Wednesday, February 24, 2010

Tahniah Ust Azizan

Apabila membaca kenyataan Dato Seri Azizan MB Kedah tentang rombakan ahli exco, hati kecil penulis rasa bangga kerana beliau begitu perihatin tentang tahap pencapaian dan prestasi ahli-ahli exco yang ada kini.

Alasan mudah Ust Azizan menukar exco perlu disokong kerana beliau mahukan semua merasa dan bertanggungjawab terhadap rakyat Kedah dan semua ADUN akan bergilir ganti memimpin kerajaan kedah bersama beliau.

Adalah diharapkan agar mana-mana exco yang digugurkan tidak akan merasa kecewa dan berduka kerana digugurkan dan diganti dengan muka-muka baru.

Kepada bakal exco yang dilantik anda perlu mempamerkan sikab yang lebih bertanggungjawab dalam memikul amanah ini dan berusaha bersungguh-sungguh menjalankan tugas anda kelak.

Pemuda UMNO Biadap Lagi Bacul

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.

"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.

"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.

Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno."Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi

Tuesday, February 16, 2010

PRESIDEN PAS TERJUN LAUT SELAMATKAN MANGSA LEMAS


Saya dapat berita dari Trengganu, hari Ahad yang lalu 14 Februari, Presiden PAS terjun laut selamatkan mangsa yang hampir lemas di laut ketika mandi di Pantai Rusila. Orang ramai terkejut besar dengan keberanian dan ketangkasan Tuan Guru Presiden yang mendahului orang lain dalam usaha menyelamatkan mangsa. Pada hal ramai anak-anak muda yang berada di situ. Sumber pautan dari link. dan di sini.

Tauladan yang ditunjukkan oleh Dato' Seri Presiden kita bukan satu perkara yang mudah akan dilakukan oleh seseorang yang mungkin teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama.


Beliau yang sudah berumr 63 tahun masih mampu untuk berengang dengan tangkas menyelamatkan mangsa dari lemas adalah satu perbuatan yang terpuji bahkan jauh dari itu beliau berkecimpung dan memimpin jemaah PAS sebenarnya ingin membawa kita semua kejalan yang selamat dari dilemaskan oleh duniawi dan membawa jauh dari kelemasan murka Allah SWT.


Dengan memimpin gerakan islam yang kita anggotai ini yang berteraskan Kitabullah dan sunnatul Rasul SAW adalah merupakan satu cabang dari cabang-cabang meraih keredhaan Allah SWT yang menggalas amanah " taatkan Allah dan meninggalkan Thagut ".


Juga menjadi Sunnatullah dan Sunnatur Rasul apabila berjuang dalam gerakan islam kita terpaksa menghadap pelbagai dugaan dan rintangan samada dari dalam mahupun dari luar.


Fitnah sentiasa berlegar disekeliling kita bahkan Tuan Guru Presiden juga tidak lari dari jarum-jarum fitnah yang berselerat disekeliling beliau. Fitnah yang datang kepada beliau bukanlah satu fitnah yang ringan bahkan ia terlalu pahit dan berbisa untuk dijamah dan ditelan.


Dari fitnah UMNO/BN, orang yang tidak berparti bahkan ia juga datang dari dalam jemaah PAS sendiri yang cuba melemahkan semangat dan ketokohan beliau.


Penulis sebenarnya amat mengkagumi Tuan Guru Presiden sejak dibangku sekolah menengah lagi sekitar pertengahan tahun 80 lagi. Nama beliau menjadi gandingan mantap dengan Allahyarhan Dato' Presiden PAS ketika itu Ust Fadzil Noor.


Namun perasaan penulis sedikit gundah apabila sejak setahun lalu Tuan Guru Presiden mula difitnah bahkan dihina semahunya oleh segelintir ahli PAS sendiri dan blogger-blogger yang tidak berparti dengan menggambarkan pelbagai persepsi buruk terhadap beliau bahkan lebih teruk lagi ada pihak-pihak yang cuba untuk menyingkirkan beliau dari jawatan parti dengan cara yang licik namun ia masih gagal kerana jemaah masih sayangkan beliau. Wallahualam...

Siapa Yang Khianat?

Serangan dan keritikan terbuka oleh Yb Zul Kulim nampaknya semakin garang dan terkini bukan sahaja terhapa pertinya sendiri dan kini melebar kepada PAS pula. Jika sebelum ini sasaranya kepada DAP kini ia semakin terhakir maka YB Kulim ni beralih pula kepada PAS.

Terbaru menyerang TGNA dalam reaksi balasnya balasnya terhadap kenyataan TGNA yang menyatakan mereka yang melompat parti itu adalah pengkhianat. Sila baca disini.

Saya hanya ingin mengulas kenyatan beliau yang mengatakan "Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pada ketika ini seseorang wakil rakyat itu perlu mempunyai prinsip politik yang kuat tanpa mengikut telunjuk perjuangan parti politik dengan membabi buta."
"Sekarang ini zaman politik yang lebih terbuka, kita sepatutnya mengambil pendirian berdasarkan prinsip kita sendiri serta tidak mengikut parti dengan membabi buta.

Dia lupa bahawa dia bertanding di Kulim atas tiket PKR, PKR itu adalah sebuah parti berdaftar yang melayakkanya bertanding dalam sesuatu pilihanraya.

Jika dia merasakan bahawa dia itu terlalu hebat dengan prinsip dan idealismenya maka dia sewajarnya meletakan jawatan kerana kemenganya itu didokong oleh pengundi dalam PRU 12 yang lalu dan kebanyakkanya dari pengundi-pengundi PAS.

Dia tidak boleh mendabik dada dengan menyatakan sekarang zaman politik terbuka dan dia boleh megkeritik dasar parti yang dia anggotai atau kepimpinan parti-parti komponen lain.

Bagi saya mudah sahaja sekiranya beliau tidak berpuas hati dengan prinsip dan dasar parti maka beliau boleh kemukakan dalam muktamar partinya dan tak perlulah nak menyalak kehulu-kehilir menyatan orang tu salah dan orang ni salah akhirnya rakyat Kulim juga yang menderita dan malu dengan kepimpinan beliau sendiri.

Sekiranya beliau merasakan bahawa sudah tiada ruang lagi bagi beliau untuk mengemukakan pandangan dan idea-idea yang bernas dalam parti maka seajarnya beliau mengikut jejak DS Zaharin dan serahkan balik kerusi kulim itu kepada rakyat Kulim.

Benarlah telahan Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa sudah tiba masanya PKR membersihkan parti itu dari sampah-sampah yang tidak berguna dan biarkan mereka yang benar-benar ikhlas dan bersemangat sahaja yang mengemudi bahtera PKR.

Soal khianat yang beliau bangkitkan kepada TGNA itu seumpama kisah seorang bodoh yang hadir dalam mesyuarat, dikatakan orang kepadanya....orang tu bodoh kot? senyap je...tak bercakap apa-apa lalu dia pun bercakaplah sesuatu maka sahlah dia memang bodoh kerana bercakap lain dari isu yang dibincangkan dalam mesyuarat itu......wallahualam

Saturday, February 13, 2010

Cegah Kemungkaran

Alhamdulillah hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai oleh Ust nasaruddin Tantawi dan Ust Reduan Md Noor telah mengadakan roadshow atau gerak kerja mencegah kemungkaran di sekitar ibu kota.

Gerakan kampen ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada remaja dan warga kota tentang gejala sosial dan sebagainya kerana pada malam ini sambutan Velentine Day akan disambut oleh pasangan kekasih yang sedang mabuk dialmbung cinta kononya bahkan ada penaja yang sanggup mempromosikan gejala tidak sihat ini seperti yang dilaporkan dalam posting lalu.

Beginilah sikap yang perlu ditonjolkan oleh semua lapisan masyarakat islam yang memahami suruhan menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tahniah dan syabas kepada Ust Din dan Ust wan serta teman-teman pimpinan lain....

Wednesday, February 10, 2010

Sambutan Hari Kekasih Di Menara KL.

Berita ni saye petik dari sinar harian hariini,edisi selangor di seksyen selangor dan KL muka surat S7.saye cuba cari berita yg sama di laman web mereka,tp tak ada.jadi atas rasa tanggungjawab,saye salin semula disini tanpa sebarang edit.segala maklumat yg tercatat adalah 100% dari ape yg saye ambil diakhbar berkenaan.tujuan utama pendedahan ini dibuat atas rase sedih dan geram dgn tindakan pihak2 tertentu yg cube merosakkan remaja hari ini dgn menyogok aktiviti2 keji buat mereka.bace keratan akhbar ini dan renung2kan lah...( artikel asal oleh : PuriPujangga link)

Kuala Lumpur - Sempena sambutan Hari Kekasih yang akan disambut pada 14 Februari ini,buat julung kalinya Menara KL menjemput pasangan kekasih meraikannya di pelantar terbuka menara itu. Jurucakap Menara KL berkata,pasangan kekasih diberi peluang ,menyambut Hari Kekasih di ketinggian 300 meter itu bermula pada jam 8 malam hingga 12 malam. Menurutnya, ia bakal diraikan dengan berlatar belakangkan susana cukup romantik iaitu dengan keindahan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur serta alunan muzik mengasyikkan. "Harga tiket untuk pakej ini adalah RM88 seorang termasuk minuman ringan,cenderahati,angpau,limau dan baucer hotel "Bagi pasangan yang dipilih sebagai 'Loving Couple', mereka akan menerima hadiah istimewa pada hari berkenaan,di sini. Beliau berkata, tiket akan mula dijual di kaunter tiket mulai 14 Ferbruari ini mulai jam 8 malam atau tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 0320205499 atau 0320205692.

Ulasan ; atas dasar 1 Malaysia kepada semua pasangan kekasih silalah ambil bahagian dan menyertai program tersebut dan kami pakat doa semoga menara itu runtuh dan ranap menyembah bumi bersama pasanga-pasangan kekasih tersebut. Amin....

Sunday, February 7, 2010

Apa Faedahnya?

Subhanallah...itulah kalimah yang wajar kita ucapkan apabila melihat fitnah yang dihamburkan kepada Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Presiden, Anwar Ibrahim dan lain-lain oleh blogger http://jeffrydamien09.blogspot.com dalam tuliusan terbarunya.

Kaget dengan persembahan penulis blog tersebut dan saya menganggap bahawa budak ni tentunya seorang yang cukup jahil dan cukup cerdik sampai boleh bertindak sedemikian rupa.

Kita bertarung dengan UMNO / Bn atas pentas politik mengapa perlunya gambar-gambar lucah seperti itu diolah dan dipublishkan kepada umum? dimana nilai akhlak dalam penulisan mereka dan jika nak buat propoganda sekalipun takkan mesti buat perkara begitu?

Saya terkadang gatal juga kulit kepala bila ada blogger yang dengan sesukahati membuat super inpose terhadap tokoh-tokoh UMNO/BN ni tapi taklah sampai menggambarkan kelucahan namun golongan blogger yang menyokong PR ni jaga berperangai macam blogger UMNO juga.

Kepada pihak-pihak yang terbabit sila tarik balik gambar-gambar yang dibuat dengan niat menghina mana-mana pihak samada dipihak PR atau UMNO/BN kerana perbuatan sedemikian tidak memberi manfaat kepada semua pihak bahkan akan terus memburukkan keadaan sahaja.

Bukan setakat blogger UMNO/BN sahaja yang perlu berubah, blogger yang mendakwa sebagai PAS Reform atau pendokong PR perlu juga berubah. Hentikan semua ilustrasi atau karikarur atau gambar-gambar superinpose yang menggambar dan memburukkan seseorang seperti yang dibuat oleh mamat ni. Buruk akibatnya.

Namun amat diharapkan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia dan Kem. Penerangan mengambil tindakkan yang sewajarnya terhadap blogger ni apatah lagi telah berpuluh laporan polis dibuat atas penghinaan ini namun bagi kami ahli PAS selain dari laporan polis kami juga akan melaporkan perkara ini kehadrat Allah Rabbul Jalil. Kita menunggu komen dari Dr. rais yatim dan Polis mengenai perkara ini.