Saturday, April 10, 2010

Ahmad Maslan Buat Kenyataan Bodoh

Kenyataan bodoh si Ketua Penerangan dari parti yang sentiasa membodohkan rakyat yang menyangka rakyat bodoh sepeti mereka. Diperturunkan kepada pembaca untuk melihat kenyataan orang bodoh supaya kita tidak terjebak dengan kebodohan si Ahmad Maslan ni..

Dalam PRK P94 ni kita pakat tengok lakonan ape yang dia nak buat pulak...

HULU SELANGOR, 10 April — Pembangunan yang dijalankan di negeri-negeri yang kini dikuasai pakatan PAS-DAP-PKR termasuk di Selangor hanya diwarisi daripada usaha kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pakatan pembangkang di negeri-negeri yang dikuasainya belum melaksanakan sebarang pembangunan walaupun sudah dua tahun mentadbir di Kedah, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor khususnya di Hulu Selangor.

“Semua pembangunan lama BN yang bina, sebagai contoh, kita (BN) bina 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah (di Hulu Selangor),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi keibubapaan dan anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kerling di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor agar menolak “kumpulan penumpang” agar membolehkan kerajaan pusat pimpinan BN meneruskan pembangunan di kawasan itu.

“Jadi saya harap kawasan ini putih untuk sokongan BN supaya kita boleh terus membangunkan kawasan ini sebagaimana telah terbukti,” katanya.

Sementara itu, Ahmad turut menolak dakwaan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditiru daripada “One Israel”.

“Sebagaimana yang disebutkan oleh PM, 1Malaysia tidak meniru mana-mana satu konsep yang lain. Saya nak maklum ada beberapa konsep Satu antaranya One China Policy, One America, One World Organization, Russia One. Kita tidak meniru kerana komponennya tak sama,” katanya.

Beliau berkata 1Malaysia menekankan tema iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan juga dua aspek penting iaitu perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan lapan nilai-nilai aspirasi.

Ahmad juga berkata pembangkang menyamakan 1Malaysia dengan “One Israel” kerana bimbang dengan gagasan yang diperkenalkan Perdana Menteri itu yang semakin diterima rakyat.

“Ini hanyalah tohmahan pembangkang kerana mereka tak tahan dengan popularity 1Malaysia ini. Lantas mereka menfitnah, 1Malaysia ini sama dengan “One Israel,” katanya.

Hari mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor itu ialah pada 25 April sementara hari penamaan calon ialah 17 April. Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lepas akibat barah otak. — Bernama

Tarif Eletrik Dijangka Naik?

Jika difahami apa yang disebutkan oleh Sang Menteri ni mungkin akan menjadi mustahil dalam kempen PRK Hulu Selangor ni sebab nak raih undi tapi lepastu confirm naik punye.....kita tunggu jer.

KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui tidak menolak kemungkinan tarif elektrik dinaikkan pertengahan tahun ini.Ia berikutan terdapat desas-desus bahawa kenaikan tarif elektrik bakal dilaksanakan Jun ini."Ia bukan dilakukan dalam masa terdekat, tetapi tahun ini ada kemungkinan tarif elektrik naik," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.Dalam mesyuarat kabinet Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk tidak meluluskan usul kenaikan tarif ekoran bantahan pelbagai pihak.

Namun menurut Peter pihaknya masih dalam perancangan untuk membuat semakan semula tarif tarif elektrik itu.

"Kami memang ada rancangan untuk membuat semakan tarif tersebut namun masih belum ada tarikh yang ditetapkan lagi," kata beliau.

Tambahnya lagi,proses semakan tarif perlu kerana mengambil kira faktor-faktor seperti kenaikan permintaan pengguna yang kian meningkat.

"Semakan tarif ini perlu ambil kira faktor seperti permintaan pengguna, kos dan lain-lain," jelas beliau.

Penjelasan beliau mengukuhkan lagi tiada kenaikan dalam masa terdekat,ekoran terdapat rungutan dilontar orang ramai atas kenaikan bil elektrik seperti dilaporkan dalam
laman portal berita Harakahdaily.net.

Free Malaysia Today turut mendapatkan penjelasan sumber dalaman Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung hal berkenaan.

Sumber tersebut menjelaskan jika terdapat kenaikan dalam bil elektrik ia mungkin berlaku disebabkan cuaca panas yang melanda negara kini.

"Peningkatan penggunaan ini berlaku kerana melihatkan keadaan cuaca yang panas sekarang. Orang ramai menggunakan barang elektrik seperti penghawa dingin, kipas lebih
daripada penggunaan biasa. Itu yang menyebabkan kenaikan bil elektrik," kata sumber itu.

Malah menurutnya setakat ini tiada sebarang aduan diterima TNB membabitkan perkara berkenaan.

"Setakat ini kami belum menerima aduan mengenai hal ini. Jika ada pengguna menghadapi masalah boleh diajukan terus kepada TNB," katanya. sumber

Hidup Berkasih Tapi Bertalaq Tiga

Umno nampaknya terpaksa mengigit jari lagi apabila Najib dengan jelas menyatakan bahawa calon BN yang akan bertanding di PRK Hulu Selangor adalah dari MIC.

Tak tahulah ape kesudahanya nanti kerana petugas-petugas umno ni umpama hantu raya kalau tak diberi makan telor ayam kampung nanti dia akan gigit telur tuanya. moga itu benar-benar berlaku dan ia akan memudahkan kerja Pakatan Rakyat untuk bertemu dengan warga Hulu Selangor untuk meraih undi.

Kita harapkan agar UMNO terus bertelagah dengan bosnya untuk menuntut calon di PRK Hulu Selangor ni.

Thursday, April 8, 2010

PRK HULU SELANGOR ; PERTEMBUNGAN ANWAR DENGAN NAJIB.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor yang penamaan calonnya akan diadakan pada 17 April ini manakala pengundian pada 25 April memiliki beberapa fakta uniknya tersendiri.

Umum mengetahui bahawa ini merupakan PRK yang pertama berlaku di Selangor dan yang pertama pada tahun ini.

Pertembungan antara Anwar dan Najib

Selain itu, PRK kali ini juga bakal menyaksikan dua tokoh yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerap bertembung dari pelbagai aspek dan strategi ke arah kelangsungan politik masing-masing.

Mereka ialah Ketua Umum PKR yang juga tokoh penting yang menyatukan Pakatan Rakyat dan seorang lagi ialah Presiden Umno, Najib Razak yang dilihat sebagai presiden terakhir BN mengikut teori RAHMAN.

PRK kali yang ke 10 ini sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pada 8 Mac 2008 juga menjadi pengukur kepada kedua-dua tokoh itu apabila menjadi pemimpin penting di Selangor di mana Najib ialah Pengerusi Umno manakala Anwar ialah Penasihat Ekonomi Selangor yang juga Menteri Besar Selangor ialah ahli PKR sendiri, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim. Selanjutnya baca disini.

PAS TELAH GADAI PRINSIP PERJUANGAN !!!???

Perkembangan PAS yang terus mara ke hadapan telah menyebabkan berlaku kejutan kepada penyokong PAS. PAS telah sekian lama menerajui Kerajaan Kelantan. Kini PAS juga mengepalai Kerajaan Kedah. PAS juga pernah mengetuai Kerajaan Perak walaupun kemenangannya kecil. Ianya bagaikan Nabi saw mengepalai pemerintahan Madinah sedangkan Umat Islam di situ pada waktu itu terlalu kecil jumlahnya. Di Selangor pula PAS bersama dalam pemerintahan dengan rakan dalam PR iaitu PKR dan DAP.

PAS bukan sahaja disokong oleh orang Islam tetapi PAS juga didokongi oleh orang bukan Islam. Perkembangan menarik ini telah menimbulkan persoalan di dalam kotak pemikiran ahli. Antara persoalannya ialah apakah PAS kini telah menggadaikan prinsip perjuangan Islamnya?

Apa asas mereka berkata demikian? Asasnya ialah apa yang dilaungkan PAS selama ini seperti kalau kita memerintah, kita akan hapuskan judi, kedai arak, hiburan melampau dan seumpamanya. Nampaknya kilang arak terus megah di Selangor, kedai judi dan arak terus beroperasi di Kedah. Pemimpin PAS dah tak sebut lagi kalimat atau zikir dalam ucapannya sebelum ini iaitu ‘kita hendak menegakkan hukum Islam dan Negara Islam’.



Persoalan ini telah ditimbulkan oleh ahli PAS di banyak tempat. Baca di sini. Sebenarnya inilah kesan apabila kita mengambil pendekatan hukum sedangkan hukum Islam itu sendiri terlalu fleksibel atau anjal. Bukankah hukum ke atas pencuri di ‘kiv’ kan dulu sewaktu zaman ekonomi meleset? Bukankah seorang wanita yang terpaksa berzina (kerana diminta berbuat demikian sebagai syarat untuk mendapatkan susu oleh empunya kambing yang mempunyai susu yang banyak) kerana perlukan susu untuk anaknya, dibatalkan perlaksanaannya? Bukankah Al Walid terlepas dari hukuman rotan kerana minum arak sewaktu dalam peperangan?



Semuanya ini adalah contoh yang sedikit dari contoh yang amat banyak. Ia menggambarkan, perlaksanaan hukum apa sekalipun, adalah tidak seperti yang kita sangkakan dari sudut kewajipan melaksanakannya. Ia banyak bergantung kepada keadaan. Hatta hukum sembahyang sekalipun boleh ditangguhkan atas nama jama’ dan boleh dipendekkan atas nama qasar jika kita berada dalam keadaan dan situasi yang tertentu.



Dengan sebab itu, sekiranya kita mengambil pendekatan hukum dalam dakwah kita, dengan mengenepikan pendekatan dakwah dalam melaksanakan hukum maka kita akan terus berhadapan dengan fitnah yang mengelirukan ummah.



Sebenarnya PAS sama sekali tidak menggadaikan prinsipnya dalam mengurus tadbir negeri yang diperintah atau yang dikongsi bersama. Tidak menutup pusat judi atau kedai arak bagi Negeri Kedah atau Selangor atau Perak atau Penang bukan bermakna PAS menggadaikan prinsip. Kedudukan negeri-negeri tersebut tidak sama dengan Negeri Kelantan. Dari sudut tempoh pemerintahan pun tak sama juga. PAS dah perintah Kelantan selama 20 tahun sedangkan yang lainnya baru 2 tahun.



PAS tidak pernah melafazkan bahawa menegakkan Negara Islam tidak perlu atau tidak wajib dan PAS juga tidak pernah mengungkapkan bahawa judi atau arak itu halal. Seandainya PAS ada melafazkan sedemikian rupa semata-mata kerana hendak mengekalkan kuasa atau hendak merebut kuasa maka barulah boleh dikatakan PAS telah menggadaikan prinsip.



Walau apapun saya berpandangan, betapa pemimpin PAS harus menjelaskan perkara ini khususnya kepada masyarakat desa yang kadang-kadang tertelan juga racun yang disuap oleh UMNO/BN di media massa yang mengatakan PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya demi untuk berkuasa. Kepada ahli pula, berilah sedikit kepercayaan kepada pemimpin kita yang sudah tentu mempunyai kebijaksanaan dalam mengurus tadbir negeri dengan menggunakan kaedah usul fiqh dengan mengambil kira Siasah Syari’yyah. Wallahu’alam. sumber

Agen Israel dalam PDRM: Siapa Yang Politikkan Keselamatan Negara?



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.

Beliau berkata, isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.

"Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.

"Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya terdapat perisik Israel di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.

Anwar dalam perbahasannya di Dewan Rakyat pada Selasa lepas berkata, beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel itu mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui sebuah syarikat pengkomputeran yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi maklumat PDRM yang didaftarkan di Singapura.

Sehubungan itu, Musa berkata, siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran. Selanjutnya baca di sini

Respon dari AMK Pendang;

KUALA LUMPUR 8 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya pihak polis meneruskan siasatan berhubung pembabitan syarikat berkepentingan Israel dalm projek IT PDRM berdasarkan kepada bukti yang sedia ada bukan mengeluarkan kenyataan meminta beliau menyerahkan bukti untuk membantu siasatan.
"Tan Sri Musa Hassan telah meminta saya untuk memberi keterangan supaya beliau boleh memulakan siasatan. Pertama kali saya ingin menyuruh beliau merujuk kepada hansard ucapan saya yang telah dikeluarkan untuk rujukan umum kerana disitu sudah cukup bukti. Oleh kerana beliau telah menyebut maka saya ingin menyatakan kembali bukti-bukti tersebut.

"Beliau boleh merujuk surat Pengarah Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7 Januari 2009, surat Pengarah Logistik Polis kepada Ketua Setiausaha bertarikh 3 Disember 2008, serta laporan yang telah dibuat oleh Pengarah Jabatan logistik melalui surat kepada Ketua Pengarah Bahagian Pencegahan Rasuah (BPR) sekarang SPRM.

"Laporan itu menyebut antara kaitan Asiasoft Sdn Bhd dengan Israel, menyebut pemegang saham Asiasoft dan pengarah syarikat yang mempunyai kaitan dengan perisik Israel," jelas Anwar pada sidang media di Palrimen tengahari tadi.

Selain itu juga beliau juga menjelaskan ada laporan polis telah dibuat tentang penglibatan tersebut.

"Laporan polis Dang Wangi, no report 0337776/2008 yang telah dibuat oleh ASP Abdullah Suhaimi Daud dari Bahagian Unit Perundangan dan Pendakwaan pada 28 November 2008, telah menyebut tentang Syarikat Masterplan Consulting Sdn Bhd yang melantik sub kontraktor Asiasoft yang didaftarkan di Tel Aviv, Israel.

"Selain itu juga pada 11 Ogos 2008, mesyuarat PAC Datuk Seri Azmi Khalid ada menjelaskan dalam perolehan baru ada penglibatan Israel dan ini suatu yang menakutkan kerana Israel bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan mereka telah melaksanakan sistem keselamatan dengan tujuan ini mendapat semua maklumat seluruh dari seluruh dunia," katanya lagi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menyambung laporan terbaru dikeluarkan oleh akhbar Suara Keadilan jelas mengatakan ada pertemuan antara APCO dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan bukti ini boleh dirujuk kepada laman sesawang KDN.

"Saya ingin menegaskan agar Musa Hassan menyambung kembali siasatan yang telah dibuat pada tahun 2008 tetapi telah terbantut yang tidak diketahui sebabnya, jadi apa tunggu lagi dengan banyak persoalan siasat sahaja jangan jadi macam Utusan Malaysia yang memutar belit berita selain menuduhkan kita mempertikaikan soal keselamatan negara," tegas Anwar.

sumber : disini

Komen penulis: Musa Hasan jawab dulu segala pendedahan Anwar dalam Parlimen tu dan jangan cari helah untuk tidak menjawab dan nampak macam nak cari peluang untuk tutup mulut Anwar jer... Jika benarlah apa yang dikata oleh Anwar, maka si Musa Hassan lah yang menggugat keselamatan negara dan si Najiblah menjadi petualangnya.... Pengundi di Hulu Selangor pelu tolak parti najib dan komponenya dan Musa Hassan WAJIB LETAK JAWATAN...

Saturday, April 3, 2010

P94 Hulu Selangor Milik PAS?

Jumlah peratusan pengundi mengikut kaum di kawasan Parlimen P 94 Hulu Selangor semasa pilihanraya umum ke 11 2004 lalu adalah milik PAS dan calon yang diketengahkan ialah Ybh Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus.

Melayu :53.94%
Cina : 26.67%
India : 18.98%
Lain-Lain :0.41%

Berdasarkan kepada senario politik sekarang adalah wajar Majlis Pimpinan PR memulangkan kembali kerusi itu kepada PAS dan PAS wajar menimbangkan semula penyertaan Dato' Ismail Kamus bertanding di kawasan tersebut kerana beliau adalah anak kelahiran di kawasan parlimen tersebut.

PKR harus bermuhasabah diri dan dengan ikhlas memulangkan kembali kawsan tersebut kepada PAS begitulah antara lain rungutan penduduk di kawasan tersebut kerana ranting dan cabang PKR disana terlalu lemah bahkan hampir tiada ranting-rantingya wujud dan mereka kena sedar bahawa yang memenangkan mereka bahkan yang menggerakan jentera mereka sebelum ini adalah petugas-petugas PAS.....rungut mereka lagi.