Thursday, March 3, 2011

PAS Terima Sokongan Dari Persatuan Padri Hindu Malaysia

PRK Kerdau 3 march 2011 by mrk albanjari

Persatuan Padri-Padri Hindu Malaysia telah menghantar Penasihatnya Mr. Ramachandran Gurukkal ke Kerdau untuk memberikan sokongan kepada calon PAS di PRK N28 Kerdau.

Rombongan mereka disertai juga oleh seramai 12 orang para agamawan mereka dari Chennai India untuk "berdoa" atau "bermunajat" memohon kemenangan calon PAS.

Upacara ritual agama hindu ini dilakukan dirumah Pengerusi DPHH Mr N.Balasubramaniam di Jerantut. Majlis tersebut bermula tanpa henti dari jam 4.30 petang semalam ( 2 march 2011 ) hingga jam 5.30 pagi tadi.Dalam sidang media sebentar tadi bersama Pengarah JPRK N28 Kerdau Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat YB Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di Markaz Induk PAS, Ketua Sami Kuil Subramaniam Throuathi Mr. Ramachandran Gurukkal menegaskan harapan merka ingin melihat rakyat Malaysia yang berbilang agama ini hidup dalam keadaan aman, bahagi dan makmur tanpa sengketa dan mengharapkan agar pihak kerajaan yang memerintah dapat melaksanakan keadilan yang sebenarnya dalam pemerintahan mereka dan dapat melayan semua warga Malaysia dengan baik tanpa membezakan antara kaum dan prejudis terhadap kaum yang lain.

Kadar kemiskinan yang berlaku terhadap kaum india perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan beliau melahirkan rasa kecewa kerana lebih 53 tahun nasib kaum india masih belum terbela dan masih banyak lagi kaum india yang buta huruf dan hidup dalam keadaan kemiskinan tegar. Jenayah yang berkaitan dengan kaum india ini sebahagian besarnya adalah berpunca dari sindrom buta huruf dari kalangan mereka atas faktor desakan hidup.

Justeru itu, PAS katanya adalah salah satu parti yang boleh dipercayai untu nterus mendokong keadilan terhadap semua kaum kerana Islam itu sendiri adalah terbina diatas rasa kasih sanyang dan kasihan belas.

Mereka juga mendoakan agar PAS memperolehi kemenangan dalam pilihanraya kecil ini dan dalam pilihanraya umum akan datang.

Sementara itu Pengarah JPRK N18 Kerdau , Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pula sangat teruja dengan perkembangan ini dan mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak terutamanya sokongan dari kaum India dan Cina.
Rombongan ini adalah atas inisiatif pengerusi DPHH Mr N. Balasubramaniam yang membawa rombongan mereka melawat dan membantu menggerakan jentera pilihanraya peringkat DPHH.

Sunday, February 27, 2011

Najib ketakutan macam nampak hantu Althantuya...

saya sempat melihat kenyataan media oleh Najib laki Rosmah dlm buliten tv3 suku tadi.... gali buku lali saya bila Najib laki Rosmah merepek pasai ape PAS tak turunkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man jadi calon dalam PRK N28 Kerdau.....macam perkara yang dia merepk...kata Ust Tuan ni penakut lah....takut kalah buat kali ke 3...nanti dia ai sebab dia tu Naib presiden PAS lah dll.

kenapa saya kata geli buku lali saya sebab... BN dah termakan serangan saraf oleh PAS...memang itulah stategi PAS untuk menyerang BN dalm keadaan BN tercari-cari calonya yang berwibawa untuk diketengahkan di Kerdau...

sebenarnya PAS dari awal dah memutuskan untuk menurunkan semula Hassanuddin Salim sebagai calon dalam PRK ni...saya sempat bertanyakan kepada calon...bila yang dia tahu dia akan dicalonkan semula....beliau menjelaskan kepada saya bahawa dia dah dimaklumkan lebih seminggu lalu.....kan dah kena......

( dengan nada berseloroh Dato' Tuan Ibrahim berkata kepada petugas media....selepas pengumunan ni BN akan menunjukan muka kelat ; foto ust dalam majlis peristiharan calon )

Ustaz Dato Tuan Ibrahim memaklumkan kepada saya betapa pentingya menurunkan semula calon sebab dia adalah anak tempatan Kerdau dan dia mempunyai nama yang baik dihati rakyat Kerdau dan terbukti selama 2 hari kempen ni apabila kehadiran beliau di khalayak menjadi tumpuan dan sangat dinanti-nantikan oleh mereka... berbeza dengan calon BN yang banyak khalayak menghindar dari bertemu denganya.....

apabila calon sebenar diumumkan maka akhirnya BN tertipu dengan serangan saraf PAS ni dan PAS berjaya dalam serangan pertama berhadapan dengan BN di Kerdau....tahniah atas kelicikan PAS mengatur strategi.... by MRK albanjari

Tiada air sudah cukup untuk tolak BN di Kerdau

TEMERLOH, 27 Feb: Masalah ketiadaan bekalan air bersih sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 53 tahun sudah cukup bagi penduduk Kampung Pulau Mandi Angin untuk menolak Umno BN.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, lebih malang lagi bagi penduduk di kampung berkenaan tidak mendapat bekalan air sekalipun hanya berjarak empat kilometer dari loji air Batu Sawar.

Beliau yang meninjau masalah penduduk di kampung hari ini menambah, para penduduk di situ semacam dipinggirkan oleh kerajaan BN untuk mendapat kemudahan asas walaupun dua orang Perdana Menteri adalah dari negeri Pahang.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya sekadar melaungkan slogan ‘rakyat diutamakan’ tetapi nasib rakyat di negeri sendiri terabai untuk menikmati bekalan air bersih.

Baginya, masalah utama mendapatkan bekalan air itu tidak sewajarnya berlaku kepada penduduk berkenaan kerana kerajaan BN hari ini sering mendakwa prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat.

“Saya difahamkan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk itu akan diatasi malam tadi kerana mungkin disebabkan berlaku pilihan raya kecil di kawasan ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, rakyat seharusnya tidak termakan dengan janji Umno BN yang hanya berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat apabila tiba pilihan raya termasuk pilihan raya kecil.

Katanya, jika benar Umno BN mahu menyediakan kemudahan kepada rakyat seperti bekalan air, para penduduk di kampung berkenaan sudah lama memperolehinya, bukan sekadar dijanjikan pada kempen pilihan raya kecil ini sahaja.

aktiviti calon : siri menjejaki pembangunan tidak selesai di Kerdau

KUALA KRAU: PAS dan Pakatan Rakyat Pahang menyangkal kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob yang menyatakan kononnya tidak ada isu yang perlu dibangkitkan pembangkang dalam pilihanraya kecil di Dun Kerdau sedangkan terlalu banyak masalah yang berlaku kata Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat Dun Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap kepada media dalam sidang media hariannya di Markaz Induk PAS di Kerdau, pagi tadi Tuan Ibrahim mendedahkan terdapat banyak isu yang menyebabkan bandar Kerdau ketinggalan sejak puluhan tahun terutama dari aspek pembangunan.

Malah, lebih buruk lagi beliau mengkritik bagaimana berlakunya kelemahan perancangan dan pengurusan kerajaan menyebabkan adanya bangunan kuarters Polis yang terbengkalai dan kelihatan usang.

"Kita hairan bagaimana bangunan kediaman itu dibina cukup besar sedangkan jumlah keanggotaan Polis, saya difahamkan hanya berjumlah 16 orang. Ini menunjukkan kelemahan perancangan sehingga boleh membazirkan wang kerajaan," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim keadaan fizikal bandar Kerdau yang tidak ada pembangunan yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan semasa telah membayangkan kepada kita akan kegagalan kerajaan bertindak sewajarnya.

"Saudara lihatlah bandar Kerdau yang tidak membangun sejak puluhan tahun, keadaan klinik kesihatan yang kecil dan tidak selesa ini membuktikan bagaimana kerajaan mengabaikan tanggung-jawab mereka," kata Tuan Ibrahim.

Selesai sidang media, para wartawan dibawa melawat pekan Kerdau bersama calon PAS, Hassanuddin Salim bagi membuktikan kenyataan yang dibuatnya.


melawat Klinik dipekan kerdau yang perlukan bangunan yg lebih selesa utk menampung kepadatan warga kerdau...


melewati balai polis kerdau.....


pagar keselamatan pun takde....menurut orang kampung...dah banyak kali kerbau tekorban kena langgar oleh keretapi....nak tunggu hingga penumpang terkorban baru nak buat ke?....


macam pondok menunggu bas je.... ni lah station keretapi kerdau yg serba daif....





kedaifan kediaman warga polis kerdau....bangunan kediaman ade tapi tak boleh didiami...ape cerita ?.....

Aktiviti calon pada hari ke 2 kempen...bertemu pengundi di pekan Kerdau


menziarahi warga emas yang uzur....


berlalu meninggalkan salah satu markaz umno dalam siri lawatan hari ini


menyantuni warga petugas bilik gerakan umno....


semoga berkekalan hingga akhir hayat....tahniah ....selamat pengantin baru


menjamah juadah yang disediakan...


disambut mesra oleh tuan rumah.....


menyantuni warga kerdau....

kenangan terindah buat pasangan pengantin baru....


menyantuni ulama....


bermesra dgn veteran umno ( pengasas umno kerdau ) selaku tuan rumah walimah....



menziarahi warga petugas bilik gerakan MCA Kerdau..



menyantuni warga bilik gerakan puteri umno....


menyantuni warga masyarakat cina di pekan kerdau...


disambut mesra oleh warga kerdau..

disambut mesra oleh warga kerdau...

Saturday, February 26, 2011

Kenyataan Akhbar : Najib laki Rosmah hina al-Qardawi


TIMBALAN Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa begitu kesal dan terkilan dengan kenyataan Peradna Menteri, Najib Razak yang menuduh Dr Yusuf Al-Qardhawi dan gerakan Ikhwan Muslimin sebagai parti ekstremis dan terlibat dengan keganasan.

Najib dikatakan telah membuat kenyataan itu yang disiarkan dalam laman web National Review Online.

Sehubungan itu Nasharudin meminta Najib menarik balik tuduhan berkenaan yang dianggap sebagai kenyataan yang tidak cerdik.

Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan Nasharudin Mat Isa yang dikirimkan ke email saya baru sekejap tadi;

Merujuk dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online, saya mendesak Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Razak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama’ terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Memetik ucapan yang dibuat olehnya di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Ikhwan Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihanraya di Mesir. Tambahan lagi, mereka sering melaungkan tema “Penglibatan dan Bukan Penguasaan” disamping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Mesir.

Walaubagaimanapun, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Menyentuh mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, Ikhwan Muslimin berpendapat bahawa segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Malah Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia pula merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia. Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi.Sempena majlis sambutan Ma’al Hijrah 1431/2009, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya.

Malah, beliau selalu berkunjung ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu. Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak cerdik. Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera.

Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran.

Disediakan oleh
NASHARUDIN MAT ISA,
Timbalan PresidenParti Islam SeMalaysia

sijil bahasa arab je?????????

"Ana lulusan Sijil Bahasa Arab dari Al Azhar" -fuiyoooo...inilah dia calon UMNO-APCO-YAHUDI-AMERIKA di PRK Kerdau , Pahang Darul Kasino De Genting..

PENAJA BERSAMA PRK KERDAU PAHANG .. UMNO-APCO

sijil bahasa arab je?...ingatkan syariah atau usuluddin......ape barang seikh.....itu pun belum tentu soheh lagi....kalau enta berani...sila hantar satu salinan kat markaz induk PAS Kerdau...bukan ape kat sini boleh dikatakan hampir 60 peratus orang PAS boleh bertutur dalam bahasa arab.....

kalau takat bahasa arab jer...padan le enta terima tajaan dari genting entertainment tu ( sekiranya betul ) .... sebab abu jahal , abu lahab pun orang arab juga....firaun pun orang arab mesir juga...jahat dan zalimnya masyaallah.......