Saturday, April 23, 2011

AGM PAS Puchong 24 April : berakhirkah kepimpinan pro ulama di Puchong ?


tanggal 24 april 2011 ahad akan berlangsungnya mesyuarat agong PAS Kawasan Puchong yang menyasikan pertandingan sengit penyandang YDP ust Sufian Ismail dan gandinganya ust Nasir Yusof yang akan ditentang oleh beberapa individu.

Pihak kami sangat berharap agar kepimpinan yang ada sekarang terutamanya gandingan ust Sufian Islami sebagai YDP dan Timbalanya Ust Nasir Yusof akan terus mendapat mandat baru untuk memimpin PAS Puchong bersama dokongan saf pimpinan yang baru yang juga mendokong kepimpinan ulama'.

selamat bermesyuarat ... gunakan kebijaksanaan anda untuk memilih antara intan permata dengan kaca yang berkilauan tapi tiada nilai....

Wednesday, April 13, 2011

INGAT ! SAMA-SAMA SOLAT HAJAT PADA MALAM INI 14 APRIL INI

Parti Islam Semalaysia (PAS) mengarahkan semua ahli seluruh negara melaksanakan solat hajat pada 14/4/2011 khamis malam Jumaat untuk kemenangan calon Pas dan Pakatan Rakyat di Sarawak.

Ini adalah jalan yang terbaik bagi pejuang agama Allah supaya Allah memberi kesejahteraan kepada calon Pas dan petugas Pas di Sarawak.

Kita perlu memohon kepada Allah semoga pintu hati pengundi terbuka untuk menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Alhamdulillah petugas Pas dan PR menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan perubahan politik di Sarawak.

Semua penyokong Pas di seluruh negara mohonlah kepada Allah agar keselamatan petugas-petugas Pas selamat menjalankan tugas sepanjang pilihanraya, InsyaAllah.

Nampaknya bunga-bunga kemenangan sudah nampak, penerimaan masyarakat tempatan walaupun berlainan agama dan budaya. Pas sudah tidak asing lagi kepada mereka, terutama generasi muda.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

Gambar : Sekitar Kempen Tuan Guru Presiden Pas Di Dun Beting Maro Sarawak














Rayuan Presiden PAS kepada rakyat Sarawak

Saya percaya bahawa sudah tiba masanya untuk seluruh pengundi di Sarawak, yang mengandungi berbagai resam budaya dan etnik, agama, untuk bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat bagi melakukan satu perubahan yang jelas dalam pilihan raya kali ini dengan satu mesej yang paling jelas, iaitu : Marilah Kita Berubah Dengan Menolak Barisan Nasional (BN) Dalam Pilihan Raya Kali Ini.

Cukuplah negeri Sarawak yang kaya dengan hasil bumi ini dipergunakan oleh BN selama puluhan tahun dengan meminggirkan rakyat sejak sekalian lama.

Janji dan rasuah politik oleh BN sepanjang tempoh pilihan raya ini akan terus diulang-ulang oleh pemimpin BN untuk mereka mengekalkan kuasa dan seterusnya mengumpulkan kekayaan untuk diri mereka sendiri.

Akhirnya nasib rakyat masih tidak berubah sejak puluhan tahun ini. PAS akan memastikan konsep Federalisma terus dipelihara, dan perpaduan kaum akan menjadi keutamaan di negeri Sarawak ini.

PAS merayu kepada pengundi di Sarawak untuk memilih calon dari PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini. PAS akan memastikan wakil rakyat dari PAS nanti akan berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada rakyat, membawa aduan dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk melakukan sau perubahan bersama rakyat Sarawak.

Sekiranya menang di DUN Beting Maro, Sadong Jaya, Tanjung Datu, Muara Tuang dan Sebuyau dalam pilihanraya kali ini, PAS akan memastikan kawasan ini dibela dengan menjadikan DUN ini sebagai kawasan contoh di Malaysia, di mana seluruh petugas PAS akan menyumbang tenaga secara langsung di sini nanti.

Di sinilah nanti PAS akan menunjukkan contoh Keadilan Islam Untuk Semua Golongan di negeri Sarawak tanpa mengira anutan agama dan keturunan. Itulah sebenarnya wajah Islam yang ingin kami bawa.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS.

Saturday, April 9, 2011

Bloggers@Sarawak : HOT !! Terubuk Sebuyau membusuk bersama BN dan Pehin !

Kuching | albanjari

Terubuk masin ori, Sebuyau lah tempatnya. Wajah pekan koboi era kerajaan 'maju' Pehin Sarawak. Menyusuri lorong dan jalan-jalan di pekan ini, tiada yang menarik selain dari rasa kecewa. Kecewa kerana majoriti rakyat yang mendiami Sebuyau dinafikan hak pembangunan.


Lihat saja logo SHELL di pekan koboi Sebuyau. Agak kamu, sudah berapa lama kamu tidak pernah melihat tanda niaga ini ? Jika ada orang bertanya kepada wak, wak cakap, itulah logo SHELL zaman 70an dulu. Ini bermakna Sebuyau 30 tahun mundur kebelakang dari pembangunan.

Premis menjual minyak RON 95 dijual dengan harga RM2.40 sen seliter. Nasib Sebuyau. Rata-rata penduduk hanya punya pendapatan purata RM300-RM500 sebulan. Sudahlah pendapatan kecil, barang dan minyak men'cekik' rakyat disitu. Sedihnya rakyat Sebuyau, negeri terkaya dengan minyak, tapi minyak petrol dijual paling mahal di Malaysia. Hadiah Pehin kepada rakyat. Nak sokong lagi BN ? Boleh jahanam Sarawak !!


Tanda jalan menuju ke Sebuyau. Dari papan tanda ini, jika kamu mahu berkelana ke Sebuyau, sediakan masa kurang lebih memandu kereta, lagi 40 minit meredah jalan seperti dibawah. Suasana di kiri kanan jalan di pendalaman Sarawak. Banjaran Gunung dihadapan adalah milik kerajaan Kalimantan, Indonesia. Kretek Indon bisa saja mudah diperolehi jika kamu smoker tegar.




Sebahagian pekan Sebuyau. Pekan kecil Sebuyau lebih dikenali dengan tangkapan ikan teruboknya, Terubok Sebuyau, yang banyak diperolehi di sungai Batang Lupar (Sebuyau dan Lingga), Batang Lassa (Teba'ang dan Daro) dan Batang Saribas (Pusa, Beladin dan Maludam). Keunikan terubok Sarawak ini, adalah kerana rasanya yang lebih sedap berbanding pelbagai jenis terubok yang lain. Spesis terubok di sini adalah daripada jenis Tenualosa Toli, yang satu-satunya spesis yang hanya terdapat di Sarawak sahaja.


Majoriti penduduk terdiri dari kaum Melayu, Iban dan Cina. Jualan utama penduduk, Terubuk Masin Sebuyau. Seekor dijual dengan harga RM10 ringgit.



Tangki Air yang hanya wujud di Sarawak. Isu ini dikupas dibahagian 2 dibawah.



Mudik dengan feri. Luas mata memandang. Lebar sungai ini sungguh luas. Nama sungai ini - Sg. Buluh. Arus yang deras. Kalau jatuh atau karam, almarhum ler jawabnyer..!










Oleh : Hj. Anuar bin Hashim
Bahgian 2 : Sebuyau, iaitu kawasan DUN N22 adalah sekadar sebuah pekan nelayan yang kecil dan terpencil, umpama di hujung sebuah tanjung yang mati. Begitulah pekan yang dhaif dengan segala kepayahan ini bagaikan tidak memberi harapan kepada penduduknya.

Rumah-rumah nelayan kelihatan tersangat dhaif. Namun demikian mereka tetap dengan bangganya menampalkan photo PM DS Najib Razak dan KM TS Taib Mahmud dan lambang-lambang kati di segenap dinding rumah mereka. Ia tidak sepadan dengan kesetian mereka selama lebih 30 tahun kepada Taib.
Khabarnya mereka juga tidak memiliki masjid sejak dua tahun lepas setelah runtuh pada Ramadhan 2009. Meskipun surat telah dihantar kepada Najib, namun terus dibelenggu hampa, malahan tapak masjid juga sudah dikebas untuk projek lain. Bagaimanapun mungkin pilihanraya ini mewajibkane Najib meluluskannya segera..

Perjalanan mengambil masa hampir dua jam dari Kucing ke Sebuyau, melintasi dua buah sungai termasuk sungai Buloh yang lebarnya mungkin 1km. Kesemuanya direntasi dengan feri. Saya redah dengan kancil sambil Raden Albanjiri menjadi Co-Pilot (yang juga tak tahu arah mana nak tuju) dan adinda azmi al kijangi.

Aduhai.. terkedu mata melihat Sebuyau selepas dua jam memandu. Ala-ala pekan koboi. Khabarnya sudah 25 tahun Julaihi Narawi (BN) menjadi YB di Sebuyau. Tiada apa yang boleh dibanggakan, malahan pekan kecil dipinggiran pantai itu ketinggalan lebih 25 tahun daripada arus pembangunan.

Masjid usang warisan zaman penjajah yang sudah roboh dua tahun lepas juga belum berganti. Beberapa buah asrama SMK Sebuyau yang banyak berbakti melahirkan generasi baru yang lebih berilmu juga telah roboh lebih 10 tahun lepas. Namun ia juga tidak mendapat perhatian.

Penduduk kini mengguna sebuah surau yang hanya mampu memuatkan 150 jemaah untuk urusan solat Jumaat, sedangkan Sebuyau mempunyai lebih 700 jemaah. Kemudahan di surau ini juga sangat terhad dengan hanya satu pili air dan dua kolah kecil untuk mengambil wuduk.

Julaihi sebenarnya lebih tertumpu di Kucing... begitulah YB-YB BN yang hanya muncul pada musim pilihranya. Julaihi gagal memberi perhatian kepada keperluan rakyat di Sebuyau. Tahap kesemua Sekolah Rendah di daerah Sebuyau juga masih lagi pada takuk lama, sekurang-kurangnya begitulah suara pengundi Sebuyau.

Penduduk masih lagi berurusan dalam hal2 kesihatan di bangunan klinik warisan nenek moyang zaman penjajah. Iya masih digunakan pakai sehingga ke hari ni, meskipun usang. Penduduk juga menghadapi masalah dengan bekalan air bersih. Tangki Takungan Air bersih yg dibina dengan menelan belanja yg begitu tinggi langsung tidak berfungsi. Ia menjadi gajah putih, tersergam tinggi tapi tak berguna. (kelihatan tangki air berkenaan.. entah apa sistem penapis air digunakan.. membazir)

Penduduk juga mengadu mengenai keadaan jalan raya yang meriah berlubang di sana sini. Ia pemandangan biasa bagi Sebuyau yang ketinggalan. Mereka juga berkata, YB Sebuyau.. Julaihi jarang sekali melawat kawasan kaum Iban, maupun menyelesaikan masalah Tanah Adat (NCR) serta mengatasi pencerobohan tanah dan kawasan penempatan orang Iban. Julaihi, katanya sekadar buat pekak sahaja.

Pernah satu ketika, banjir besar melanda daerah Sebuyau dan amat malang sungguh bagi pengundi kerana tempat bergantung harap.. Julaihi menghilang entah ke mana. Bagaimanapun apabila muncul kelibat tokoh lain cuba membantu, Julaihi dilaporkan sedaya upaya menghalang. Pertolongan itu pula disifatkan Julaihi sebagai boleh mendatangkan keburukan kepada rakyat.

Pada sekitar tahun 2006, Julaihi (menurut laporan penduduk) juga mencampuri urusan dan bertindak secara tidak bijak apabila menyifatkan kes Ketua Pemuda Bahagian itu ditangkap KHALWAT oleh penduduk Kampong Baru Sebuyau sebagai fitnah.

Penduduk mahu membawa kes itu ke muka pengadilan, tetapi Julaihi dengan keras mengguna kuasa dan pengaruhnya sebagai YB untuk membebaskan Ketua Pemuda tersebut. Rintihan penduduk Sebuayu yang dipaparkan adalah sebagai menggesa seluruh pengundi dan penduduk di N22 Sebuyau mengistiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan YB Julaihi dan menuntut beliau berundur secara terhormat sekaligus memberi laluan kepada muka baru yg lebih bertanggungjawab terhadap rakyat dan kawasannya.

Dengan anjakan paradigma senario politik semasa, para penduduk menyeru dan merayu kepada pihak berwajib Negeri Sarawak supaya tidak lagi memberi ruang dan peluang kepada Julaihi untuk terus menjadi calon Pilihanraya .

Namun desakan penduduk Sebuyau tidak diendahkan kerana Julaihi terus dicalonkan BN, walaupun menurut penduduk Sebuyau, Julaihi ternyata gagal dan tidak punya kebolehan sebagai pemimpin. (Perakite)

PEMUDA PAS PUCHONG : selamat bermuktamar

Insyaallah Pemuda PAS Puchong akan bermukatamar pada 10 April 201 bermula jam 8.00 pagi bertempat di Pejabat Pemuda PAS Puchong yang akan dirasmikan oleh Ust Nik Abduh Bin Tuan Guru Dato' Bentara Setia dato' Hj. Nik Abdul Aziz.... selamat bermukatamar...

HUKUM SEBAT PESALAH ZINA DI INDONESIA

Seorang wanita Irdayanti Mokhtar, 34, menerima sembilan sebatan oleh Polis Syariah kerana mengadakan hubungan sulit dengan seorang lelaki lain, ketika dia di dalam proses penceraian suaminya.

Hukuman ini dijalankan di hadapan 200 orang penduduk di luar Masjid Al Munawwarah di Jantho, Indonesia.

Seorang pegawai Indonesia bersiap untuk melaksanakan sebatan kepada Irdavanti Mokhtar ketika seorang pegawai lagi mengumumkan hukuman kesalahannya yang akan diterima.

Penduduk yang hadir merakamkan peristiwa itu dengan telefon bimbit mereka dan perakam video sambil berteriak supaya lebih banyak hukuman rotan dijalankan di bandar yang menjalankan hukuman Islam.

Irdayanti telah dijatuhi hukuman sehari sebelum itu oleh mahkamah Syariah di mana pendakwa mengatakan bahawa dia bersalah kerana berada di 'intim' dengan lelaki lain.

Menurut undang-undang Syariah kesalahan itu boleh menyebabkan pesalah menerima hukuman sehingga sembilan sebatan maksimum dengan tongkat atau minima tiga sebatan.

Pegawai Syariah membawa Irdayanti yang pengsan selepas disebat ke hospital

Penduduk telah melihat Irdayanti membawa lelaki lain masuk ke dalam bilik tidurnya, namun ia tidak jelas apakah 'perbuatan' yang mereka lakukan.

Penduduk kemudian masuk dan mengheret mereka ke balai polis tempatan untuk dikenakan hukuman.

Polis Syariah turut menyiasat dakwaan bahawa Irdayanti telah dianiaya oleh orang-orang kampung sebelum menghere mereka untuk dikenakan hukuman.

Tidak lama selepas disebat pada Jumaat lalu, Irdayanti pengsan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Dia adalah salah satu daripada empat orang, termasuk lelaki yang tertangkap dengan, akan dicambuk untuk perselingkuhan.

Penduduk mengambil gambar dan merakamkan kejadian ketika Irdayanti dibawa turun dari pentas setelah disebat oleh polis Syariah.

Video Lucah : Orang kenallah siapa Rahim Thamby tu.. - Azalina

Selain dari mendedahkan UMNO kini memang dalam masaalah.. Azalina juga mendedahkan Rafidah dan Pak Lah tidak menyukai Puteri UMNO atau dalam lain ayat Pak Lah menyampah..

Jelas kini UMNO sudah berada didalam situasi panik.. mereka mula menyalahkan satu sama lain..

Dan buat yang masih bersama Puteri UMNO tu.. takkan nak tunggu lagi.. korang tu sudah umpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.. sorong pipi kat Pak Lah pun Pak Lah tak pandang jadi.. kenapa masih terhegeh-hegeh menyokong UMNO?

Umno sedang hadapi masalah

SHAH ALAM: Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu,, kata bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno.


“Banyak sabotaj dalam Umno, ” katanya di majlis dengfan Puteri Umno Selangor hari ini.

Beliau berkata, pegawai kerajan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran pejabat tanah tidak sokong kerajaan.

“Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat.

“Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” tambahnya.

Azalina berkata, Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi Melayu di bandar.

Katanya, profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka.

“Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka,” katanya.


Rafidah, Pak Lah tak suka Puteri, dedah bekas ketua

SHAH ALAM: Bekas orang nombor satu Puteri Umno hari ini mendedahkan Tun Rafidah Aziz menentang penubuhan sayap Umno itu.

Datuk Seri Azalina Othman Said juga mendakwa mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga cuba mengekang penubuhan Puteri Umno.

Azalina berkata,“ maklumlah Pak Lah lebih sayang kepada Khairy (Jamaluddin), menantunya.”

Katanya, hanya mantan perdana menteri. Tun Dr Mahathir Mohomad yang menyokong Puteri Umno.

“Mereka mempersoalkan mengapa mesti ada Puteri sedangkan sudah ada Wanita Umno.

“Ketua bahagian dan ketua cawangan pun tidak sokong Puteri Umno.

“Kalau Datuk Najib (Tun Razak) tidak sayang Puteri, siapa nak cari pengundi Melayu muda,? katanya di majlis bicara tokoh anjuran Puteri Umno Selangor hari ini.

Azalina berkata, beliau yang paling dibenci oleh pergerakan Wanita Umno ekoran penubuhan Puteri Umno,

Bagaimanapun, katanya beliau menjadi ketua Puteri Umno yang pertama pada 2001 kerana dipilih oleh Dr Mahathir.

Beliau juga mendakwa ahli Puteri yang sudah habis tempoh iaitu mencapai usia 35 tahun tidak diterima di peringkat Wanita.

“Yang dapat jawatan ketua bahagian saya seorang saja,” kata Ketua Umno Pengerang itu.


Free Malaysia Today

calon-calon PAS di Serawak











Wednesday, April 6, 2011

TERKINI : alasan SPRM yang meragukan

Pegawai Kastam disiasat mati jatuh dari bangunan SPRM

Seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Agensi itu akan mengadakan sidang media tengah hari ini.

Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai Kastam di seluruh negara.

Mangsa dikenali sebagai penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohd, 56, yang dibebaskan dengan diikat jamin dua hari lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau Ahmad datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tadi tanpa sebarang temu janji memintanya datang bertemu dengan pegawai siasatan.

Ahmad telah pun memberikan kenyataan kepada SPRM dan telah dibebaskan pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu lalu.

“Allahyarham ada meminta mahu bertemu dengan pegawai penyiasat tetapi tidak mengatakan sebab,” kata Mustafar.

Mustafar berkata seorang pegawai telah menemaninya ke sebuah bilik dan meminta diri untuk mendapatkan pegawai siasatan kira-kira pukul 10.15 pagi.

Apabila pegawai itu kembali beberapa minit kemudian Ahmad tidak lagi berada di bilik.

Ahmad ditemui dengan kesan darah di gelanggang badminton.


“SPRM telah memaklumkan keluarga Allahyarham dan pengurusan jabatannya.

“Kami juga telah menyerahkan kepada polis untuk tindakan susulan,” kata beliau lagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah mengesahkan kes itu sebagai kematian mengejut dan siasatan awal menunjukkan kecederaan di bahagian kepala. -TMI


SPRM tidak belajar kesilapan lama, kata Majlis Peguam

KUALA LUMPUR, 6 April — Majlis Peguam mahu satu siasatan terperinci dilakukan polis bagi menyiasat punca kematian seorang pegawai Kastam, yang dipercayai jatuh dari aras tiga pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Pegawai kanan Kastam itu disiasat SPRM di bawah Operasi 3B sejak awal minggu lalu.

Kejadian ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

“Walau apa pun punca kematian yang tragis ini yang kita dengar hari ini, ia terjadi kerana SPRM tidak belajar kesilapan lalu,” kata Naib Presiden Majlis Peguam Christopher Leong kepada The Malaysian Insider.

“Siasatan yang terperinci perlu dilakukan, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengelak kes seperti Teoh Beng Hock, siasatan yang tidak terperinci akan menyebabkan satu keputusan terbuka terjadi, mengakibatkan satu suruhanjaya diwujudkan bagi menyiasat perkara ini,” kata Leong yang turut mengetuai pasukan Majlis Peguam dalam Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Polis pada mulanya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, namun satu badan siasatan diwujudkan bagi menyiasat punca kematian Teoh.

Selepas 17 bulan dibicarakan mahkamah menetapkan tiada keputusan dicapai yang mana tidak dapat dipastikan sama ada Teoh membunuh diri atau dibunuh.

Ekoran keputusan itu, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat punca kematian Teoh. -TMI
ulasan PTE : ciptalah alasan lain wahai SPRM....kalau pun betul dia datang tanpa temujanji kenapa dia datang elok sihat balik jadi mayat?... oh ye!!! ajal maut tukan urusan Allah... kan lebih baik bagi alasan.... " tanye lah kat Malaikat Izrael kenapa ambik nyawa dia kat bangunan SPRM, dia jatuh tu mungkin sebab masa dia bertarung masa sakratul maut dengan Malaikat Izrael sampai terjatuh..."... kan munasabah orang bodoh nak terima....

" Mustafar berkata seorang pegawai telah menemaninya ke sebuah bilik dan meminta diri untuk mendapatkan pegawai siasatan kira-kira pukul 10.15 pagi.

Apabila pegawai itu kembali beberapa minit kemudian Ahmad tidak lagi berada di bilik.
"

ulasan PTE : alasan yang sama juga telah digunakan semasa menjawab isu kematian Teoh Beng Hock dulu...... soalnya sapa nak percaya melainkan pendokong-pendokong BN jer.....