Wednesday, April 6, 2011

REKOD TERBURUK SPR : Taktik Kotor Mainan SPR Selamatkan Adik Taib

Jam 1.35 tengah hari ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencatat sejarah baru!

Calon Barisan Nasionaldari PBB menggelabah mencari penyata kewangan pilihanraya tahun 2006.

Dan setelah dihantar, walaupun dibantah oleh pemimpin PAS yang berada di sana, antaranya Menteri Besar Perak yang sah, Mohammad Nizar Jamaluddin, akhirnya Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN tersebut menerima kertas pencalonan adik Taib Mahmud!!

Kekecohan berlaku apabila Mohamad Ali Mahmud gagal menyerahkan penyata kewangan piliharaya DUN Sarawak pada 2006 setelah proses bantahan tamat jam 11 pagi tadi.

Pemimpin PAS membantah keputusan Pengurus Pilihanraya yang masih menunggu Ali menghantar penyata kewangannya walaupun jam sudah melewati 1230 tengah hari!


Bantahan PAS terhadap calon BN di Dun Muara Tuang, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud kerana didakwa gagal mengemukakan penyata kewangan ditolak oleh SPR.

Ekoran bantahan itu menyebabkan proses penamaan calon di N.15 Dun Muara Tuang lambat selesai.

Pihak SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu di Dun tersebut kira-kira jam 1.30 petang walaupun proses berkaitan penamaan calon tamat jam 12.00 tengah hari.

PAS yang meletakkan Noraini Hamzah sebagai calonnya mendakwa Mohamad Ali gagal mengemukakan penyata kewangannya pada tahun 2006, ketika menjadi calon BN ketika itu.

No comments:

Post a Comment