikan isyarat kepada Umno khasnya bahawa PAS Selangor serius dalam mengambil alih kesemua baki kerusi yang dimiliki Umno di Selangor,” katanya.
Program ini akan dilancarkan di DUN Seri Serdang, Puchong pada Jumaat ini, diikuti dengan DUN Sungai Air Tawar, Sabak Bernam pada 26 Mac.
Selain dua bahagian itu, kerusi yang PAS bertanding tetapi tewas ialah Sabak, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Sungai Burong, Jeram, Taman Templer, Dusun Tua, Paya Jaras, Morib dan Tanjong Sepat.
Program ini akan diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali merangkap ahli Exco Kerajaan Negeri dan Adun Gombak Setia.
“Tujuan utama program ini adalah bagi menerangkan kepada rakyat darihal perkembangan dan kemajuan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang turut dianggotai PAS,” katanya.
Pakatan Selangor mengadakan sambutan ulang tahun kedua kelmarin dan Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat negeri kelmarin. -malaysian insider

Perbezaan PAS Dan UMNO
Artikel ini diterbitkan di al-Banjari Online bagi menjawab beberapa komen daripada penyokong UMNO-BN yang mempersoalkan jalinan politik yg dilakukan oleh PAS dengan parti DAP dan PKR, melalui ruang komen di blog wak. Diwaktu yang lebih relax ini wak paparkan jawapannya. Maaf, artikel ini memerlukan masa yang agak panjang untuk bacaan. Seandainya terdapat mana-mana bahagian yg tidak lengkap, mohon sembah derhaka kepada para2 ostad dan cerdik pandai agama memberi pandangan (al-banjari)
Usharlah, di mana-mana, khususnyadi ruang komen blog-blog pro jamaah Islam, sudah pasti akan kita ketemu dengan komen-komen dan respon daripada mereka yang mempersoalkan tentang kerjasama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai sebuah badan politik Islam dengan badan-badan politik sekular khususnya parti Democratic Action Party ( DAP ) dan Parti Keadilan Rakyat( PKR) tidak ketinggalan juga badan-badan bukan kerajaan ( NGO ) terutamanya yg sering disebut sebagai Hindraf.
Saya percaya bahawa mereka-mereka yang memberi komen dengan menyatakan kononnya kekesalan atau persoalan tentang kerjasama politik yang dilakukan oleh PAS dan rakan-rakan politik yang lain adalah dari kalangan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan kekalahan yang mereka alami pada PRU-12 yang telah lalu maka dengan kejahilan mereka tentang ilmu kerjasama politik dalam Islam maka mereka bersuara dengan mepersoalkan tindakan PAS itu dengan cuba menimbulkan semula 'kritikan2 PAS terhadap UMNO yang berkerjasama dengan parti-parti sekular lain'.
Maka pendokong atau penyokong UMNO ini bertindak menyerang blog-blog pro-PAS / Pakatan Rakyat dengan mengatakan bahawa tindaskan PAS ini adalah satu tindakan "cakap tak serupa bikin" bahawa kununnya dahulu PAS lah yang mengkritik UMNO ber"mati-matian" sehingga timbullah apa yang di istilahkan oleh orang UMNO bahawa "PAS mengatakan UMNO kafir kerana UMNO berkawan dengan parti politik KAFIR".
Antara pemimpin PAS ketika itu yang kuat mengkafirkan UMNO adalah Naib Presiden PAS, Dato' Hj Nakhaie Bin Hj Ahmad. Namun kemudian beliau menyertai UMNO yang pernah dikafirkannya itu dan mengisytiharkan keluar dari PAS walaupun rumahnya masih di dalam kawasan Markaz Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar sehingga kini.
Amanat Haji Hadi juga merunsingkan UMNO, jelas di dalamnya, Tuan Guru Haji Hadi menekankan bahawa dasar UMNO yang sekular itu adalah terkeluar dari batas-batas iman dan kufur, maka UMNO jugalah yang mula mengistilahkan bahawa PAS telah mengkafirkan UMNO
Sebenarnya istilah 'sensasi' ini dipopularkan oleh UMNO, bukan PAS. Ia jelas. Maka mulai dari saat itu momokan UMNO berterusan dengan isu PAS mengkafirkan UMNO dan terus menyalahkan PAS atas alasan PAS mengkafirkan sesama Islam walhal perkara pokoknya adalah dasar UMNO itulah yang kufur bertentangan dengan dasar yang dibawa oleh PAS.
Oleh kerana Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO dan parti-parti komponennya yang lain adalah sama sahaja dasar sekularnya, maka kerjasama UMNO dan parti komponen BN yang lain sudah pastilah berjuang menegakkan apa-apa jua sistem dengan fahaman sekular. Kerjasama sekular BN inilah yang sering menjadi perbahasan antara UMNO dan PAS dari sudut syar'ienya.
PAS berpendirian bahawa bekerjasama atas dasar sekular tambahan pula kerjasama itu adalah untuk terus melakukan kezaliman dan penyelewengan, maka ia adalah satu kerjasama yang kufur jika dipandang dari sudut Islam.
PRU-12 menyaksikan parti-parti pembangkang berjaya menafikan 2/3 majoriti BN di Parlimen, PAS-PKR-DAP berjaya membentuk kerajaan campuran di Kedah ( 16 PAS- 5 PKR- 1 DAP ) Pulau Pinang ( 19 DAP- 9 PKR- 1 PAS ) Perak ( 18 DAP- 7 PKR - 6 PAS ) dan Selangor ( 15 PKR- 13 DAP- 8 PAS ) manakala di Kelantan PAS terus mendominasi majoriti DUN Kelantan dan mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan.
Bermula di Perak apabila timbul isu perlantikan MB dari PAS, seterusnya ketiga-tiga parti ini membuat keputusan untuk bergabung dengan menamakan gabungan ini sebagai Pakatan Rakyat. Cemburunya UMNO melihat perkembangan ini bukan kepalang.
Dengan memanipulasikan kuasa media, UMNO secara halus memainkan peranan untuk mewujudkan suasana "was-was" dikalangan masyarakat umumnya juga dikalangan ahli-ahli PAS khususnya tentang tindakan PAS ber"kawan" dengan DAP. UMNO melalui media memainkan isu anti-Melayu dan anti-Islam yang kununnya dibawa oleh DAP yang nyata berlawanan dengan dasar Islam yang dibawa oleh PAS.
Tidak ketinggalan juga di dalam ruang komen dalam blog-blog yang dikendalikan oleh pimpinan mahupun ahli atau penyokong PAS, para peng"komen" (boleh jadi upahan) berperanan melakukan perang psikologi terhadap pembaca blog yang rata-rata dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat khasnya penyokong PAS.
Mereka-mereka ini (baca : orang2 UMNO yang kecewa) berlagak seolah-olah mereka ini adalah penyokong PAS, bahkan ada yang mengaku sebagai ahli PAS, menulis respon dengan menyatakan bahawa mereka kesal dengan suasana terkini berkenaan hubungan PAS dan DAP dengan sandaran hujahnya, 'dimana islamiknya ? atau sebaliknya. Malah ada juga yang menyatakan rasa ragu-ragu dengan PAS yang di"dokongi" selama ini dan ada juga yang menyatakan rasa menyesal kerana menyokong PAS kerana terasa ter"tipu" dengan tindakan dan keputusan PAS mengukuhkan hubungan bersama DAP dan juga PKR.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, tambah pula hubungan politik yang berlainan dasar ( akidah dan idealogi ). Sudah pastilah ada satu dua mungkin banyak perkara yang menjadi pertikaian antara parti-parti yang berlainan dasar. Kesempatan inilah UMNO mengambil peluang "cucuk jarum" dengan cuba melaga-lagakan parti-parti Pakatan Rakyat, malah cuba masuk ke dalam organisasi untuk melemahkan hubungan di antara pimpinan sama ada bermula dari peringkat cawangan, kawasan mahupun pusat. Suara-suara UMNO yang berusaha menyebarkan salah faham terhadap kerjasama politik sedikit sebanyak menimbulkan suasana tidak sihat antara ahli-ahli PAS khususnya walhal perkara ini disensasikan oleh UMNO.
Boleh jadi juga dengan cara ini, UMNO berusaha menjauhkan pengundi Melayu atas pagar dengan harapan mereka ini berpersepsi bahawa PAS dan UMNO sama sahaja, dan cuba mewujudkan persoalan di dalam minda mereka ini bahawa PAS buat kerja yang sama yang UMNO buat dan PAS mengatakan kerja-kerja yang UMNO buat adalah kafir sedangkan kini PAS pula yang bekerjasama dengan parti kafir. Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan orang-orang UMNO bahawa PAS sudah buang dasar perjuangannya untuk menubuhkan Negara Islam semata-mata untuk mendapat sokongan non-Muslim.
Apakah kerjasama politik PAS dan UMNO sama?
Sudah tentu tidak sama bahkan jauh bezanya seperti bezanya dunia dan akhirat, dosa dan pahala malah syurga dan neraka.
Untuk mendapatkan kuasa boleh jadi bersendirian dan boleh jadi berkawan. Umpama mahu mengorek telaga untuk mendapatkan sumber air masing masing manusia mahukan air untuk terus hidup. Maka mengali telaga berseorangan boleh jadi berjaya jika kudratnya tidak ada hadnya. Namun jika kudratnya amat terbatas, maka tidak salah mengajak seorang dua manusia lain untuk membantu mengorek telaga untuk kegunaan dan kemaslahatan anak cucu mereka. Contoh mudah yang diberikan, jika masih dungu tak boleh nak faham, humban saja ke dalam telaga yg digalinya itu. Maka sudah pastilah ianya amat berbeza dengan segolongan 14 orang ( kini 13 orang ) yang bekerjasama menimbus telaga untuk menyusahkan hidup orang lain.
Maka dalam politik, dengan kemampuan yang terbatas untuk mendapatkan kuasa, maka kalau ada kawan lain yang sama-sama berjuang mengeakkan keadilan dan menolak kezaliman, maka Islam meyediakan sadu kaedah kerjasama politik dengan mereka yang berlainan dasar tapi ada beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama dengan apa yang dinamakan sebagai tahalluf siyasi.
Perbahasan Tahaluf Siyasi dalam Islam
Tahaluf ialah Perjanjian Persefahaman bagi kerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan atau musuh.
Persefahaman ini berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya sebuah negara Islam. Perkara ini juga berlaku dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib yang berlaku sebelum Hijrah juga persefahaman dengan Qabilah Khaza'ah selepas Perjanjian Hudaibiyah.
Rasulullah S.A.W mengiktirah Half Al-Fudul yang berlaku pada zaman Jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorag lelaki dari Kabilah Zubaid di zalimi oleh 'Aas bin Wa'il, lalu dia meminta pertolongan namun tiada siapa yang sanggup menolongnya. Lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad'an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa tersebut, Rasulullah S.A.W telah bersabda mafhumnya;
Hukum Tahaluf
Tahaluf diizinkan oleh syari'at berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Untuk memahami syarat-syaratnya, perlu dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah S.A.W dan tahaluf yang ditolak oleh baginda.
Syarat-syarat Tahaluf
1) Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan dasar perjuangan. Dalil-dalilnya ialah;
a) Hubungan Rasulullah S.A.W dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib, khususnya Abu Thalib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah S.A.W sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Namun pernah Abu Thalib membuat kenyataan seolah-olah supaya Rasulullah S.A.W bertolak ansur dalam perkara dasar, lalu dengan tegasnya Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya;
b) Hubungan Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu 'Anhu dengan Ibnu Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Perkara ini terjadi apabila Ibnu Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya beliau jangan membaca Al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam.
Contoh maslahat yang diizinkan.
a) Ke arah mendaulatkan Islam dan perlaksanaan syari'atnya.
Dalam situasi kegagalan fahaman-fahaman sekular dan kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang-orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam fahaman sekular dan juga dari kumpulan non-muslim yang yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah di adakan satu hubungan dengan mereka ke arah dalam memberi sokongan kepada perjuangan parti politik Islam di dalam pilihanraya, dalam persidangan-persidangan dewan dan sebagainya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk memluk Islam ( tetapi mengambil peluang berdakwah memperkenalkan Islam dan membetulkan salah faham mereka terhadap Islam kepada gambaran Islam yang sebenar ) Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah dengan orang-orang Yahudi.
b) Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan akhlak.
Apabila perkara ini mula dirasai akan kesan dan akibatnya kepada semua golongan dan lapisan masyarakat termasuklah golongan non-muslim, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini. Contohnya bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah S.A.W mengiktiraf Halfu Al-Fudul serta mengakui pakatan persefahaman golongan yang menentang Perjanjian Pemulauan ke atas keluarga Rasulullah S.A.W walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
i) Rasulullah S.A.W telah menangguhkan Tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sama mennegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Perkara ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidak sanggupan untuk berhadapan dengan Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi Kabilah Arab sahaja.
ii) Rasulullah membatalkan cadangan untuk bertahaluf dengan Bani 'Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.
3) Tidak berwala' kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.
Diantaranya ialah kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Muwada'ah.
Di sana wujud satu titik persamaan secara sementara waktu dengan golongan bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada'ah dan terdapat juga 'ulamak meletakkannya dalam perkara hadanah ( gencatan senjata ).
Disebut di dalam kitab " Syarah Muhazaab " yang dikarang oleh Imam An-Nawawi, diantara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong kerana memerangi golongan lain.
Tetapi para 'ulamak berselisih pendapat dalam menentukan tempoh masanya. Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah ( diantaranya ialah kerana orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah ). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudharatnya lebih banyak dari maslahat, maka ianya adalah tidak diharuskan.
Isti'anah ( meminta bantuan dan pertolongan ).
Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong kita dan kita berjanji menolong mereka.
1. Mereka menolong kita :
Menurut Shaikh Sayyid Saabiq dalam kitabnya "Fiqhussunnah", adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan munafiq dan fasiq kerana Rasulullah S.A.W pernah membenarkan Abdullah Bin Ubai Bin Salul (seorang munafik) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Begitu juga kisah penyertaan Abu Mahjan (seorang fasik) yang mabuk dalam peperangan menentang tentera Parsi.
Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat perselisihan pandangan di kalangan fuqaha':
a) Imam Malik dan Imam Ahmad Bin Hanbal tidak mengharuskannya secara mutlak.
b) Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan.
c) Imam As-Syafi'e mengharuskannya dengan syarat:
* Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan yang lemah. (*)Apabila didapati bahawa orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadap Islam, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan di beri imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah.
2) Kita menolong mereka.
Menurut Al-Zarkashi di dalam kitabnya "Al-Mabsut", dan Al-Syaibani di dalam kitabnya "Al-Siyar Al-Kabir", Rasulullah S.A.W menghantar tamar 'Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika bumi Makkah dilanda kemarau.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauwziyyah di dalam kitabnya, "Zad Al-Ma'ad ", apabila Sumamah bin Al-Sal Radhiyallahu 'Anhu, pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan kesempitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulullah S.A.W menasihatkan Sumamah menghentikan sekatannya.
Rumusan Penting :
Tahaluf Siyasi dapat dibahagikan menurut keadaa berikut:
1) Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat ;
Jawapan dari Rumusan dalam konteks politik negara :
Melalui perbahasan di atas, nyatalah perbezaan kerjasama dan persefahaman politik antara PAS dan UMNO sangatlah jauh berbeza. Oleh kerana UMNO kini amat terdesak dengan kedudukannya yang amat lemah ditambah pula pergaduhan merebur jawatan sesama mereka, jalan untuk melihat pesaing politiknya, khususnya PAS adalah dengan menimbulkan keraguan dikalangan pengundi Melayu atas pagar dan juga penyokong PAS itu sendiri yang kurang terdedah dengan ilmu dan perbahasan berkaitan Fiqh Haraki dengan harapan mahu melihat akhirnya penyokong PAS beralih arah kepada UMNO atau cuba mempengaruhi pimpinan PAS di peringkat bawahan terutama golongan muda untuk meragui pimpinan peringkat atasan dan menimbulkan hubungan tidak baik antara pimpinan dan ahli PAS.
UMNO bekerjasama dengan parti-parti komponen BN yang lain atas dasar sekular, bekerjasama mempertahankan kezaliman, bekerjasama menutup penyelewengan dan penindasan yang mereka lakukan, bahkan sama-sama bekerjasama menolak Islam walaupun UMNO kadang-kadang mengaku menjadi pejuang Islam. Sebalinya PAS menggunakan kesempatan ini bersama-sama PKR dan DAP bekerjasama dalam isu keadilan, kebenaran, menentang kezaliman, menentang penyelewengan, menentang rasuah menentang korupsi, menentang penyalahgunaan kuasa dan sebagainya walaupun ada beberapa perkara dilihat tidak sekata namun peluang dan masa harus diberikan untuk mereka memahami hakikat bahawa Islam adalah untuk semua setelah 51tahun ditipu oleh UMNO dan BN.
UMNO dan BN lah yang selama ini menipu non-muslim tentang Islam, memberikan gambaran buruk tentang Islam maka denga kesempatan kerjasama politik ini, wajib bagi kita pejuang Islam, menguatkan lagi usaha dakwah agar mereka ini, rakan-rakan kita di dalam pakatan rakyat yang non-muslim, dapat menerima Islam sebagai cara hidup mereka dan setidak-tidaknya mereka menghormati dan mengetahui bahawa Islam menjamin kehidupan mereka sekalipun mereka tidak akan menganut Islam. Wallahu A'alam. (sumber : al-banjari online)

"Daripada Thalhah bin Abdullah Bin 'Auf, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda; "Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad'an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah ( barang yang sangat berharga ) , jikalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku akat menyahutnya"Oleh itu Tahaluf telah menjadi suatu perkara yang berlaku dalam perjalanan gerakan Islam menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Satu kajian yang terperinci perlu dilakukan dan dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah dengar dasar Islam yang wajib ditegaskan dalam semua keadaan.
Hukum Tahaluf
Tahaluf diizinkan oleh syari'at berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Untuk memahami syarat-syaratnya, perlu dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah S.A.W dan tahaluf yang ditolak oleh baginda.
Syarat-syarat Tahaluf
1) Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan dasar perjuangan. Dalil-dalilnya ialah;
a) Hubungan Rasulullah S.A.W dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib, khususnya Abu Thalib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah S.A.W sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Namun pernah Abu Thalib membuat kenyataan seolah-olah supaya Rasulullah S.A.W bertolak ansur dalam perkara dasar, lalu dengan tegasnya Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya;
"Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, jika mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kriku agar aku meninggalkan urusan ini ( menegakkan Islam ), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agama-Nya atau aku mati kerana-Nya"Akhirnya Abu Thalib dan keluarganya kecuali Abu Lahab mengambil keputusan untuk mempertahankan rasulullah S.A.W.
b) Hubungan Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu 'Anhu dengan Ibnu Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Perkara ini terjadi apabila Ibnu Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya beliau jangan membaca Al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam.
Contoh maslahat yang diizinkan.
a) Ke arah mendaulatkan Islam dan perlaksanaan syari'atnya.
Dalam situasi kegagalan fahaman-fahaman sekular dan kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang-orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam fahaman sekular dan juga dari kumpulan non-muslim yang yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah di adakan satu hubungan dengan mereka ke arah dalam memberi sokongan kepada perjuangan parti politik Islam di dalam pilihanraya, dalam persidangan-persidangan dewan dan sebagainya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk memluk Islam ( tetapi mengambil peluang berdakwah memperkenalkan Islam dan membetulkan salah faham mereka terhadap Islam kepada gambaran Islam yang sebenar ) Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah dengan orang-orang Yahudi.
b) Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan akhlak.
Apabila perkara ini mula dirasai akan kesan dan akibatnya kepada semua golongan dan lapisan masyarakat termasuklah golongan non-muslim, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini. Contohnya bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah S.A.W mengiktiraf Halfu Al-Fudul serta mengakui pakatan persefahaman golongan yang menentang Perjanjian Pemulauan ke atas keluarga Rasulullah S.A.W walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
Diriwayatkan daripada Jabir Radhiyallahu 'Anhu katanya:2) Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan dasar dan matlamat perjuangan. Dalilnya,
Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya kaum muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar. Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak: Wahai kaum Muhajirin..!!! Manakala kaum Ansar berteriak: Wahai kaum Ansar...!!!. Setelah mendengar suara begitu maka Rasulullah S.A.W keluar dan telah bersabda: " Ada apakah panggilan seperti jahiliyah ini...?"
Mereka menjawab: " Tidak ada apa-apa ya Rasulullah. Hanya ada dua orang anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya." Rasulullah S.A.W bersabda: " Kamu tidak perlu menyembunyikan persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah membelanya."( Hadith riwayat Muslim)
i) Rasulullah S.A.W telah menangguhkan Tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sama mennegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Perkara ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidak sanggupan untuk berhadapan dengan Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi Kabilah Arab sahaja.
ii) Rasulullah membatalkan cadangan untuk bertahaluf dengan Bani 'Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.
3) Tidak berwala' kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.
Diantaranya ialah kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
" Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meningglkan orang-orang beriman. Dan sesiapa yang melakukan ( larangan ) yang demikian maka tiadalah ia ( mendapat perlindungan ) dari Allah dalam suatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka ( yang kafir itu ). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya, dan kepada Allah jualah tempat kamu kembali" ( Surah Ali 'Imran ayat 28 )Berwala' maknanya menjadikan sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir, tetapi hatinya tidak redha disamping berusaha untuk membebaskan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan berhijrah dan sebagainya.
Muwada'ah.
Di sana wujud satu titik persamaan secara sementara waktu dengan golongan bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada'ah dan terdapat juga 'ulamak meletakkannya dalam perkara hadanah ( gencatan senjata ).
Disebut di dalam kitab " Syarah Muhazaab " yang dikarang oleh Imam An-Nawawi, diantara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong kerana memerangi golongan lain.
Tetapi para 'ulamak berselisih pendapat dalam menentukan tempoh masanya. Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah ( diantaranya ialah kerana orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah ). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudharatnya lebih banyak dari maslahat, maka ianya adalah tidak diharuskan.
Isti'anah ( meminta bantuan dan pertolongan ).
Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong kita dan kita berjanji menolong mereka.
1. Mereka menolong kita :
Menurut Shaikh Sayyid Saabiq dalam kitabnya "Fiqhussunnah", adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan munafiq dan fasiq kerana Rasulullah S.A.W pernah membenarkan Abdullah Bin Ubai Bin Salul (seorang munafik) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Begitu juga kisah penyertaan Abu Mahjan (seorang fasik) yang mabuk dalam peperangan menentang tentera Parsi.
Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat perselisihan pandangan di kalangan fuqaha':
a) Imam Malik dan Imam Ahmad Bin Hanbal tidak mengharuskannya secara mutlak.
b) Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan.
c) Imam As-Syafi'e mengharuskannya dengan syarat:
* Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan yang lemah. (*)Apabila didapati bahawa orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadap Islam, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan di beri imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah.
2) Kita menolong mereka.
Menurut Al-Zarkashi di dalam kitabnya "Al-Mabsut", dan Al-Syaibani di dalam kitabnya "Al-Siyar Al-Kabir", Rasulullah S.A.W menghantar tamar 'Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika bumi Makkah dilanda kemarau.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauwziyyah di dalam kitabnya, "Zad Al-Ma'ad ", apabila Sumamah bin Al-Sal Radhiyallahu 'Anhu, pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan kesempitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulullah S.A.W menasihatkan Sumamah menghentikan sekatannya.
Rumusan Penting :
Tahaluf Siyasi dapat dibahagikan menurut keadaa berikut:
1) Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat ;
2) Tahaluf Siyasi tanpa membentuk negara ;
- Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam.
- Mengiktiraf negara Islam.
- Menerima perlembagaan Islam dan Syari'atnya.
Begitulah sedikit sebanyak perbahasan berkaitan Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik yang dianjurkan oleh Islam yang menjadi panduan kepada mana-mana gerakan Islam termasuk PAS dalam menghadapi tekanan daripada musuh politiknya khusunya UMNO dan Barisan Nasional.
- Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar.
- Maslahah bersama untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
- Berlindung sementara ketika lemah
- Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan gerakan Islam.
Jawapan dari Rumusan dalam konteks politik negara :
Melalui perbahasan di atas, nyatalah perbezaan kerjasama dan persefahaman politik antara PAS dan UMNO sangatlah jauh berbeza. Oleh kerana UMNO kini amat terdesak dengan kedudukannya yang amat lemah ditambah pula pergaduhan merebur jawatan sesama mereka, jalan untuk melihat pesaing politiknya, khususnya PAS adalah dengan menimbulkan keraguan dikalangan pengundi Melayu atas pagar dan juga penyokong PAS itu sendiri yang kurang terdedah dengan ilmu dan perbahasan berkaitan Fiqh Haraki dengan harapan mahu melihat akhirnya penyokong PAS beralih arah kepada UMNO atau cuba mempengaruhi pimpinan PAS di peringkat bawahan terutama golongan muda untuk meragui pimpinan peringkat atasan dan menimbulkan hubungan tidak baik antara pimpinan dan ahli PAS.
UMNO bekerjasama dengan parti-parti komponen BN yang lain atas dasar sekular, bekerjasama mempertahankan kezaliman, bekerjasama menutup penyelewengan dan penindasan yang mereka lakukan, bahkan sama-sama bekerjasama menolak Islam walaupun UMNO kadang-kadang mengaku menjadi pejuang Islam. Sebalinya PAS menggunakan kesempatan ini bersama-sama PKR dan DAP bekerjasama dalam isu keadilan, kebenaran, menentang kezaliman, menentang penyelewengan, menentang rasuah menentang korupsi, menentang penyalahgunaan kuasa dan sebagainya walaupun ada beberapa perkara dilihat tidak sekata namun peluang dan masa harus diberikan untuk mereka memahami hakikat bahawa Islam adalah untuk semua setelah 51tahun ditipu oleh UMNO dan BN.
UMNO dan BN lah yang selama ini menipu non-muslim tentang Islam, memberikan gambaran buruk tentang Islam maka denga kesempatan kerjasama politik ini, wajib bagi kita pejuang Islam, menguatkan lagi usaha dakwah agar mereka ini, rakan-rakan kita di dalam pakatan rakyat yang non-muslim, dapat menerima Islam sebagai cara hidup mereka dan setidak-tidaknya mereka menghormati dan mengetahui bahawa Islam menjamin kehidupan mereka sekalipun mereka tidak akan menganut Islam. Wallahu A'alam. (sumber : al-banjari online)
Friday, March 5, 2010
2 Orang Banjar Rakai
Dengan tak tahu punca tiba-tiba Mufti Hasussani merepek dengan mengeluarkan kenyataan yang menampakan dirinya sebenar adalah pencacai UMNO. Dengan mengeluarkan kenyataan apa yang sebenarnya berlaku kononya semasa konflik penubuhan kerajaan Perak sejurus selepas PRU 12 lalu.
Hari ini Ust Ahmad Awang yang dinamakan oleh Harussani itu menjawab kembali segala dakwaan yang beliau ungkapkan dan nampaknya beliau sanggup menjual nama Paduka Sultan Perak untuk membenarkan auta yang dibuatnya.
“Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul,” katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda " Ujar Ust Ahmad Awang.
Nampaknya Harussani ni dah pandai menipu dan berbohong untuk memuaskan hati UMNO dan rasanya tidak wajar lagi dia duduk di kerusi Mufti Perak dan layak duduk menjual tempirai je di Bagan Serai tu.
Ust Ahmad Awang juga menyatakan "Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu."
Itu kisah seorang dari 2 orang banjar rakai (rosak ) lagi bungul ( bodoh ) dan sorang lagi ialah yang tiba-tiba berubah wajah menjadi katak.
Seorang teman berkata " tak guna nak ditimpas banjar sekor ni sebab dia bukan ada harga diri pun, meulah sial je...tulah kaina.."
Apapun inilah contoh 2 orang banjar yang rakai dalam sejarah keturunan bangsa banjar dalam Tanah Melayu ni. Kedua-duanya gelap mata dengan harta dan kedudukan. Cerita banyak pun tak guna kita kena teruskan solat hajat seperti yang dicadangkan oleh ust Ahmad Awang dan ditambah lagi satu nama dalam doa tu selain Hj Tampirai kena sebut juga nama Harussani Zakaria sebab dia tu Mufti tapi Perakai ( perosak ). Moga Allah memberikan balasan yang setimpal kepada mereka berdua.

Wednesday, March 3, 2010
Tampirai Nang Jabuk
Pagi ni tak semena-mena telinga ana dihangatkan oleh Hj Tampirai yang melompat keluar dari PKR dan mengistiharkan dirinya bebas.
Siapa Hj Tampirai ni? Menurut sumber dia adalah orang kuat kepada DSAI dan aktif dalam ABIM pada satu ketika dulu dan tak pasti bagaimana percaturanya hingga dia boleh dicalonkan sebagai MP Bagan Serai dalm PRU 12 lalu.
Menurut riwayat kekulaan di Bagan Serai Hj Tampirai ni telah diistiharkan bangkrup dan jika benaralah riwayat tersebut maka tidak hairanlah jika dia berbuat apa yang dah dia buat sekarang.
Menurut setengah riwayat dari kekulaan lain dia dah jumpa Najib Almonggoli dan dah berbaiah serta menerima tawaran dan habuan yang setimpal dengan pengkhianatanya kepada rakyat. berapa juta tidak dapat dipastikan.
Sebelum ini ana dah menggambarkan bahawa sampah-sampah terlalu banyak dalam PKR dan ini adalah salah satu dari buktinya setelah kesemua ADUN/MP RR yang mengistiharkan bertalaq semuanya dari PKR.
Jika benarlah baiah terlalak isteri dengan talak 3 seperti yang didakwa dalam PAS maka ia nampak sangat wajar untuk mengikat kaki-kaki si katak-katak ini.
Ana juga tertarik dengan nama Hj Tampirai ni kerana dalam bahasa Banjar tampirai ni seperti Timpang atau buku yang diperbuat dari jaring besi mata punai. Ia berungsi sebagai alat untuk menagkap ikan dan sangat polular dikalangan orang banjar yang bersawah kerana ia digunakan sebagai alat mengankap ikan seperti bubu.
Sifat tampirai ni akan memerangkap apa sahaja yang lalu melewati mulutnya, ikan menjadi taruhan tapi yang masuk bukan sahaj ikan, turut masuk, ular guni, siput dan sesampah air yang lain maka itulah sikap Hj Tampirai ni.
Hj Tampirai ni jatuh sepises tampirai jabuk yang tidak berguna namun ia memberikan kesan langsung kepada PR kerana BN hanya menanti 5 kerusi parlimen lagi untuk menguasai 5/3 majoriti.
Amat diharapkan kepada pimpinan tertinggi parti komponan PR supaya dapat mentarbiyyah dan mendisiplinkan semua ADUN/MP parti masing-masing terutamanya kepada parti mentah PKR ni.
Nasihat percuma kepada pimpinan PKR supaya berhati-hati dalam memilih calon, scan lah terlebih dahulu bakal calon yang dikemukan jangan tangkap muat je tapi tamak nak kerusi banyak. PAS Perak sangat bermurah hati memberikan laluan kepada PKR untuk bertanding di Bagan Serai tai ini yang PAS Perak dapat. Ust Ahmad Awang tentu pening kepada dengan kulaan sekor ni.
" aku dah habaq dah puak-puak PKR ni tak boleh percaya sebab depa besaq dalam UMNO, so perangai depa kalau tak lebih pun kurang sikit je ngan UMNO" ujar seorang teman sebentar tadi, lalu ana jawab "tak semua macam tu kot"....Wallahualam.
DSAI dan semua pimpinan PKR khusunya kena bermuhasabah begitu juga dengan pimpinan PAS dan DAP agar meneliti dan mengkaji latar belakang bakal calon yang hendak dikemukakan dalam PRU13 akan datang supaya masalah ini tidak berbangkit lagi.
Ingat jangan beri ruang dan peluang kepada BN untuk berkuasa majoriti dalam parlimen seperti sekarang kelak semua perancangan PR akan musnah dan hanya akan memberikan kejayaan yang penuh bergaya kepada merika jika mereka dapat membeli 5 ekor lagi dari mana-mana MP PR.
Kita yang riuh rendah melancarkan gagasan 16 Sept untuk ke Putrajaya, dalam diam UMNO menyuntik racun dalam tubuh kita akhirnya nanti kita yang putih mata akibat dari kealpaan dan kelalaian kita sendiri.
Kepda semua yang bergelar Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat silalah rajin-rajin turun ke padang menjengah dan bertemu dengan rakyat.....kami disini masih belum pernah melihat wajah Ahli Parlimen kami iaitu YB Gobind Singh yang hebat itu...
Ingattan kepada semua ADUN/MP PR supaya JANGAN JADI TAMPIRAI JABUK macam Hj Tampirai Bagan Serai tu.( nak sebut nama pun ana rasa jijik.....) Oleh : MRK ALBANJARI

Monday, March 1, 2010
Sampah Busuk
Berjuang untuk menegakkan keadilan dan kesejahteraan rakyat bukanlah semudah seperti yang dikata kerana ia memerlukan kepada pengorbanan dan kesungguhan dan keikhlasan.
Begitulah adab dan sunah perjuangan. Jika kita jenis orang yang masuk berjuang dengan segala niat yang tersembunyi maka akhirnya kita akan kecundang dan dirundung rasa kecewa lalu kita dengan sendirinya mengundurkan diri.
Hati siapa yang tidak kecewa bila orang yang kita pilih atas tiket parti yang kita sokong yang kini telah bergelar YB akhirnya lari meninggalkan medan perjuangan rakyat.
Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam politik Pulau Pinang namun tindakan meninggalkan parti bukan satu perkara yang wajar.
Sikap suka melompat ini bukanlah satu perkara yang baru dalam politik Malaysia namun ia patut dicegah bahkan TGNA sendiri talh menegaskan bahawa dia sendiri tidak setuju perkara lompat-melompat ni walaupun dari BN kepada PAS kerana ia boleh dianggap sebagai pengkhianat kepada rakyat.
Tapi apa lagi yang boleh kita buat sedangkan keputusan telah dibuat. Nak maki ? nak marah? nak hentam dalam tuliasan blog dan sebagainyapun dah tak guna lagi sebab mereka dah pilih jalan meninggalkan parti.
Apa yang boleh dibuat dan difikirkan oleh pimpinan selepas ini agar menapis sehalus-halusnya bakal calon dalam pilihanraya kelak agar tidak terpilih sampah sarap lagi sebagai calon.

Subscribe to:
Posts (Atom)