Kuching | albanjari
Terubuk masin ori, Sebuyau lah tempatnya. Wajah pekan koboi era kerajaan 'maju' Pehin Sarawak. Menyusuri lorong dan jalan-jalan di pekan ini, tiada yang menarik selain dari rasa kecewa. Kecewa kerana majoriti rakyat yang mendiami Sebuyau dinafikan hak pembangunan.
Lihat saja logo SHELL di pekan koboi Sebuyau. Agak kamu, sudah berapa lama kamu tidak pernah melihat tanda niaga ini ? Jika ada orang bertanya kepada wak, wak cakap, itulah logo SHELL zaman 70an dulu. Ini bermakna Sebuyau 30 tahun mundur kebelakang dari pembangunan.
Premis menjual minyak RON 95 dijual dengan harga RM2.40 sen seliter. Nasib Sebuyau. Rata-rata penduduk hanya punya pendapatan purata RM300-RM500 sebulan. Sudahlah pendapatan kecil, barang dan minyak men'cekik' rakyat disitu. Sedihnya rakyat Sebuyau, negeri terkaya dengan minyak, tapi minyak petrol dijual paling mahal di Malaysia. Hadiah Pehin kepada rakyat. Nak sokong lagi BN ? Boleh jahanam Sarawak !!
Tanda jalan menuju ke Sebuyau. Dari papan tanda ini, jika kamu mahu berkelana ke Sebuyau, sediakan masa kurang lebih memandu kereta, lagi 40 minit meredah jalan seperti dibawah. Suasana di kiri kanan jalan di pendalaman Sarawak. Banjaran Gunung dihadapan adalah milik kerajaan Kalimantan, Indonesia. Kretek Indon bisa saja mudah diperolehi jika kamu smoker tegar.
Sebahagian pekan Sebuyau. Pekan kecil Sebuyau lebih dikenali dengan tangkapan ikan teruboknya, Terubok Sebuyau, yang banyak diperolehi di sungai Batang Lupar (Sebuyau dan Lingga), Batang Lassa (Teba'ang dan Daro) dan Batang Saribas (Pusa, Beladin dan Maludam). Keunikan terubok Sarawak ini, adalah kerana rasanya yang lebih sedap berbanding pelbagai jenis terubok yang lain. Spesis terubok di sini adalah daripada jenis Tenualosa Toli, yang satu-satunya spesis yang hanya terdapat di Sarawak sahaja.
Majoriti penduduk terdiri dari kaum Melayu, Iban dan Cina. Jualan utama penduduk, Terubuk Masin Sebuyau. Seekor dijual dengan harga RM10 ringgit.
Tangki Air yang hanya wujud di Sarawak. Isu ini dikupas dibahagian 2 dibawah.
Mudik dengan feri. Luas mata memandang. Lebar sungai ini sungguh luas. Nama sungai ini - Sg. Buluh. Arus yang deras. Kalau jatuh atau karam, almarhum ler jawabnyer..!
Oleh : Hj. Anuar bin Hashim
Bahgian 2 : Sebuyau, iaitu kawasan DUN N22 adalah sekadar sebuah pekan nelayan yang kecil dan terpencil, umpama di hujung sebuah tanjung yang mati. Begitulah pekan yang dhaif dengan segala kepayahan ini bagaikan tidak memberi harapan kepada penduduknya.
Rumah-rumah nelayan kelihatan tersangat dhaif. Namun demikian mereka tetap dengan bangganya menampalkan photo PM DS Najib Razak dan KM TS Taib Mahmud dan lambang-lambang kati di segenap dinding rumah mereka. Ia tidak sepadan dengan kesetian mereka selama lebih 30 tahun kepada Taib.
Khabarnya mereka juga tidak memiliki masjid sejak dua tahun lepas setelah runtuh pada Ramadhan 2009. Meskipun surat telah dihantar kepada Najib, namun terus dibelenggu hampa, malahan tapak masjid juga sudah dikebas untuk projek lain. Bagaimanapun mungkin pilihanraya ini mewajibkane Najib meluluskannya segera..
Perjalanan mengambil masa hampir dua jam dari Kucing ke Sebuyau, melintasi dua buah sungai termasuk sungai Buloh yang lebarnya mungkin 1km. Kesemuanya direntasi dengan feri. Saya redah dengan kancil sambil Raden Albanjiri menjadi Co-Pilot (yang juga tak tahu arah mana nak tuju) dan adinda azmi al kijangi.
Aduhai.. terkedu mata melihat Sebuyau selepas dua jam memandu. Ala-ala pekan koboi. Khabarnya sudah 25 tahun Julaihi Narawi (BN) menjadi YB di Sebuyau. Tiada apa yang boleh dibanggakan, malahan pekan kecil dipinggiran pantai itu ketinggalan lebih 25 tahun daripada arus pembangunan.
Masjid usang warisan zaman penjajah yang sudah roboh dua tahun lepas juga belum berganti. Beberapa buah asrama SMK Sebuyau yang banyak berbakti melahirkan generasi baru yang lebih berilmu juga telah roboh lebih 10 tahun lepas. Namun ia juga tidak mendapat perhatian.
Penduduk kini mengguna sebuah surau yang hanya mampu memuatkan 150 jemaah untuk urusan solat Jumaat, sedangkan Sebuyau mempunyai lebih 700 jemaah. Kemudahan di surau ini juga sangat terhad dengan hanya satu pili air dan dua kolah kecil untuk mengambil wuduk.
Julaihi sebenarnya lebih tertumpu di Kucing... begitulah YB-YB BN yang hanya muncul pada musim pilihranya. Julaihi gagal memberi perhatian kepada keperluan rakyat di Sebuyau. Tahap kesemua Sekolah Rendah di daerah Sebuyau juga masih lagi pada takuk lama, sekurang-kurangnya begitulah suara pengundi Sebuyau.
Penduduk masih lagi berurusan dalam hal2 kesihatan di bangunan klinik warisan nenek moyang zaman penjajah. Iya masih digunakan pakai sehingga ke hari ni, meskipun usang. Penduduk juga menghadapi masalah dengan bekalan air bersih. Tangki Takungan Air bersih yg dibina dengan menelan belanja yg begitu tinggi langsung tidak berfungsi. Ia menjadi gajah putih, tersergam tinggi tapi tak berguna. (kelihatan tangki air berkenaan.. entah apa sistem penapis air digunakan.. membazir)
Penduduk juga mengadu mengenai keadaan jalan raya yang meriah berlubang di sana sini. Ia pemandangan biasa bagi Sebuyau yang ketinggalan. Mereka juga berkata, YB Sebuyau.. Julaihi jarang sekali melawat kawasan kaum Iban, maupun menyelesaikan masalah Tanah Adat (NCR) serta mengatasi pencerobohan tanah dan kawasan penempatan orang Iban. Julaihi, katanya sekadar buat pekak sahaja.
Pernah satu ketika, banjir besar melanda daerah Sebuyau dan amat malang sungguh bagi pengundi kerana tempat bergantung harap.. Julaihi menghilang entah ke mana. Bagaimanapun apabila muncul kelibat tokoh lain cuba membantu, Julaihi dilaporkan sedaya upaya menghalang. Pertolongan itu pula disifatkan Julaihi sebagai boleh mendatangkan keburukan kepada rakyat.
Pada sekitar tahun 2006, Julaihi (menurut laporan penduduk) juga mencampuri urusan dan bertindak secara tidak bijak apabila menyifatkan kes Ketua Pemuda Bahagian itu ditangkap KHALWAT oleh penduduk Kampong Baru Sebuyau sebagai fitnah.
Penduduk mahu membawa kes itu ke muka pengadilan, tetapi Julaihi dengan keras mengguna kuasa dan pengaruhnya sebagai YB untuk membebaskan Ketua Pemuda tersebut. Rintihan penduduk Sebuayu yang dipaparkan adalah sebagai menggesa seluruh pengundi dan penduduk di N22 Sebuyau mengistiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan YB Julaihi dan menuntut beliau berundur secara terhormat sekaligus memberi laluan kepada muka baru yg lebih bertanggungjawab terhadap rakyat dan kawasannya.
Dengan anjakan paradigma senario politik semasa, para penduduk menyeru dan merayu kepada pihak berwajib Negeri Sarawak supaya tidak lagi memberi ruang dan peluang kepada Julaihi untuk terus menjadi calon Pilihanraya .
Namun desakan penduduk Sebuyau tidak diendahkan kerana Julaihi terus dicalonkan BN, walaupun menurut penduduk Sebuyau, Julaihi ternyata gagal dan tidak punya kebolehan sebagai pemimpin. (Perakite)
Assalamualaikum.. Sy sbg anak jati sebuyau amat tertarik dengan entri ini. Sekadar pandangan, melalui pandangan sy sbg generasi muda kpg sebuyau, sy melihat isu2 yg dimainkan oleh pihak pembangkang bukannya tidak menarik minat generasi veteran (org2 tua kpg sebuyau), tetapi oleh kerana penapakan parti bn di sebuyau sejak sekian lama menyebabkan "mind-set" golongan2 ini sukar diubah. "Mind-set" yg sy katakan di sini ialah ada dlm kalangan mrk menganggap BN adalah penyelamat atau hero mereka dan tidak ada parti lain yg boleh menggantikan tempat BN. Bahkan boleh sy katakan, jikalau diletakkan org sewel (sbg contoh) sekalipun sbg calon BN, tidak mustahil BN tetap akan menang di Sebuyau. Knp ini terjadi? Pd pandangan sy yg msh mentah dlm hal2 sebegini, hal ini sy rasakan berlaku kerana, jika diteliti, org2 yg berada di bandar, peratusan yg menyokong pembangkang adalah lbh tinggi berbanding dgn org2 yg berada di luar bandar yg hanya mengharapkan sumber2 berita drp TV dan surat khabar yg sememangnya kita tahu semuanya berat sebelah (hanya menyokong kerajaan semata2). Itulah sahaja pandangan drpd sy yg baru shj memasuki usia setahun jagung dan msh belajar memahami politik Malaysia ini. InsyaAllah, dgn kehadiran pengundi2 muda yg lebih berintelektual dan lebih bermaklumat serta boleh menilai baik buruk sesuatu pihak sama ada pihak kerajaan ataupun pembangkang, akan memberikan satu nafas baru dalam politik Sebuyau amnya dan Negeri Sarawak itu sendiri khususnya. Itu sahaja pandangan drpd sy, smg kejayaan akan berpihak kpd Parti yg memperjuangkan Islam yg sebenarnya.. Takbir!! ALLAHUAKBAR!
ReplyDeletep/s : sekadar pandangan drp seorg budak kampung. sy akan balik mengundi pd 16hb ini, InsyaAllah...