Monday, May 17, 2010

PAS cadang ahli PKR ditarbiyyah supaya setia

Lebih banyak pihak menyuarakan desakan menuntut Wee Choo Keong supaya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Wangsa Maju, selepas bertindak keluar parti, Jumaat lalu.

Antara yang berbuat demikian ialah dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Menurut Naib Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Wee (kiri) telah hilang kepercayaan pengundi, ahli-ahli PKR serta Pakatan Rakyat apabila dia berpaling tadah.

“Jawatan sebagai ahli parlimen adalah amanah dari parti, pengundi serta petugas Pakatan Rakyat yang telah bertungkus lumus bekerja bagi memenangkan beliau dalam pilihan raya umum ke 12 yang lepas.

“Alangkah murahnya maruah serta harga diri seorang pemimpin seperti beliau. Dengan sedikit tawaran atau ugutan, beliau mudah berpaling tadah. Lupakah beliau siapakah yang berjuang bersungguh-sungguh menaikkan nama dan diri beliau sehingga mampu memenangi kerusi Parlimen Wangsa Maju?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Suhaimi berkata sebagai ahli parlimen, Wee sepatutnya menjaga kebajikan dan mengambil tahu hal rakyat dan pengundi beliau, bukan sibuk dengan kepentingan peribadi.

“Be
liau seharusnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik dengan menunjukkan kredibiliti serta maruah yang tinggi sebagai wakil rakyat. Dalam keadaan parti memerlukan beliau, Pakatan Rakyat yang sedang diperkukuhkan, tergamak beliau mengambil langkah dengan meninggalkan PR. Tindakan beliau ini telah menghilangkan rasa hormat rakyat kepada beliau serta mengkhianati kepercayaan rakyat,” katanya.

Justeru, menurut Suhaimi PAS merasakan tidak wajar Wee masih bergelar ahli parlimen Wangsa Maju.

“Kerusi beliau perlu diserahkan kembali mandatnya kepada rakyat supaya rakyat dapat memilih pemimpin yang benar-benar memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat.

“DPPWP dengan ini mencabar Wee Choo Keong meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Wangsa Maju dan bertanding semula sebagai calon bebas bagi menentukan benarkah beliau masih mempunyai pengaruh dan menang dengan kekuatan beliau sendiri atau kerana kerja keras semua petugas Pakatan Rakyat!” katanya.

Wee 'pengkhianat'

Dalam pada itu, dewan pemuda PAS Wangsa Maju (DPPWM) pula menyifatkan tindakan , Wee yang mengistiharkan keluar daripada PKR sebagai 'pengkhianat'.

“Beliau sepatutnya malu dengan para pengundi di Parlimen Wangsa Maju yang telah memilih beliau sebagai wakil kepada mereka ke parlimen bagi menyuarakan masalah mereka di peringkat pusat di dalam Pilihan Raya Umum yang ke 12 (PRU 12) yang lalu.

“DPPWM juga merasakan alasan yang diberikan oleh beliau yang mana 'kononnya' tidak berpuas hati dan kecewa dengan cara parti dan kerajaan Selangor menangani isu pasir menerusi Kumpulan Semesta Sdn.Bhd. (KSSB) boleh dianggap sebagai bohong,” kata ketua pemudanya, Rohizad Aznan dalam kenyataan media hari ini.

“Ini kerana jika dilihat akan tindakan yang diambil oleh kerajaan Selangor melalui Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jauh lebih telus jika berbanding dengan cara Umno/BN memerintah Selangor sebelum in.,” katanya.

Menurut Rohizad desas-desus Wee meninggalkan PKR telah bertiup kencang pada hujung tahun 2009 lagi dan tindakannya juga diragui kerana mengumumkan perletakkan jawatan secara tergesa-gesa dan ketika kempen pilihan raya kecil parlimen Sibu sedang hangat berlangsung.

“Implikasi daripada kes ini, DPPWM menyarankan agar PKR patut lebih berhati-hati dalam memilih calon yang akan bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya yang akan datang.

“Ahli PKR juga disarankan agar ditarbiyyah supaya setia kepada kepimpinan dan parti walau dalam apa jua keadaan. DPPWM juga sedia membantu dalam proses mentarbiyyah ahli jika ia memerlukan, “ katanya.

1 dari alasan kenapa BN kecundang di Sibu

Patut la BN kalah kat Sibu... rupe masyarakat kat Sibu dah pandai main blog... tue yang up to date tue... lebih-lebih lagi kalau bukak dari blog dppwm.blogspot.com yang up-date hari-hari...

patutlah hits sebelum pilihanraya tinggi mencanak... ku ingatkan puak-puak GELI Geleman yang dok masuk blog dppwm ... rupe-rupenye masyarakat Sibu... tahniah kepada mereka kerana tidak tidak termakan dengan tipu dan domba daripada BN...

Pakaian Rasmi Untuk Kaki Ekor



Berita baik buat kaki ekor kebangsaan.Kementerian Perjudian yang baru meluluskan lesen judi Piala Dunia 2010 bakal menetapkan garis panduan baru kepada kaki ekor kebangsaan.Syarat yang bakal digunakan adalah kaki-kaki ekor mestilah memakai baju melayu lengkap berkain samping seperti dalam gambar di atas.Ini selaras dengan gagasan yang diperjuangkan...kah! kah! kah! kah!

Dey macha!!! takkan nak pi sembahyang Jumaat pun sempat singgah kat situ? Waktu paling afdal antara dua khutbah tu...kah! kah! kah! kah!!!! Boley mampuih rakyat kita berjudi... biaqpila... ada lesen apa? kah! kah! kah! kah!

PAS anjur protes lesen judi ke Istana Negara

PAS akan sekali lagi menganjurkan perhimpuanan bagi membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala Dunia yang bakal berlangsung Jun ini.

Perhimpunan kali ini akan dianjurkan oleh dewan pemuda PAS pusat dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa pertubuhan Islam yang lain.

“Perhimpunan kali ini akan berarak ke Istana dan semua rakan ahli Pakatan Rakyat serta NGO akan turut dijemput hadir ke sana,” kata ketua pemuda PAS, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen.

Menurutnya, perbincangan awal telah dijalankan dengan ketua pemuda PAS pusat, Nasaruddin Tantawi bagi mengadakan perhimpun lebih besar dan bersepadu.

“Selain itu juga, PAS turut menjemput semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama kerana isu ini melibatkan semua kaum di Malaysia

“Kita sememangnya menolak kelulusan judi ini, walaupun dengan alasan sebagai membasmi perjudian haram,” katannya.

Katanya lagi, PAS juga menolak pandangan kerajaan bahawa judi hanya diharamkan kepada umat Islam dan rakyat bukan Islam dikorbankan supaya kerajaan boleh menghalalkan judi itu.

“Mereka yang bukan Islam juga menolak judi, jadi tiada sebab kerajaan perlu menghalalkan perkara yang haram ini,” katanya.

Menurut Herman, tarikh perhimpunan itu belum ditetapkan dan akan dimaklumkan dalam tempoh yang terdekat.

Sehubungan itu juga, semua ahli PAS diminta bersiap sedia untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran berkenaan.

Jumaat lalu, lebih 500 orang berhimpun di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas selesai solat Jumaat bagi membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi itu dan juga penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

Kementeri Kewangan secara rasminya pada 11 Mei lalu, menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan, memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

Sunday, May 16, 2010

Tahniah Kepada Jentera PR di Sibu

Sejak PRU 12 berlalu kita berhadapan dengan beberapa Pilihanraya Kecil diperingkat DUN dan Parlimen. Jika sebelum ini hanya PAS dan PKR sahaja yang mencorakkan PRK dan di Sibu giliran DAP pula yang bertanding dan kemenangan telah berpihak kepada DAP.

Dengan keterlibatan semua pimpinan tertinggi PR yang turun membantu jentera DAP/PR di Serawak tidak sia-sia walaupun sampai kepada peringkat SPR yang sepatutnya bertindak sebagai pengadil dalam perlawanan juga dengan sengaja dan jelas berpihak kepada BN.

Sebagai contoh bagaiman dengan perasaan angkuh SPR beriya-ia hendak menurunkan bendera PAS di markaz PAS dengan alasan bukan PAS yang bertanding sedangkan dalam masa yang sama bendera-bendera parti komponen BN Sarawak dibenar bekebar megah dalam susana kempen di Sibu.

DAP menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi apabila calonnya, Wong Ho Leng menerima 18,845 undi.

Ia sekaligus menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dengan 18,447 dan calon Bebas, Narawi Haron 232 undi.

Sepuluh pusat mengundi akan ditutup pada pukul 1 tengah hari, lima pada pukul 2 petang, enam pada pukul 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pada 5 petang.

Semua kotak undi dibawa ke pusat pengiraan di Pusat Sivik Sibu di sini.

Sah, Pakatan Cipta Sejarah Kuasai Sibu

SIBU, 16 Mei — Pakatan Rakyat menerusi DAP mencipta sejarah dengan merampas semula kerusi Sibu yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 28 tahun yang lalu.Calon DAP, Wong Ho Leng menewaskan Robert Lau Hui Yew dari BN dan calon Bebas Narawi Haron.Wong menerima 18,845 undi.Robert Lau menerima 18,447 undi manakala Narawi pula 232 undi.

Calon Bebas hilang deposit.

Jumlah undi rosak pula sebanyak 395.

Apabila 110 daripada 111 saluran selesai dikira, DAP mencatatkan majoriti 2,651 dengan menerima 18,775 undi manakala BN pula 16,124 undi dan calon Bebas 196.

Bagaimanapun majoriti besar DAP itu merosot kepada sekitar 398 undi selepas undi pos dikira.

Undi pos, yang lazimnya diumumkan awal iaitu sebagai saluran pertama, hanya selesai dikira sekitar pukul 10 malam dan terakhir sekali diketahui.

Ini merupakan pilihan raya kecil yang ke-11 selepas 8 Mac 2008 dan pilihan raya kecil yang pertama bagi DAP.

Kejayaan DAP ini, yang bertanding mewakili Pakatan Rakyat, dilihat signifikan bagi mereka selepas BN pula merampas kerusi Hulu Selangor daripada PKR tiga minggu lalu.

Ia juga dilihat akan memberi sokongan moral kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum negeri Sarawak dalam waktu terdekat ini.

Wong, juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek dan Pengerusi DAP Sarawak, tiba di pusat perjumlahan undi bersama Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang awalnya dijadual mengadakan sidang media di sebuah hotel di sini telah membatalkan pertemuan dengan wartawan itu.

Pengumuman keputusan pilihan raya kecil ini yang agak dramatik juga menyaksikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak permintaan BN supaya kertas undi dikira semula, tetapi ditolak.

Proses penjumlahan undi bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu ini berlangsung di Dewan Suarah di sini dan berlarutan sehingga 11 malam tadi - lewat dua jam daripada dijangkakan SPR sebelum ini.

Keadaan di pusat penjumlahan undi adalah tenang dengan penyokong parti

berkumpul sekitar dewan walaupun hujan sejak dua jam lepas.

Terdahulu keputusan tidak rasmi mendapati wakil DAP itu berada di depan selepas lebih 30 peratus saluran selesai dikira.

Sebelum itu calon BN pula mendahului DAP.

Pada satu ketika DAP mendahului BN dengan majoriti lebih 3,000 undi tetapi kedudukan itu berubah selepas undi pos mula dikira.

DAP mencatatkan kemenangan ini ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi yang rendah 59.86 peratus berbanding 67.8 peratus dua tahun lalu.

Dua tahun lalu, BN mengekalkan kerusi itu dengan kelebihan 3,235 undi dalam persaingan tiga penjuru membabitkan DAP dan PKR.

Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi sejak pukul 8 pagi tadi untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu selepas tempoh berkempen selama seminggu.

Sementara 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis, mengundi pada Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Sebanyak 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran dibuka di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Sebanyak 10 pusat pengundian ditutup 1 tengah hari, lima lagi sejam kemudian, enam (3 petang), dua (pukul 4 petang) dan baki 22 pada pukul 5 petang.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal pada 9 April.

Friday, May 14, 2010

BANTAH ROBOH PENJARA PUDU

PERLUKAH sejarah dilenyapkan demi untuk pembangunan dan kemajuan? Saya tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Pusat Bandar Bukit Bintang di tapak Penjara Pudu. Pembangunan tersebut akan merugikan negara kerana Penjara Pudu mempunyai nilai sejarah tersendiri. Sekiranya kita sentiasa merobohkan tempat bersejarah dengan diganti bangunan moden maka apa yang tinggal menjadi kenangan dan pengajaran.

Di samping nilai sejarah ia boleh menjadi tempat pembelajaran dan pengajaran bagi pelajar sekolah. Mereka boleh melihat penjara dan tempat hukuman mati yang sebenar dan bukan hanya replika. Ini akan menjadi pengajaran kepada mereka dan kita juga. Penjara Pudu boleh dikomersialkan seperti mana A Farmosa tanpa perlu dirobohkan.

Yang pentingnya bagaimana kita bijak mencari jalan untuk menjadikan ia sebagai pusat pelancongan dan semestinya akan menjana ekonomi. Sekiranya hasrat membantu Bumiputera menjadi matlamat UDA maka boleh dibina kedai barangan cenderamata dan kraf di situ. Sekiranya bangunan komersial mewah dibina takut nanti peniaga Bumiputera tidak sanggup menyewa di situ. Kita lihat rata-rata peniaga Bumiputera hanya mampu berniaga secara kecilan.

Sekiranya kita ingin meroboh Penjara Pudu eloklah juga kita merobohkan A Famosa yang melambangkan kita pernah dijajah. Lihatlah bagaimana Penjara Alcatraz menjadi tempat yang dilawati oleh berjuta pelawat setiap tahun. Carilah tempat lain untuk dimajukan kerana pembangunan yang terlalu pesat pada satu-satu kawasan akan menimbulkan bermacam masalah terutama kesesakan dan sosial.

UDA adalah benar sekiranya keuntungan yang dicari, tetapi nilai sejarah adalah tidak ternilai dan tiada gantinya. Ia adalah milik setiap rakyat. Apa kata Jabatan Warisan Negara mengenai hal ini. Ia bertanggungjawab memulih, memelihara dan mengekalkan warisan negara seperti yang termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.

KITA BANTAH PEROBOHAN KOMPLEKS PENJARA PUDU KERANA DISINILAH SEWAJARNYA PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO/BN HARUS DISIMPAN APABILA KERAJAAN BN YANG ADA SEKATANG TUMBANG. MEREKA DISIMPAN DISINI KERANA PENYALAHGUNAAN KUASA DAN RASUAH DAN SEGALA MACAM JENAYAH YANG MEREKA LAKUKAN. TIDAK KETINGGALAN BILIK KHAS UNTUK MUSA HASSAN, GHANI PATAIL DLL.