Saturday, January 30, 2010

Wanita ditembak polis tanpa sebab...?

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.disini untuk berita selanjutnya.

Wednesday, January 27, 2010

Khianat Rumah Ibadat. Kelemahan Siapa?

Insiden yang berlaku semalam adalah rentetan rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap kejadian membakar dan menceroboh beberapa buah Gereja sebelum ini.

Semalam kita diberitakan dua buah Masjid di Lembah Kelang telah dilontar kepala babi sebagai tanda penghinaan terhadap umat islam.

Penulis berpandangan bahawa insiden membaling atau meletakan kepala babi di Masjid dalah merupakan satu tindak balas setelah pihak polis seakan lesu dalam menjalankan siasatan terhadap orang yang bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat tersebut.

Soalnya apabila pihak polis merahsiakan identiti mereka yang dikatakan didakwa melakukan perbuatan khianat tersebut dan pertuduhan keatas mereka seakan kura-kura berjalan.

Mungkin atas kelembapan tersebut yang amat dinanti-nantikan oleh pelbagai pihak siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat tersebut maka ada pihak yang mengambil kesempatan lain untuk melakukan khianat pula terhadap Masjid dan Surau yang menjadi rumah ibadat umat islam.

Hari ini Azmin Ali pula mendedahkan sebahagian dari mereka yang ditangkap dan didakwa melakukan perbuatan khianat itu adalah orang-orang UMNO akan menjadikan satu lagi episod penting dalam konflik ini kerana dari awal Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Abu Bakar Zinin telah memaklumkan bahawa orang-orang yang ditangkap itu tiada kena mengena dengan mana-mana pertubuhan politik dan NGO.

Kenyatan angkuh pegawai polis berkenaanlah yang mencelarukan dan menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap siasatan polis terhadap pelaku khianat Gereja tersebut.

Hasilnya kita sudah kita lihat semalam maka polislah yang wajar dipertaggungjawabkan dalam isu ini.

Kita mencadangkan agar semua orang yang dituduh membakar gereja itu tampil memohon maaf secara terbuka agar mudah Dr Rais Yatim memaklumkan perkara yang sama terhadap permohonan maaf Aduka Taruna terhadap penghinaanya kepada Almarhum Sultan Johor maka selesailah segala masalah jenayah di negara kita dan semua pihak akan bertenang dan berpuas hati dan polis pun boleh berehat dan tertenang cukup bulan terima gaji sahaja.

Kita lihatlah siapa yang akan ditangkap kerana melemparkan kepala babi di Masjid semalam dan cepat-cepat suruh orang yang ditangkap itu mohon maaf terbuka kepada seluruh umat islam Malaysia.

Sunday, January 24, 2010

Zulkifli Noordin Buat Laporan Polis Terhadap Khalid Samad

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS dikusutkan lagi ekoran tindakan Zulkifli Noordin daripada PKR membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada PAS.

Zulkifli yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru berkata, laporan polis itu dibuat berhubung kenyatan Khalid yang menyebut enakmen larang kalimah "Allah" ketinggalan zaman."

Saya dah buat kenyataan dua hari lalu meminta supaya Khalid segera meminta maaf kepada Sultan Selangor dan umat Islam dan menarik balik kenyataan itu tetapi beliau tidak berbuat sedemikian malahan tidak menunjukkan sebarang penyesalan setelah dipanggil menghadap Sultan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Masjid India di sini hari Sabtu. Selanjutnya disini

Kita tidak tahu apa yang tersurat dan tersirat kepada kedua-dua tokoh ini namun sebenarnya mereka ini matang dan bijak dalam tindakan sendiri.

Cuma yang pasti apapun kenyataan dari Khalid Samad itu adalah merupakan kenyataan peribadi dan tiada kena mengena dengan PAS Selangor.

Khalid Samad kena bertanggungjawab atas apa jua kenyataanya tentang isu ini dan Zulkefli Nordin juga bertanggungjawab untuk menjelaskan perincian dari isu ini.

Wajar atau tidak tindakan Zulkefli Nordin ini harus kita pertimbangkan seadil-adilnya dan sekiranya segala telahan dan komen beliau terhadap Khalid Samad itu berasas, juga kita kena menilainya dengan adil dan saksama.

Diharapkan kepada kedua-dua tokoh ini tidak melibatkan parti masing-masing kerana kedua-duanya bertindak atas peribadi dan kehendak sendiri.

Antara PAS dan PKR serta DAP tidak wajar dikaitkan dalam kemelut dan isu yang mereka cipta ini namun sekiranya ada maka sesuatu perlu dilakukan oleh pimpinan tertinggi dalam menyelesaikan masalah ini kerana umum juga tahu track record mereka berdua sebelum ini.

Pasukan Khas Siasat Blog Hina Almarhum Sultan Iskandar

JOHOR BAHARU, 24 Jan (Bernama) -- Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu."

Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.-- BERNAMA link

Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh seseorang dalam sebarang perkara yang boleh mendatangkan kemarahan dan kebencian orang ramai.

Terbukti penulisan Aduka Teruna ini adalah satu tulisan yang sangat biadap dan kurang ajar dan pada kita ia adalah satu kifarrah terhadap tulisan-tulisan dia sebelum ini.

Beliau dengan bangganya telah melancarkan "Program Langgar Hadi" dan dengan sesedap rasa beliau menghentam dan menghina pimpinan PAS terutamanya kepada beberpa individu seperti Tim. Presiden dan sebagainya hatta kepada Presiden dan Mursyidul Am pun dibelasahnya sekali.

Atas dasar sebagai pemerhati bebas dia menulis semahunya dan menghina semahunya tetapi takut untuk memperlihatkan diri dan wajahnya kepada khalayak dan mungkin sedikit masa lagi kita akan melihat batu api ni di layar tv rumah kita dan di dada akhbar.

Saya ( penulis ) juga sangat ingin melihat wajah budak Seremban yang hebat ini. Kita lihat sahaja perkembanganya . Saya milihat terlalu banyak tulisan-tulisanya sebelum ini menjurus kepada kebencian semata-mata namun kini dia akan bertemu buku dengan ruasnya.

Renungan kepada semua; tidak kira siapa pun yang meninggal dunia kita tidak boleh menghina simati itu dan Nabi mengajar kita untuk menghormati simati dan mendoakan kebaikkan untuknya. Hari kematian kita juga kian hampir bertaqwalah kepada Allah dalam semua urusan.

Wednesday, January 20, 2010

SPRM cekap di Selangor tetapi lembab di pusat

Semalam di selangor SPRM bertindak menahan P.A kepada Yb Yaakob Sapari hanya kerana terdapat 3 aduan salah laku namun berlainan pula di Johor.

Di Johor SPRM hanya bertindak selepas lebih dari 410 aduan baru hari ini nak bertindak menahan 34 orang suspek. Berita lanjut disini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata tangkapan itu melibatkan 24 penjawat awam, lima orang awam, tiga pekerja swasta, seorang pegawai khas kepada ahli politik dan seorang setiausaha sulit kepada ahli politik.

"Sejak tahun lepas, SPRM menerima 410 maklumat berkaitan kes ini. Bertindak atas maklumat ini kita jalankan intipan, pemerhatian dan seterusnya siasatan dan hasilnya kita telah memulakan operasi minggu lepas," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Jika kita baca kenyataan diatas jelaslah sebenarnya SPRM ni bertindak mengikut telunjuk dan hanya terhadap kes-kes terpilih sahaja.

Kes penjualan atau penyeludupan pasir ini panas ababila Tun Mahathir berdehem dan merungut lalu bertindakalah segalah agensi-agensi yang berkenaan.

Persoalanya apakah pihak-pihak lain seperti Polis dan Imegiresen yang menjaga keselamatan di perbatasan negara tak nampak kegiatan itu berlaku?

Kita tak perlu nak bebahas panjang-panjang jelaslah dari dua isu ini memang SPRM ni tak ubah telah menganjingkan diri mereka terhadap UMNO/BN.

SPRM Selangor Cekap Menjalankan Tugas

Kini isu Selangor kembali hangat apabila P.A kepada sahabat saya YB Yaakob Sapari ditahan untuk disoal siasat oleh sepasukan pegawai SPRM petang tadi merupakan satu tindakan yang wajar jika ia benar-benar telus dan adil dalam penyiasatan terhadap aduan yang dikatakan telah menerima 3 laporan berasingan tentang pembabitan Sdr Hussin itu. Laporan penuh disini.

Isunya ialah mengapa hanya kini ketika Selangor ditadbir oleh komponen PR, SPRM tiba-tiba menjadi satu agensi yang cukup pantas bertindak dan mengapa sebelum ini mereka diam membantu apabila beratus laporan penyelewengan di buat terhadap kepimpinan Wak Tempe sebelum ini.

Sehingga kini kita masih blum lagi mendengar ada tangkapan atau siasatan atau waran tangkap dikeluarkan terhadap penjenayah-penjenayah rasuah yang talah dilaporkan kebejatan dan penyelewengan yang mereka lakukan.

Dari satu sudut yang lain kita melihat bahawa beginilah caranya SPRM ingin membantu kerajaan Selangor untuk terus mentadbir kerajaan dengan penuh berhemah agar tidak ada sampah-sampah yang membusuk dalam struktur tadbir urus kerajaan Selangor.

Natijahnya kita akan lihat bahawa Pakatan Rakyat sentiasa bersih dalam pentadbiranya kerana sampah-sampah yang tidak berguna telah dibersihkan terlebih dahulu.

Telahan itu dirujuk sekiranya benar-benar kes itu berlaku dan penyalahgunaan kuasa itu dibuktikan dan sekiranya ia hanya rekaan untuk memburukan imej kerajaan Selangor semata-mata mereka itu jelas bersifat seperti anjing kurap yang hina-dina.