Tuesday, April 5, 2011

PAS Perlis Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Saiful Syazani koma dan kemudian meninggal akibat dipukul
Berikutan kematian pelajar sekolah agama yang dipukul oleh Ustaz, warden sekolah rendah Islam Al-Furqan, PAS Perlis dengan secara rasminya memohon maaf pada keseluruhan rakyat Malaysia dan juga kepada semua para guru.

Ada 2 akibat daripada kemalangan yang tak sepatutnya berlaku itu. Pertama ia mencemarkan nama parti Pas kerana sekolah tersebut merupakan sekolah yang diuruskan oleh parti. walaupun ia telah berjalan selama 25 tahun tanpa masalah, di sebabkan satu kejadian buruk itu habis rekod baik yang telah dibina. Malah kesan yang negatif juga bakal terpalit pada sekolah-sekolah lain dibawah pengurusan parti seperti PASTI.


Ustaz direman untuk siasatan
Keduanya ia secara tidak lansung mencemarkan nama para guru terutamanya golongan ustaz. kes sebegini banyak berlaku ditempat serta sekolah lain yang mana guru bertindak mengikut perasaan akibat dirasuk rasa marah yang memadamkan akal waras. Akibat hilang waras, matlamat mendidik terpesong bertukar menjadi demdam.

Bukan senang menjadi serorang guru, apalagi perlu mendidik kanak-kanak yang belum matang dan nakal. Jika seseorang itu berilmu dan bijak seperti ustaz tersebut, belum tentu ia layak menepati ciri-ciri seorang guru yang baik. Walaupun ustaz itu memohon maaf pada waris kanak-kanak, ianya sudah terlewat, dia perlu menerima akibatnya.

Saya tak pasti bagaimana kejadian sebenar sehingga kanak-kanak berumur 7 tahun tersebut dipukul sehingga koma dan meninggal. Tapi kemalangan seumpama itu tidak sepatutnya diulangi. kalau dulu rakyat marah kepada pihak polis yang menembak mati seorang remaja, kejadian ini nampaknya lebih buruk daripada kes tersebut. Kita tunggu siasatan rapi kejadian dari pihak yang berkuasa agar keadilan dapat ditegakkan. Takziah diucapkan pada keluarga kanak-kanak yang malang itu.

Baca berita asalnya di sini.

No comments:

Post a Comment