Tuesday, October 26, 2010

Jangan Berpakaian Seksi Di Itali

ROMA, (AFP) - Wanita berpakaian sendat atau tersangat singkat di bandar Castellammare di Stabia di Itali selatan harus didenda oleh polis di bawah peraturan-peraturan baru melarang "pakaian yang menjolok mata" yang diluluskan malam Isnin lalu.

Larangan akan merangkumi skirt terlalu pendek, seluar jeans yang terlalu rendah (menampakan pusat) dan potongan leher baju yang terlalu mendedahkan dada bagi tujuan untuk mencegah perilaku anti-sosial, juru bicara dewan bandar memberitahu AFP.

Datuk Bandar Luigi Bobbio dari parti yang berkuasa, Kebebasan Rakyat Itali mempertahankan undang-undang baru tersebut yang mencetuskan protes kecil oleh kumpulan wanita dari parti pembangkang Parti Demokrat yang mengadakan perhimpunan "Hari Mini-skirt" .

"Mini-skirt tidak termasuk dalam larangan tersebut. Mini-skirt tidak dianggap pakaian lucah kecuali kalau begitu kecil dan itu bukan lagi Mini-skirt kerana menonjolkan pakaian dalam,” kata Bobbio.

Beliau mengatakan bahawa larangan tersebut menjadikan Castellammare "bandar yang beradab."

Peraturan baru ini juga melarang menghujat, berjemur di depan umum dan bermain bola sepak di tempat khalayak ramai - hobi yang sangat popular di bandar ini.
Kerajaan Perdana Menteri Silvio Berlusconi telah memberikan Datuk Bandar Itali kuasa yang lebih besar untuk melaksanakan tindakan bagi meningkatkan ketenteraman awam. [sumber]

Alhusseyn : Apa yang sangat menariknya ialah Datuk Bandar Luigi Bobbio itu bukanlah seorang penganut Islam, tetapi beliau berani mengambil langkah tersebut yang sangat bersesuaian dengan kehendak ajaran Islam dalam berpakaian. Malah beliau mengatakan bahawa larangan tersebut bertujuan untuk mencegah perilaku anti-sosial dan menjadikan Castellammare "bandar yang beradab."

Apa yang beliau katakan diatas itu saling tak tumpah sepertimana yang pernah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat katakan dahulu bahawa pelbagai gejala sosial yang berlaku ketika ini menyebabkan Kelantan memperkenalkan kod etika berpakaian kepada semua premis perniagaan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB).

Menurut TGNA jalan paling praktikal bagi membendung gejala seperti rogol adalah dengan melaksanakan undang-undang berpakaian menutup aurat dan sopan.

"Sebab itu kalau semua wanita berpakaian menutup aurat dan penuh sopan ini, masalah sosial itu akan berkurangan, InsyaAllah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Bulan Membaca Peringkat Negeri Kelantan 2005 di Kota Bharu dulu…[klik sini]

Setiap kebaikan akan tetap diuji.Kritikan-kritikan berhubung isu tetap berlaku.Bukan semua pihak menyokong perkara baik.Jika semua menyokong sudah tentu umat Islam dah berada dalam sebuah negara Islam sejati. GB

No comments:

Post a Comment