Wednesday, October 6, 2010

Fitnah menjelang PRK GALAS

Sudah menjadi tradisi dan perangai umno dan sekutunya akan mencipta pelbagai fitnah apabila berhadapan dengan sesuatu Pilihan Raya Kecil... jika nak harapkan sesuatu isu dari kelemahan PR mereka tak akan jumpa maka jalan singkatnya buat pelbagai cerita dan fitnah....

mereka tahu bahawa kerusi yang kosong di Dun GALAS tu bakal ditandingi oleh PAS maka diciptalah pelbagai isu dan jika tak boleh nak cubit PAS maka rakan sekutu PAS dalam PR pula yang akan dicubit dan terbaru isu budak RAHIMI yang membuat dakwaan terbarunya terhadap Anwar Ibrahim....

Tidak ketinggalan juga segala macam persepsi buruk kerajaan PR yang memerintah dibeberapa buah negeri juga akan dimainkan semahunya dalam kempen mereka nanti serta PKR wajar bertindak segera menangkis segala isu yang bakal mereka lontarkan berkaitan isu pemilihan pucuk pimpinan PKR yang sedang berlangsung sekarang....

PTE tak minat nak ulas isu ini namun cukup PTE menyatakan bahawa inilah diantara senjata yang bakal digunakan untuk mempengaruhi pengundi DUN GALAS dalam PRK nanti.

Kepada para petugas, blogger PAS harus smart dan bijak menangkis serangan dari pelbagai sudut yang bakal dilontarkan oleh UBN nanti... janganlah kita pula terperangkap dalam isu yang dibangkitkan sesama sendiri dan jangan menampakkan kelemahan jentera kita terutamanya isu-isu yang menimbulkan keresahan seperti membangkitkan isu UG, orang itu dan orang ini....fokus kita ilah lawan umno/BN....

Apa pun kebiasaanya segala isu yang dilontarkan oleh mereka akan menjadi buah tanggung untuk kita lipat balik namun harus berhati-hati.....wallahua'lam

No comments:

Post a Comment