Friday, August 27, 2010

Bangkit Perkauman Untuk Tutup Kehilangan RM52 Bilion



GEORGETOWN, 27 Ogos - Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

"Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

"Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."

Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.

"Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.

"Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.

"Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi.

Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.

Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.

29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.

Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu.-HARAKAH DAILY

Sultan Selangor Murka, MAIS Ambil Alih Surau Al-Huda

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat amat murka dan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang menyampaikan 'tazkirah' di dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral pada Ahad lalu.

Sehubungan itu baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil tindakan segera dan tegas ke atas surau berkenaan.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa dalam satu kenyataannya menegaskan, MAIS telah membuat keputusan untuk mengambil alih dan menguruskan pentadbiran surau tersebut dengan serta-merta kerana insiden berkenaan jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

"MAIS telah memanggil pihak pengurusan surau bagi menjelaskan isu terbabit hari ini (Jumaat).

"Setelah meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, MAIS mendapati bahawa ucapan oleh wakil rakyat tersebut berlaku di dalam dewan solat surau seperti dilaporkan," katanya di sini.

Media hari ini menyiarkan laporan sebuah laman blog yang mendakwa Teo memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada pengurusan surau itu, Ahad lepas.

Laman blog itu turut menyiarkan gambar wakil rakyat terbabit dalam keadaan tidak bertudung dan hanya memakai kebaya pendek sambil berdiri di bahagian imam ruang solat surau berkenaan.

Pada Ogos tahun lepas, Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas, Klang sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.

Mohamad Adzib berkata, MAIS memandang serius berhubung isu berkenaan memandangkan ia merupakan kes kedua seumpanya yang melibatkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid/surau di negeri ini.

"Berikutan itu, MAIS akan memberikan surat amaran kepada YB Teo supaya perkara ini diambil perhatian," ujarnya.

Beliau juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama dan menggunakan masjid atau surau atas tujuan politik.

"MAIS juga menggesa supaya semua pihak termasuk parti-parti politik agar lebih sensitif kepada perasaan umat Islam amnya dan hendaklah menjunjung titah perintah Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di negeri Selangor," katanya lagi.

ULASAN PTE..

besar sangat kah dosa AJK Surau tersebut hingga mendatangkan kegusaran pihak-pihak yang terbabit itu? sepatutnya mereka kena gusar dan susah hati apabila melihat perkembangan terkini keruntuhan gejala sosial dalam masyarakat kita hari ini.

Apa peranan Dato' Azib si Pengerusi MAIS tu terhadap perkembangan semasa ni terutamanya gelaja buang bayi, gejala zina yang berterusan, judi, kelab malam yang bersepah dalam negeri selangor ni?

Tolong datangkan satu dalil tentang pengharaman orang bukan islam masuk ke dalam masjid atau surau kalau dia betul-betul cerdik dan ikhlas tentang agama islam yang mulia ini.

Kalaupun mungkin silap si Mp Teo tu masuk dan berucap dengan tidak menutup kepala...tak boleh ke Dato' Azib jumpa dia dan bagitau tentang adab masuk ke dalam masjid atau surau...tak boleh ke panggil pengerusi dan AJIK surau tu untuk berbicara dan menasibat barang sepatah dua...

Sekarang MAIS dah ambil alaih dan mulai malam esok Dato Azib kenalah mengimamkan solat tarawikh dan solat-solat waktu yang lain dan jangan main lepas tangan jer...pas tu langsung tak jengok dah surau tu...tidak kah perbuatan itu akan lebih memecah belahkan perpaduan masyarakat di situ? Kenapa kurang cerdik dalam mengambil keputusan....atau sudah menerima nasihat daripada mereka-mereka yang jadil yang berselindung dibelakang tabir....ada otak pakai...ada akal fikir la seikh.....


Siapa kata Hudud tidak boleh dilaksanakan atau tidak sesuai?


"Assalamualaikum,,..
Jom bicara pasal hudud lagi.Kali ini mari kita kembali mengimpau sejarah sesuai kedudukan kita di ambang merdeka dan sesuai juga keinginan untuk merdeka di bawah naungan alquran.Sejarah yang hendak diimbau ialah sejarah seorang yang hebat pernah dilahirkan dalam masyarakat melayu ia itu sejarah arwah Prof Ahmad Ibrahim, seorang yang telah berjaya meletakkan bangsanya di tempat yang begitu tinggi dengan buah fikiran yang bernas dan bijak dalam menyediakan penyelesaian terhadap permasalah utama kepada ugama Islam dan umatnya.

Takaful adalah buah fikiran Prof Ahmad yang sekarang ini sedang "diselewengkan" kerana ketiadaan idea baru yang menyerupai idea awal prof Ahmad.Tetapi sedarkah kita Prof Ahmad turut menjumpai kaedah yang boleh menyelesaikan permasalahan perlaksanaan hudud dengan diizinkan oleh perlembangaan negara yang awalnya dirangka dan dibuat oleh kafir British.Prof Ahmad telah mengajukan cadangan untuk melaksanakan hudud kepada pemerintah tetapi tiada tindakbalas dari kerajaan yang ketika itu didominasikan oleh orang Islam.Apakah cadangan itu? Hari ini cadangan ini langsung tidak disentuh atau dibancangkan di mana mana sedangkan cadangan ini adalah satu cadangan yang mudah dan sesuai dengan kehendak perlembagaan negara.

Kata prof Ahmad untuk melaksanakan hudud, perlembangaan negara hanya perlu diubah dengan memasukkan peruntukkan bahawa semua undang undang yang dikuatkuasakan di Malaysia mestilah tidak BERTENTANGAN DENGAN ISLAM.Lihatlah cadangan yang semudah ABC pada ketika orang ISLAM sedang mendominsikan kerajaan serta pada bila bila masa boleh mengubah perlembangan menurut peraturan perlembagaan yang sedia ada.

Kini, perkembangan kepada polimik hudud mengembalikan kita kepada fasal penafian bilamana ada dakwaan yang mengadakan ianya tidak sesuai yang melibatkan Nik Nazmi, pengarah komunikasi PKR serta penulis difahamkan prof Agus Yusof turut sama memberi pandangannya.Penulis tidak tahu apakah pandangan Prof Agus, tetapi kelihatannya ianya mengaitkan kedudukan majmuk negara, yang menunjukkan polimik hudud kembali kepada fasal penafian.Fasal penafian hudud telah membangkitkan kedudukan majmuk negara, membangkitkan kemunduran umat Islam dan telah mengatakan hudud itu adalah rekaan PAS tetapi tidak seorangpun pakar penafian ini sejak dulu sehingga sekarang membangkitkan cadangan prof Ahmad.

Hakikatnya, kalau cadangan prof Ahmad diterima sudah tentu negara sudahpun ada peruntukan hudud, qisas dan takzil negara.Sudah tentu hudud sedang dilaksanakan sekarang dan sudah tentu gejala buang bayi, gejala dadah serta lain lain gejala termasuk pemakan rasuah bukanlah satu masalah umat yang besar.Cadangan prof Ahmad ini bukanlah satu yang sukar untuk dilaksanakan sebenarnya (pada ketika cadangan ini dibuat). Ini adalah kerana ketika itu mahkamah syariah dan undnag undang syariah serta peguam syarie sudahpun ada.Cuma bezanya, namanya undang undang syariah tetapi undang undnag yang dibuat untuk kesalahan qisas dan hudud adalah ciptaan manusia bukan undang undang yang ditetapkan oleh alquran.

Oleh itu, seandainya cadangan prof Ahmad diterima, apa yang perlu perundangan syariah negara lakukan ialah membuang semua peruntukan yang dibuat manusia dan menggantikannya dengan peruntukan yang ditetapkan oleh al quran bagi setiap kesalahan hudud dan qisas sementara bagi kesalahan kesalahan yang selain itu, undang undang takzil yang ada boleh diteruskan dengan penambahbaikan dilakukan dari masa ke semasa.

Di sinilah terletaknya kepintaran dan ketelitian prof Ahmad dalam memberikan cadangannya.Dengan meletakkan peruntukan semua undang undang mesti tidak bertentangan dengan undang undang Islam, maka undang undang berkaitan kesalahan hudud dan qisas seperti mencuri dan merompak tidak lagi tertakluk kepada hukuman mahkamah sivil dan sekaligus membolehkan semua orang Islam dibicarakan di mahkamah syariah bagi kesemua kesalahan jenayah yang dilakukan.Kerana peruntukan semua undang undang mesti tidak bertentangan dengan undang undang Islam membolehkan Islam memerintah dan kalau cadangan prof Ahmad diterima oleh kerajaan yang didominasikan oleh orang Islam maka sudah tentu Islam sedang dimartabatkan di negara kita.Kita mungkin boleh lihat bagaimana kes liwat DSAI (1 & 2) dibicarakan di mahkamah syariah.

Namun faktanya, orang Islam yang mendominasikan kerajaan ketika itu ialah orang Islam yang secular yang menjadikan Mustafa Kamal Artartuk sebagai idola mereka.Kerana itu cadangan prof Ahmad tidak didengari mereka semacam mereka ini cuma ada satu telinga sahaja tetapi ada dua lidah apabila mengiktiraf prof Ahmad Ibrahim sebagai seorang anak melayu yang pintar dan sentiasa berusaha mencari penyelesaian terhadap setiap permasalahan umat dan bangsanya.

Hari ini juga apabila PAS begitu komited untuk melihat hudud dan undang undang Islam ditegakkan di bumi Malaysia, berbagai bagai tohmahan dilemparkan termasuk berpakat dengan puak kafir dan sekular walaupun ada suara yang sengaja dikuatkan meminta PAS bersatu dengan UMNO yang telah jelas dan terbukti sekular.Malah kerana sekularnya UMNO, orang melayu Islam Malaysia terlepas untuk menikmati hasil kepintaran seorang anak bangsanya.

PAS juga diperlekehkan kerana kerjasama ini sehingga dituduh menggadaikan prinsip perjuangan semata mata untuk bergabung dengan DAP dan mengalah dengan PKR yang sekular.Sambil itu dihulurkan tangan UMNO kepada PAS sedangkan tangan ini jauh lebih sekular dari PKR dan DAP.

Neraga Islam yang dilanungkan oleh Karpal Singh yang nampak semakin nyanyuk dipergunakan kesempatannya untuk membuktikan PAS semakin tunduk kepada DAP, tetapi apabila ditanya apakah negara Islam yang dimaksudkan karpal itu, masing masing buat buat bodoh pulak. Apabila dilapurkan Nik Nazmi sebagai berkata hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia maka bersoraklah puak puak ini mengatakan Nik NAzmi dan PKR adalah sekular, tetapi ketika KJ menyatakan UMNO tidak akan melaksanakan hudud tidak langsung kedengaran suara mereka.Alasannya mungkin boleh difahami, UMNO memang sekular tetapi yang sekular inilah juga yang mahu PAS bersatu dengannya.

Kembali kepada hudud, pasarana yang telah sedia ada di Malaysia sudah tersedia untuk melaksanakan jadi apa yang penting sekarang ini ialah mengubah perlembagaan seperti dicadangkan oleh Prof Ahmad Ibrahim atau mungkin dengan sedikit pengubahsuaian berdasar keadaan semasa, bagi membolehkan hudud direalisasikan.Ini menjadi bukti jelas bahawa hudud boleh dilaksanakan di Malaysia malah sudah boleh dilaksanakan lama dulu kalau UMNO yang menerima amanah rakyat mahu melaksanakannya.Kenyataan bahawa hudud pula akan dikuatkuasa ke atas orang Islam sahaja secara mutlak sementara bagi orang bukan Islam diberi pilihan samada menerima atau menolak hudud,akan dengan sendirinya menjadi jawaban kepada dakwaan ianya tidak sesuai dilaksanakan terutama kerana kemajmukan negara( kalau ini dipersoalkan oleh prof Agus, inilah juga jawabannya)

Projek Hospital Shah Alam RM482 Juta Didakwa Libatkan Rasuah RM40 Juta



Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 27 Ogos - Projek pembinaan Hospital Shah Alam yang sudah dua kali tergendala dan menyebabkan kos meningkat daripada RM300 juta kepada RM482 juta didakwa melibatkan sogokan rasuah kepada pihak tertentu sebanyak RM40 juta.

Mendedahkan perkara ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa selain rasuah sebanyak RM40 juta sebelum lagi projek dimulakan, beberapa peratusan daripada setiap bayaran berperingkat yang diterima kontraktor juga terpaksa diserahkan kepada beberapa pihak tertentu sebagai 'insentif'.

"Sub kontraktor pula diberi kontrak untuk menyiapkan semua kerja pembinaan, maksudnya kontraktor utama bagi projek ini tidak berbuat apa-apa pun melainkan membuat tuntutan bayaran daripada kementerian setiap kali satu fasa pembinaan disiapkan dan mengagihkan wang yang diterima.

"Saya tidak hairan jika subkontraktor projek berkenaan, Isyoda Corporation Berhad gagal melaksanakan projek dan rugi kerana terpaksa membayar komisyen yang tinggi bagi memastikan mereka kekal sebagai subkontraktor," tegas beliau ketika ditemui Suara Keadilan semasa rakaman rancangan Bincang-bincang yang disiarkan melalui tv web, www.tvselangor.com Ahad lalu.

Katanya lagi, kemungkinan besar Isyoda terperangkap di dalam keadaan ini dan akhirnya terjerat hingga menyebabkan syarikat itu berhadapan dengan masalah kewangan yang kronik.

Khalid seterusnya berkata, perkembangan dalam projek ini semasa diberi kepada subkontraktor kedua, GM Healthcare Sdn Bhd amat memberangsang.

"Saya telah meneliti kerja mereka dan mendapati kerja yang dibuat oleh GM Healthcare amat bagus hinggakan kerja yang disiapkan jauh lebih cepat daripada standar yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Maka, boleh dikatakan GM Healthcare telah berjaya menyelamatkan projek ini, tetapi apabila mereka juga dikenakan kekangan kewangan oleh kontraktor utama dengan tidak membuat bayaran mengikut skala yang dipersetujui menyebabkan mereka menghadapi kesulitan meneruskan kerja," jelas beliau lagi.

Tambah Khhalid, GM Healthcare telah membawa isu ini ke mahkamah dan berjaya mendapatkan arahan agar bayaran kerja dibayar terus kepada subkontraktor tetapi tidak dibayar juga. Keadaan ini telah menyebabkan kedua-dua pihak kontraktor utama dan subkontraktor tidak mendapat bayaran.

"Bayaran telahpun dibuat kepada bank tetapi kerana adanya perintah mahkamah dari kontrator dan subkontraktor untuk tidak membayar kepada mana-mana pihak, maka bank pun tidak dapat membuat apa-apa bayaran dan akhirnya menyebabkan projek terbengkalai," kata beliau lagi.

Beliau menjelaskan masalah kedua-dua pihak telahpun dimaklumkan kepada kementerian tetapi tiada tindakan diambil.

Khalid menjelaskan ini kerana amalan pemberian projek kerajaan melalui rundingan terus membuka ruang kepada sogokan komisyen kepada pihak tertentu yang terbabit dalam projek tersebut.

"Maka sebab itu tindakan tidak diambil kerana pihak terbabit takut identiti mereka yang menerima komisyen didedahkan jika siasatan dilakukan.

"Inilah masalah utama dengan rundingan terus apabila diberi kepada seseorang yang berkepentingan dan pihak itu kemudiannya memberi balik komisyen kepada pihak lain. Apabila sesuatu projek itu gagal tindakan tidak dapat diambil kerana pihak tertentu sudahpun termakan rasuah komisyen atau imbuhan," tegas beliau lagi.

Khalid berkata, ini yang menjadi faktor utama mengapa kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mampu menyelamatkan projek hospital itu.

Beliau mencadangkan pada peringkat ini adalah lebih baik projek ini diambil alih oleh JKR berdasarkan pengalaman luas JKR yang mempunyai kepakaran yang tinggi serta ramai jurutera terlatih dan profesional.

"Tidak ada sebab untuk JKR tidak mengambil alih dan meneruskan projek ini, setelah menentukan tiada penambahan dari segi kos, kelewatan dan penyelesaian projek itu.
"Kini projek Hospital Shah Alam mungkin akan ditender semula, dan apa yang akan berlaku selepas ini ialah harga tender akan naik, tempoh masa akan dilanjutkan kerana proses tender sahaja akan memakan masa tiga hingga empat bulan dan untuk memulakan kerja juga akan memakan masa kerana kesemua subkontrak yang ada di tapak juga telah dihalau keluar," jelas beliau lagi.

ADA ORANG TAK PAHAM MAKSUD DENGAN SURAH ATTAUBAH AYAT 28


Setelah Rasulullah saw. menunjuk Abu Bakar menjadi Amirul Hajj, maka Rasulullah memberi tugas kepada Ali bin Abu Talib supaya mendampingi Abu Bakar membacakan ayat-ayat permulaan surat At-Taubah di hadapan orang banyak. Maka timbullah kecemasan di kalangan kaum muslimin karena khawatir akan menghadapi kesulitan makanan akibat orang-orang musyrik tidak dibolehkan masuk ke Mekah untuk melakukan ibadah haji. Orang-orang musyrik itu biasanya apabila datang ke Mekah untuk mengerjakan haji mereka membawa bahan-bahan makanan sebagai barang dagangan. Hal ini mempengaruhi orang-orang Islam sehingga mereka bertanya satu sama lain, dari manakah kita akan mendapat makanan sekiranya orang-orang musyrik itu tidak dibolehkan lagi masuk Mekah. Maka turunlah ayat ini yang menerangkan kepada orang-orang mukmin bahwa orang-orang musyrik itu adalah hukumnya najis, disebabkan akidah mereka kotor dan rusak, mereka menyembah berhala dan patung, percaya kepada tahayul dan khurafat. Mereka makan barang yang kotor, seperti bangkai dan darah. Perjudian dan perzinaan mereka anggap perbuatan yang baik; Orang-orang yang kotor akidah dan perbuatannya dilarang datang ke Masjidil Haram. Karena itu setelah berakhir tahun 9 hijriah mereka dilarang masuk ke tanah suci terutama memasuki Masjidil Haram.
Pada akhirnya ayat ini Allah menjamin kehidupan orang-orang mukmin dari kemelaratan. Mereka tidak perlu khawatir akan kekurangan makanan dan barang-barang dagangan akibat larangan Allah terhadap orang-orang musyrik tersebut yang biasanya datang ke tanah suci membawa barang dagangan. Jaminan Allah kepada orang-orang mukmin untuk mendapat kehidupan yang baik tergantung kepada kegiatan usaha dan ikhtiar seseorang. Namun demikian tidak terlepas daripada kehendak Allah swt. kepada siapa Allah memberikan karunia-Nya. Oleh karena itu orang-orang mukmin hendaklah mempertebal keimanan dan tawakalnya kepada Allah di samping melakukan usaha dan ikhtiar.
Allah Taala Maha Mengetahui urusan yang akan datang, baik yang mengenai kemakmuran atau kemelaratan yang menimpa penduduk suatu negeri. Allah Maha Bijaksana dalam segala sesuatu terutama yang mengenai ketentuannya, baik merupakan perintah maupun berupa larangan.
Allah Taala telah memenuhi janji-Nya karena kenyataannya penduduk tanah suci Mekah tidak mengalami kesulitan kehidupan. Setelah tersiarnya larangan tersebut maka semakin banyaklah orang-orang musyrik masuk Islam, bukan saja mereka yang berada di sekitar Jazirah Arab, malahan hampir sampai ke segenap penjuru dunia. Mereka tentulah berkewajiban menunaikan ibadah haji di samping mereka bebas mengunjungi tanah suci. Hal yang demikian ini merupakan salah satu jalan bagi penduduk Mekah untuk memperoleh kemakmuran hidup. Dengan adanya larangan Allah terhadap orang-orang musyrik memasuki Masjidil Haram terjadilah perselisihan pendapat antara ulama fikih sebagai berikut:
1. Orang-orang yang musyrik termasuk ahli kitab tidak dibolehkan memasuki Masjidil Haram, sedang mesjid lainnya dibolehkan terhadap orang-orang kafir ahli kitab. Demikian menurut mazhab Imam Syafii.
2. Orang-orang musyrik termasuk Ahli Kitab tidak dibolehkan memasuki seluruh mesjid. Demikian menurut mazhab Maliki.
3. Yang dilarang memasuki Masjidil Haram adalah orang-orang yang musyrik saja (tidak termasuk Ahli Kitab). Demikian menurut mazhab Hanafi.
4. Sebagian ulama berpendapat bahwa orang-orang musyrik dilarang memasuki tanah haram dan jikalau dia datang secara diam-diam (menyamar) kemudian ia mati dan dikuburkan, maka setelah diketahui wajiblah digali mayatnya dan dikuburkan di luar tanah haram.

Pembinaan MASJID di atas tapak WTC disokong oleh keluarga 9/11

Pembinaan Park51 disokong

NEW YORK – Lebih daripada 40 organisasi menyertai perhimpunan berdekatan Dewan Bandar untuk mengumumkan pembentukan pakatan baru yang menyokong pembinaan masjid berhampiran tapak menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan pengganas pada 11 September 2001.

Jurucakap Keluarga 11 September, Donna O’Conner berkata, pembinaan Park51 di bandar New York disokong 100 peratus oleh seluruh keluarga mangsa serangan itu.

Pengarah Kesatuan Kebebasan Awam New York (NYCLU), Donna Lieberman menekankan bahawa rakyat berlainan agama di Amerika Syarikat (AS) tidak harus dikecualikan daripada menikmati hak-hak tersebut.

Pengarah Pusat Shalom, Arthur Waskow menegaskan jika pembinaan Park51 itu dihalang, ia akan menimb:ulkan diskriminasi dan prejudis terhadap rakyat AS.

Selain itu, Waskow juga percaya dengan pembinaan Park51 itu dapat membuktikan komitmen terhadap masyarakat menentang keganasan dengan kebebasan.

Pengarah Majlis Kepimpinan Islam, Abdul Baqi percaya bahawa pembinaan Park51 ini juga dapat mendorong pertumbuhan ekonomi negara itu.

Tuesday, August 24, 2010

Inilah Hasil Daripada Didikkan Umno Berkaitan Islam.

Saya tertarik dengan komen yang telah diberikan oleh seorang ostad atau pun penyokong tegar Umno. Komen tersebut saya perolehi daripada blog Briged MP Segambut dan harap beliau membenarkan saya mengambil aktikel ini. Apa yang saya lakukan hanyalah untuk menjawab hujah atau pandangan pengkomen (joecharlie) tersebut.

joecharlie berkata...

Lim Guan Eng hari ini membuat kenyataan mengatakan bahawa dia tak tahu namanya telah digunakan didalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ketua Menteri P.Pinang ini juga telah mengarahkan balacinya iaitu Abdul Malik Kassim yang merupakan Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri menyiasat perkara yang ditimbulkan oleh Datuk Zahid Hamidi ini.

Apa yang mengejutkan, Lim Guan Eng juga tak bersetuju dan membantah namanya digunakan didalam khutbah kedua solat Jumaat seperti yang berlaku di Masjid Padang Menora tersebut.

“Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua solat Jumaat sebagaimana didakwa, dan sudah tentu nama saya tidak harus, tidak boleh digunakan… ini melibatkan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.

Ini menunjukkan bahawa, Khatib PAS yang membacakan doa tersebut pada Jumaat yang lepas adalah lebih jahil dan juga lebih bodoh dari Lim Guan Eng yang kafir.

Jika Ketua Menteri bekas banduan ini juga faham tentang hal-hal yang tak boleh dan tak harus dilakukan didalam khutbah Jumaat, malang sekali bagi PAS kerana mempunyai penganut yang bebal serta taksub melampau seperti Zakaria Ahmad.

Memang patutlah selama ini PAS sentiasa menjadi kuli barua kepada kafir terutamanya kafir harbi DAP, rupanya tahap pemikiran dan pengetahuan ahli-ahli PAS ini hanya bertaraf sampah yang layak mengisi longkang sahaja.

Mereka menutup kebodohan mereka dengan serban dan jubah bagi menunjukkan konon-kononnya mereka alim dan bijak beragama. Tetapi hakikatnya, hanya selut disebalik serban dan kurap bertepek disebalik jubah.

PAS sekali lagi mencemarkan imej Islam dan juga masjid dengan kelakuan tak cukup akal khatib mereka berdoa sewaktu khutbah kedua Jumaat utk Lim Guan Eng di Padang Menora. Inilah akibatnya jika bergurukan dan bersahabat dengan syaitan didalam beragama.

Dan, untuk menutup kebodohan yang mereka lakukan, pengikut-pengikut PAS kini sedang memutarbelitkan fakta dengan mengatakan bahawa tak salah untuk Zakaria Ahmad mendoakan supaya Lim Guan Eng masuk Islam. Sedangkan yang sebenarnya bukan itu yang dilakukan oleh khatib mangkuk tersebut.

Apakah PAS mahu menyanggah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw? Sedangkan mengucapkan salam kepada orang kafir pun dilarang oleh baginda rasul, inikan pula mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada kafir seperti Lim Guan Eng.


Dari Abu Hurairah -radhiallahu ‘anhu- bahwa Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

لَا تَبْدَءُوا الْيَهُودَ وَلَا النَّصَارَى بِالسَّلَامِ فَإِذَا لَقِيتُمْ أَحَدَهُمْ فِي طَرِيقٍ فَاضْطَرُّوهُ إِلَى أَضْيَقِهِ


“Janganlah kalian yang memulai mengucapkan salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani. Apabila kalian berpapasan dengan salah seorang di antara mereka di jalan, maka desaklah dia ke jalan yang paling sempit.” (HR. Muslim no. 2167)

p/s: Semua penganut agama PAS harus bertaubat !!!

ehsan pak long (myKMU)

Isu doa khutbah Jumaat dengan menyebut nama Guan Eng benar-benar membuat Umno histeria yang mana mereka menuduh khatib tersebut telah membelakangkan Y.D. Agong............ benarkah tuduhan tersebut?. Apa yang mengejutkan saya apabila Soi Lek pun memberikan komen terhadap khatib tersebut. Beliau berkata, mana boleh menyebut nama bukan Islam didalam bacaan/doa dalam khutbah ke 2. Hebat betul penerangan yang telah diberikan oleh Umno kepada bukan Islam.


Buat Umno, kita ketepikan sebentar doa tersebut dari sudut sekularisme Umno dan kita kembali kepada kebenaran mengikut Islam. Jika doa untuk membuka pintu hati dan hidayah KM PP itu satu kesalahan, maka tanpa disedari kita telah membelakangi apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. telah mendoakan individu yang berpengaruh di Mekah agar diberi hidayah sehinggakan Allah s.w.t. membuka pintu hati Saidina Umar r.a. memeluk Islam.


Dari satu sudut lagi, jika benar apa yang dilakukan oleh khatib tersebut satu kesalahan, apakah yang dilakukan oleh Umno dengan menganjurkan bacaan Yassin dan doa selamat untuk calon MIC di Hulu Selangor itu betul?


Tanya kepada Zahid Hamidi, berapa banyak perkara tersebut telah dilakukan oleh Umno PP dalam setiap PRU. Tidakkah jika BN menang di PP, pemimpin Gerakan yang akan menjadi KM PP, tidakkah doa tersebut untuk Gerakan?.


Dari segi bilangan kerusi pula walaupun Umno yang mempunyai kerusi terbanyak, tampak pemerintahan tetap diberikan kepada Gerakan. Jadi siapa yang menjadi balaci dalam pemikiran rakyat Malaysia. Satu perkara yang tidak akan berlaku kepada PAS.


Kita kembali kepada pemikiran Umno terhadap Islam, bagi mereka ' Melayu itu Islam, Islam itu Melayu'. Satu anutan yang telah lama ditanam dalam pemikiran penyokongnya. Itulah yang telah ditinggalkan oleh penjajah British kepada anak emas (Umno) mereka sebagai penyambung idealogi sekularisme penjajah.

Umno telah menganuti 'Agama Suku Politik Suku' dalam pemerintahan mereka berpandukan corak pemerintahan Kristian British yang mengasingkan politik dengan agama. Mereka (Umno) menghina al-Quran dan al-Sunnah dengan mempermainkan hukum-hukum Allah s.w.t.

Dalam komen Joecharlie, beliau meletakan tahap pemikiran dan pengetahuan ahli-ahli PAS hanya bertaraf sampah yang layak mengisi longkang sahaja. Beliau juga menuduh yang parti PAS adalah satu agama dan menyeru agar ahli-ahli PAS bertaubat.

Ini menunjukkan kepada kita betapa hebatnya Umno mendidik para penyokongnya berkaitan Islam. Bagi mereka, Islam itu Melayu/Umno dan bangsa lain tidak berhak keatas Islam dan hanya Melayu/Umno sahaja yang berhak.


Disebabkan oleh penyelewang yang telah dilakukan Umno terhadap Islam dan juga memberi penerangan yang salah kepada bukan Islam, PAS terpaksa berkerja keras untuk menerangkan kembali akan kebaikan Islam kepada orang Melayu/bukan Islam. Bukan satu tugas yang mudah bagi PAS setelah berpuluh-puluh tahun pemesongan oleh Umno terhadap Islam.


Memang ada pemimpin DAP menolak hukum Syariah, itu tidak saya nafikan tetapi penentangan tersebut dibuat disebabkan mereka telah diberi penerangan yang salah oleh Umno. Tanya kepada Umno, apakah MCA, Gerakan, MIC, dan lain-lain parti komponen BN bersetuju dengan hukum Syariah?. Hakikatnya dalam BN, Umnolah yang paling takut dengan hukum Syariah......... itulah realitinya.

Apabila penganut agama lain memeluk Islam, Melayu/Umno kata mereka masuk Melayu. Itulah pemahaman songsang yang dibawa oleh Umno. Mereka bangga sebagai Melayu/Umno yang secara rasmi menganut Islam. Bangga sangat-sangat, biar pun disetengah-tengah rumah pemimpin Umno masih lagi wujud 'BAR'.

Bagi pandangan songsang mereka, arak itu halal kerana kerajaan Umno/Bn telah memberi lesen kepada pengilang arak. Untuk maklumat, Malaysia adalah diantara pengeluar arak terbesar didunia. Begitu juga dengan judi, bukan setakat memberi lesen malah taukeh-taukeh judi diberi tempat yang paling istimewa iaitu dipuncak gunung.

Pemimpin Umno sanggup melakukan apa sahaja seperti menolak '7 Wasiat Raja-Raja Melayu' yang berbunyi ; " Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain."

Jika al-Quran dan as-Sunnah sanggup mereka permainkan apalah sangat dengan wasiat raja-raja Melayu. Setiap kali berlaku pertukaran PM, maka timbullah mazhad baru seperti 'One Malaysia', 'Islam Hadhari', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam'.

Bagi DS Najib, One Malaysia betul-betul menempati Sunnah. Mazhad yang paling menyeleweng yang dibawa oleh Umno ialah semasa Tun Mahadhir menjadi Iman Besarnya, iaitu 'Penerapan Nilai-nilai Islam'. Kata Iman Besarnya yang terkenal ialah,' kita hanya mengambil ayat-ayat baik sahaja dari al-Quran'. Rupa-rupanya dalam al-Quran ada ayat-ayat yang tak bagus.

Sedarlah wahai penyokong Umno, bagaimana para pemimpin kamu telah mempermain-mainkan akidah. Antara kata-kata yang telah diucapkan ialah

Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim: Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992, “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan beliau yang tidak dapat saya paparkan. Jadi,siapa yang sepatutnya bertaubat, PAS atau Umno. Apakah beliau faham betul-betul dengan dengan hadis yang beliau hujahkan itu?. Sedangkan Firman Allah s.w.t. dan Sabda Rasulullah s.a.w. sentiasa mengikut pengedaran masa sampai hari Kiamat. Walaupun ada pemimpin Umno mengatakan hukum Allah adalah hukum lapuk.

P/S. Buat penyokong Umno, bertaubatlah sebelum terlambat.

sumber dari Blog Musafirlalu @ http://ruzanah.blogspot.com/