Saturday, April 2, 2011

Kerajaan PR Selangor Catat Lebihan Pendapatan

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kerajaan Selangor memperolehi lebihan pendapatan sebannyak RM 124.24 juta pada kewangan berakhir Disember 2010 justeru menolak dakwaan pembangkang bahawa Selangor mengalami defisit sebanyak RM250 juta pada tahun kewangan lepas. Menurut Tan Sri Khalid, Selangor berjaya mencatat lebihan pendapatan kerana kecekapan dan ketelusan Pakatan Rakyat menguruskan pentadbiran negeri.


“Jabatan Kewangan Negeri telah buat kira-kira dan telahpun dihantar ke audit bagi tempoh tahun kewangan Disember 2010 kita dapat lebihan RM 124.24 juta berbanding kekurangan RM65 juta pada tahun kewangan berakhir Disember 2009,” jelas Khalid pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Jelas Tan Sri Khalid lagi pelbagai program kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan tata kelola baik sehingga menarik minat pelabur dalam dan luar negara menjadikan Selangor antara penyumbang hasil tertinggi di negara ini.

Malah Khalid dengan gembira mengumumkan perolehan hasil negeri tahun lalu meingkat lebih 20 peratus. “Ini menjadikan hasil kutipan gabungan negeri berjumlah RM 732.25 juta, berbanding RM608.1 juta pada Disember 2009 iaitu peningkatan sebanyak 20.43 peratus,” kata beliau.

Masalah Hutang Talam Corporation yang diselesaikan dengan bijak turut membantu pendapatan kerajaan negeri. Prestasi cemerlang tahun lalu menunjukkan potensi sebenar negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat ini.

“Hasil negeri pada tahun 2009 meningkat dan kalau kita tak ambil skim susun semula Hutang Talam, tetap dapat 120.9 peratus lebih dari anggaran tahunan 101.33 peratus. Secara perbandingan tanpa mengira hutang Talam hasil negeri meningkat sebanyak 14 peratus,” terang Khalid./

No comments:

Post a Comment